Monday, December 28, 2015

Azam 2015 --> Success


Siapa yang buat gambar kat atas ni memang kurang asam. Tak semua perempuan kot macam tu. Ada je yang tak pernah terpikir nak kurus tapi once dia bertekad untuk kurus last2 ni hasil dia. Huhu.


Azam 2016..???

Coming soon.. ^_^

Wednesday, November 25, 2015

Tips untuk kurangkan berat dalam waktu yang singkat..


Akhir2 ni ramai yang PM aku tanye macam mana nak kurus. Mintak aku share tips. Jujur aku cakap tips yang aku amalkan sama je dengan semua orang. Tapi kenapa aku boleh berjaya..??

Hah ni nak share macam mana aku buat. Ikutkan search la kat Google tips2 kurus semuanya hampir sama. tak de magic dalam usaha nak kuruskan badan ye kawan2. Semua kena ada usaha dan semangat yang kuat. 

Tips 1 : Psiko diri sendiri

"Nak gemuk senang.. Nak kurus pon senang.."

"Nak gemuk susah.. Nak kurus pon susah.."

Aku pegang pada statement ni. Jangan hiraukan cakap2 orang sekeliling. Sebab lain orang lain pendapat dan cara. Jadi set minda korang nak kurus tu senang.

Tips 2 : Ikat perut

Cara ni paling hardcore aku pernah buat. Ramai orang pikir yang aku ni banyak sangat duit pergi suscribe gym mahal2. FITNESS FIRST kot. ko mampu. hahaha..

Padahal dorang tak tau yang aku terpaksa ikat perut setiap bulan supaya aku mampu bayar yuran gym bulan2. 

No more secret resipe cake, 
No more stok cokelat dalam kereta,
No more air manis kalau makan kedai, 
No more snacking bila lapar,
No more makan besar bila gaji masuk.

Kat situ aku dah kurangkan pengambilan gula dan lemak dalam badan. huhuhuhu.

Tips 3 : Exercise

Paling kurang pon 30 minit sehari. Tak pon kalau yang duk ofis tingkat tinggi2 tu berhenti guna lif. Panjat tangga. Kat situ free2 je korang dapat peluang exercise. Dulu masa aku duduk rumah sewa kat Putrajaya aku memang jarang guna lif. Melainkan kalau dah tak larat sangat sebab baru balik gym. hehehe..

Dah bayar gym mahal2 kau rase kalau tak pergi rugi tak. Kat situ aku dah berjaya paksa diri aku pergi gym hari2. Kalau tak rasa membazir je. ngeeee~

****************************

Dengan tips2 kat atas ni aku masih mampu makan makanan kesukaan aku. Sebab aku memang suka giler makan. Aku boleh jadi bad mood kalau sehari tak makan nasi. hehehe..


Jangan cakap akak tak payung.. huhu.. ^_^




Monday, October 19, 2015

Reward untuk diri sendiri bila dah capai target..


Harini genap 9 bulan sejak aku mulakan usaha untuk kuruskan badan. Ramai yang bertanya macam mana. Tapi soalan paling famoz berat sekarang dah berapa.


Sebenarnya berat aku dah start berhenti turun masa bulan Jun haritu. Yang ni lansung tak buat aku risau atau pon takut. Sebab aku tau badan aku bukan hanya perlukan penurunan berat tapi jugak saiz ukuran.

Tapi tak bermaksud aku dah berhenti dari usaha nak kuruskan badan. Sebab aku tak rasa diri ni dah kurus. Even kawan2 sekerja aku masih panggil aku gemuk. Lantak la nak kate pe janji aku puas. Hehehehe..


Lepas dah capai target ni antara reward yang aku bagi untuk diri sendiri. Alhamdulillah aku berjaya. Huhu.

Misi jom kurus still ON..!!!!





Friday, September 4, 2015

Tips Menggayakan Pakaian Wanita Terkini


-Post Tajaan Zalora-

  
Dunia fesyen memberikan begitu banyak pilihan pakaian untuk wanita dan mereka sudah tahu perkembangan fesyen semasa sentiasa menghasilkan koleksi pakaian wanita terkini yang turut boleh didapati secara online. Koleksi pakaian wanita di Malaysia sebagai contohnya telah mengalami evolusi yang cukup memberangsangkan sejak akhir-akhir ini. Koleksi trend fesyen pakaian wanita terkini menampilkan rekaan yang lebih segar daripada sebelumnya. Sentuhan yang lebih moden telah diberikan untuk membuatkan koleksi dress wanita terkini lebih cantik untuk digayakan sesuai dengan trend yang sedang hangat dalam pasaran.

Namun sebelum anda membuat pembelian adalah penting untuk anda ambil kira beberapa faktor seperti di bawah untuk tips menggayakan pakaian wanita:

1.    Keselesaan
2.    Jenis
3.    Cita rasa
4.    Harga

Ini semua sangat penting kerana setiap pembelian yang anda pilih itu adalah ibarat satu bentuk pelaburan jangka panjang. Pakaian wanita yang lebih moden seperti dress wanita, blouse, skirt dan kaftan moden masih kekal popular sebagai antara baju wanita yang sering menjadi idaman ramai. Cukup mudah untuk dapatkan baju wanita ini kerana dipasarkan dengan cukup meluas. Tips untuk menggayakan pakaian wanita moden ialah dengan mengambil kira akan stail yang anda inginkan. Pilih baju dengan stail yang dapat menyerlahkan sisi personaliti dan cita rasa anda.


Selain daripada itu pakaian Muslimah moden juga menjadi pilihan ramai wanita muda masa kini. Pakaian Muslimah terkini yang sebenarnya berasal daripada koleksi pakaian tradisional wanita terdahulu telah diberikan sentuhan yang lebih segar. Atas faktor perkembangan fesyen Muslimah kita boleh lihat banyak koleksi baju Muslimah dipasarkan hampir di mana-mana sahaja. Ia juga telah menjadi pilihan utama dalam kalangan wanita yang gemar memakai tudung ataupun hijab.


Apa pun pilihan anda, dapatkan pakaian wanita terkini online yang bersesuaian dengan cita rasa serta personaliti anda agar kelihatan lebih menonjol dan bergaya!

Jom Shopping with Zalora..!!!!



Monday, August 17, 2015

Umur hanya pada angka.. huhuhu..

Orang cakap umur hanya sekadar angka. Ada jugak yang cakap kalau dah tua buat cara dah tua. Tapi aku selagi aku boleh buat apa yang aku suka lantak la orang nak cakap apa. Hehehe.

Alhamdulillah Allah panjangkan usia aku sampai sekarang. 31 Julai haritu genaplah umur aku 25 tahun. Mungkin ada setengah menganggap usia ni masih muda. Tapi ada jugak yang cakap dah tua dan dah patut kawen. What...???!!! Hahaha..

Tahun ni aku sendiri tak sangka akan dapat merasa suprise birthday.


Seronok tahun ni banyak dapat hadiah. Jakun sebab sepanjang hidup selama 25 tahun ni tak pernah dapat hadiah sebanyak ni. Alhamdulillah syukur Ya Allah atas kurniaan.


Hepy birthday atia si Gadis Melayu.. huhu..^_^



Wednesday, July 22, 2015

Cinta..?? Mungkin aku belom sedia..


Kadang2 cinta datang tanpa di duga. Perasaan tu datang tiba2. Betul kata orang cinta itu buta. Tapi macam mana pulak dengan cinta yang cuma tepuk sebelah tangan je. Aiseyman haru dibuatnyer.

Aku sediri tak pernah rasa erti sebenar cinta. Sampai sekarang aku masih tertanya tanya macam mana rasa cinta. Cinta maksud aku cinta yang sebenarnye. Bukan sekadar suka2 je.

Bila di pikir kan balik apa yang berlaku kat aku dulu bukannya cinta. Masa tu aku terlalu mentah untuk menilai sama ada perasaan aku masa tu cinta atau sekadar terdesak. Yela semua kawan2 yang lain dah berpasangan. Aku masih sorang2.

Aku sepatutnya bersyukur kerana aku dipertemukan dengan dia. Disebabkan dia la aku belajar untuk hakis rasa terdesak ni. Kalau dulu aku selalu risau takkan ada yang akan menyintai aku setulus hati.

Kini mata aku terbuka untuk terima cinta yang baru. Cinta dari mereka. Mereka yang sayang aku setulus hati. Terima aku seadanya. Sentiasa ada saat aku memerlukan. Aku bahagia dikurniakan cinta seperti mereka.

Mereka la yang dinamakan SAHABAT. Cinta dari mereka lebih hebat dari penangan cinta pertama. Sentiasa menemani aku bila aku kesunyian. Selalu ada saat suka dan duka.

Mungkin belum masa lagi untuk aku merasakan cinta seperti Adam dan Hawa. Akan tiba juga saatnya nanti. Aku akan sabar menunggu. Sebab aku yakin jodoh ku dah tertulis di luh mahfuz. Cuma cepat atau lambat, di dunia atau di akhirat yang aku belum pasti.

Jadi kesimpulannya aku akan manfaatkan saat2 'single' ni selagi boleh. Yeehhaaaaa..


Meroyan tengah2 malam.. huhu..


Thursday, June 11, 2015

Step yang perlu kalau nak jadi kurus


Ramai yang bertanya kat aku apa yang aku buat sampai mampu turunkan berat dalam masa yang singkat. Alhamdulillah ramai yang perasan perubahan aku. Even aku sendiri masih tak rasa perubahan tu.

Aku makan supplement ape2 ke..??
Tak makan nasi ke..??
Keluar banyak duit ke..??

Jawapan untuk semua soalan kat atas ialah TAK..

Aku tak makan apa2 supplement, aku masih makan nasi, dan duit yang keluar masih di tahap kemampuan aku yang hanyalah trainee Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M).


********************

1st step - Jangan MALAS

Jujur aku cakap semua orang boleh kurus kalau satu benda ni dorang mampu lawan iaitu sikap MALAS. Ramai yang bila aku bagitau tips2 yang aku buat bila nak kurus jawapan dorang MALAS. Kalau MALAS tak payahlah nak berangan nak kurus ye kak. Even kalau nak kaya pon kena usaha. Apetah lagi kalau nak kurus. So jangan MALAS baca post ni sampai habis. hehehe.

2nd step - Rajinkan diri buat research tentang diri.

Banyakkan membaca dan bertanya pada yang pakar. Sebenarnyer manusia ni dicipta oleh Allah dengan berbagai jenis dan kelainan. Tak semua orang sama walaupon keluar dari rahim yang sama. Jadi jangan sesekali mengikut cara orang lain bulat2. Sebab lain orang lain kaedahnyer. Tapi tak salah kalau sekadar untuk dijadikan panduan.

Apa yang aku belajar dari Kevin Zahri ialah kita sendiri kena design cara macam mana nak kawal berat badan kita. Tak semua orang kurus kalau exercise dan tak semua akan gemuk kalau makan banyak.

Dari sini aku mula buat kajian tentang diri aku.
1. Tahap kegemukan aku. Check body mass index (BMI)
2. Jenis kegemukkan aku. Aku gemuk air jadi kena banyak minum air. 3liter sehari.
3. Berapa kalori yang badan aku bakar dalam sehari. Kira Basal Metabolic Rate (BMR)
4. Berapa banyak kalori yang perlu aku ambil kalau nak kurangkan berat badan. 1200Kcal sehari
5. Senaman yang mampu bakar banyak kalori dan seronok. Body Sculpt, Power Dance, Body Pump, dll

Dengan ilmu barulah boleh beramal. heeeee~

3rd step - Bersederhana bila makan.

Ramai yang pikir kalau makan nasi boleh cepat gemuk. Tapi yang kau melantak pizza berkeping-keping tak gemuk pulak. Semua benda yang kita makan kat dunia ni memang mampu menggemukkan badan kalau diambil dalam kuantiti yang banyak. Kalau makan kacang sampai sebalang sehari pon boleh gemuk. Jadi jangalah salahkan nasi yang merupakan makanan ruji orang Malaysia.

Sebenarnya ramai yang makan sebab ikut nafsu bukan sebab perut lapar. Order banyak2 lepastu sebab tak nak membazir nak tak nak kena habiskan jugak. Betul la membazir amalan syaitan tapi yang kau pergi order banyak2 tak membazir duit pulak kan. Sebenarnya kalau diamalkan makan sikit pon perut boleh kenyang.

Apa yang aku buat aku cuba kurangkan kuantiti nasi yang aku amik dalam sehari. Kalau dulu setengah pinggan 3 kali sehari. Jadi aku kurangkan cuma 1-2 genggam sehari. Kalau tak tau ukur guna genggam boleh guna senduk. Lebih kurang jer. Lauk aku akan amik 2 jenis. 1 yang berasaskan protein dan 1 lagi sayur.

Makan paling kurang 3 kali sehari. Paling afdal 6 kali sehari. Dengan cara ni boleh elakkan diri dari sentiasa rasa lapar dan menghalang diri dari makan banyak. Sentiasa pastikan perut dalam keadaan kenyang.

4th step - Cari senaman yang seronok

Kalau rasa diri tak boleh nak tahan dari makan banyak, jadi banyakkanla senaman. Jujur aku cakap aku paling benci joging. Aku bukan seorang yang suka bersukan. Aku kaki bangku. aku sendiri buntu nak carik senaman yang sesuai.

Tapi aku suka menari. Jadi senaman yang paling sesuai dengan aku ialah aerobik. Hari2 masuk gym join kelas fitness. hehehe..

********************

4 step ni aku amalkan dari dulu sampai sekarang. Even sekarang pon aku masih buat research macam mana nak maintainkan tahap metabolism lagi2 masa bulan puasa ni.

Alhamdulillah aku berjaya capai apa yang aku capai sekarang. Jadi salah satu achievement aku tahun ni ialah berjaya turun berat lebih 10 kg dalam masa 4 bulan


Jom Kurus Sebelum Raya..^_^



Friday, May 22, 2015

Turun berat lebih 10 kg dalam masa 4 bulan..


Bulan serabut sedunia. hahahahaha..

Kenapa aku serabut nanti bila aku tak serabut aku cerita la ea. Tapi nak release sikit stress ni aku nak sambung cerita pasal misi jom kurus aku. 

Pada yang baca entry aku sebelum ni mesti tau yang aku pernah graduate dari program Jom kurus 1 Malaysia musim ke 4. Setelah hampir 3 bulan program tu berlalu jom tengok hasilnyer.


kat atas ni berat aku masa mula2 join dulu. Tarikh masa aku timbang ni 22 Januari 2015. eeeeuuuuwwwww beratnyer..!!!!!


yang ni selepas 3 bulan. 3 April 2015. Pandai2 la korang kira berapa penurunan dalam masa 3 bulan tu. huhuhu..


Yang kat atas ni pulak aku timbang dengan penimbang kat AEON Bukit tinggi. Nampak tak perbezaan. heeeeee~


Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Alhamdulillah berkat usaha hampir 4 bulan membuahkan hasil. Yang paling best aku masih boleh menikmati makanan kegemaran aku bila2 masa yang aku suka. Aku memang suka makan. hehehehe..

Tips nak jadi kurus dan sihat..???

Nanti aku share entry seterusnya. heeeee~

Jom Kurus 1 Malaysia success testimony.. hehehe..^_^




Wednesday, April 29, 2015

I'm sorry.. Please forgive me..

Sorry sangat2 belum berpeluang untuk tunaikan janji aku kat korang. ikutkan dalam post aku sebelum ni aku janji nak cerita tentang pengalaman sepanjang aku join Jom Kurus 1 Malaysia. tapi diatas sebab2 yang tak dapat dielakkan sampai sekarang aku masih belum ada peluang untuk bercerita.


maafkan aku ye kawan2..U_U

Tuesday, March 10, 2015

Berat turun dalam masa 6 minggu..???


Macam yang aku janji kat Instagram. Aku akan update cerita penuh kat blog aku ni. Macam mana boleh aku tetiba terlibat dengan Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) yang diasaskan oleh Kevin Zahri.

Masa mula2 aku join dulu jujur aku cakap aku malu nak cerita kat sesiapa. Tak de siapa tahu yang aku join benda ni kecuali budak2 SL1M Putrajaya Holdings. Tu pon bukan dari mulut aku. Pada mulanya aku takut nak cerita sebab takut benda ni tak menjadi kat aku. Yela dari dulu sampai sekarang banyak cara diet aku amalkan tapi satu pon tak berjaya. Tu yang buat aku tak yakin sama ada aku mampu turunkan berat badan bila join JK1M ni. Lagi2 cuma dalam masa 6 minggu je.

Ada satu hari ni housemate aku tiba2 keluarkan topik JK1M. Katenyer dia nak join. Jadi dia ajak aku sekali. Tapi masa tu aku tak berapa yakin nak join. Lagi2 keadaan ekonomi aku yang tak berapa nak stabil. Aku tak rasa aku mampu bayar RM300 masa tu. Walaupon sebenarnyer dah lama aku teringin nak join benda ni. Lepas beberapa hari housemate cerita lagi yang dia dengan seorang lagi kawan aku dah pon hantar permohonan dan bayaran. Jadi dorang konfem join. Satu hari aku rasa gelisah pikir sama ada nak join atau tak.

Mungkin Allah nak tunjukkan jalan untuk aku keluar dari zaman kegemukan. Hati aku terbukak malam tu untuk join. Aku keluarkan duit tabung haji dan malam tu jugak aku buat bayaran. Masa tu terus gelisah aku hilang tapi kerisauan melanda. Mampu ke aku kurus dalam masa 6 minggu..??

Permulaan program aku ngan kawan2 aku diminta untuk hadir ke seminar Kevin Zahri di Prince Court Medical Center. Masa tu baru faham sebenarnya program ni bukan untuk kurus semata tapi untuk menjamin kehidupan yang sihat pada masa hadapan. Ye betul kurus tak semestinya sihat tapi gemuk konfem boleh bawak banyak penyakit. Seminar selama 3 jam tu menyedarkan aku pentingnya senaman kalau nak kurus. Bukan setakat nak tahan lapar je. heeeee~


Cabaran pon bermula. Selama 6 minggu kami menjalani program ni banyak aktiviti yang menguji ketahanan stamina dan mental semua peserta. Kami diajar teknik yang betul untuk senaman dan juga kami diberi tips senaman yang paling bagus untuk bakar kalori. Dulu, dari tak boleh nak buat 'squat' tapi sekarang mampu buat 'plank' paling lama seminit. huhu.

Selama 6 minggu, 'weekend' aku dipenuhi dengan senaman setiap pagi. Tak de la aku rasa bosan ke apa. Aktiviti dijalankan di sekitar Putrajaya. Seriusly Putrajaya tempat paling cantik untuk beriadah. Banyak taman kat Putrajaya ni aku dah 'explore'. heeeee~


Apa yang aku buat selama 6 minggu tu dan berapa berat aku turun aku akan cerita kat entry seterusnya. Untuk hari ni cukup lah kot aku membebel setakat ni. hehehe..

JK1M Musim 4 Team Putrajaya 1.. Terbaekkkklaaaa.. ^_^





Wednesday, February 18, 2015

Turun 15kg Dalam 30 Hari..???!!!!!


Agak2 la kalau nak menipu pon. Even ko bayar beribu kat London Weight Management pon takkan dapat turun berat selaju tu. Ni kan pulak dengan produk yang tak seberapa nilainyer. Memang la bagi aku mahal nak mampus. Tapi masih dikira murah kalau nak dibandingkan dengan yang expert. huhu.

Teringat kata2 seorang akak ni.

" kita amik lebih 20 tahun untuk gemuk. tapi kenapa kita nak turun berat dalam masa sehari je..??"

Bila renung balik kata2 akak ni memang ada betulnyer. Kenapa kita nak menyiksa badan. Diet tak makan nasik la, diet atkins la, puasa tiap2 hari la, dan macam2 lagi cara diet yang bahaya. Target nak kurus dalam masa singkat. Yes mungkin kau boleh kurus. Tapi agak2 boleh ke maintain..??

Ramai je kawan2 aku yang aku tengok amalkan diet2 ni. Yes dorang kurus. Tapi sekejap je. Then dorang gemuk balik. So ape faedahnyer diet extrem macam tu. Buat seksa badan jer. hihi..

Tahan makan tapi senam tak nak. Tu salah satu sebab kenapa yang kurus boleh jadi gemuk balik. Bukan pasal metabolism jadi rendah ke pe. Tapi sebab salah teknik. Dah kurus pergi bantai makan banyak balik. Balas dendam katanyer. heeeee~

So apa yang aku buat sekarang, aku masih lagi makan macam biasa. Nasi wajib kena ada. Tapi aku cuba dari hari ke sehari kurangkan portion. Kalau dulu makan sampai 4 senduk nasik. Tapi sekarang kurangkan jadik sesenduk setengah jer. Kalau dulu lauk sampai 4 jenis, sekarang aku kurangkan jadi 2 jer. Kat sini bukan je aku dapat kurangkan berat badan tapi aku dapat jimat duit jugak. hehehe..

Yang paling wajib sekali air kena cukup. Paling kurang aku cuba minum 3 liter sehari. Dengar macam susah. Tapi tak mustahil. ramai orang pikir tak kembung ke minum sampai 3 liter? Kalau minum sekaligus 3 liter bukan nama kembung je, lemas pon boleh. 24jam tu kira panjang masa dia. Agak2kan la dalam sejam mampu minum berapa. Cuba perlahan2 lama2 akan jadi biasa. Yang bestnyer bila minum air banyak2 konfem pergi toilet pon banyak kali. Tak payah minum teh kurus pon. ngeeeee~


Target aku hari2 aku akan minum 1.5liter pagi and 1liter petang. Pastu selebihnyer ikut keperluan bila haus tak pon masa makan. So aku berjaya minum lebih dari 3 liter 1 hari. huhu.

Kat sini aku nak tekankan sebenarnyer nak gemuk senang nak kurus pon senang. Tapi teknik kena betul. Jangan main hantam je. heeee~

Misi Jom Kurus masih berjalan. huhu..^_^




Monday, February 16, 2015

Pada Suatu Masa Dahulu


Sesiapa yang mengenali aku tahu macam mana takutnyer aku kalau mula nak berkawan dengan lelaki. Even masa kat UMP pon aku banyak habiskan masa dengan kawan2 perempuan. Bukan maksud aku tak suka berkawan dengan lelaki. Tapi aku lebih selesa berkawan dengan perempuan. Yela dah kalau adik beradik semua perempuan. Sekolah dulu pon semua perempuan. Aku pernah jadi seseorang yang tak kenal siapa tu lelaki. heeeee~

Percaya tak kalau aku cakap kawan baik aku yang pertama masa kecik2 dulu ialah lelaki..??

Dulu alkisahnyer depan rumah aku tinggal satu family cina. Sebenarnyer dorang masih lagi menetap sampai sekarang. Disebabkan duduk depan rumah, jadi secara automatiknyer aku berkawan rapat dengan anak lelaki keluarga tu. Aku tak pasti masa tu umur mamat tu berapa tahun. Yang pasti aku dalam lingkungan 3 hingga 5 tahun. 

Hampir setiap hari mamat cina ni datang rumah aku. Aku, dia ngan adik aku kitorang main sama2 macam adik beradik. Masa tu tak timbul lansung isu kaum ke pe. Ibu ngan apak pon masa tu macam tak kesah sangat. huhu..

Ingat lagi ada satu hari tu kitorang main dukung2. Mamat cina ni dukung adik aku. Entah apa silapnyer, dengan secara tak sengaja tangan adik aku terseliuh. Kesian dia sebab rasa serba salah. Tapi nasib baek kami tetap berkawan. Pernah sekali tu aku terdengar ibu aku berborak dengan mak dia. Macam mana kalau nanti dorang besar. Kalau kahwinkan senang kenduri depan rumah. heeeeee~

Tapi tu semua cerita pada suatu masa dahulu. Masa aku umur 6 tahun tetiba dia menghilang macam tu jer. Mak ngan ayah dia cakap dia pindah rumah sedara. Aku pon tak sure kenapa. Tapi yang pasti lepas tu aku tak berani tanya dia kat mana. Sampaila harini. Misteri kehilangan dia masih menjadi misteri. Dah lebih 20 tahun dia menghilang.

Alkisahnyer bermula pagi tadi. Masa aku nak keluarkan kereta, tetiba ada satu kereta hitam halang dari belakang. Parking betul2 depan rumah auty ngan apek depan rumah. Aku jadi bengang kenapa parking kereta tengah sangat. Ibu aku jawab suka hati la depan rumah dia. Aku pun hairan sebab jarang aku nampak rumah depan ni ada kereta. Pastu ibu aku cakap kereta tu "Ati" punya. Berderau darah dengar. Tapi nasib sempat kontrol cool.

Betul ke dia dah balik..?? Tak sempat nak siasat sebab aku dah nak pergi kerja. Balik rumah pon hari rabu ni. Sebab khamis cuti. Adeih.



So moral of this story masih kekal misteri. betul ke dia dah balik selepas 20 tahun berlalu..?? ngeeeeee~


Thursday, February 12, 2015

Umur bukan pengukur kematangan


"Big Big World" 

 I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do do feel that
I do do will miss you much
miss you much... 

 I can see the first leaf falling
It's all yellow and nice
It's so very cold outside
like the way I'm feeling inside 

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do do feel that
I do do will miss you much
miss you much... 

Outside it's now raining
and tears are falling from my eyes
Why did it have to happen?
Why did it all have to end? 

 I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do do feel that
I do do will miss you much
miss you much... 

 I have your arms around me warm like fire
but when I open my eyes
You're gone... 

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do do feel that
I do do will miss you much
miss you much... 

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do feel I will miss you much...
miss you much...

Favourite lagu masa putus cinta dulu. Hasilnyer aku memang membesar. Tapi tang badan. Padahal dalam lagu ni 'BIG' bawak maksud matang. hehe..

Aku sendiri tak tau bila kematangan tu akan ada dalam diri aku. Lagi2 bila berkawan dengan budak2 SL1M Putrajaya Holdings. Hancurrr.. hehehe..

" Korang ni student ea..??"

" Kenapa..??"

" Saya tengok korang suke gelak2. Pastu suka buat lawak kampus.."

"~ gulp~"

Jelas nampak yang kitorang tak sedia lagi untuk matang. Tapi tak bermakna kami tak professional dalam bekerja. Bak kata Nora Danish muda cuma sekali. Kitorang kat Putrajaya ni pon cuma setahun.. huhu..


Hap'pening'..>_<

Friday, February 6, 2015

Lemak lawan Otot


" Tak nak la joging.. Nanti otot kaki makin besar.. Mesti nanti nampak lagi gemuk.."

" Tak nak la exercise.. Buruk nanti nampak otot.."

" Kenapa badan dia kecik tapi berat lebih kurang aku jer..??"

Pernah tak korang terpikir semua ni..? Ni la apa yang aku pikir dulu. Tak nak bersenam tak nak joging sebab pikir nanti berat makin naik. Kononnyer kalau badan berotot nampak buruk. Padahal tak pikir lemak tu cantik pulak la kan.


Baru2 ni aku terjumpa gambar kat atas ni.  

Owh.. Rupanyer macam tu. So agak2 mana lagi baik..??

Dah tengok gambar atas ni konfem la target nak bina otot. Insaf sebab sangka buruk dengan otot. Maafkan aku wahai otot2. hehe..

Lagi satu ramai jugak pikir cantik ke kalau perempuan badan "katang"..??

Untuk pengetahuan korang bukan mudah untuk perempuan dapat badan "katang" macam lelaki. Melainkan kalau perempuan tu memilih untuk jadi "katang" dengan mengamalkan supplement2 untuk "katang"kan badan. harga supplement2 tu pon bukan calang2 punya harga. heeee~


So apalagi.. Jom workout.. huhuhu..^_^


Friday, January 30, 2015

Jangan berkira


tazkirah jumaat harini. "Jangan berkira"

korang pernah tak hadapi situasi di mana asyik korang je yang kena bayar. pergi makan kena bayar. pergi tengok wayang kena bayar. kalau keluar asyik pakai kereta korang. benda ni selalu terjadi kat lelaki kan. katenyer lelaki tak gentleman kalau tak keluar duit untuk perempuan. tapi jarang aku dengar dorang2 ni kurang duit masa dating. lagi2 jenis yang tak berkira ni.

rezeki Allah tu luas. aku akhir2 ni mula belajar untuk tak berkira. kadang2 hutang seposen dua tu aku halalkan je. cuma aku belom mampu nak belanja kawan2. tapi baru sikit ni je pon Allah dah tunjuk macam2. rezeki aku murah sangat. bukan tang duit tapi tang makan. adeih rosak diet aku. hehehehe..

semalam akak department bawah belanja makan tengah hari. harini breakfast akak admin belanja nasi lemak. esok tak tau apa lagi. ngeeee~

Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. sikit je amalan kau, balasan je teramatla besar. bayangkan kalau amalan banyak. Ya Allah tak terkira aku berapa banyak. tapi jangan lupa pulak begitu jugak kalau kita buat dosa. balasan dia pon teramat la dahsyat. Nauzubillahiminzalik..



bukan selalu dapat dapat makan free.. heeeee~


Monday, January 26, 2015

Jom Kurus


orang kata kalau nak cantik kena lah rasa sakit dulu. kalau tak jangan harap nak cantik. jadi bersyukurlah pada sesiapa yang memang dah semula jadi cantik. tapi ada jugak yang dah cantik tapi masih lagi tak puas hati dengan apa yang ada. heeeee~

betul kecantikan seseorang tu bukan diukur pada luaran sahaja. tapi lumrah manusia sentiasa ingin kelihatan cantik dari segi luaran. aku tahu aku bukan dilahirkan secantik Fazura atau Lisa Surihani. tapi tak bermaksud aku tak boleh kelihatan cantik versi aku sendiri. huhu.

kalau tahun lepas aku berani mati cuba produk Dnar's Skincare untuk merawat kulit muka. nak tau pengalaman aku sebelum ni klik SINI. alhamdulillah kulit aku dah tak sekusam dulu. dah lebih setahun aku guna produk ni. aku berjaya jimat duit dari beli foundation ngan compact powder. aku bersyukur dikenalkan dengan produk ni dulu.

yang tu cerita tahun lepas. untuk tahun ni pulak aku nak cuba kuruskan badan pulak. ye aku tahu sebelum2 ni aku dah pernah cuba. berjaya tapi last2 aku kembali semula ke bentuk asal. tapi takkan la aku nak terus putus asa. teringin jugak nak pakai baju cantik2 tanpa perlu pikir nak carik saiz extra large. ngeeeee~

nak tak nak aku kena mulakan jugak. lebih setahun aku tinggalkan UMP. dan dalam masa setahun tu aku berjaya naikkan berat badan aku 10kg. arrrgggghhhh.. stress aku dibuatnyer. habis semua baju2 lama aku dah tak muat. nak beli baju baru pon tak banyak pilihan. tu la siapa suruh bahagia sangat. adeih.


bulatnye pipi ku.. heeeee~ apa2 pon harap2 usaha aku untuk turunkan 10kg dalam masa 6 bulan akan berjaya. doakan aku ye kawan2. huhu..^_^

Jom Kurus...!!!!


Friday, January 16, 2015

Azam 2015


Rasenyer belum terlambat kot nak buat post tahun baru. ni post pertama aku untuk tahun 2015. tak tau nak tulis pasal apa sebenarnyer. entahla.. selalu macam ni. bila tak mengadap laptop dalam kepala ni macam2 ayat keluar. tapi bila laptop kat depan mata jari jemari ku jadi kelu untuk menaip. ngeeeee~

kebanyakan orang bila tiba tahun baru mesti mula tanam azam. yang bagus nyer azam yang paling popular ialah sambung azam tahun sebelumnyer. kira azam baru ke tu..?? hehe..

disebabkan tu la aku dah lama tak tanam azam. tapi aku tanam target. target yang aku konfem boleh laksanakan. kecik2 jer. macam tahun 2013 aku tanam target untuk graduate dari UMP dengan pointer 3.0 ke atas. alhamdulillah target aku tercapai. tahun 2014 pulak target aku sekurangnyer dapat kerja. alhamdulillah sekarang aku bekerja kat tempat aku kerja sekarang walaupon bukan sebagai pekerja tetap. aku bersyukur dengan apa yang ada. tahun ni belum ada target apa2 lagi. sebab aku pon tak sure harapan tahun ni ape. hehe.

walaupon apa azam dan target seseorang, kita perlu ingat yang semua ni datang dari Allah. berdoa la padaNya. insyaAllah segala apa yang kita hajati termakbul. huhu..



Alhamdulillah Ya Allah kerana beri peluang untuk aku merasai tahun 2015.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez