Thursday, June 30, 2011

engineer yang terbaek..^_^

aku terjumpa gambar nie kat fb tadi. tak tau nak backlink kat sape. tapi aku ngaku la aku copy paste jer. saja nak share. lawak sangat. heeeeee~


hahahahaha.. nampak benor nipunya. aku tak dapat jawab pown. ke aku tak layak jadi engineer..?? hihihihihi..

day 17 - a picture of something that has made a huge impact on your life recently


gambar apakah..????

gambar asrama KK5 yang aku tengah duduk sekarang nie kat UMP. asrama nie bagi banyak impak kat diri aku. aku dulu seorang yang suka outing. purata seminggu sekali. tapi sejak aku pindah kat sini aku mula belajar hidup susah.

makan pown makan je ape yang ada. sedap ke tak layan je janji kenyang. outing jauh sekali. sebulan sekali jer. sebab jauh sangat. lagi pown koz tinggi. jadi tak boleh la asyik keluar.

kalau sape yang pernah datang sini mesti rasa tak sanggup nak duduk. tapi tak sangka aku duduk lebih dari satu sem. termasuk semester pendek nie. sabar jela.

sabar jela..>_<

Wednesday, June 29, 2011

Saya Blogger TEGAR

Chegu Zubir

klik kat banner untuk keterangan lanjut..n_n

" saya blogger TEGAR" kerana....

atia hari2 update. sekurangnyer sehari sekali. kalau tak update pown blogger dashboard nie hari2 bukak. dan setiap masa refresh. sebab nak tengok update blogger2 yang atia follow.

kadang2 pernah sampai tak perasan masa berlalu bila dah mengadap blog nie. tak pernah jemu. sampai makan pown lupa. naseb baek solat tak lupa. heeeee~

blog nie jela tempat atia mengadu sekarang. sebab atia tak de pakwe macam kawan2 atia yang laen. nak ngadu kat dorang pulak kadang2 pikir macam menyusahkan dorang jer. sebab atia dah banyak sangat menyusahkan dorang dulu. 

jadi atia jadikan blog nie sebagai penghibur kalau atia ada masalah. panduan kalau atia ada masalah dan tempat berkongsi cerita. seronok sebab kat blog dapat bebel panjang2. tanpa ada orang menyampuk ke pe. tulis jela ape yang kita suka. janji tak ganggu sensitiviti orang laen.

banyak jugak cabaran dalam berblog nie. tapi naseb baek belom lagi pernah kena kutuk ngan anon ke sape jer. sebab atia dah siap2 disable komen dari anon. tapi dulu atia pernah ada masalah dengan stalker. hampir je buat atia nak berhenti dari beblog.

kalau stalker senyap2 tak pe la jugak. nie sampai carik gaduh. tapi alhamdulillah semuanyer selesai macam tue jer. tak tau la dia stalker lagi ke tak blog atia nie. tapi tak pe. sekurangnyer ada yang nak baca blog atia. jangan carik gaduh lagi sudalah. ngeeeee~

kisah seorang gadis melayu

sebab tue la atia seorang blogger TEGAR..^_^

day 16 - a picture of someone who inspires you



siapa budak kat atas nie..???

comelnyer......!!!!!!

{perasan}

siapa lagi kalau bukan diri aku sendiri. diri aku sendiri yang menjadi inspirasi kat diri aku untuk jadi lebih baek. 

kecik2 dulu aku suka berangan. macam2 la. ada angan2 aku yang tercapai. ada yang tak. tapi aku tak pernah menyesal. sebab aku tau ada yang lebih baek untuk aku kalau aku tak dapat sesuatu tue.

aku nak jadikan cita2 budak kat atas nie jadi kenyataan. jadi orang yang bahagia dunia akhirat. semoga cita2 budak kat atas nie berjaya. amin.

me myself and I..^_^

day 15 - a picture of something you want to do before you die

Wordless Wednesday-4

minggu lepas aku post Wordless Wednesday-3
harinie gambar baru pulak..^_^


nak tau lebih lanjut klik SINI..

Tuesday, June 28, 2011

segmen dan jom dapatkan 1000 follower bulan ini


Hadiah-hadiahnya:

semua penyertaan akan dimasukkan ke dalam senarai bloglist saya yang baru.
30 penyertaan terawal akan mendapat promosi di dalam artikel-artikel saya.
3 penyertaan terbaik akan dapat hadiah misteri

nak join klik kat link atas tue atau klik SINI.

follower 1000..?? mampu ke aku..??

aku dalam usaha untuk memajukan dan memantapkan penulisan aku. aku nak orang follow blog aku bukan sebab nak aku follow blog dorang balik. aku nak dorang memang ikhlas nak baca ape yang aku tulis. sebab bagi aku kalau angka follower beribu tapi kalau visitor hanya berapa puluh jer baek tak payah kan. 

aku sedia menerima teguran dan nasihat dari sesape yang sudi. kalau aku rasa aku boleh ubah aku akan ubah. kalau tak boleh mungkin ada sebab tertentu. ape pown terima kasih kat semua yang sudi follow blog aku, melawat blog aku dan berkawan dengan aku. 

aku seronok berblog. bagi aku blog la kawan sejati aku. sebab blog la aku ramai kawan yang boleh tukar2 pendapat. walaupown tak pernah jumpa, tapi persahabatan yang terjalin antara blogger sangat indah. aku harap aku akan dapat terus berblog.

peace no war..^_^

day 15 - a picture of something you want to do before you die


sebelum aku mati kalau boleh aku teringin sangat nak ziarah baitullah. kalau boleh aku nak naek haji. aku harap sangat aku mampu untuk sampai kat sana satu hari nanti.

untuk pengetahuan korang aku pernah tunaikan umrah. dah dua kali. tapi masa aku kecik2 dulu. masa tue aku darjah 3 ngan darjah 6. tapi kenikmatan dapat lihat kaabah depan mata sampai sekarang aku terbayang. kadang2 rasa nak nanges. sebab rindu sangat kat tempat nie.

masa tue aku kecik lagi. solat pown tak betol lagi. jadi bila pikirkan balik aku rasa terkilan. sebab aku tak berpeluang untuk tunaikan umrah betul2. kecik2 dulu mana aku tau ape2. aku ikut jer makcik aku. tak paham pape pown.

aku pernah bagitau ibu aku yang aku nak keluarkan duit PTPTN aku yang aku jimat selama nie untuk pergi sana. sekurangnya buat umrah. tapi ibu tak bagi. sebab dia kata habeskan belajar dulu. nanti ko dah kerja ko nak pergi banyak kali pown pergila. 

tapi ibu tak paham. masa kerja la susah sebab kena pikir pasal kerja. lagi pown boleh ke dapat cuti senang2. mungkin belum rezeki aku untuk pergi sana lagi. aku selalu berdoa aku akan dapat jejakkan kaki lagi kat sana.

amin....^_^

Monday, June 27, 2011

perut lembu..^_^

ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin. si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidor mesti dia kentut. kentut puaka gitu sebab bunyi dia mengegarkan bilik tidor dan baunya yarabbi tak leh nak cerita nanti korang muntah pulak. 


si bini ni memang selalu komplen pasal kentut tu dan banyak kali termuntah sebab tak tahan. tapi si laki dengan muka penuh selamba menjelaskan. kentut tu perkara semula jadi yang baik untuk kesihatan. 


satu hari si bini yang dah lama tak tahan perangai si laki berkata, 
" satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar, semua isi perut awak pun akan keluar sama. masa tu baru padan muka". 
si laki cuma sengih jer. 

hari raya korban pun tiba. keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam banyak banyak bungkusan tu ada perut lembu, hati, paru-paru. maka timbul lah idea si bini nak pekena laki dia. 

masa laki dia tengah seronok tidor dia telah longgokkan perut lembu yang berjela jela betul betul kat bontot laki dia. lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya. 

dipendekkan cerita, maka laki dia pun bangun dan macam rutin biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dasyat bunyinya dan maha belantung baunya. si bini tunggu dengan penuh kusyuk. 

dari dalam bilik tidor terdengor suara laki dia menjerit sakan. histeria gitu. si bini tertongeng tongeng dan guling guling ketawa. 20 minit pastu si laki pun ke dapor untuk sarapan. si bini pun buat buat dunno dan kontrol macho. 

"masin betul lah mulut awak, habis tali perut saya terkeluar macam yang awak cakap aritu. 
kata laki dia bersunguh-sunguh. 
"habis tu abang buat macam mana" 
tanya si bini sambil kontrol suara dan perut yang nak pecah sebab nak ketawa.
" nasib baik abang tak panik. abang terus ke bilik air, dan sekarang semua dah settle". 
"hah dah settle! abang buat macam mana" 
tanya si bini, agak suspen. 
"dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua isi perut abng tadi... tak payah
susah susah pegi hospital untuk operasion" 
si bini diam kaku...

SAYA

Santai Bersama BEN ASHAARI

klik kat banner kalau nak join..^_^

day 14 - a picture of someone you could never imagine your life without


keluarga aku. aku tak dapat bayang hidup aku tanpa dorang. harap sangat dapat beraya ngan dorang tiap2 tahun. amin

Sunday, June 26, 2011

rindu zaman kanak2..^_^

malam tadi aku serius bosan gilar. nak blogwalking tapi internet lak tetiba putus. terus aku hilang mood. lepastue tetiba aku teringat yang aku ada berukband.(boleh pulak kan)

alang2 guna berukband aku pown bukak youtube. carik lagu pe yang best. tetiba nampak lagu suggestion kat sebelah. lagu tiga kupang. serius aku lupa lagu pe tue..?? jadi aku dengan besar hati klik la. nak dengar lagu pe.



owh lagu nie rupanya. tetiba teringat zaman kecik2 dulu. lagu2 nie la favourite kita. lepastue tetiba aku rasa nak dengar balik semua lagu kanak2. seronok la pulak. hihihihi..



lagu bangau owh bangau nie kalau ikutkan lagu nasihat. tapi masa kita kecik2 dulu bukan paham pown. maen nyanyi jer. tapi rupanyer menceritakan tentang sikap kita yang suka salahkan orang laen bila sesuatu yang buruk menimpa. ish3..



nie memang lagu famoz la. semua budak duk hafal. sape tak hafal kira kuno la. siap pandai buat pantun lagi. kecik2 dah pandai. gud girl. hehehehe..



tapi sekarang budak2 tak layan lagu camnie. dorang duk layan lagu omputih pulak. macam budak kat bawah nie. anak sape nie wei..?? baek ngaku. hihihi..


log in facebook kalau nak tengok video kat atas..

ape pown aku windu zaman kanak2 dulu. tak payah pikir pasal duit, pasal pointer, pasal cinta dan macam2 lagi la yang aku duk pikir sekarang. adoyai..

rasa sayang eh.. rasa sayang2 eh..^_^

renungan bersama..

Renungan: Benarkah kita seorang yang :

1. mumayiz?
2. matang?
3. tahu menimbang yang baik dan yang buruk?
4. berilmu dan beramal?
5. beriman pada hari akhirat?
6. yakin adenye balasan buruk dan jahat?
7. ingin menikmati syurga Allah?
8. benci pada perkara yg haram?
9. boleh menahan nafsu?
10.takut siksaan & azab Allah?

Jika YA... mengapa kita masih MEROKOK ye.....???

day 13 - a picture of your favourite band or artist



aku minat giler faizal tahir. dari dia kat one in the million lagi aku dah minat kat dia dah. masa dia kat pertandingan tue aku harap sangat dia menang. sampai mimpi2 lagi. serius tak tipu. memang minat giler.

dia nie bukan suara je sedap. pandai buat lagu jugak. lagu2 dia semua aku minat. aku siap ada folder khas untuk lagu dia. tapi terkilan lagu terbaru dia aku belum dapat lagi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. hehehehe..

masa dia buat konsert kat UMP haritue aku sedaya upaya pujuk kawan2 aku pergi. mula2 dorang tak nak sebab dorang tak minat pown faizal tahir nie. tapi entah camner terbukak hati dorang untuk pergi. last2 dorang tetiba ngaku minat giler kat faizal tahir nie. sabar jela.

gemuruh jiwa.. semangat membara.. lalalalala~

Saturday, June 25, 2011

SYURGA & NERAKA

suatu masa di tadika kemas di kawasan Memali, cikgu liza memberi tugasan supaya murid- muridnya melukis gambar tokoh yang mereka sanjung. ada murid yang melukis gambar orang lidi berhidung besar, ada yang melukis gambar orang bermisai, dan ada gak yang melukis ultraman. tiba-tiba cikgu liza mendapati aiman melukis gambar orang berserban.

cikgu liza pun bertanya,
"gambar siapakah itu?"

aiman menjawab,
"ini gambar orang PAS yang mati ditembak polis."

cikgu liza terus merah muka, al-maklumlah dia baru sahaja mendaftar jadi ahli Puteri Umno. manalah tau kalau-kalau boleh dapat rumah murah.

cikgu liza meninggikan suara,
"orang PAS fanatik! Mereka hanya memperjuangkan kuasa dan kedudukan."

aiman tidak berapa faham cakap gurunya, al-maklumlah budak sekolah tadika. tapi, murid itu tidak melawan cikgu liza, 

ia hanya membalas,
"bila saya jumpa orang ini di syurga nanti saya akan tanya dia."

cikgu liza terus tersenyum sinis sambil berkata,
"bagaimana kalau dia masuk neraka?!!"

budak itu terdiam sejenak memikirkan hujah gurunya yang amat tinggi itu. aiman melihat gurunya dengan penuh hormat dan berkata,
"Kalau begitu, cikgu ajelah yang tanya dia nanti."


dengan budak tadika pown nak berbalah pasal politik.. ish3..^_^

Segmen : " Bang , jom g jalan jalan "

Santai Bersama BEN ASHAARI

nak join klik kat banner atas nie..^_^

day 12 - a picture of your favourite memory


kenangan KAKOM 08 memang tak boleh lupa sampai bila2. kenangan manis sepanjang aku bergelar pelajar matrikulasi. rindu sangat saat2 nie.

aku sendiri tak sangka aku diterima untuk join pasukan kebudayaan untuk KAKOM. masa pergi audition aku ingatkan pemilihan untuk masuk kelab kebudayaan. jadi aku tak de lansung perasaan gemuruh ke takut ke. yang aku tau aku nak masuk kelab tue. tak tau lansung apa tue KAKOM.

tapi agak segan la sebab aku tak tau menari sangat. setakat tarian joget tue aku pandai la. tue pown aku belajar kat TV jer. tak pernah ada orang yang sudi nak ajar aku menari. huhuhu..

tapi naseb baek aku nie cepat tangkap step tarian. aku ada nampak satu group nie duk nari2. konon nak praktis. aku pown diam2 belajar step dorang. rupa2nya dorang nie budak XPDT. dorang dah memang pernah menari. waktu minggu orientasi dorang la yang menari masa majlis perasmian.

waktu audition kitorang kena menari ikut lagu yang diberikan. lagu ikut naseb la dapat lagu ape. dahla semua lagu yang dorang main aku tak pernah dengar. hentam jela. aku pown nari jela. zapin, joget, daling2, sumazau semua aku rojak. sebab tarian2 tue jela yang pernah aku tengok.

alhamdulillah aku diterima masuk. aku dapat tau rupanya dia nak 8orang perempuan dan 8 orang lelaki je untuk benda nie. masa tue aku terpikir sikit je orang yang dorang nak dalam kelab nie. rupanya aku terpilih untuk wakil KMPk untuk jadi peserta KAKOM kebudayaan.

aku tau pown sebab tetiba pengurus pasukan tanya aku saiz kasut. aku pown tanyela akak yang sama2 terpilih. kasut untuk pe. masa tue baru aku tau pasal KAKOM. rasa bangga lak tetiba. heeee~

rindu nak menari..^_^

Shah Alam Selangor la.. bukan KL.. adoyai..

dulu aku tak pernah tengok pown cerita raja lawak. sebab kat rumah aku tak de astro. bapak aku kata dia nak tunggu semua anak dia belajar jauh baru dia nak beli. patut ke macam tue. adeih. 

tak sangka pulak maharaja lawak aku boleh layan sampai habis. baru jer abes tengok maharaja lawak kat youtube. yela kat UMP nie harap je ada astro. tapi setakat channel free jela. 

bila masa pulak shah alam tue jadi KL. berbulu jugakla bila dengar dialog last AC yang duk jerit KL. kalau ye pown sedar la sikit yang final maharaja lawak buat kat Selangor. bukan dekat KL. lagi satu bukan orang KL je yang tengok. emo kejap kat sini. sebab aku orang Selangor. heeeeee~

ape pown ramai jangka yang jozan menang berdasarkan undian tiap2 minggu. tapi rezeki menyebelahi sepah. rezeki anak kowt. tahniah kat dorang. ape pown persembahan semua finalis sangat memuaskan. lagi2 jambu. 

walaupown sebelum nie aku anti giler ngan jambu. sebab aku geli dengan lawak dorang. memang best lawak dorang yang dengan zila bakarin tue. memang mantop la. suara tauke nyanyi lagu 1,2,3,4. memang sedapla. macam nak suruh jer dia nyanyi habis lagu tue.


lagu yang nabil buat pown sedap giler. kena ngan tempo. memang tue la kekuatan nabil. pandai reka lirik lagu. sesuai giler. tak de masalah pitching lansung. hehehehe..


sepah biasala dengan lawak kampung dia. memang terbaekla. yang tak boleh belah masa dafi masuk. dahla hensem. naseb baek keluar last. kalau keluar awal aku rasa orang duk tengok dafi jela. hehehehe..


tak habes2 ngan mael lambong. tapi naseb baek best. memang terbaek la. dorang ulang balik konsep lawak dorang yang curik tabung surau tue. konsep pencahayaan dorang memang mantap. memang best la.


rasa2nyer lepas nie ada lagi ke maharaja lawak. ke kena tunggu 5 tahun lagi. entahla. hanya pihak astro jer yang tau. hehehe..

habis madu sepah tak habes2. hahahaha..^_^

Friday, June 24, 2011

Umar Faruq : Promosi Blog Aku



klik kat banner untuk keterangan lanjut..n_n

blog atia mengenai pengalaman atia dalam kehidupan.. pengalaman PLKN, pengalaman belajar kat matrikulasi dan juga pengalaman belajar di UMP.. melalui pengalaman tue atia selitkan tips2 untuk rujukan semua orang. selain tue ada juga diselitkan cerita lawak untuk hiburan bersama. 

kalau atia tengok cerita yang best atia akan review kat blog.. baru2 nie atia join ekspedisi berbasikal 1 Malaysia Pekan Putrajaya baru nie. nak tau lebih lanjut klik SINI. dapat liputan yang meluas dari pihak media. antaranya TV3, RTM ngan akhbar2 tempatan.

kesimpulannyer blog atia mengenai perjalanan hidup atia yang penuh dengan suka dan duka..^_^

BILA SI ANAK BERBLOG.. SI AYAH dan IBU ?

Santai Bersama BEN ASHAARI

klik kat gambar kat atas kalau nak join..^_^

ceritakan bagaimana anda membahagikan masa dengan belajar , membantu kedua ibubapa dan berblog..

aku mula berblog masa aku kat matriks dulu. lepastue sambung balik masa aku kat UMP. mula aktif awal tahun nie. maknanyer aku maseh kat UMP. jadi tak de masalah untuk bahagi masa untuk belajar ngan berblog sebab tak perlu bantu mak aku kat dapur atau tolong bapak aku basuh kereta sebab aku duduk jauh. huhuhu..

Camana anda terangkan minat anda itu serta tunjukkan bukti bahawa berblog tu berbaloi ?

aku mula kenal blog masa aku kat matriks. masa tue aku ingat blog nie macam diary jer. suka2 hati nak tulis pe pasal aku. tapi aku tak pernah expose kat umum. entah macam mana tetiba blog aku hadapi masalah. follower tak dapat update dari aku. 

sebenarnyer benda tue dah lama. tapi aku baru perasan sebab tetiba minat untuk jadi blogger yang best. macam best jer bila orang visit blog then follow. lepastue lagi advanced kalau dorang komen. aku suka sangat. 

selain tue bila kawan2 aku mula terima blog aku. walaupown dorang bukan blogger. rasa berbaloi sangat bila ada orang yang sokong ape yang kita buat..


saya sayang blog saya..^_^

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

day 11 - a picture of something you hate

30 days photo challenge

memang benci penipu. kalau tipu sikit2 tak pe la jugak. nie kalau melibatkan hati dan perasaan dan memberi kesan yang buruk kat aku memang aku tak boleh terima. 

hidup nie kenapa perlu menipu. laenla kalau betol2 terpaksa. macam nak jaga hati orang ke. boleh diterima. tapi kalau kaple mengaku single, benci kata sayang, tue memang TAK boleh diterima. jujur jela. bukan benda buruk pown.

hate damn much liars..>_<

Thursday, June 23, 2011

SAYA BLOGGER GADIS MELAYU.


klik kat gambar comel atas nie kalau nak join..^_^

aku nak tag semua gadis2 melayu yang baca blog aku nie.. heeeee~

lisa surihani pelat "R"..????

korang pernah jumpa tak orang yang pelat huruf "R"..??


pelat "R" nie macam kalau dia sebut huruf nie sama ada akan jadi huruf laen ataupown dengung dia terlebih kasar. contoh curi jadi culi, carik jadi cayik, jernih jadi jerghnih. agak pelik kan. tapi tue la hakikatnya.

aku salah seorang budak yang pelat huruf "R" nie. masa sekolah dulu selalu je kena ejek. kawan2 aku suka buat aku terpaksa sebut perkataan yang ada huruf "R" nie. seksa kowt nak sebut. lepastue suka hati je gelakkan aku.

masuk sekolah menengah naseb baek tak ada orang duk mengejek pasal pelat aku nie. sebab aku sedaya upaya sorok. kadang2 kalau ada perkataan yang melibatkan huruf "R" aku akan cakap laju2. naseb baek dorang dapat tangkap maksud aku tanpa perasan sangat kepelatan aku.

masa PLKN pulak aku cuba temuduga untuk jadi ketua kompeni. cikgu suruh bagi arahan. aku pown sedaya upaya la meneran suara bagi kuat. dah ok dah. dengung semua dah perfect. tapi yang kacaunya sebutan "R" aku. cikgu cuba nak ubah. tapi nak buat cam ner. dah aku dari kecik lagi pelat. tak boleh nak ubah. heeeee~

masuk jer UMP baru aku tau rupanya ramai jer yang pelat huruf "R" nie. antaranya abang kat kafe KK5. dia sampai sebut oren jadi oyen. lagi teruk. sampai tak boleh sebut lansung. aku ingat aku yang paling teruk.

selain tue aku dapat tau Lisa Surihani pown pelat "R" jugak. adik beradik la kitorang nie rupanya. hehehe.


ape pown aku dah tak malu sangat kalau sebut "R" nie. lantakla orang nak kate pe. janji aku bahagia. hehehehe.

sape lagi yang pelat "R"..?? cepat ngaku. huhuhuhu..

"R" for rabbit.. heeeeee~

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

Santai Bersama BEN ASHAARI

klik kat banner kalau nak tau pe kejadahnyer benda nie.. heeee~

aku kalau diberi peluang aku nak hack blog realiti konspirasi milik abg zackzukhairi. lama benor dia nie tak mengupdate blog dia. dahla blog dia best. sekali dia update, memang semua orang akan serbu. entry dalam dia pown best2. tapi heran awat la lama bebenor tak update. adeih.

pesanan yang aku tinggalkan kat blog dia
baik ekau update belog ekau nie. klu x den hack blog nie baru ekau tau. ngeeeeee~

gurauan semata. hehehe..^_^

Tunggu bas

pada suatu hari shahrul pergi ke Teluk Intan dan ingin menaiki bas ke Bagan Datoh untuk pergi ke rumah kawannya. hari itu merupakan hari pertama shahrul menjejakkan kakinya di Teluk Intan dan dia langsung tidak tahu bas apa yang perlu di naiki untuk pergi ke Bagan Datoh pula. 

shahrul merupakan seorang lelaki yang kacak dan sempurna sifat fizikalnya, tetapi shahrul adalah seorang lelaki yang sengau. oleh kerana shahrul tidak tahu bas untuk pergi ke Bagan Datoh, lalu shahrul pun berjumpa dengan seorang gadis cantik yang kebetulannya ingin menaiki bas di bus stand tersebut. 


sebenarnya gadis tersebut juga akan menaiki bas yang akan shahrul naiki. maka bermulalah dialog antara mereka berdua:

shahrul : "saudari tumpang tanya, kalau nak ke Bagan Datoh naik bas yang mana satu?"(dengan suara sengaunya)
gadis tersebut : "emmmmmm..." (tersenyum senyum memandang shahrul)
shahrul : "maaf kan saya bertanya, bas nak ke Bagan Datoh yang mana satu? "(dengan suara sengaunya)
gadis tersebut : (masih tersenyum senyum memandang shahrul)
shahrul: "kau menghina aku yer???..tak per.....nanti kalau aku nampak kau di kampung aku, aku tumbok kau" 

bentak shahrul dengan suara sengaunya kerana begitu marah kepada gadis tersebut yang tersenyum senyum memandang ke arahnya apabila dia bertanya. dan kemudian dia berlalu untuk bertanya kepada orang lain. 

rupa-rupanya gelagat gadis tersebut telah diperhatikan oleh seorang mak cik yang tidak. jauh dari situ. timbullah ketidak puasan hatinya lantas bertemu gadis tersebut untuk bertanyakan perkara yang sebenar.

mak cik tersebut : "anak, kenapa anak tidak menjawab pertanyan anak muda itu tadi, dan tersenyum senyum memandangnya, bukankah itu perkara berdosa?"
gadis tersebut : "mak cik lebih baik saya tidak menjawabnya daripada menjawab pertanyaan anak muda itu, kerana saya kuathir ia akan berfikir saya cuba menyindirnya bahawa saya juga adalah sengau sepertinya" kata gadis tersebut DENGAN SUARA SENGAUNYA...............

day 10 - a picture of your most treasured item


nie la harta karun aku. ada satu lagi kalau ikutkan. akaun maybank. aku ada banyak kad bukan sebab aku banyak duit ke pe. ada sebab tertentu.

aku ada kad bank pertanian sebab PLKN. kad bank simpanan nasional pulak sebab aku masuk matriks. kad bank islam pulak untuk duit PTPTN yang aku belanja kat UMP nie. dan last sekali maybank sebab senang bapak aku nak masuk duit tiap bulan. hehehehe..

nie la harta yang aku ada. tapi hanye satu jer yang aku selalu bawak. kad maybank aku. kalau boleh aku sedaya upaya tak nak guna duit PTPTN sebab aku nak simpan. yela mana tau satu hari nanti tetiba PTPTN sekat duit aku sebab pointer bawah piawaian, sekurangnyer aku ada backup untuk bayar yuran kan. heeeeee~

berjimat sebelum terkena.. huhuhu..^_^

Wednesday, June 22, 2011

mengidam ais kepal.. heeeee~

tengah duk boring2 nie aku bukak la profile fb kawan2 yang aku kenal. ada yang shout kata teringin nak makan ais kepal. korang pernah makan tak ais kepal..?? 

bukan yang duk kepal2 salji dalam freezer tue ea. entah2 korang pernah buat tak. aku ngaku aku pernah buat. tapi rasa dia. alamak hanyir ikan kowt. eeeuuuuuuuuuuwwwww..


biasa la budak2 tak cukup umur. macam2 kerja bodoh nak dibuat. hehehe.. bila ibu aku dapat tau habes aku kena leter tak pasal2. heeeeee~

dulu kalau nak pergi sekolah agama aku akan melencong pergi rumah seorang pakcik nie. dia jual ais kepal depan rumah dia. memang favourite semua budak2 la zaman aku kecik2 dulu. harga pown seringgit jer.


ais kepal dulu2 ada dua perisa jer. gula hitam ngan gula merah. tapi aku suka mereka-reka. aku suka mintak pakcik tue letak sirap merah jer. lepastue letak susu. sedap sangat. rasa macam air bandung pown ye. huhuhu..


sekarang macam2 ada. warna pown dan macam2. perisa jangan cakap la. pelbagai. tapi susah nak jumpa la ais kepal kat pahang nie. lagi2 kat area pekan nie. lagi la susah.


bukan setakat warna je. macam2 jenis ada. kalau dulu kepal kat tangan atau dalam plastik jer. tapi sekarang dalam bekas warna warni pown ada. harga mesti mahal kan. ngeeeeeee~


tetiba teringin lak nak makan benda nie..>_<

day 9 - a picture of you and the person who has gotten you through the most


kakak2 aku masa matriks dulu. dorang la yang jadi peneman dan tukang pujuk aku. dorang jugakla orang yang selalu marah aku, geram kat aku sebab adik dorang nie memang bengong sikit. kadang2 blur terlampau. tapi tue dulu. aku dah ok sikit dah. hehehehe.

sejak aku kehilangan arwah roomate aku, dorang la yang jadi peneman. dorang banyak nasihat aku. mana aku pergi dorang mesti ada. boleh dikatakan dorang la penjaga aku masa kat matriks dulu. hidup aku tak sunyi sebab ada dorang.

tapi sekarang aku kena berdikari. sebab masing2 dah duduk jauh. tak de sape nak marah aku lagi kalau aku buat salah. tak de  lagi orang yang nak pujuk aku kalau aku nanges atau sedey. tak de lagi orang yang ajak aku makan sama2 macam satu family..T_T

kenangan masa matriks sangat indah untuk dikenang. kenangan sedih, gembira, pahit, manis mematangkan aku. aku jadi lebih kuat untuk meneruskan hidup nie. 

akak..!!!! tia windu...T_T

dorang nie memang patut kena hack.. ish3..

baru je lepas baca pasal hacker dedahkan pelayar laman porno kat SINI. lepastue terbukak hati nak bukak akaun nuffnang. alhamdulillah UV aku meningkat bulan nie. 

masalah sekarang bukan nak citer pasal UV. aku tengah bengang sekarang nie. memang patut pown hacker2 tue hack dorang2 nie. menyalah gunakan teknologi betul. aiseymen.

ape pown blog aku bukan blog porno ok. ish sabar jela. adeih.


boleh pulak.. adeih..>_<

Wordless Wednesday-3

minggu lepas aku post Wordless Wednesday-2
harinie gambar baru pulak..^_^


nak tau lebih lanjut klik SINI..

Tuesday, June 21, 2011

SEGMEN : JENGUK IKLAN SANA SINI!!


klik kat banner kalau nak join..^_^

walaupown aku tak berapa nak paham. aku join jela. heeeeee~

nak tag semua kawan2 blog aku..n_n

PLKN moment part three

sebelum nie aku ada cerita pasal PLKN. nak tau cerita sebelum nie klik link bawah nie


sepanjang latihan, macam2 benda kitorang kena buat. yang muslim diwajibkan bangun pukul 4.30pg sebab sebelum pukul 5 dah kena ada kat surau ntuk solat subuh berjemaah. lepastue tue dengar kuliyah subuh sampai pukul 6. 

keluar je dari surau kena lari pergi padang kawat untuk PT pagi. PT tue bahase tentera maksudnye senaman. macam2 aktiviti senaman la kitorang buat. kadang2 ikut kompeni. kadang2 aktiviti gabung semua kompeni. kitorang buat senam robik, TTS poco2, maen2 macam bdak tadika, berlari dan macam2 lagi. sampai pukul 7pagi . 

lepastue kitorang breakfast. selalunyer masa nie la aku tak suke sebab makanan dia tak best. tak sedap lansung. tapi yang pasti tiap2 hari dia bagi telur rebus. selalunye aku tak amik walaupown aku suke giler makan telur. diet punye pasal. 


makanan dia bukan je tak best tapi pelik. kalau nasik lemak sambal dia sambal ikan bilis kering. nak gaul ngan nasik tak berkuah. kalau kuetiau plak keras macam kertas. nasik impit plak keras ngan kuah kacang rase pelik. 

lepas makan terus kena siap tukar baju kelas. kelas mula pukul 8pg sampai pukul 12tengah hari. tapi ada rehat pukul 10pagi sampai 10.30pagi untuk minum pagi pulak. aku tak pernah makan pown sebab diet. habis je kelas pagi makan tengah hari pulak. habis je makan kena lari pergi surau untuk solat Zohor berjemaah. 

habis solat kena tukar uniform loreng PLKN. bayangkan tengah hari buta kena pakai baju tebal camtue. mule2 seksala jugak. tapi lame2 dah terbiase. aktiviti yang kitorang kena buat antaranya kawat, aktiviti fizikal macam low rope, merentasi halangan dan macam2 lagi. aku ingat lagi macam mane basah kuyupnya kitorang sebab tak dapat lepas monkey crossing dengan tarzan cross. 


air dia dalam takat leher. sakit giler jatuh. lepas tue kena lalu bawah kawat duri. dahla tengah basah kuyup. baring atas pasir. memang berlumpur baju aku. yang paling aku sakit kena panjat tembok 12 kaki. aku ingat lelaki je yang panjat benda tue. sebab dia kata benda nie khas untuk lelaki. tak sangke pulak perempuan pown kena panjat jugak. 


tinggi giler kowt. habes tangan aku calar2. pedih sangat2. dahla aku nie agak berat. susah kowt nak injak badan naek benda tue. habes je aktiviti fzikal kitorang balik minum petang lepastue balik asrama salin balik baju PT pagi tadi. sebelum tue kena pergi surau dulu solat Asar berjemaah. 

masa ntuk senaman petang pulak. maen jela ape2 yang kitorang nak. yang aku ingat aku sempat main bola tampar je. kadang2 poco2 ngan TTS. malam pulak lepas solat Magrib berjemaah ada kuliyah Magrib. mase nie kitorang belajar balik fardhu ain. cara solat ngan asas2 fardhu ain laen. kadang2 dengar ceramah dari timbalan ketua komanden. 

best sangat. aku suke sangat masa nie. tak penah buat aku bosan. lepas solat Isyak berjemaah, kitorang kena pergi dewan makan malam lepas tue dengar ceramah pulak. tak pown dengar amanat dari ketua komanden. 


habes je benda tue minum mlm lepastue rowcall. Pukul 11malam baru dorang bagi masuk asrama. Tue pown kalau mase rowcall tak ade masalah. Tue la rutin harian aku kt kem.

kenangan yang tak dapat dilupakan..^__^

day 8 - a picture of your hero / knight / heroine


nie la hero ngan heroin aku. tanpa dorang aku tak de kat dunia nie.tanpa dorang tak dela aku dapat capai cita2 aku untuk ke menara gading. tanpa dorang gak tak dela aku sihat walepatliat macam sekarang. hehehehe.

nak kenal lebih lanjut tentang hero dan heroin aku nie boleh klik SINI.

atia sayang apak ngan ibu..♥♥♥♥♥♥♥

Monday, June 20, 2011

day 7 - a picture of the person you do the siliest things with


gambar aku ngan bestfriend aku kat UMP. antara kerja bodoh yang kitorang pernah buat.

pergi KL berdua naek bas dari kuantan pukul 1pagi. sampai KL pukul 4pagi. lepastue lepak kat KL central sampai pukul 10pagi. semata-mata nak pergi Genting Highlands.

orang laen kalau masa ada kuiz semua pakat datang kelas. tapi kitorang pakat ponteng kelas. hasilnya kitorang sama2 fail subjek tue. kitorang ponteng sebab tau yang kalau kitorang amik pown kuiz tue bukan kitorang dapat jawab pown.. heeeee~

berani mempertahankan hak. subjek analog electronic tak diluluskan untuk short sem tiba2 sebab kurang pelajar. tapi kitorang pandai2 fight jugak untuk subjek tue diluluskan. sampai sanggup mengadap dekan fakulti tue. akhirnya alhamdulillah diluluskan. walaupown hanye 5orang je pelajar yang daftar.

kerja2 bodoh yang laen coming soon. hehehehehe..^_^

Sunday, June 19, 2011

mari menari..^_^

nak buat post hari bapa. tapi bukan bapak aku baca pown blog aku nie kan. nak buat sumthing special. tapi tak mampu. nak telefon henset aku dah KO pagi tadi. emmm..

tak pela. tak semestinya hari bapa jer aku boleh bagi penghargaan kat bapak aku kan. hari2 laen pown boleh. aku selalu berdoa semoga aku dapat menggembirakan apak ngan ibu aku satu hari nanti. amin


berbalik pada tajuk kat atas. aku baru je lepas tengok cerita mari menari. kebetulan tema minggu nie memang menarik minat aku. extravaganza gemalai tari. tarian tradisional kotemporeri.


ape yang aku tengok penari kumpulan kapten ray tak sehebat penari kapten belalang untuk minggu nie. tak puas hati kenapa pasangan mak ngan anak tue tak terkeluar. dan aku tak puas hati ngan cara juri bagi komen.

tue jela review aku untuk cerita tue minggu nie. pertama kali buat review rancangan kat astro. sebab cerita nie tentang tarian. aku suka tarian. aku rindu nak menari. huhuhu..

love dance no war..^_^

Mega Bloglist Umar Faruq


klik kat banner kalau nak join..^_^

jom join ramai2..!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez