Sunday, July 31, 2011

siapa join..??


keputusan insyaAllah akan diumumkan esok. untuk check nama korang ada ke tak klik SINI. untuk senarai hadiah klik SINI..

pemenang akan ditentukan menggunakan random.org.

tak sabar nak undi..^_^

tahun lepas dan tahun nie..

kalau tahun lepas aku sambut birthday kat UMP. tahun nie aku sambut kat rumah.

kalau tahun lepas aku dapat kek sehari lepas birthday aku. tahun nie aku dapat kek sehari sebelum hari jadi aku.

kalau tahun lepas aku kena prank ngan kawan2 aku. tahun nie aku kena dengan makcik2 jiran aku.

tak sangka setahun dah pown berlalu. kalau nak tahu cerita birthday aku tahun lepas klik SINI.

tahun nie meriah sikit sebab ramai yang sambut birthday dengan aku. rasa terharu sangat. tahun nie la birthday aku yang paling best. semalam aku dapat kejutan kek ais krim sedap giler..


aku sendiri tak menyangka aku akan dapat kek. baru aku tau camner perasaan orang yang tak ingat birthday dia. tetiba tadi boleh pulak aku lupa yang birthday aku harinie bila makcik2 tue suruh anak dia keluarkan kek. aku terpikir kek untuk ape. blur kejap masa tue. heeeee~

hadiah pown aku dapat.


di dalamnyer berisi


dua biji deodoran avon. jadi la dari tak de lansung. selain tue aku dapat baju kurung. tapi sedih sebab tak muat. gemuk sangat. baru jer ingat nak buat baju raya. T_T

tapi ape pown aku gembira sangat. sebab ada yang ingat birthday aku. terima kasih kat semua yang wish. terima kasih jugak kat yang sudi bagi hadiah. sangat terharu..^_^

happy birthday to me..^_^



day 4 - benda yang anda buat bila sorang-sorang

30 hari cabaran blog

nie la masa yang paling aku suka. duduk sorang2. macam2 benda boleh buat kalau duduk sorang2.

*****************************

kalau kat UMP:

aku akan karaoke sorang2. aku bukak video2 yang ada dalam lappy aku. lepastue memekak sorang2. masa tue tak kesah kalau suara sumbang ke pe. janji seronok dapat lepas tension. hehehe..

aku akan syok sendiri. cuba gaya tudung baru, make up dan macam2 lagi la. dah alang2 sorang2 kan. ape salahnyer buat benda2 camnie. seronok jugak. lepastue syok sendiri tangkap gambar. huhuhu..

aku akan bukak lagu tarian kuat2 lepas tue menari. selalunyer tarian yang pernah aku belajar dari matriks sampai ke UMP. aku tak pandai nak reka tarian baru. hihihi..

kalau kat rumah:

aku akan sambung henset aku ke speaker. lepastue pasang radio ERA kuat2. best jugak bila ada lagu yang aku tau keluar aku ikut nyanyi sama. heeeee~

aku bukak lagu tarian kuat2. dah alang2 dah sambung ke speaker. apalagi. walaupown keluasan rumah tak mengizinkan. tapi ape aku kesah. janji aku dapat buat pe yang aku suka.

***********************************

tapi aku jarang ada peluang duduk sorang2. yela aku ngan rumate aku sekelas. ibu pulak tak kerja. memang susahla. ngeeeee~

tue yang aku akan manfaatkan sepenuhnyer kalau ada peluang duduk sorang2.

home alone..^_^





Saturday, July 30, 2011

selamat hari lahir kembar2 ku..^_^

heppy birthday..!!!!

