Wednesday, September 7, 2011

raya pertama gadis melayu

tahun nie raya laen sikit dari tahun2 lepas. kalau tahun sebelum nie aku selalu jer kena tinggal. antara sebabnyer aku tertidor. yela satu malam tak tidor. kadang2 sebab aku tak sehat.

lagi pown aku malas nak ikut sebab kena berhimpit tumpang kereta sedara mara aku. tapi tahun nie laen sikit sebab bapak aku beraya sama tahun nie. kan dia dah dekat sebulan jadi penganggur terhormat. jadi dapat la beraya banyak tempat.


hari pertama raya selalunyer kitorang akan pergi beraya kat rumah tok sedara kitorang kat kajang jugak. tak ingat la nama tempat tue. kitorang satu keluarga suka beraya kat situ sebab tiap2 tahun tok sedara aku tue buat soto. soto dia memang the best in the world la. hehehe..

lepas jer abes raya kat rumah tok sedara aku tue kitorang pown bertolak ke sungai merap. tak tau betol ke tak ejaan nama tempat nie. kitorang beraya pulak kat rumah mak mertua makcik aku. kat rumah nie pulak specialnyer lemang kukus. memang sedap. rendang dia pown laen dari yang laen.

petangnyer pulak aku ngan family aku pergi rumah mak ngah aku kat Cheras. rumah kakak kepada ibu aku. kat sana kitorang dapat makan ketupat pulut ngan rendang seafood. rendang seafood..?? rendang camporan sotong ngan udang. sedap tapi pedas sikit. daging bakar pown ada jugak. memang terbaek dari ladang. boleh pulak mak ngah aku masak spagetti. kenyang punya pasal terpaksa la menahan nafsu. hehehe..

rekod tahun nie sebijik kuih raya pown aku tak makan sampai ke hari nie. batok punye pasal. tahan jela. yang tak boleh belahnyer time2 aku pantang dari makan kuih raya, masa tue jugakla macam2 kuih raya favourite aku terhidang depan mata. sabar jela.

batok owh batok cepatla hilang..>_<

1 komen dari peminat setia:

najihah sahami said...

haha...batuk eh. siannya...

eh, mish xpenah dgr pun nama lemang kukus. camane tu eh?erk..teringin lak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez