expedisi melepaskan tension

6:33 PM

akhir2 nie tetiba jer rase tak de mood lansung nak berblog. tak tau kenapa. mungkin sebab rasa dah lama buat blog nie tapi still tak dapat BE kowt. hehehehe.

tak de maknenyer. tak de kena mengena pown benda tue. ape pown aku nak try carik balik mood tue. sebab bila tak berblog aku rasa kosong jer. rasa tak best. korang mesti rasa yang sama kan.

aku kat UMP sudah. sampai sini hari khamis minggu lepas. bapak kesayangan aku hantar. lepas solat Subuh kitorang bertolak. alhamdulillah tak de halangan. sampai2 jer aku ingat nak terus tidur. tapi bile dah jumpa geng. terus tak ngantok.

kebetulan kawan aku bawak kereta. jadi kitorang decide nak melepaskan segala ketensionan yang ada kat kepala nie. kuantan la destinasi yang wajib di tuju. kuantan parade tempat yang pertam kitorang jelajah.

sampai2 jer ingat nak terus pergi makan. entah camner lalu kat kedai ice blended nie. tak ingat lak kedai pe. teringin pulak nak rasa. dahla tengah haus kan. kepanasan kat kuantan lebih kurang je ngan klang. kitorang pown beli la sorang satu. aku perisa yam. alia ngan juerk perisa coklat. zati pulak perisa cokelat oreo.


ingatkan nak minum air nie kat sambil makan kat rasamas. rupanya no outsider food allowed. nampak nya tukar la plan. kalau ikutkan nak makan dulu baru pergi karaoke. tapi dah tak boleh masuk ngan air tue. takkan kitorang nak sedut sekali sampai habis. kembung la perut. huhuhu..

tapi benda laen pulak jadi. semua karaoke kat kuantan parade ngan kompleks teruntum tutup. macam2 dugaan. sabar jela. last2 kitorang jalan2 makan angin jer kat dalam tue.

kitorang tak putus asa. kitorang pown amik keputusan pergi megamall. sebab dengar ada pusat karaoke yang baru bukak. tapi sebelum tue kitorang membesarkan badan kat Rasamas. lapar giler rasa masa tue. sampai 8 set hidangan kitorang order.

mesti pelik nape la kitorang tamak sangat. sebenarnyer aku ngan alia ada kupon beli 1 percuma 1. tapi hidangan laen2. jadi kitorang guna la kupon yang ada tue. sampai terpakse makan dua round.

1st round
2nd round
2nd round
 lepas jer habis sesi membesarkan badan kitorang pown pergi karaoke. hampir satu megamall tue kitorang pusing sebab tak tau mana tempat tue. tapi akhirnya jumpa jugak. kitorang bantai 5 lagu seorang. memang lepas tension kaw2 punya la. huhuhu..


lepas jer karaoke, sesi mencari bekalan hidup pulak. bekalan untuk 2 bulan kat UMP nie. jadi kitorang pergi giant. kebetulan pulak kasut aku semua hilang akibat kecuaian aku lupa nak masuk kasut dalam bilik. habis semua hilang. sedey.T_T

habis jer duit kat sana kitorang singgah UMP Gambang untuk amik barang alia. sebelum tue perut pown dah lapo jadi kitorang singgah makan dulu kat restoran Chilli. kat kuantan nie memang banyak kedai seafood. memang best la.

pukul 11 lebih baru perjalanan pulang ke UMP Pekan dimulakan. memang agak lewat masa tue. tapi nak buat macam mana. driver kitorang kepenatan. jadi kitorang bagi dia rehat kejap. sepanjang perjalanan kitorang diuji dengan satu peristiwa.

tiba2 seorang lelaki bermotor datang dekat ngan kereta yang kitorang naek. lepastue dia buat aksi kononnyer nak ketuk kereta kitorang. dahla muka dia menakutkan. kawan aku pe lagi pecut la. naseb baek ada kereta kat depan. jadi dia tak berani nak terus mengacau. hanya tuhan jer tahu macam mana takutnye kitorang masa tue. alhamdulillah kitorang selamat sampai.

huhuhuhuhu..^_^

You Might Also Like

1 komen dari peminat setia

  1. alhamdulillah. hehe. kesian kan. tu air cool blog tu. huhu~

    ReplyDelete