rasa bersyukur sangat dipertemukan dengan akak. akak la yang bertanggungjawab satukan atia dengan kembar yang laen. atia sendiri tak menyangka sepanjang pengenalan kita banyak benda yang atia dapat. paling best segmen survivor budika anjuran kak sunah dan adi budika. sangat2 best. dari situ ramai blogger yang atia kenal. jasa akak takkan atia lupa sampai bila. terima kasih..^_^

ingat lagi macam mana kak sunah bagitau tentang atia..?? atia sendiri terkejut kenapa akak2 nie duk excited sangat nak add atia kat fb. atia ada buat pape ke..?? rupanya kita dilahirkan pada tarikh yang sama. tahun berlainan. seronok bila dapat tau atia paling bongsu. maknanyer dengan automatik atia dapat sorang abang dan dua orang kakak. rasa seronok sangat masa tue..^_^

dear cikali
walaupown kita tak dela rapat sangat. pada mulanya atia takut jugak nak add. sebab atia kalau ngan lelaki susah sikit. ngeeee~ tapi giveaway yang berlansung selama sebulan nie mengeratkan kita berempat. siap ada conference lagi kat fb. paling tak boleh lupa bila ramai yang join giveaway nie menyangka yang cikali pown perempuan. memang nak tergelak guling2. hehe.. jangan marah na. kenangan terindah tue. huhuhu..


atia bukan seseorang yang pandai menyusun kata2 indah. tapi atia harap hadiah tak seberapa dari atia mampu buat korang tersenyum. terima kasih sebab sudi menerima atia sebagai adik kalian. semoga hubungan yang sedia terjalin nie akan kekal selama. atia sayang korang semua.

selamat hari jadi abang dan kakakku....^___^

SEGMEN 3 JAM JE


tia..!!!! atia join ye.. heeeee~

BEN ASHAARI- mengimbau kenangan terindah

Santai Bersama BEN ASHAARI

klik pada banner untuk maklumat lanjut..^_^


kenangan terindah dalam hidup aku yang berlaku tahun nie. ekspedisi berbasikal 1 Malaysia Pekan Putrajaya. walaupown dah lama berlaalu. kenangan berbasikal sejauh 342km takkan aku lupa sampai bila. nak tau cerita lanjut klik SINI.


kenangan terindah..^_^

day 3 - benda yang selalu anda buat sebelum tido


kat UMP

selalunyer sebelum tidor aku akan online sambil dengar radio era. aku blogwalking, update blog, check email dan macam2 lagi la. kadang2 aku akan tengok cerita2 kat tonton.com. boleh kata banyak jugakla cerita TV3 yang aku dah katam. tue jela hiburan yang ada. kalau nak turun pergi bilik TV mana ada masa. heeeee~

kat rumah

sebelum tidor aku akan pastikan sinki dapur kosong. takde pinggan atau mangkuk yang bersepah. aku nie sorang yang pemalas. tapi aku tak boleh tengok benda bersepah. mula la datang kerajinan nak mengemas. tapi kadang2 malas jugak. walaupown sakit mata memandang. huhuhu..

lepas siap kemas masuk bilik mula la operasi online. tapi kat rumah dapat online kejap jer. sebab guna berukband je pown. jadi tak boley lebih2. nanti cukup bulan mulala kelembapan berlaku. huhuhu..

online kejap then cerita korea menjadi bestime story aku. kadang2 aku ulang jer tengok cerita yang aku dah pernah tengok. sebab tue jer yang ada. layan jela.. heeee~

good night..^_^




Friday, July 29, 2011

kepelikan aku terjawab..

tadi aku ada tulis pada kepelikan aku terhadap trafik aku yang tetiba naek tetiba kan. yang tak baca lagi klik SINI. pelik kenapa post pasal email banjir yang aku tulis tetiba menjadi sangat hangat. sedangkan post tue dah agak lama. rupa2 nyer.... klik SINI kalau nak tau pe yang aku jumpa..

blog ape nie..?? kenapa aku tak tau kewujudan blog nie..?? ape fungsi blog nie..??

ada sesipa tak yang boleh jawab soalan aku. aku nak sangat tahu. 

please jawab....n_n

gadis paksa maen... konda kondi.. heeee~


keyword yang agak lucah. tapi result yang keluar.


tak de kena mengena. mesti yang search tue sakit hati sebab baru jer nak ****. tetiba keluar lain. heeeee~

keyword owh keyword..^_^

nak rasa pelik kejap.. ngeeee~

kepelikan berlaku lagi. bila tengok stat terkejut keluar macam nie.


ramai yang melawat blog aku harinie. tapi kenapa..?? sedangkan aku baru update satu post je masa tue.

lepastue aku bukak nuffnang. tengok berapa visitor aku takat pukul 2 petang. terkejut aku agak tinggi untuk blog aku yang kurang glamour nie.


nie yang buat aku nak check keyword.


sampai 36 orang cari keyword yang sama. ape kes..?? pelik bebenor.


tengok pulak visitor dari mana. terkejut beruk aku ramai betul visitor luar.

macam tak masuk akal jer. aku update pown baru sekali untuk hari nie. dah lama tak ping blog kat fb. dah seminggu trafik aku bawah seratus. tetiba hari nie jadi camnie. memang pelik.

ish3..

Sang Pilot

seorang pilot yang baru saja lulus dari sekolah penerbangan disuruh komandan untuk mencoba sebuah helikopter, alangkah malangnya diketinggian 1000m tiba - tiba ia jatuh. sang pilot selamat dan ketika diselidiki ternyata tidak ada satupun kesalahan baik dari menara bandara ataupun mesin. lalu banyak yang menjadi penasaran ketika ditanyakan kepada sang pilot, sang pilot berkata bahwa waktu pertama-tama terbang sang pilot tidak merasakan apa - apa, tetapi pada ketinggian 1000m sang pilot mulai kedinginan. "lalu," kata sang pilot, kipas yang diatas saya matikan ", katanya.


pilot owh pilot..^_^

day 2 - movie yang paling best pernah tonton


movie yang paling best aku pernah tonton kat pawagam ialah cicakman 1. boleh kata nie la movie pertama yang aku tengok kat pawagam. aku tengok kat The Mines. yang dulu dikenali sebagai mines wonderland.


cerita tue bagi aku sangat2 best. cerita melayu pertama menggunakan teknologi CGI. memang best. kelakar dan aksi bercampur dan digaul dengan mantap. kelakar tengok gelagat adik beradik ginger yang dilakonkan oleh AC Mizal ngan Adlin Aman Ramli. nak tergelak guling2 dalam pawagam.

cepat betul masa berlalu. dah lama jugak aku tak jejakkan kaki kat The Mines. dulu masa kecik2 kat situ la tempat favourite pak cik ngan mak cik aku akan bawak anak2 sedara beriadah. sebab dulu memang macam2 ada. ice skating pown ada. aku paling suka naik boat. satu2nyer shopping compleks yang ada tasik kat tengah2 yang pernah aku pergi.

the mines tue kalau ikut sejarah di bina atas lombong. sebab tue la dinamakan mines. mines kan maksudnyer lombong. tetiba rindu zaman kanak2. heeeee~


siap ada kolam renang lagi. dulu mana ada. baru2 nie aku ngan GengBaSikal singgah kejap lepas lelah kat the mines. lepas je jumpa Perdana Menteri kitorang singgah mandi kat masjid Putrajaya lepastue terus ke the mines. sebab tue je yang paling dekat. nak tau kisah kitorang jumpa Perdana Menteri klik SINI.

tak sangka banyak perubahan. tak semeriah dulu. masih ingat lagi kalau kat tasik tue dulu tergantung badut2 yang bergerak. ada yang kayuh basikal, ada yang juggle bola dan macam2 lagi la.


sempat posing kenangan masa kat sana. dah lari topik dah nie. ape2 jela. hihihihi..

windu zaman kanak2..^_^


Thursday, July 28, 2011

Telur siapa ???

Azhar gemar memelihara ayam dan setiap pagi dia akan mengutip telurnya. suatu hari dia pergi kekebun dan mendapati ayamnya bertelur dibawah pokok limau jirannya, Herman. yang membuatkan dia marah apabila nampak Herman sedang mengutip telur ayamnya.


"hey, jangan ambil, itu telur ayam saya" jerit Azhar
"mana boleh ia bertelur didalam kebun saya, maknanya saya punyalah" balas Herman
"saya kata itu telur ayam saya" kata Azhar

mereka pun bertengkar.

"macam ini lah, biasanya keluarga saya akan selesaikan masalah ini dengan beradu kekuatan. apa kata kita lawan sepak perut, siapa bangun lebih cepat dia menang. mula-mula saya akan sepak perut awak dulu" kata Azhar

Herman bersetuju dengan cadangan itu. Azhar balik kebangsalnya dan memakai kasut but. kemudian dia kembali semula mencari jirannya itu. setelah bersedia Azhar menyepak perut Herman sekuat-kuat hatinya. jirannya jatuh tersungkur dan berguling-guling menahan kesakitan. dia mengambil masa 30 minit untuk bangun kembali.

"ha, sekarang giliran awak pula" kata Herman yang sudah bersedia untuk menyepak Azhar.
"nanti dulu, ambillah telur ini" kata Azhar dan terus pergi meninggalkan Herman.

hahahahahaha.. sian Herman..^__^

tinggal 3 hari jer lagi..


siapa yang belum join lagi jom join.. tinggal 3 hari jer lagi. klik pada banner untuk join..

25 hadiah disediakan. lumayan2 semuanyer. klik SINI kalau nak tengok hadiah2 yang bakal dimenangi oleh pemenang..

tinggal 3 hari insyaAllah kita akan menyambut Ramadhan. setelah 3 tahun puasa di perantauan. macam jauh sangat.. heeeee~ akhirnya tahun nie dapat berpuasa penuh di rumah. alhamdulillah..

puasa jangan tak puasa..^_^

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

Santai Bersama BEN ASHAARI

31-7 giveaway tinggal beberapa hari je lagi.. yang belom join jom join.. klik SINI kalau nak join..^_^

day-1 lagu yang anda dengar hari ini


lagu pertama yang aku dengar hari nie ialah lagu winter sonata. sebab malam tadi aku tengok cerita nie. agak ketinggalan. ramai yang dah katam cerita nie. aku pulak baru nak masuk episod 15.


cerita yang agak old skool berbanding cerita korea sekarang. tapi tetap the best. kalau korang perasan cerita korea dulu2. masa zaman kita sekolah2 dulu kebanyakannya cerita sedih. contohnya stairway to heaven dan winter sonata. tapi tetap best. kadang2 buat kita yang menonton nie terikut nak nangis jugak.

Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta

lagu winter sonata yang diolah ke bahasa melayu. tapi lagu kalau translate yang version korea

The truth is I want to forget it all
When I couldn't see you I realised you were my everything
When I want to smile, will you look at me and cry?
Which is my one hope that you can't do it at all
When I want you to look at me, will I fall apart?
No matter how you try to forget, can you forget?

walaupown tak paham bahasa korea, tapi bila dengar lagu tue dan dihayati betul2 boleh buat orang menangis. musik dia sangat indah.

From the Beginning Until Now...

Wednesday, July 27, 2011

Silap Faham

AL-KISAHnya sepasang suami isteri Rahmah dan Mahmud baru seminggu mendirikan rumah tangga. tiba-tiba saja si Rahmah sangat benci kepada suaminya Mahmud. tak tau pulak apa sebabnya. mengadulah Rahmah kepada bapanya dan minta diceraikan. bapa Rahmah bingung. lalu dibawanya Rahmah ke pejabat Kadi untuk meminta nasihat.

Bapa : Pakcik dah naik bingung tentang anak pakcik sorang ni. .....Mah tak mau keMud.
Kadi : apa?....~#<~|\\(hairan)...apa maksud pakcik ni ?
Bapa : Mah ni....memang dah tak suka Kemud. Dia minta cerai.
Kadi : Mana Pakcik tahu?.......
Bapa : Mah beritahu pakcik, Mah tak mau keMud Lagi.
Kadi : (sambil beristighfar) kenapa jadi macam itu. Kalau Mah dah tak mau kemut lagi takkan
sampai minta cerai. Kemut macamana yang Mah tak suka.......?
Bapa : Bukan itu maksud pakcik..." Rahmah dah tak suka kepada Mahmud lagi"......itu maksud
pakcik. Bukan kemut...
Kadi : (menundukkan kepalanya.....malu...)

Rahmah dan bapanya keluar meninggalkan kadi sambil mengeluh malu.....

