latihan berbasikal dari pekan ke pantai sepat

10:04 PM

pagi2 lagi dah dikejutkan ngan panggilan dari admin. nie gara2 kitorang tak datang kelas analog. katenyer penat2 kitorang hempas pulas untuk amik analog untuk short sem, tapi kitorang tak datang. tapi bukan suka2 tak datang. ada practice untuk berbasikal.

tue yang aku risau sangat. takut terpakse drop subjek tue. syukur alhamdulillah lecturer paham alasan kitorang. nie gara2 nak kumpul markah merit punya pasal. kalau tak, mesti aku tak join pown. sebab aku tau keupayaan aku. memang dari kecik lagi aku tak pernah join aktiviti2 sukan nie.

harinie kitorang training dari pekan ke pantai sepat. pagi tue mula2 ingatkan tak jadi. sebab budak2 sekolah ada test. aku pulak kalau ikutkan memang tak nak ikut. sebab aku down giler semalam sebab tak dapat kayuh. takut giler sebab stamina aku lemah sangat2.

distance:77KM
speed pergi : 20-25 km/j
speed balik : 28-30 km/j

tapi alhamdulillah sekurangnyer aku berjaya kayuh dari pekan ke kampung ubai. jarak lebih kurang 10km lagi dari pantai sepat. kira hebat la untuk seseorang yang rendah stamina macam aku nie. mungkin bagi orang laen aku nie lemah giler. tapi nak buat macam mana. pendapat orang kita tak boleh kawal.

balik aku tak mengayuh sebab aku dapat rasa yang aku akan tertinggal kalau aku kayuh. baek aku surrender dulu. takut jadi pape lak. tapi beberapa kilometer sebelum sampai UMP ada seorang berhenti sebab cram kaki. jadi aku pown ganti tempat dia. dapat jugakla aku ngayuh sikit sampai ke UMP.

ape pown semangat aku untuk mengayuh semakin membara. aku mula rasa nak mengayuh nanti. sebelum nie aku hampir jer nak volunteer masuk backup team. tapi sekarang kalau boleh aku nak ngayuh jugak. tapi risau tue tetap ada jugak.

doakan kejayaan kami..^_^

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia

  1. yakin boleh..ko boleh punya..selamat training k..nnti kita kayuh sama2..

    ReplyDelete
  2. azrul: azrul tq..^_^.. terharu.. hehehehe..

    ReplyDelete