day 28 - a picture of something you're afraid of

10:00 AM


aku takut nak jatuh cinta lagi. aku belom ready lagi untuk amik risiko. setelah ape yang berlaku kat aku sebelum nie buatkan aku terpaksa tutup hati aku sementara waktu.

ape yang berlaku kat aku dua tahun lepas aku jadikan pengajaran dalam hidup aku. ditipu oleh dua orang lelaki dalam tempoh masa setahun. bodoh giler aku masa tue. aku down giler. tue yang buatkan aku amik keputusan no love before habes study. 

sebab ape yang terjadi kat aku tue hampir membuatkan aku mungkin dibuang universiti. sebab masa tue aku dah tak de perasaan lansung untuk buat ape pown. study apatah lagi. naseb baek aku ada keluarga dan kawan2 yang sokong aku. dorang yang jadikan aku kuat balik untuk teruskan hidup nie.

aku mungkin tak sekuat mana. tapi jangan sangka aku lemah. aku bukan atia yang dulu. ape yang jadi kat aku selama nie aku jadikan penguat dan panduan untuk aku teruskan hidup nie. alhamdulillah aku bahagia sekarang.

tak bermaksud aku nak single sampai ke tua. kalau jodoh aku dah sampai aku akan terima seadanya. tapi aku akan lebih berhati-hati.

afraid of  falling in love with wrong person again ..>_<

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia