Thursday, July 31, 2014

Bebelan Birthday Girl..


rasanyer belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya pada semua yang sudi baca blog aku ni. Maaf kalau selama aku menulis kat blog ni secara sengaja atau tak sengaja buat korang terguris atau terasa. aku hanya menulis ikut suka tangan aku jer. ngeeeee~

happy birthday to me..
happy birthday to me..
happy birthday to atia amir..
happy birthday to me..

31 JULAI 1990

birthday yang ke 24 tahun. badan mungkin besar tapi hati masih kanak2. ngeeeeee~

pernah sorang kawan aku tanya kat aku samada aku rasa diri aku ni dah rasa dewasa atau tak. kadang2 kalau dipikirkan umur aku rasa aku dah cukup dewasa. bila berdepan sesuatu masalah mungkin aku rasa aku cukup matang. tapi sebenarnyer aku sendiri masih belum bersedia untuk jadik dewasa apatah lagi matang. bak kata orang kematangan seseorang bukan terletak pada usia. huhu.

sepanjang 24 tahun aku hidup kat bumi Allah ni macam2 benda berlaku. gembira, ketawa, sedih, menangis macam2 aku dah harungi. tapi masih belum buat aku bersedia untuk jadi dewasa. mungkin aku sendiri belum paham apa erti dewasa tu. yang aku tau kalau nak beli tiket masuk mana2 aku dikira dewasa. tu jela. heeeee~

kawan2 aku ramai dah bergelar isteri, suami, ibu dan ayah. tapi aku masih tercari-cari mana haluan tuju yang aku harus pilih untuk aku teruskan hidup. kerja yang masih tak menentu. bila orang tanye bila nak kawen aku masih belum tau nak jawab macam mana. angan2 aku masa kecik dulu semua hancur berkecai. aku tak pernah bayang yang hidup aku akan jadi macam ni. aish..

nanti bila aku dah besar, dah kerja aku nak ada rumah sendiri. nak hias cantik2. lepastu nak ada satu peti ais besar penuh dengan air sedap2 ngan makanan yang banyak. 

nanti bila aku dah besar aku nak kerja kat tempat yang ada meja besar. meja aku sendiri. nak hias cantik2. nak letak macam2.

angan2 aku kecik2 dulu. tapi satu pon belum nampak bayang akan tercapai. masa kecik dulu duk pikir semua benda senang. padahal hakikatnyer nak mencari seringgit satu hari pon susah. tapi untuk habiskan seribu satu hari paling senang. 

apa pon untuk tahun ni aku masih sambut harijadi aku sebagai seorang yang masih belum berpunyer. buat masa ni aku masih selesa dengan status aku. tapi tak tau la esok lusa macam mana. sebabnyer hampir setiap hari aku terima soalan yang sama. " tia bila nak kawen..??". aku sendiri tak tau nak jawab macam mana dah. adoiii. last2 jawapan aku insyaAllah kalau ada jodoh. woahaaa..


cerahkanlah masa depanku Ya Allah..^_^

Tuesday, July 1, 2014

favourite month every year. .


Dah masuk bulan tujuh.. yeah...!!!!

Sekejap je dah masuk bulan Julai. Sebelum aku terlupa selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua umat Islam yang paham pe yang aku tulis ni.. ngeeeee~

Ok berbalik pada tajuk kat atas. Dalam banyak2 bulan dalam setahun aku paling suka bulan Julai. Kenapa aku suka sangat bulan Julai..??

Sebabnyer

1. Aku dilahirkan pada bulan ni. 31 Julai 1990 pukul 2.35pagi.
2. Kawan2 baik aku masa sekolah dulu kebanyakannyer lahir bulan Julai.
3. First crush aku masa sekolah dulu pon lahir bulan Julai. heeeee~

Yang paling kuat sebenarnyer yang no 1 tu. Aku tak pernah kesah orang ingat ke tak tarikh tu tapi yang penting aku sendiri kena ingat. Sebab makin bertambah tahun umur aku makin meningkat. Bermakna riwayat hidup aku jugak akan berkurang. Jadi beringat sebelum terlambat. Muda memang cuma sekali tapi tak bermakna kita boleh enjoy sesuka hati. Huhu..


Mati itu pasti.. hidup insyaAllah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez