Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
facebook Instagram youtube

kisah seorang gadis melayu

    • Home
    • Atia Amir
    • Tarikh penting
    • Surat Khabar
    hari nie aku berjaya menyelesaikan dua test dengan kantoinya. pertama test statistic dan yang kedua engineering lab. yang kelakarnya dua2 test nie aku datang lambat. malu jugak. tapi lantakla. nak buat macam mana. bukan sengaja pown. tapi tercungap-cungap jugak la berlari.

    mula ngan test math. aishhhh. memang tension la. tetiba blur. tak tau nape tak leh jawab lansung soalan. sedangkan soalan lebih kurang tutorial jer. aku dah jawab semua kowt. nape tak leh jawab gak. dah la masa suntuk. tak tau la ape aku merepek kat kertas jawapan. adeih.

    petang pulak test asessment engineering lab autotronic. kena buat individu. memang mencabar la. entah macam mana aku boleh kalut lak tetiba. bile lecturer datang nak test aku punya, aku tak siap lagi kowt. kelam kabut aku duk pasang benda tue. naseb baek lecturer tue pindah ke orang lain dulu. tapi last2 alhamdulillah menjadi.


     
     

    berserabut giler litar. tapi tak pela sekurangnya menjadi. encik tue kata full mark. tapi tak tau la betul ke tak. harap2 betul la.

    esok test analog ngan EMT pulak. doakan aku ye semua..^_^

    Continue Reading
    ingat tak post aku sebelum nie tentang duri dalam danging. pagi tadi memang aku dah tak boleh tahan sakit dah. berdenyut-denyut. nak genggam pown sakit. 

    akhirnya aku amik keputusan untuk pergi klinik. mula2 ingatkan nak mintak ubat jer. tapi kena gak berhadapan ngan doktor. berbelit lidah aku duk speaking ngan doktor tue. 

    masa tue lantak la doktor nak paham ke tak. aku nie memang broken english. tapi nasib baekla dia paham. dengan bantuan nurse kat klinik tue, duri kat dalam tangan aku berjaya dikeluarkan. 

    tapi yang aku tak tahan boleh pulak kena inject kat lengan. lenguh giler kowt tangan aku sekarang. lepastue aku dibekalkan antibiotik untuk 7 hari. pergh aku ingat kan benda tue biasa2 jer. ish3.

    alhamdulillah..^_^
    Continue Reading
    1. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


    2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


    3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.


    4. Sekiranya seseorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


    5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


    6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.


    7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.


    8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.


    9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


    10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.


    11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


    12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja gagang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


    13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.


    14. Jika kamu menyukai seseorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


    15. Jika seseorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


    16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

    17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!


    18. Selepas seseorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


    19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seseorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


    20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.


    21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


    22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


    23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


    24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


    25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


    26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


    27. Senjata wanita adalah airmata!!


    28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


    29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


    30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
    Continue Reading
    nape la internet buat hal tiba2. nak blogwalking pown susah. nak tinggalkan komen lagi la susah. update nie pown try and error jer. tak tau boleh publish ke tak. adeih.

    esok test math ngan engineering lab. wish me luck ye. tak tau la boleh jawab ke tak. takuuuuuuttttt...!!!!!
    Continue Reading
    sakit giler wei. camner nak buang duri dalam daging nie. pedih sangat. menyengat-nyengat. dah tak tahan. rasa macam nak korek2 jer isi bagi benda tue keluar. tapi tak berani la pulak. tapak tangan dah kemerahan dah nie. dari pagi cuba untuk keluarkan. tapi degil sangat tak nak keluar. pedih giler.

    duri oh duri.. keluar la.. dah tak sanggup simpan ko lama2 kat tapak tangan aku. sakit tau tak. adeih.

    dah empat hari duri nie mencucuk tangan aku. mulanya nak biar jer. sebab tak sakit pown. tapi pagi tadi tetiba berdenyut-denyut. sakit sangat. cuba keluarkan. tapi tak keluar2. sampai aku search kat google camner nak keluarkan duri dalam tangan. tapi tak jumpa lansung.

    jadi aku post nie kat sahabat blogger


    sebab aku dah tak tahan dah. sakit berdenyut-denyut. ramai jugak yang reply.


    terima kasih kat yang sudi menjawab. tapi dah tak boleh watpe. duri tue tetap tak nak keluar. nampaknyer terpaksa la menahan sakit nie. adeih..

    duri dalam daging sakit wooo..!!!!^~^
    Continue Reading

    Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !
    Continue Reading
    orang sebuk duk study aku pulak sebuk duk tengok raja lawak. dah la ketinggalan zaman tol. orang laen dah siap tau pemenang dia dah. aku pulak baru nak tengok dari episod satu. adeih..

    biarla tak salah pown. sekadar hiburan semata. wei ko nak test dah la. bila nak studynye. ish3

    khamis: pagi-test statistic, petang- engineering lab assesment
    jumaat: tak tau mana satu pagi mana satu petang- EMT ngan analog electronic.

    masak la wei. satu hape pown tak study lagi. dahla berdouble-double. lecturer nie ingat kitorang robot ke pe. suke2 hati buat jadual camtue. tak kira lagi ngan kena hantar assignment yang tak habis2 tue. sabar jela.

    wish me luck for the test k..^_^
    Continue Reading
    aku selongkar tagged aku lagi hari nie. jumpa gambar2 menarik kat bawah nie. so aku share ngan korang kat sini. huhuhuhu..

     
     
     
     
     
     
     
     

    unik kan..??? ^_^
    Continue Reading
    Once you were on the computer chatting with your friend. Your friend gives your one link. She said that the link is about a game which you need to find different between two pictures. She challenges you to beat her high score. So you played that game.

    You played that game at a long time off period. But you still cannot find the different. Until there is a really scary black and white monster screaming at the screen. What do you feel at that time?

    All of you, at the end of my speech, I really want that all of you stop being screamer. What is sreamer..??

    The screamer also known as a Prank Flash is a simple and yet extremely effective way to make people shit bricks. They take you by surprise, they're horrifying and the worst of all you can't unseen them.

    Why I’m the one who want to persuade all of you to stop being screamer? Because I’m one of the victim of this silly game.

    buang tebiat ape tetiba speaking lak. nie gara2 public speaking pagi tadi la. aku frust giler seh. semua yang aku rancang semua tak menjadi. dah la tak pasal2 aku tetiba gabra. sebab ape yang aku rancang untuk slide tak menjadi. geram giler. rasa nak buat balik. tapi lecturer suruh teruskan jugak. adeih.

    impian untuk score sekurangnya B+ untuk public speaking memang hancur berkecai la. memang dah tak boleh buat ape dah. sedih sangat. ape yang aku boleh buat sekarang berdoa jela semoga miss tue baek hati dan paham kenapa aku jadi macam tue tadi. jangan la dia tolak markah aku banyak sangat.

    please stop being sreamer...!!!!!^_^
    Continue Reading
    tengah syok2 update blog tetiba pintu bilik aku diketok. ingat kan jiran sebelah. rupanya fellow. malu giler wei sebab bilik bersepah. yela penat balik berkayak. barang balik dari kayak campak camtur jer. penat tak hilang. badan giler sakit.

    mula2 macam pelik. sape lak minah nie tetiba datang bilik aku. nak mintak derma ke. rupa2nya nak check ada barangan elektrik ke tak. mati wei. periuk nasi tak sempat sorok. aish.. nape la time2 nie ko nak check. adeih..

    tak pasal2 aku kena kompoun RM50. kalau ikutkan kitorang patut kena RM150 sebab ada 3 barang elektrik tak berdaftar. nasib baek fellow tue baek. kalau tak masak la aku nak membayarnya.


    adeih...!!!!!!!!>_<
    Continue Reading
    perlu ke aku mengaku yamg aku nie penari. sedangkan dah dekat setahun aku berhenti menari. tapi aku berhenti menari bukan atas kehendak aku. disebabkan oleh sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan. 

    tadi aku bukak folder gambar aku masa zaman matriks. hidup aku kat matriks sangat happening. salah satu sebabnya ialah aku adalah penari. menari boleh buat aku hilang tension. menari jugak jadikan aku seorang yang kuat dan penyabar.

    jadi seorang penari nie bukan sesuatu yang mudah. lagi2 orang badan besar macam aku nie. mula dengan bahagian pergerakan. aku nie pada mulanya seorang yang keras. nak lentur badan memang payah. untuk pengetahuan korang, aku nie bukan seorang yang elastik. kalau nak rukuk sekalipun, susah sangat. 

    sebab pinggang aku keras. kalau ada ujian jangkauan masa sekolah dulu, mesti aku dapat kosong. sebab tangan aku tak boleh capai kaki kalau kaki melunjur lurus.korang paham tak macam mane..?? lebih kurang macam gambar bawah nie la.


    serius aku tak boleh buat macam tue. tangan aku hanya boleh sampai takat lebih sikit dari lutut. dari kecik lagi aku tak boleh buat. kalau nak kate aku tak boleh buat sebab aku nie gemok, ramai lagi orang yang lagi gemuk dari aku boleh buat. jadi saiz badan bukan sebab la kalau tak boleh buat benda nie.

    selain dari tu, aku tak boleh bengkok lutut aku lama2. badan berat la katakan. semua tarian asli memerlukan penarinya membengkok lutut. baru dikatakan tarian tue nampak cantik. benda tue asas utama dalam setiap tarian. 

    dulu aku selalu kena marah sebab susah sangat nak bengkok lutut. tapi lama2 belajar akhirnya aku dapat menguasai posture badan penari yang betul. tapi yang pasti aku menanggung kesakitan yang teramat. bak kata cikgu tarian aku 

    "kalau nak tau posture kita betul ke tak masa menari, esok pagi bangun tidur sakit badan ke tak..?? kalau sakit maknanya betul la posture kamu tue." lebih kurang macam tue la yang dia cakap.


    seorang penari jugak perlu mempunyai lutut yang kuat. sebab banyak tarian tertumpu kat bahagian lutut. selalunya dalam tarian lutut akan jadi penahan badan. bayangkan badan aku yang besar nie. memang susah nak tampung. nasib baek lutut aku kuat. kalau tak kuat mau patah kaki aku. hehehe..

    ape yang aku suka tentang tarian nie ialah pertama aku suka pakai kostum cantik2. hanya masa menari jer kita dapat peluang pakai baju2 tradisional nie. kalau pakai time biasa2, memang kena kutuk la wei. buat masa nie banyak baju tarian yang pernah aku pakai. kalau nak usha klik kat SINI.

    keduanya aku suka make up tebal2. bayangkan foundation jer wajib lebih dari 3 lapis. aku tak pandai make up. jadi masa menari niela merasa di make up oleh orang. ala2 kena make up ngan mak andam gitu. mula2 aku kekok jugak. selalu kena marah sebab muka bergerak-gerak. lagi2 tang mata. 

    tapi lama2 ok la. tapi tetap gak loklak sikit2. sampai adek duk panggil aku itik. mula2 aku pelik awat mamat nie panggil aku itik. rupa2nya sebab mulut aku selalu muncung masa dia make up. adeih..


    dan lastly aku suka menari sebab aku dapat mencapub. hehehehe.. aku nie dulunya seorang yang malu depan kamera. tue yang aku kurang gambar masa kecik2 dulu. tapi sejak jadi penari, hard disk laptop aku penuh ngan gambar jela. sebab tue la salah satu sebab nape aku buat blog . sebab kat blog jer aku boleh citer panjang2 pasal gambar. kalau kat fb terhad. huhuhu..







    tue je kowt aku nak merepek pasal tarian nie. aku bukan pe. aku terlalu rindu nak menari. tak tau la lepas nie ada peluang ke tak untuk aku menari. wait and see jela..

    love dance no war..!!!!!!^_^
    Continue Reading
    Sila masuk ke blog BEN ASHAARI ini dan cari mana mana gambar yang ada ... Amik gambar tu ( diberi kebenaran ) ..
    jadi aku pilih gambar bawah nie..


    kenapa korang pilih gambar tu .. dan pastikan ada link ke entri itu .. ok ?
    aku pilih gambar nie sebab bila masuk blog abg ben jer gambar nie aku nampak dulu.(memang la dah sah2 header blog dia) hehehehe..
    (klik pada gambar untuk ke link entri)

    Sila jelaskan mengapa anda jadi blogger ..
    aku jadi blogger sebab aku bosan dengan facebook. hehehe. guraw jer~
    aku pilih untuk jadi blogger sebab kat dalam blog nie jer aku boleh merepek panjang2 tanpa ada had huruf. boleh lepas tension, geram marah dan sebagainya. tapi terkawal la. huhuhu..

    Blog yang menjadi pilihan harian anda .. maksud aku , korang wajib masuk hari hari..
    belog cik aish
    Continue Reading
    Mengenali seseorang itu .....
    Kadangkala membuat kita tertawa...
    Dan kadangkala membuat kita mengalirkan airmata.....

    Mengenali seseorang itu juga 
    mampu memberi kita sejuta rasa marah...
    sejuta rasa sedih...
    sejuta rasa gembira...
    sejuta rasa sayang...
    dan sejuta rasa rindu...

    Sedarilah mengenali seseorang itu sebenarnya 1 anugerah , 
    biarpun hadirnya
    hanya seketika dan sekadar teman sementara...
    Continue Reading
    benda nie aku patutnya nak update semalam. tapi disebabkan kepenatan punye pasal. tak dapat nak citer. tapi tak pe. aku nak citer sekarang jugak. hehehehe..

    semenjak aku pindah kampus UMP Pekan nie, rezeki aku murah sangat2. murah tang mana..?? tang makan. selalu jer dapat makanan free. tak pown bile order makanan, kitorang punye paling banyak. mane badan tak makin gemox. huhuhu..

    kakak kafe kat KK5 nie memang baek giler. nama akak tue kak akma. kalau ikut umur patut panggil makcik. tapi dia nie nampak muda sangat. kalau tengok badan dia, korang mesti tak percaye yang dia dah ada anak dara. anak dia paling tua sekolah menengah. tak sure tingkatan berape.

    aku, zati ngan alia macam dah kenal lama ngan kakak and pakcik2 kafe nie. dorang semua memang peramah and baek hati. kak akma ada cakap nak ajak kitorang pergi rumah dia. kitorang ape lagi kecik tapak tangan nyiru kitorang tadahkan. hihihihi.

    sempat mencapub masa tengah duk nyakat kak akma
    Continue Reading
    salah satu wishlist aku dah tercapai. follower aku akhirnya mencapai seratus orang. tapi yang best nyer aku post komen nie kat sahabat blogger. masa tue follower aku 99 orang.


    tak sampai 5 minit. aku refresh je page tetiba jadi camnie.


    tak sempat nak print skrin follower ke 100. tapi tak pela. thanks kat yang sudi follow. aku hepy sangat2. hehehe..^_^


    tahniah kat nazyra_asmiza sebab jadi follower ke 100..!!!
    thanks kat semua follower yang sudi follow blog gadis melayu yang tak seberapa nie..^_^
    Continue Reading
    walaupown speech public speaking aku tak siap lagi. aku tetap nak mengupdate blog kesayangan aku nie. huhuhuhu..^_^

    esok mungkin aku tak akan update blog the whole day. sebab esok aku ada praktikal kayak kat chenir. dari pagi sampai petang. wehuuuuu.. tak sabar giler. hehehehe..


    tapi aku agak risau. sebab minggu depan aku ada 4 test sederet. mati la aku kalau camnie. sempat ke aku nak study. tue la sape suruh study last minit. padan muka. adeih..

    ape2 pown korang doakan aku selamat k esok. takut gak ape2 jadi an esok. bersiap sedia la untuk gelap esok atia. habis la muka ko. adoyai..

    jom pergi kayak...!!!!!^_^
    Continue Reading
    kalau dulu aku minat giler blogwalking. suka baca cerita blogger kat dunia blogging nie. kadang2 benda nie gak mengajar aku erti kehidupan. kat dunia nie, semua ada cara masing2 untuk mencari kenalan, mengutarakan pendapat, melepaskan marah, release tension dan macam2 lagi. salah satu medium yang terkenal buat masa nie adalah blog.

    tapi baru2 nie aku baru discover pasal vlog. kuno giler baru nak jumpa benda nie. agak2 ar wei. 

    dulu aku tak tau passal vlog2 nie. sebab kat UMP Gambang youtube kena blocked. jadi memang takde harapan la nak tengok. masuk sem nie, aku pindah kampus baru ada peluang sebab kat UMP Pekan ni bebas untuk o9 youtube. 

    mula2 aku jumpa Anwar Hadi punye vlog. ada orang share kat group fb Heliza. try bukak. memang syok dengar dia bercakap. suka ngan nada dan cara penyampaian dia. memang tak bosan la tengok walaupown sebelum nie kalau kawan2 kita present pasal benda yang sama kita kata boring giler.


    IniAnwarHadi

    lepastue aku jumpa pulak vlog Matluthfi. persamaan antara dia ngan Anwar Hadi ialah depa berdua nie duk cakap loghat utara. memang syok la dengar. tue yang buat dorang punye vlog nampak sempoi dan menarik.


    matluthfi90

    nie baru jumpa tadi. yang buat aku rasa best tak sangka orang pantai timur pown ada vlog gak. aku tak sure yang dia nie duk kecek kelate ke ganu. aku tak pandai beza ngat. tapi memang sempoi la. 

    maccaboyz91

    tue antara vlog2 yang aku jumpa dan menjadi favourite aku. tetiba teringin lak nak buat vlog. tapi nak buat pasal pe ea..??


    haaaa sudah. public speaking pown ko kantoi. nak buat vlog. dah berenti2 la update blog tue. speech untuk public speaking ko tak siap lagi. ape nak jadi la ngan ko nie. adeih


    p/s: teringin nak tengok vlog Ben Ashaari. tapi tak tau kenape tak boleh langsung bukak vlog2 kat 1tube tue.. ada sesape tak, tau kenapa..??
    Continue Reading
    hari nie penat sangat2. kalau ikutkan hati macam2 benda nak update kat blog. tapi disebabkan penat, mood nak beblogging tak datang sangat. tapi aku tetap gak nak update sikit2.

    sekarang dah pukul 1.29pg. jadi kira kenapa aku penat sekarang ada kaitan ngan aku buat semalam la kan. agak2 la kelas pagi start pukul 9pg. kelas paling last habis pukul 6ptg. lab engineering lak tue. memang lelah la wei.

    tue yang balik2, lepas sembahyang maghrib jer terus pengsan. sedar2 dah pukul 12tgh mlm. mandi tak lagi. jadi dengan keazaman dan keberanian yang ada cukup2 makan. mandi jela tengah2 malam. sejuk kowt. huhuhu.

    ingat lepas mandi nak sambung tido. tapi tak leh la pulak. nak study kepala tengah biol2. nak update blog banyak2 tak de mood. adeih nak watpe jer malam nie. ish..

    bowing giler sekarang nie...!!!!!^_^
    Continue Reading
    klik pada gambar untuk ke post

    perasan tak ape yang pelik kat gambar atas tue. 4 orang blogger buat post yang yang sama dalam jarak masa yang dekat2. copy paste ke..??  tapi camner leh dapat idea same..??

    nie gara2 segmen abg BEN yang mencetuskan fenomena di atas. sebenarnyer kitorang satu geng untuk game nie. dengan kata sepakat semua orang, kitorang namakan geng nie GENG PENING CARI IDEA. memang pening wei.

    1st nak carik 5 orang yang sudi jadi geng. mula2 aku malu gak nak cari. tapi cam tak best jer tunggu orang. baek carik sendiri. jadi aku pown menebalkan muka hantar mesej kat semua yang layak maen game nie. dan akhirnya jumpa mereka2 nie

    dah jumpa nak buat post pulak. kitorang pown berbincang. pada mulanya nak buat post macam kat atas tue. tapi ketua kitorang hanif ada idea yang lagi best. jadi kitorang teruskan ngan cadangan dia.

     
    klik pada gambar untuk ke post

    thanks to all member of GENG PENING CARI IDEA sebab sudi geng ngan atia. seronok kenal ngan korang

    hanif
    amin
    sakushi chan
    miss anigma
    Continue Reading

    no cantik lagi.. thanks kat yang sudi follow tanpe paksaan..huhuhuhu..^_^

    Continue Reading
    .
    SEGMEN GAME ANTARA BLOG !

    NAMA KUMPULAN : GENG PENING.CARI.IDEA

    KETUA : muhamad hanif (semutsengal.blogspot.com)


    sapa pening ?

    http://semutsengal.blogspot.com

    http://iniaminzunaidi.blogspot.com

    http://sleeptalkinchild.blogspot.com

    http://atia-gadismelayu.blogspot.com

    http://pinkbiru.blogspot.com

    Continue Reading
    Semua orang ingin memiliki kereta sendiri dan sekiranya korang memiliki kemampuan untuk membelinya, ada baiknya korang jangan terburu-buru agar tidak terbeli kereta curi. Justeru itu beberapa panduan perlu korang ketahui.

    • Jangan beli dari pengedar yang tidak sah apatah lagi pengedar dadah.
    • Jangan terpedaya dengan tawaran harga rendah kerana tak logik kereta dijual dengan harga basikal.
    • Elakkan dari membeli secara tunai lebih2 lagi dari orang yang korang tak kenali.
    • Pastikan nombor enjin kereta sama seperti dalam geran tersebut bukannya sama dengan kereta laen.
    • Pastikan juga kereta korang nak beli sama seperti diiklan, bukan sekadar buat iklan.
    • Jangan takut hubungi JPJ untuk kepastian meskipun korang ada saman yang belum dijelaskan.
    Continue Reading

    BEN ASHAARI
    Continue Reading

    nie jela satu2nyer gambar PLKN yang ada aku kat dalam gambar. dulu aku pakai enset tak de kamera. ada kamera pown gune kodak. jadi tak banyak gambar aku. dah pulak tue aku graduate awal dari kem nie. sedey giler.

    serius aku cakap. aku rindu giler kat dorang. aku menangis masa tulis post nie. sayang sangat kat dorang. walaupown pengenalan kitorang hanya sekejap. tapi sayang yang terpupuk dalam hati nie macam dah seribu tahun kenal. aku sayang sangat kat dorang sangat2..T_T

    miss KK BAWAH BAYU, TUARAN SABAH sangat2..!!!!!='(
    Continue Reading
    korang ada akaun TAGGED tak..?? mesti ramai ada kan. tapi ramai jugak tak active sejak ada fb. lagi 1 ramai yang tak suke TAGGED sebab banyak benda BLUE. 

    aku masih active TAGGED. sekali sehari aku mesti bukak untuk check mesej. tapi kalau mesej sensored2 nie, sory la der aku tak layan. 

    tadi tengah aku bukak akaun TAGGED aku. tergerak hati nak tengok wall post lama2. sekali terjumpa gambar2 nie. tue yang nak share2 ngan korang. huhuhu..

     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    pelik2 kan. aku dulu tak perasan sangat benda nie. sebab aku jarang tengok wall post. sebab selalunya maen forward2 jer. aku malas nak layan. huhuhuhu..

    sharing is caring..^_^
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Gadis Melayu

    Photo Profile

    Kisah seorang gadis melayu bernama Atia

    Dulu acah2 nak jadik engineer. akhirnya jadilah lecturer. huhu..

    Dulu gemok sekarang sedang2 je. Kaki gym, kaki fitness dan macam2 kaki. Yang pasti bukan kaki penipu.. huhu..


    Nuffnang

    Team Mak Minyak

    Team Mak Minyak

    Cerita Lama

    • ►  2018 (7)
      • ►  July 2018 (1)
      • ►  May 2018 (1)
      • ►  March 2018 (2)
      • ►  February 2018 (1)
      • ►  January 2018 (2)
    • ►  2017 (35)
      • ►  December 2017 (3)
      • ►  November 2017 (4)
      • ►  October 2017 (5)
      • ►  September 2017 (7)
      • ►  August 2017 (16)
    • ►  2016 (1)
      • ►  January 2016 (1)
    • ►  2015 (17)
      • ►  December 2015 (1)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  October 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (3)
    • ►  2014 (34)
      • ►  December 2014 (2)
      • ►  November 2014 (4)
      • ►  October 2014 (4)
      • ►  September 2014 (4)
      • ►  August 2014 (2)
      • ►  July 2014 (2)
      • ►  June 2014 (4)
      • ►  May 2014 (5)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
      • ►  January 2014 (4)
    • ►  2013 (26)
      • ►  December 2013 (3)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (4)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (2)
      • ►  June 2013 (1)
      • ►  May 2013 (2)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (1)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (3)
    • ►  2012 (57)
      • ►  December 2012 (4)
      • ►  November 2012 (2)
      • ►  October 2012 (6)
      • ►  September 2012 (12)
      • ►  August 2012 (8)
      • ►  July 2012 (3)
      • ►  June 2012 (5)
      • ►  May 2012 (2)
      • ►  April 2012 (4)
      • ►  March 2012 (3)
      • ►  February 2012 (2)
      • ►  January 2012 (6)
    • ▼  2011 (584)
      • ►  December 2011 (6)
      • ►  November 2011 (8)
      • ►  October 2011 (21)
      • ►  September 2011 (26)
      • ►  August 2011 (71)
      • ►  July 2011 (129)
      • ►  June 2011 (99)
      • ►  May 2011 (68)
      • ►  April 2011 (73)
      • ▼  March 2011 (83)
        • test=disaster..
        • berjaya dikeluarkan..^_^
        • 30 fakta tentang wanita..
        • tension..!!!
        • duri dalam daging
        • DECO DECO BENG BENG BOONG !
        • wish me luck..^_^
        • keajaiban alam
        • stop being a screamer
        • kena kompoun..!!! adeih..
        • I am a dancer
        • GEGAR BLOGGER BARU
        • teman
        • akak kafe..
        • alhamdulillah-100
        • kayak..!!!!
        • Vlog VS Blog
        • hari yang penat..!!!!
        • kawan baru..^_^
        • xie xie
        • GENG PENING.CARI.IDEA
        • langkah elak terbeli kereta curik
        • BEN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !
        • kenangan PLKN
        • ngeri giler..
        • rekreasi berbasikal
        • Segmen blog review oleh wowberita
        • bila kita minat dia~
        • hey ladies- rossa
        • target follower 100 orang akhir bulan nie..^_^
        • curang..!!!!!
        • AKU BENCI ROKOK
        • kesunyian
        • orang yang aku sayang
        • BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !
        • gadis melayu
        • kakak2 ku..
        • welcome..^_^
        • aku suka kamu, aku cinta kamu
        • careful dengan spam..
        • konfius betol..
        • rindu jugak
        • susun perkataan mnjadi satu ayat...
        • siapa boleh jawab..??
        • Allahuakhbar..!!!!
        • buang tebiat.. ngeeeeee~
        • kembar siang..
        • menyesal
        • followerku
        • pool untuk perempuan
        • google search
        • BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN
        • lelaki giler seks
        • PM datang UMP
        • SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA
        • aku budak sekolah..???
        • ragam manusia
        • sahabat
        • game oh game...
        • industrial wiring
        • makan free.. weeehuuuu..
        • minggu yang menyakitkan.. adeih..
        • Lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia ke UMP Kampus...
        • PLKN pengalaman terindah
        • bloglist blogger baru
        • JOM JOIN FACEBLOG
        • Jodoh
        • kenangan, air mata
        • happy birthday IBU
        • model toilet.. ngeeeee~
        • love..~
        • datin wannabe.. heeeee~
        • konsert Maroon 5 kat Malaysia
        • lovable moment together
        • sempurna..
        • kuantan.. huhuhu..
        • balik suda..
        • kala malam menjelma..
        • kawan tikam belakang kawan
        • makan, makan dan makan..
        • me myself and I
        • welcome to my new blog
        • nape

    Kawan2 Gadis Melayu

    Facebook Badge



    Create Your Badge

    Popular Posts

    • gara2 pakai contact lens koyak..
    • janda 18 tahun
    • Kolej Matrikulasi Selangor
    • Harimau Garang..

    Labels

    #TeamMakMinyak 30 hari cabaran blog Ekspedisi Berbasikal 1 Malaysia Pekan-Putrajaya Essential Oil Young Living lawak wordless wednesday
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top