Wednesday, December 31, 2014

Warna Warni 2014


Last post untuk tahun ni. macam2 jadi tahun ni. ada suka, duka, tangis, ketawa bercampur baur. itulah yang dinamakan asam garam kehidupan. aku sebagai manusia biasa tak dapat lari dari semua ni. bila diingat balik segala yang berlaku dalam hidup aku ni menunjukkan Allah itu Maha Adil. Allah atur hidup aku cantik sekali. cerita dalam novel pon tak boleh nak kalahkan keindahan hidup aku ni. Alhamdulillah. hehe..

Dalam tahun ni macam benda baru aku lalui. kerja baru, kawan baru, tempat baru dan macam2 lagi la. walaupon pada mulanyer aku susah nak biasakan diri. tapi syukur pada Allah sebab kurniakan mereka yang sangat baik disekeliling aku. yang sentiasa bagi nasihat, galakan dan dorongan di saat aku memerlukan.


tempat kerja baru di tengah2 putrajaya. aku sendiri tak pernah bayangkan yang aku akan dapat kerja kat sini. dulu masa belajar duk bayang kerja kat KL ngan Shah Alam yang confirm kena hadapi jamp setiap hari. tapi kat putrajaya say no to traffic jamp. but say hye to AES. hehehe..


budak2 SL1M Putrajaya Holdings yang sangat happening. walau baru kenal beberapa hari tapi kamceng dia dah macam kenal lama. seingat aku banyak kali jugak fasilatator kitorang tanya kitorang ni dah lama kenal ke. sebab cara kami comunicate tak macam orang baru kenal. huhu.


tak lupa jugak kat kawan2 lama. tahun ni mencatatkan banyak reunion berlaku. kawan2 sekolah rendah, sekolah menengah, PLKN Jugra, Matrik Perak dan UMP. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan jumpa mereka2 ni lagi.


tahun ni pon aku banyak jugak berjalan. Melaka, Port Dickson, Pulau Pinang, Langkawi. padahal sebelum2 ni cuma pergi Kelantan jer. tahun ni je tak pergi. teringin pulak nak pergi Kelantan. huhu.. aku jugak berpeluang pergi banyak tempat antaranya LAMPU, Bukit Broga, Canopy Walk, Aquaria, Istana Budaya dan tempat yang menarik yang ada kat Putrajaya.


tahun ni tak sekadar mencatat kenangan manis semata. awal tahun 2014 mengukir pengalaman pahit dalam hidup aku bilamana Ibu ngan adik aku terpaksa menjalani pembedahan. Pembedahan Mata dan juga Pembedahan buang Cyst. hanya Allah je yang tau perasaan aku masa tu.


ganjaran atas dugaan dari Allah sangatlah tak terjangka. Allah bagi peluang pada ibu aku untuk tunaikan haji untuk kali kedua. padahal ibu aku lansung tak menjangka semua ni akan berlaku. dua kali haji selang 2 tahun je. rezeki kurniaan Allah. Alhamdulillah.


dapat kerja baru tak bermakna aku lupa yang lama. aku masih ingat kenangan pahit manis bersama mereka. even masih ada yang tak setel lagi. heeeee~

betapa indahnyer hidup aku tahun ni. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan Mu. Ampunkan lah dosa hamba Mu ini yang kadang2 alpa dan lupa mengingatiMu. Sedangkan Engkau tak pernah lupakan aku. semoga tahun depan lebih indah dari tahun ni.

Goodbye 2014.. Welcome 2015..^_^

 p/s : Pssssttt2.. tahun ni pon aku masih single.. ngeeeee~



Sunday, December 7, 2014

aku terkena PMS.. ape PMS tu..??


walaupon blog aku ni dah tak sefamoz dulu, aku tau masih ada yang sudi melawat blog aku ni. jap... pernah famoz ke..?? ngeeeee~

aku tau yang blog aku ada pembaca setia. iaitu kawan2 aku sendiri. kat sini aku nak bagitau aku rindu korang semua. walaupon aku dah ada kawan baru tapi aku tetap tak lupa kat korang. malah selalu ingat kat korang. huhu.

apesal pulak la minah ni tetiba jer. mesti korang pelik kan. ingat tak lagi post aku sebelum ni. yang beria sedih tu. kalau tak ingat klik SINI. sebenarnyer benda tu jadi lagi kat aku kelmarin dan semalam. tapi laen situasi. hampir jugak menangis. sedih sebab teringat kat korang semua. bila pikir punya pikir baru aku dapat simpulkan kenapa aku kadang2 rasa macam ni.

rupa2nyer aku terkena sindrom PMS. apa PMS tu..??

PMS adalah berbagai gejala fisik dan nonfisik yang dialami seorang perempuan, akibat reaksi tubuh terhadap fluktuasi kadar hormon yang terjadi menjelang menstruasi. Secara medis, hingga kini dilaporkan sekitar 100 gejala PMS, tetapi yang paling sering dialami adalah: nyeri dan kram perut, payudara kencang dan nyeri, kecanduan makanan tertentu, perubahan mood, mudah marah dan tersinggung, merasa depresi, perubahan nafsu makan, sakit kepala ringan, sulit berkonsentrasi,gangguan jerawat pada wajah bahkan gampang lelah dan susah tidur.

Sumber - Menstruasi.com

Owh patutla kelmarin dan semalam selera makan aku lain macam. aku rasa nak makan jer. kepala aku pon rase pening jer. tekak rasa loya. masa yang aku sedih sebelum ni pon patutla teruk sangat. sebab aku tak dapat makan. patutla rase sedih sangat. sakit sangat. baru aku paham. hehe.

sebenarnyer semua orang kena tau pasal benda ni. sebab kadang2 benda ni boleh buat gaduh. yela kita kadang2 mana nak tau kan. tetiba jer mood seseorang boleh berubah. hanya Allah je yang tau bertapa sengsara nyer rasa yang aku alami masa terkena sindrom ni.

lain orang lain tanda2nyer. macam aku lain macam sikit. aku tak boleh sorang2. kalau aku sorang2 aku akan menangis. kalau dengan ramai orang aku ok jer. cuma aku pening and selera makan aku lain macam. tak semua orang akan paham. tapi nak buat macam mana. bila dah terkena benda ni aku memang tak boleh nak elak. 

bagi aku wajib untuk semua orang tak kira lelaki atau perempuan untuk tahu pasal benda ni. sebenarnya aku sendiri baru tau. buat apa nak malu. kita ni makhluk ciptaan tuhan ada keunikan masing2. malu biar bertempat. benda macam ni tak de apa nak dimalukan. bagi aku tak sesuai jugak dibuat gurauan. sebabnyer hanya orang yang terkena merasa macam mana sakitnyer sindrom ni.


Pening kepala dibuatnyer..>_<




Monday, November 17, 2014

favourite novelist.. huhu..


suka jalan sorang2 dalam mall dah memang lama menjadi hobi aku. kalau dulu terhad kat AEON Bukit Tinggi je. tapi sekarang sejak dah mula bekerja aku dah mula meluaskan sayap ke shopping2 complex atau mall yang laen. antaranyer Alamanda ngan The Store Sungai Buloh.

semalam aku berpeluang pulak jalan sorang2 dalam nu sentral. shopping mall yang baru bukak kat sebelah KL Sentral tu. kalau ikutkan belum totally bukak. tapi ramai jugak yang dah mula shopping dalam tu. jalan punya jalan terjumpa MPH bookfair. dalam hati dan fikiran dah mula bermain sama ada nak carik buku tu ke tak. duit punya pasal aku jadi serba salah nak beli ke tak nak. sebenarnyer aku tengah mencari novel Sunan Nanggroe Sang Kembara karya Ramlee Awang Murshid. kalau boleh aku nak beli dengan harga diskaun. sebab ekonomi aku sekarang ni agak terbatas.

tengah2 duk mencari jumpa la buku karya novelis kegemaran aku ni. tapi kenapa satu buku je. aku pon tanya akak yang menjaga kat situ. katanyer yang tu je ada promotion. masa tu aku tak perasan lagi poster ni.


aku kehulu kehilir duk mikir nak beli ke tak bila dah ternampak poster ni. bukan senang nak dapat peluang macam ni. tapi ekonomi aku agak kritikal. memang aku dalam dilema masa tu. last2 disebabkan aku fikir peluang ni mungkin takkan datang lagi, jadi aku pon rela berkorban apa yang ada. sisa2 duit yang ada aku korbankan demi secebis kenangan. ngeeeee~


yeah..!!! akhirnya aku berjaya tambah koleksi. koleksi yang tak ternilai. heeeee~


kebetulan 4 November haritu merupakan hari lahir beliau. jadi dikesempatan itu pihak MPH dan keluarga penulis ni adakan suprise parti untuk beliau. rezeki aku haritu dapat makan kek. hehe..


nanti bila dah abes baca buku tu insyaAllah aku akan keluarkan review. huhu..

lebih baik tersalah ampun dari tersilap hukum.. ^_^




Wednesday, November 12, 2014

Kami buddiest takkan terpisah..


Walaupon lama tak jumpa tapi kami tetap bersahabat. aku rindu giler kat dorang. lebih setahun berlalu. masing2 dah ada title masing2. aku jer yang belum nampak lagi. InsyaAllah one fine day. huhu..


Friend forever and ever..



Tuesday, November 11, 2014

Selamat Pengantin Madu


Yes aku belum kahwin lagi. even pakwe pon tak de lagi. tapi tak semestinyer aku tak layak untuk bercerita pasal 'MADU'. tak de kaitan dengan madu yang manis tu. sebab yang ni aku sendiri tak tau rasa dia macam mana. ngeeeee~

masa aku duduk buat kerja kat dalam Perodua dulu aku dihujani banyak soalan. yang peliknyer soalan yang tak de kaitan lansung dengan aku yang belum kawen ni.

kenapa ye perempuan tak suka di 'MADU'..??
kenapa perempuan ni tamak sangat tak boleh nak share suami..??
kenapa perempuan tak nak dikurniakan 'Payung Emas'..??

masa tu aku terkedu tak tau nak jawab macam mana. seorang suami pon aku belum ada. ni kan pulak nak pikir pasal 'MADU'. ada ke patut tanya soalan macam tu kat aku. memang tak tau la aku nak jawab camner.

tapi sebenarnyer jawapan ada dari dua pihak. pertama dari pihak isteri yang dirampas suaminya dan yang kedua dari pihak isteri yang merampas suami orang. bagi aku dua2 ada sebab masing2 untuk marah atau merampas. ya, memang jodoh dan maut ketetapan Allah. tapi sebagai manusia yang serba kekurangan kita tak boleh lari dari rasa dikhianati dan juga mengkhianati.

tolong la jangan tanya aku kenapa perempuan tak sanggup dimadu. aku rasa aku masih belum layak untuk jawab soalan2 tu dan aku juga tak layak untuk mengadili siapa yang betul dan siapa yang salah dalam soal bermadu ni. jadi janganla bagi aku soalan cepu emas yang macam ni. tension kot. siapa jer yang sanggup berkongsi suami. adeih.



Madu memang manis tapi kadang2 ada kelatnyer.. huhu..


Monday, November 10, 2014

Redha bukan bermaksud aku menyerah..


Aku suka menulis. menulis atas dasar suka2 walaupon belum tentu ada yang nak baca. aku suka bercerita walaupon tak ramai yang mendengar. jadi blog ni menjadi tempat aku meluahkan semuanya. tapi aku seorang yang malas menaip. jap bukan malas tapi kadang2 bila tangan dah ada atas papan kekunci tetiba kepala otak aku jadi blurr. tak tau nak tulis apa. padahal sebelum tu banyak benda bermain dalam kepala. susah sebenarnyer nak jadi penulis blog ni. heeeeee~

apa2 pon aku dah mula redha dengan ketentuan Allah keatas diri aku. tak semestinyer kau belajar tinggi2 then keluar2 je boleh terus jadi kaya. sebenarnyer tu baru permulaan untuk semua benda. jadi nak tak nak aku kena berusaha lebih kuat untuk capai apa yang aku hajati. duit RM10 dalam satu hari belum tentu boleh dapat tapi RM1000 kalau salah guna tak sampai 1 minit boleh habis macam tu je. sabar jela.


aku masih mahu tersenyum seperti dulu. yang sebenarmya aku mahukan diri aku yang dulu. selalu ceria walaupon banyak masalah melanda. sentiasa berfikiran positif. bukan macam sekarang asyik risau je tentang masa depan. mungkin perubahan ni berlaku sebab aku sudah mula matang dalam memikirkan soal masa depan. aduhai cepat betul masa berlalu.

Ya Allah hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu aku mohon pertolongan. kuatkanla diriku dalam menjalani kehidupan ini. tunjukkanlah padaku jalan yang benar. janganlah Kau pesongkan hatiku setelah Kau berikan Hidayah padaku. sesungguhnya Engkau lah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Welcome Future..^_^



Monday, October 13, 2014

Ijazah jadi Jenazah..??



tak sangka setahun dah berlalu. kawan2 aku masing2 dah ada haluan sendiri. ada yang dah bergelar engineer. aku pulak masih lagi merangkak. tak pe orang kata pelan2 kayuh. huhu.

  
rindunyer kat mereka. rasa macam semalam je gambar kat atas ni di tangkap. tak sangka dah setahun lamanyer. rasa macam baru je lepas menangis sebab tesis kena reject. projek yang kejap jadi kejap tak. kena marah dengan lecturer sebab tak de progress. tension dibuatnyer. tapi tu la yang buat rasa rindu makin mendalam. ngeeeeee~

tak sangka pulak convocation tahun ni boleh jadi kontroversi kat laman sosial. gara2 typo punye pasal. UMP memang selalu famoz bab2 macam tu. sabar jela. hehehe..


tersengih dorang dapat jenazah. jauh betul jenazah dengan ijazah. macam mana la boleh typo. menangis aku baca. tahan gelak punya pasal. hahahaha..

apa pon tahniah bagi kawan2 ngan junior2 yang convo minggu lepas. terkilan sebenarnya tak dapat nak join. padahal niat kat hati ni mendalam giler2 rasa nak pergi. rindu ke UMP punya pasal. heeeeee~

congrate juerk..!!!!!
congrate Fira..!!!!!!
Congrate darlingku elya..!!!!!
Congrate Sam..!!!!!

tahniah semua. semoga korang dapat menggapai cita2 korang. sayang korang sangat2.. huhu..

tetiba rasa nak amik master sebab teringin nak convo lagi.. ngeeeee~




Thursday, October 9, 2014

Blog aku, aku punya pasal la.. huhu..


Tajuk agak kontroversi sikit. tapi tak de kena mengena dengan mana2 artis atau blogger. cuma nak bagi tau kenapa akhir2 ni aku banyak post hal2 peribadi. bukan nak carik populariti apatah lagi simpati. tapi hanya blog ni je la tempat aku meluahkan perasaan di hati. kawan2 semua dah ada komitmen masing2. tak nak la asyik ganggu je. sekali sekala tak pe la. kalau berkala kala mau stress dibuatnyer. huhu..


agak2 korang sebagai seorang anak nak menangis tak baca mesej kat atas. ni la sebab kenapa aku nak menangis je minggu lepas. aku rindu ibu aku. bila ada perasaan macam ni, hati yang kuat pon boleh jadi lembik tiba2. dah pulak masa tu macam2 masalah menghimpit. lagi buat aku stress. nak lepaskan tak boleh sebab asyik nak cover cun je. lagi la buat aku terseksa. adeih..

menghitung hari menunggu kepulangan ibu tercinta. 15 hari je lagi. tak sabar rasanyer. semoga ibu selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta. huhu..

I miss my Ibu.. huhu..

Friday, October 3, 2014

Alhamdulillah.. terima kasih Ya ALLAH..


disebabkan post aku sebelum ni ramai yang bertanya kenapa aku jadi macam tu. aku dibuli ke..?? ingat zaman sekolah ke nak main buli2. tapi tak mustahil jugakkan. huhu..


terima kasih kakak. walaupon kita berdua tak de lansung pertalian darah but you act like one. selalu ada bila tia sedih. selalu ada bila tia ada problem. you know what, actually tia tak hairan why so many people like to be friends with you. coz you are so beautiful. not only your personality but also your heart. alhamdulillah aku bersyukur sebab Allah bagi aku peluang mengenalinya.

terima kasih juga pada yang perihatin. aku bersyukur dikurniakan kawan2 seperti mereka. hanya Allah yang mampu balas kebaikan yang dorang beri kat aku. makin buat aku bertambah sedih. sebab teringat zaman bersama dulu2. gelak sama2, nangis sama2, gaduh sama2. alangkah bahagianya masa tu.

sebenarnya apa yang berlaku pada aku kat sini tak dela seteruk mana. tapi masih mampu membuatkan aku menangis mungkin kerana aku terasa sunyi yang amat. selama aku kat sini aku rasa terperap. aku bukan diri aku yang sebenar. terpaksa hipokrit kerana takut orang tak dapat menerima siapa diri aku sebenarnye. memang terseksa. adeih..


akhirnya aku menangis jugak. tapi sebenarnya menangis sebab makin aku sedih makin aku rindukan ibu aku. semoga Allah memberikan kemudahan kepada ibu untuk menjalani ibadah haji. amin..

terima kasih kawan2 kerana memberi peluang untuk aku ketawa. hilang sikit rasa sedih kat hati ni.


Rindunyer kat mereka.. U_U






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez