blogwalking terbantut..

12:00 PM

post pendek jer untuk hari nie. sebab internet kat bilik aku dah masuk hari ke empat buat hal. masa2 nie la ko nak cakap yang no internet access. terpaksa guna berukband. tapi paham2 la berukband macam mana kan.

misi nak gegar semua blog dalam segmen gegar blog Julai 2011 terbantut buat masa nie. sebab kelajuan berukband nie hanyalah sekangkang kera jer. dah kata berukband kan. jadi kalau nak blogwalking pown dia cepat mengah. jadi terpaksa la lupakan hasrat untuk sementara waktu.

lagi pown berukband nie tak cukup kuat untuk jalan ke blog yang pasang lagu dan yang komen dia format halaman penuh(full page) atau dirakamkan di bawah catatan(embedded below post). lagi2 kalau ada captcha. aku dah sangat puas buat captcha tue masa ping blog kat fb. aku rasa tak perlu la kowt kat blog pown ada.

jadi aku kalau boley nak nasihatkan blogger yang pasang lagu tue tak perlu la pasang. yang part komen pulak tukar la ke pop up window. bukan ape kesian la kat blogger2 yang pakai berukband nie ye. kitorang nie teringin sangat nak masuk dan baca dan komen ape yang korang tulis dalam blog. 

lagu yang korang pasang memang sedap. tapi ape salahnyer kalau korang buat post khas jer pasal lagu tue. tak perlu la pasang kat blog. korang nak ke orang masuk jer blog korang terus kelam kabut carik butang X. korang pikirla sendiri.


tapi terpulangla kat korang. aku cuma nasehat berdasarkan ape yang aku rasa. bukan niat nak carik kesalahan orang. tapi nak betulkan ape yang aku rasa silap. sowie kalau ada yang terasa. tak bermaksud lansung untuk menyinggung mana2 pihak. ape pown terima kasih kat yang sudi gegar blog aku. insyaAllah nanti aku gegar balik.

tadi kata nak buat post pendek jer..?? hehehe..

hah lagi satu petang karang aku ada test. doakan aku boleh jawab yer. terima kasih sebab baca bebelan aku ni. huhuhu..


biasala kalau gadis melayu dah mula membebel.. hihihi..^_^

You Might Also Like

5 komen dari peminat setia

  1. hehe freaky x suka jugak denggan blog ada lagu

    ReplyDelete
  2. saya pham,

    berukband mmg laju oowww..

    ReplyDelete
  3. betul tu.. utk org yg guna broadband, mmg pyh nk lwt blog2 yg camni.. nk2 klu line internet lmbt.. T_T

    ReplyDelete