Sunday, July 10, 2011

day 27 - a picture of yourself and a family member


sorang bakal doktor seorang lagi bakal engineer. sesuai tak..??

gila pe....!!!!!!

hehehehehe..

gambar aku ngan adik sedara aku. dia sekarang buat medic kat mesir. kitorang memang dari kecik gila2 bersama. aku ngan sepupu2 belah bapak aku memang rapat. mungkin sebab umur dekat2 dan kitorang selalu berkumpul kat rumah nenek.

ingat lagi zaman kecik2 dulu. kitorang tak pernah gaduh. apatah lagi berebut. selalu beralah. aku ingat lagi kitorang boleh kongsi 2 digimon maen 3 orang. tapi tak pernah gaduh pown. dorang siap sanggup senyap2 masuk bilik nak ajak aku maen sama. waktu tue baru lepas sahur. bila ibu aku dapat tau aku keluar dari bilik terus aku kena bebel. heeeeee~

dalam adek beradik aku, aku paling suka nanges tapi perangai macam jantan. ganaz semacam. selalu jer kena cubit ngan ibu sebab suka panjat sana panjat sini. sofa kat rumah nenek habis jadi playground kitorang. buaian pulak jadi tempat kitorang bergayut. rindu la pulak masa kecik2 dulu. 


mereka berdua la kawan aku kecik2 dulu.. heeeee~

sekarang masing2 dah duduk jauh2. aku kat pahang, seorang kat mesir, sorang lagi kat rumah dia. dah jarang jumpa macam dulu. masing2 pown dah ada tanggungjawab sendiri. tak sabar nak tunggu raya tahun nie. hihihi..

kan best kalau mesin masa wujud.. huhuhuhu..^_^

3 komen dari peminat setia:

Ini Kisah Tia said...

wah2 . depa pun dah machoooo :)

maaf , Tia tak perasan tak letak link .. huhuu ..
cekidaut --> Jom Check Gred Blog

gadis melayu said...

tia: senyap2 suda.. nnti depa perasan.. hehehehe..^_^

zarulfarhana said...

dh nk dkat la besday dia....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez