minggu lepas aku ada cerita pasal festival layang2 UMP Pekan. hari nie aku nak update ape yang berlaku sepanjang festival. patutnyer aku nak keluarkan entry nie awal. tapi disebabkan kelas dari hari isnin sampai khamis agak full of charge jadi hari nie baru aku update.
untuk program nie aku ditugaskan untuk jadi urusetia di bawah AJK aktiviti. kalau ikutkan bidang tugas aku kena jaga permainan yang diadakan sepanjang festival. antara permainan yang ada ialah cari gula dalam tepung, bowling, isi air dalam botol, mewarna dan takraw bulatan.
aku dengan alia ditugaskan untuk jaga permainan cari gula2 dalam tepung. pandai2 pilih sendiri sebab ketua AJK memang bestfrens aku. hehehe.. tapi tak nyesal pown amik permainan tue. sebab memang best giler. semua pakat2 maen tepung sampai habes satu badan aku mandi ngan tepung. mentang2 la masa tue tak ada air kat UMP Pekan nie. tayamum ngan tepung la jawabnyer.
pertandingan diadakan pada hari ahad. sebanyak 42 wau telah dipertandingkan haritue. dibahagikan kepada beberapa kategori. tertutup tradisional, tertutup moden, terbuka wau bulan dan terbuka wau daun. entah macam mana masa hari pertandingan aku antara kalangan urusetia yang bertuah terpilih untuk membantu juri dalam menguruskan pertandingan. agak kelam kabut tapi alhamdulillah semua berakhir tanpa ape2 masalah. best jugak dapat guna walkie talkie. hehehe..
masa festival nie ada diperkenalkan kenis2 wau. sebelum nie aku tak pernah tau. maen layang2 pown tak reti. niekan pulak wau. lagi la tak pandai. tapi memang unik dan cantik wau2 ciptaan peserta nie. tak sangka kan. lagi2 ada jgak pelajar cina yang turut serta. memang terbaekla.
kitorang sempat mencapub ngan T-shirt rasmi festival layang2. memang cantik giler wa cakap lu. hehehe..
satu lagi aktiviti menarik yang aku join di UMP.. heeeee~