anakku sazali..
4:46 PMPada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya
yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk
berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di
sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap
di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding
jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah
bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak.
Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian
sekali lagi mengulangi soalan yang sama.
Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar
jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,
"Itu burung gagak ayah!"
Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan
yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit
runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu
menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!" Si ayah
terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali
lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si
anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak
tak hendak melayan si ayah, Gagak la ayah.......".
Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah
sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan
soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar
hilang sabar dan menjadi marah."Ayah!!! saya tak tahu
samada ayah faham atau tidak.
Tapi sudah lima
kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun
memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya
katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....",
kata si anak dengan nada yang begitu marah. Si ayah
terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si
anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah
keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia
menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram
dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama. "Cuba kau
baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu",
pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang
berikut...
"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang
genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak
hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke
arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku
menjawab,"Burung gagak". Walau bagaimana pun, anak ku
terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku
menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali
anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan
sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi
perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi
suatu pendidikan yang berharga."
Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak
mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan
sayu.
Si ayah dengan perlahan bersuara, "Hari ini ayah baru
bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan
kau telah hilang sabar serta marah."
MORAL: JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN SESEKALI
MENGHAMPAKAN HARAPAN MEREKA
0 komen dari peminat setia