gemuruh rasa hati nie. esok bermula la ekspedisi pekan ke putrajaya. macam tak percaya jer. akhirnya hari yang dinanti akan tiba juga. takut sangat2. doa sangat semua berjalan lancar. harap tak de pape yang berlaku kat kitorang.
berdebar-debar hatiku ini. bagaikan jatuh cinta pandang pertama. cheeeeewaaahhhh.
hahahahaha..
aku dah mula suka berbasikal. walaupown tak sehebat yang laen. tapi basikal yang aku pegang tue bagaikan cinta hati aku sekarang nie. harap sangat dia pown menyebelahi aku. tadi rasa pilu jer masa hantar basikal tue naek atas lori. kesian kat dia.
basikal2 semua dihantar ke balai polis pekan. sebabnyer esok kitorang akan start dari balai polis pekan. kayuh hingga depan rumah ayahanda perdana menteri dekat pekan. kat sana la ekspedisi akan bermula.
dalam 4 hari nie aku terpaksa tinggalkan blog aku dan menyerahkan diri kepada ekspedisi ini. harap ada la jugak yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa nie.
ekspedisi berbasikal pekan ke putrajaya harap2nya akan berjaya. Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak tunggu kami ye. huhuhuhu..^_^
akhir2 nie aku asyik update pasal berbasikal je kan. sebab aku sekarang memang dah tak pikir benda laen. basikal3. tue jela dalam kepala aku sekarang.
memang betol cakap orang. kalau kita sebokkan diri kita dengan, kita akan lupa semua masalah kita. tue yang aku asyik duk update pasal basikal je. mesti korang yang bace rasa bosan kan. tapi nak wat camner. tue jela aktiviti aku minggu nie dan minggu depan.
short semester..???
entahla. tetiba aku rasa macam aku tak amik pown benda tue. duk sebok berbasikal jer. banyak jugakla ponteng kelas. naseb baekla minggu depan lecturer takde. kalau tak lagi payah nak buat surat bagai.
30hb bermulala ekspedisi kami. takut, gementar semua bercampur baur. takut sangat2. yela aku belom cukup latihan lagi. stamina aku masih tahap rendah lagi. tapi ape pown aku akan buat yang terbaek.
petang semalam sempatla jugak aku buat latihan. tapi aku agak ketinggalan sebab angin kuat giler. tambahan pulak kelajuan basikal aku. aku hanya boleh mengayuh dengan kelajuan 20km/j jer. tapi tadi dorang duk pecut sampai 25km/j-30km/j. konfem2 la aku pancit dulu.
pagi nanti akan ada latihan yang terakhir. harap aku berjaya ikut latihan dari awal hingga akhir. tak mao berhenti sekerat jalan lagi. aku boleh buat punya.
kisah nie aku pernah publish kat blog aku sebelum nie. gadis melayu suka join contest. aku saje publish balik untuk renungan kawan2 blog aku yang nie pulak. cerita dia agak panjang. tapi percaya la tak rugi baca. ngeeeeee~
*********************************
Di suatu malam depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dengan awak tadi..kelakar je cerita tu..tak bosan kan?
Nobita : A’ah tak bosan. Best!
Sizuka : Kalau best, kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya & beritahu saya yang awak mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awak? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.
Nobita : A’ah..btul3! Tak dela sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya & beritahu yang awak sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awak, saya cantik tak?
Nobita : Awak kan sayang saya..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau saya ni betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji saya cantik. Kalau saya pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik..kenapa ye?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la sayang. Meh sini, duduk sebelah saya. Rapat sikit, nanti tak masuk pulak gambar awak.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awak kan awek saya..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..
Sizuka : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..tak elok la wak..gambar tu dah la awak & saya je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat..tak malu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..
Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awak, awak sayang saya tak?
Nobita : Mestilah sayang..sayang sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..macam ajak bergurau je..nak saya kiss pipi awak tu ke sayang?hehe
Sizuka : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awak tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak saya tipu awak??
Sizuka : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin tapi awak tak jaga saya dengan baik pun..awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss saya,ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam-malam.
Nobita : Owh..sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam?? Mak ayah awak yang bagi izin tau!
Sizuka : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya ank perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman pastu buat benda-benda tak senonoh! Pegang sana pegang sini..awak tau tak panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan sengaja, tapi neraka tu teramat panas & tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..
awak sedar tak semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak & hubungan awak dan saya kononnya bahagia tapi awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat..awak ada ilmu agama..kalau tak de ilmu agama pun, awak tau benda tu salah..
tapi kenapa masih buat? Awak sedar tak semua tu??? Ingat Allah tak waktu awak buat semua tu?? Awak tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. Kalau da awk nak sentuh-sentuh saya, apa je yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? Awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? Awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya..tapi awak sedar tak yang awak tu siapa?? hanya hamba Allah...awak bukan tuhan untuk tahu siapa jodoh saya & jodoh awak..awak sedar tak semua tu???
Kalau betul awak sayang saya, awak jaga lah saya baik-baik, beri sokongan saya jadi muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dgn penuh kasih sayang & didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya, tapi awak jaga sy tak??awak jaga saya tak?? tak kan..awak bawa saya ke arah keburukan..awak sedar tak semua tu???
Banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awak..nanti kat neraka bila Allah soal saya dgn dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya depan Allah..kan?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~
Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...
Nobita : Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. Awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awak turut merubah diri saya. Baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Nobita yang dulu kembali. Nobita yang menjaga saya dengan baik. Saya tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana saya sayangkan dia. Tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi...awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan...kalau awk masih tak berubah, lepaskan saya kerana Allah..
Nobita : ......
[Pesanan : kepada pasangan yang hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah kerana Allah yang menciptakannya tapi jangan sampai cinta untuk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]
peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~
harinie dorang rehat dari practice. jadi harinie free sangat2. kelas pown tak de. tapi tak tau mood nak berblog down pulak. masa tengah penat2 hari tue punyela semangat. macam2 nak tulis. tapi disebabkan kekangan masa, tak jadi menulis. sekarang bila dah ada peluang lupa ape yang nak ditulis sebelum nie. adoyai..
motif ekspedisi berbasikal dari Pekan ke Putrajaya ialah memberi simbol bagaimana susah payah perjalanan Yang Berhormat Perdana Menteri kita Datok Seri Najib bin Haji Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. dari tempat kelahiran beliau Pekan, Pahang ke kediaman beliau sekarang di Putrajaya.
tue la sebabnya kayuhan akan bermula dari rumah ayahanda beliau yang terletak di daerah Pekan nie. benda nie tak de kena mengena ngan hari belia yang akan diadakan esok. program nie adalah anjuran sepenuhnya parlimen Pekan. setakat nie jela yang aku tau tentang program nie.
30hb nie akan bermulanya perjalanan dari pekan ke putrajaya. perjalanan mungkin mengambil masa 4 hari. jika tiada aral melintang. doa sangat semuanya berjaya tanpe sebarang masalah. walaupown aku yang paling lemah dalam pasukan, tapi tak semestinya aku tak boleh buat. aku akan cuba sebaek mungkin.
pagi2 lagi dah dikejutkan ngan panggilan dari admin. nie gara2 kitorang tak datang kelas analog. katenyer penat2 kitorang hempas pulas untuk amik analog untuk short sem, tapi kitorang tak datang. tapi bukan suka2 tak datang. ada practice untuk berbasikal.
tue yang aku risau sangat. takut terpakse drop subjek tue. syukur alhamdulillah lecturer paham alasan kitorang. nie gara2 nak kumpul markah merit punya pasal. kalau tak, mesti aku tak join pown. sebab aku tau keupayaan aku. memang dari kecik lagi aku tak pernah join aktiviti2 sukan nie.
harinie kitorang training dari pekan ke pantai sepat. pagi tue mula2 ingatkan tak jadi. sebab budak2 sekolah ada test. aku pulak kalau ikutkan memang tak nak ikut. sebab aku down giler semalam sebab tak dapat kayuh. takut giler sebab stamina aku lemah sangat2.
distance:77KM speed pergi : 20-25 km/j speed balik : 28-30 km/j
tapi alhamdulillah sekurangnyer aku berjaya kayuh dari pekan ke kampung ubai. jarak lebih kurang 10km lagi dari pantai sepat. kira hebat la untuk seseorang yang rendah stamina macam aku nie. mungkin bagi orang laen aku nie lemah giler. tapi nak buat macam mana. pendapat orang kita tak boleh kawal.
