tak mungkin ku hindar..

12:00 PM


semalam aku menghabiskan seharian baca novel nie. dari pukul 4pg sampaila ke 12 tengah hari. tak mengantok jadi aku amik keputusan untuk baca novel nie. tak sangka melekat sampai tak nak tidor sampai ke tengah hari. naseb baek aku dah tido dalam pukul 12 tgh mlm. terjaga pukul 3pg. lepastue tak boleh tido dah.

sinopsis:
Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. dalam benci ada rindu. bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan. 
Salina hadir menjadi duri dalam daging. bagi Hisyam, gadis itu adalah sahabatnya yang terbaik. insan paling dipercayai. namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda tersendiri.  
semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salaina walau ada luka di hati.
sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

nak tau sambungan dia boleh la carik novel nie di kedai2 berdekatan. memang berbaloi. huhuhu..^_^

tak mungkin..^_^

You Might Also Like

1 komen dari peminat setia