balik aku tak mengayuh sebab aku dapat rasa yang aku akan tertinggal kalau aku kayuh. baek aku surrender dulu. takut jadi pape lak. tapi beberapa kilometer sebelum sampai UMP ada seorang berhenti sebab cram kaki. jadi aku pown ganti tempat dia. dapat jugakla aku ngayuh sikit sampai ke UMP.
ape pown semangat aku untuk mengayuh semakin membara. aku mula rasa nak mengayuh nanti. sebelum nie aku hampir jer nak volunteer masuk backup team. tapi sekarang kalau boleh aku nak ngayuh jugak. tapi risau tue tetap ada jugak.
pagi tadi bermula training pelajar UMP bersama pelajar sekolah. tak tau nama sekolah tue. aku sedih sangat sebab tak dapat kayuh habis. memang hebat la dorang nie. jarak dia lebih 100km kowt. memang terbaek la.
aku pelik nape aku kayuh macam orang gila dah. tapi nape kelajuan basikal tak berubah. gear dah tukar2. tapi sama je rase. rupanya gear aku tak masuk. dahla aku tak larat nak ngayuh dah. aku tertinggal jauh giler. last2 aku orang pertama yang surrender. sedey sangat2. tapi nak wat camner. tue jer kemampuan aku.
aku hampir nak patah balik UMP sorang2. tapi encik yang kawal kitorang tak bagi aku kayuh sorang2. last2 aku diangkut naek hilux ke bandar pekan. bila nampak dorang sungguh2 kayuh kat depan rasa sedey la pulak. nape la aku tak boley buat macam dorang. terkilan sangat2.
esok latihan ke pantai sepat pulak. harap sangat2 aku boleh pergi. tapi basikal aku camner lak. doa2 la malam nie boley settel. nak jugak kayuh macam dorang. tak nak duduk dalam kereta jer. penat sangat rasa badan. T_T
sampai jer UMP, lepas amik basikal aku balas dendam round UMP untuk lepas geram. lagi2 bila aku tak jumpa basikal aku. tak tau mana menghilang. memang basikal aku tak sehebat yang laen dan bukan jugak hak milik aku. tapi bila jadi camnie rasa emo lak. rasa geram sangat. tue yang bantai kayuh entah sape punye basikal entah.
rupa2nya basikal aku elok tersadai depan bilik jijah dah. mungkin pemilik basikal yang aku amik nie yang letak situ kowt. sebab basikal dia lambat sampai. naseb baekla aku amik jer basikal dia tadi. kalau tak kesian dia kena angkut 2 kali. huhuhu..
entry ini adalah auto post.. sebab pada waktu post nie publish aku tengah training dari pekan ke nenasi.. doakan aku selamat ye..
persediaan untuk berbasikal dah hampir lengkap. tapi stamina aku jer maseh belom kuat. harinie aku kena training lebih dari 100km. nie yang aku takut giler2 nie. dahla stamina aku kurang lagi. baru sehari praktis. boleh ke aku buat..??
harap korang doakan aku boleh buat benda nie. dah volunteer masuk. tapi belom ape2 dah surrender awal2. takut giler bila bayangkan. basikal pown dah siap repair tadi. tapi belom sempat test lagi. tue yang risau sangat tue.
jom ramai2 meriahkan putrajaya 2 Jun nie. sambut pasukan berbasikal dari pekan sama. tak sabar nak tunggu hari tue nanti. huhuhuhu..
hari tue masa mula2 daftar untuk short sem, sampai2 jer bilik aku perasan kasut aku yang letak kat luar semua dah hilang. sape lak yang duk amik kasut kitorang. dahla tue jela kasut2 yang aku ada. naseb baek heels aku bawak masuk dalam bilik.
atas nasehat ibu aku, aku redha jer. lepastue ibu aku suruh beli jer baru. tapi terkilan sebab kasut KAKOM aku pown hilang sama. dahla tue kasut sukan favourite aku. sedey sangat. tapi entah cam mane mak cik cleaner ketuk pintu. dia bagitau kasut kitorang dia kemas. lepastue dia simpan kat pili bomba.
masa tue hepy la sebab jumpa jugak kasut aku tue. tetiba dapat tau kasut aku tue tak de kat pili bomba. mak cik cleaner tue tak tau sape amik. sudah.. ape aku nak buat. nampak nyer terpakse la habeskan duit beli kasut baru. dahla kena join ekspedisi berbasikal pekan ke putrajaya. ish sabar jela.
tapi tadi dapat tau kasut kitorang orang pejabat pegang. simpan dalam stor. adeih rugi jer duit beli kasut baru. naseb baek carik yang murah jer. lagipown doktor nasehat jangan pakai kasut baru. naseb baekla jumpa balik. lega sangat2..
pada 19 hingga 22 Mei 2011 kelab pemadam IPT telah mengadakan konvesyen pemadam kat UTM. aku alang2 dah ada kat UMP join jela benda nie. walaupown aku bukan ahli kelab pemadam atau pown kelab anti dadah ke pe. lagi pown nak tambah markah merit punya pasal. pergi jela.
kitorang bertolak dalam pukul 10pg dari UMP pekan. sepanjang perjalanan aku lebih tidur jer sebab aku tak tido satu malam. hehehehe.
tapi serius sangat2 la boring. sebab program nie penuh dengan ceramah.. ceramah.. dan cermah. naek pening kepala dengar benda yang sama jer. boring sesangat. tetiba macam menyesal jer pergi. tapi bila pikirkan bukan selalu peluang untuk pergi UTM. aku redha jela.
bila aku bosan jer tandas la jadi tempat yang dituju. nak buat camner duduk dalam tandas lagi seronok dari dengar cermah yang tak henti2 tue. sempat jugak kitorang ponteng ceramah. dah tak sanggup dengar. bukan dengar pown. duk tersengguk menahan ngantok. adoyai..
malam pulak kitorang keluar. sempat jugakla rasa nasi ayam penyet, bakso ngan pecal lele. mula2 pecal lele tue aku ingat kan pecal yang sayur tue. campuran sayur lepastue tuang ngan kuah kacang. sedap kowt. tapi rupanya pecal lele tue nasi ngan ikan keli goreng. dahla baru lepas makan bakso. nak tak nak kena la habiskan. nasib baek bakso dia seciput jer. hehehehe.
masa gap hari sabtu tue sempat jugakla kitorang keluar. tapi setakat pergi Angsana jer. boring giler. duit dahla bawak cukup2 makan jer. tak pasal2 habisla jugak duit aku dekat RM10. tue pown sebab beli makanan jer. sempat jugak la aku merasa dunkin donut. lama giler tak makan benda tue. sebab duk layan big apple jer. heheheh.. aku ingat dapat la jalan2 kat tempat best sikit. tempat pe je yang best kat Johor ea..??
esoknya pulak kitorang ada larian anti dadah. aku dahla tak suka giler2 kalau bab larian nie. stamina tak kuat kowt. naseb baek la ada ruby. dia pown tak larat jugak nak lari. jadi sepanjang 3km tue kitorang berjalan jer. makan angin. hampir2 jugakla dorang suruh aku berhenti jer. naek kenderaan balik ke tempat mula. tapi alang2 dah jalan jauh. teruskan jela. hehehehe..
orang laen duk sebuk berlari. aku ngan ruby boleh pulak makan angin. sempat tangkap gambar lagi. hehehehe..
ape pown UTM memang besar giler kawasan dia. memang boleh sesat la dalam tue. tak sabar pulak nak tengok UMP pekan siap. mesti besar dia lebih kurang jer ngan UTM. tapi masa tue mesti aku dah graduate dah. huhuhuhu..
FAST AND FURIOUS 5 : FAST 5 PIRATES OF CARRIBEAN NUR KASIH
jujur aku tak tengok lagi ketiga-tiga cerita kat atas nie. tapi aku tetap nak join. aku pilih cerita Nur Kasih. sebab tue jer cerita melayu. aku mane pandai nak speaking2 nie. watak ape pown aku tak kesah. kalau dapat Nur Aminah pown aku terima jer. hehehehe..
bunyi ambulan lalu. maknenyer mesti ada kecemasan la kan. semalam memang ada kecemasan la. sebab tue ambulan UMP terpaksa digerakkan. kalau tak selama nie tersadai jela kat bangsal. senang pulak kerja driver ambulan UMP. bukan selalu pown ada kecemasan. cuma kena standby jela. huhuhu..
bapak aku suka drive belakang ambulan yang bukak bunyik siren. sebab senang dapat jalan. tengah orang duk bagi jalan kat ambulan. bapak aku pown sebuk la menyelit. dulu aku pelik jugak. rupanya mak aku cakap ambulan memang ada hak untuk jalan dulu. sebab ada kecemasan. baru aku tau. huhuhuhu..
semalam aku ingat pagi lepas jer training nak terus balik rehat. tapi rupanya tak boleh. sebab kena pergi buat medical check up untuk program berbasikal tue. alhamdulillah aku lepas. tak de masalah lansung. tapi pelik jugak sebab aku cepat penat. aku ingat aku tak akan lepas. syukur sangat2.
tapi kesian kat alia sebab dia ada problem sikit ngan medical checkup dia. sampai terpaksa dirujuk pergi poliklinik peramu jaya untuk test darah. jadi lepas jer makan tengah hari kitorang dihantar oleh ambulan UMP ke poliklinik tue. pertama kali naek ambulan. agak jakun jugakla. kelakar pown ada. hehehe..
baru aku paham tugas medical assistance. aku ingatkan sama jugak macam nurse. tapi rupanya laen. tapi pelik camner boleh jawapan dorang ngan doktor UMP laen. tapi yang pasti doktor UMP betul la sebab dia tunjuk bukti sekali. harap2 la kitorang dapat pergi dan balik ngan selamat. semoga Allah memudahkan perjalanan kitorang.
sebenarnyer aku baru jer bangun tidur. semalam memang hari yang memenatkan sangat2. dahla tak cukup tido. bangun pagi2 lepas jer subuh terus pergi stor amik basikal. mentang2 aku antara orang yang last aku dapat basikal yang cikai giler. tapi nak wat camner.
wei...!!!!! nie ekspedisi ke lumba basikal..???
memang hebat la dorang kayuh. laju giler. aku tak boleh nak kejar. mengah giler. dah la penat dari balik UTM tak habis lagi. terus2 kena ngayuh lebih kurang 10km. memang terbaek punya penat. tue pown aku cekelat. kalau ikutkan lagi jauh jarak dia.
yela baru hari pertama kayuh. takkan bajet nak terus laju macam dorang kowt. dahla stamina aku kurang lagi. rasa nak surrender pown ada jugak. tapi pikirkan peluang cuma sekali, aku kuatkan diri untuk teruskan. tapi maseh tak sangka yang aku dah mengayuh sejauh tue.
esok ada lagi. punggung aku sakit giler. sampai tertido tadi pown tak sedar. terjaga pown sebab dak bilik sebelah tetiba kejut bagitau latihan start 6.30pg esok. aku ingat dah pukul 6 lebih la. rupanya baru kul 1 lebih. aku dah la tengah mamai. entah ape entah aku merepek masa tue.
tapi disebabkan aku tak solat Isyak lagi, aku kuatkan diri aku untuk bangun mandi. mandi malam2 buta. dahla bahagian blok aku tak de air. terpakse pergi kat bilik air wing sebelah lagi. memang menyusahkan betol la. sabar jela.
pagi nie aku ada latihan berbasikal. doa2 aku larat la mengayuh. benda nie macam best. rugi lak kalau aku tarik diri. elaun pown lumayan. sape nak bagi kan. hehehehe.
disebabkan benda nie jugak terpakse la ponteng kelas sikit. nak buat camner. elaun punye pasal. hehehehe. tak dela aku memang nak masuk berbasikal nie untuk carik pengalaman. sekurangnyer boleh jadi kenangan bila aku keluar dari UMP nanti. hihihihi..
berbalik pada tajuk. baru aku perasan sesape yang dari Johor. terutamanya perempuan mesti akan ada imbuhan 'ea' kat akhir ayat dia. mula2 tak perasan. tapi bila teringat dekat kak yana. betul jugak ye. hehehehe..
benda nie aku dapat masa kat UTM hari tue. tak sangka lak. aku ingat 'ea' tue universal. aku suka gune benda tue. tapi selalunyer dalam penulisan. kalau bercakap jarang la. tapi memang orang Johor memang sokmo duk sebut pekataan tue. huhuhuhu..
pengalaman 4hari 3 malam kat UTM akan aku update nie. belom tranfer gambar masuk laptop. insyaAllah dalam masa terdekat nie aku update. seronok ke tak. tunggguuuuu.. heeeeeeee~
maseh kepenatan. sampai dari UTM tadi dalam pukul 6.30ptg. kelesuan tak hilang lagi. tapi disebabkan rindu sesangat kat blog tersayang nie aku update la sikit.
sebelum aku update nie aku sempat blogwalking kat blog yang aku suka bace. aku tak sangka dalam 4 hari aku tak o9 macam2 benda berlaku. rasa macam ketinggalan zaman.
dari belog cik aish aku dapat tau berita pasal tanah runtuh kat ulu langat. aku maseh kabur lagi ngan citer pasal benda nie. tak sempat lagi nak google pasal benda nie. tapi dari belog cik aish nie aku dapat tau macam ramai mangsa yang terlibat.
lepastue aku pegi pulak selongkar blog ayeem ayam. aku dapat tau penulis blog favourite ex roomate aku, telordibasuh telah pown meninggal dunia. Al-Fatihah untuk arwah.
agak terkejut. mula2 macam tak percaya. tapi buat pe ayeem ayam nak menipu pulak kan. tak pasal2 kena saman lak. huhuhu..
ape pown kepada semua adik2 yang akan mendaftar di kolej matrikulasi seluruh Malaysia esok good luck. semoga korang boleh buktikan kat semua orang yang korang tak selemah yang dorang sangka. jangan mudah putus asa. jangan sia2kan peluang yang ada. aku doakan korang semua berjaya. amin.
aku pown baru jer daftar benda nie. awal tahun haritue. beberapa bulan lepas pasang nuffnang. lama jugakla aku amik masa untuk paham benda nie. jadi aku nak buat tutorial pasal benda nie. nie tutorial pertama aku. aku akan cuba yang terbaek. huhuhuhu.
ape itu churp2. churp2 nie salah satu medium untuk pengeluar2 produk kat luar tue untuk mengiklankan produk mereka kat internet. blog salah satu tempat yang strategik untuk mereka mengiklan. jadi melalui churp2 niela orang dapat tau tentang produk dorang.
tak perlu takut hilang status glitteriti nuffnang. sebab churp2 bukan pesaing dorang. bahkan adik beradik dorang nie. kalau tak, tak dela kat atas home nuffnang kita ada gambar burung biru comel tue kan. huhuhu..
tapi churp2 senang dari nuffnang. income akan masuk kalau ada orang yang klik iklan yang kita letak kat blog. jadi ape yang aku buat untuk join churp. ikut step2 kat bawah nie.
step1
klik SINIlepastue akan keluar borang untuk korang isi.
step 2
dah siap daftar korang dengan rasminya ada akaun churp2. lepastue korang bukak dashboard. akan keluar macam nie.
nampak anak panah tue. korang klik situ. ada banyak iklan. jadi korang kena buat satu2. lepas klik benda tue akan keluar camnie
lepastue klik start sharing this. akan keluar benda nie pulak..
jangan takut jangan gabra. just wait and see jer. hehehe.. lepastue akan keluar kat bawah nie..
step 3
search kat google gambar untuk iklan yang korang nak share. contohnyer ARE YOU IN A RELATIONSHIP WITH FACEBOOK?
nampak gambar kat bawah anak panah tue. klik kat situ. lepastue right klik kat gambar then klik copy image.
nape aku suruh copy..?? sebab cara aku laen sikit dari blogger laen. aku tak upload kat photobucket atau yang sewaktu dengannyer. tapi aku guna new post kat blog. korang buat post baru lepas tue paste gambar yang korang copy tadi.
lepastue korang link kan gambar tue kat link yang churp2 bagi kat iklan yang korang share tadi
klik edit html lepastue copy paste code yang keluar
step 4
apa lagi letak la code html tue kat sidebar blog korang. kalau rajin promote kat kawan2 korang. suruh dorang klik. huhuhuhu..
setiap kali korang nak share iklan carik kat dashboard. selain tue churp2 akan update iklan dorang kat email kita. jadi kita takkan ketinggalan. huhuh..
kalau sudi klik la kat iklan2 kat bawah nie ye.. tenkiu..^_^