Nota: kepada semua para pembaca, sama-samalah kita maafkan Tuan Kadi tu kerana sudah
tersalah tafsir

30 days blog challenge

10 cabaran blog dah pown aku tamatkan dengan jayanya. alhamdulillah. klik SINI kalau tak percaya.. heeeee~  harinie aku akan menyahut cabaran baru pulak. 31 days blog challenge.





cabaran2nyer:

day-1 lagu yang anda dengar hari ini
day 2 - movie yang paling best pernah tonton
day 3 - benda yang selalu anda buat sebelum tido
day 4 - benda yang anda buat bila sorang-sorang
day 5 - status anda ? relationship anda ?
day 6 - tiga perangai burok anda
day 7 - tiga perangai baek anda
day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
day 9 - perasaan anda hari ni
day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?
day 11 - gadjet yang anda ada
day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda
day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda
day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini
day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?
day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka
day 17 - gambar bilik idaman anda
day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri
day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda
day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?
day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah
day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda
day 23 - dream wedding
day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan
day 25 - makna disebalik link blog anda
day 26 - 15 fakta tentang anda
day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda
day 28 - hobi anda
day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?
day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?

aku akan mulakan cabaran nie esok. harap aku dapat habiskan kesemua challege yang ada. amin


doakan aku berjaya.. huhuhuhu..^_^


Wordless Wednesday-8

minggu lepas aku post Wordless Wednesday-7
harinie gambar baru pulak..^_^


nak tau lebih lanjut klik SINI..

Tuesday, July 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Santai Bersama BEN ASHAARI

jom join 31-7 giveaway.. tinggal 5 hari jer lagi.. klik kat gambar floating belah kanan bawah doraemon kalau nak join.

join jangan x join..^_^

karton kejam..

happy tree friend. korang pernah dengar tak pasal karton nie. karton favourite aku masa matriks dulu. aku siap buat folder khas dalam henset aku. setiap kali aku jumpa video baru dari sesiapa pown aku akan mintak bluetooth.


aku mula kenal karton nie masa PLKN. aku maen henset dormmate aku. jumpa la karton nie dalam tue. sebenarnyer aku suka ngan henset dia. pernah berangan nak beli camtue. tapi masa tue henset jenis tue mahal. sekarang bila dah mampu tak jual la pulak. sebab banyak model baru dah keluar. rindu pulak kat dia. sebab dia baek sangat. ingat lagi macam mana dia menangis masa dapat tau aku kena pindah kem. bila aku dah pindah pown dia maseh lagi sedih. ada kawan aku cerita dia rindu kat aku sampai tertidur kat katil aku. sian kat dia.

berbalik pada cerita asal. happy tree friend karton paling kejam yang pernah aku tengok. tapi watak2 dia sangat comel. kadang2 nak tergelak tengok. disebabkan kecomelan dorang, aku tak rasa ngeri sangat bila tengok. rasa kelakar adala. nak tengok watak2 dalam karton happy tree friends nie klik SINI.

ada satu episod tue yang dia dengan tak sengaja potong mata lepastue perah. sebab dia ingat benda tue lemon. kalau benda tue jadi realiti mungkin orang rasa seram dan takut. tapi disebabkan tue karton happy tree friends, aku rasa nak tergelak. kelakar la pulak.


nampak kejam kan. tapi dorang kiut. siapa lagi yang suka tengok karton nie..??

kejam tapi kiut..^_^


Day Ten :10 final words

I love my blog, kisah seorang gadis melayu very much..!!!!

kisah seorang gadis melayu

akhirnya cabaran terakhir selesai. alhamdulillah.

next challege akan bermula..^_^


Monday, July 25, 2011

SEGMEN : Mari Cari Kembar Blogger


klik kat banner kalau nak carik kembar..^_^

walaupown aku dah jumpa kembar sama tarikh lahir. tapi semua laen tahun. teringin jugak nak carik kembar sama umur. manala tau boley jumpa..^_^

31 Julai 1990

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Santai Bersama BEN ASHAARI

jom ramai2 kritik blog gadis melayu. kalau ada salah silap jangn malu nak tegur. masih dalam proses membaiki blog. sudi2 la tolong ye..^_^

luahan hati gadis melayu

perangai aku memang pelik. jarang ada lelaki paham aku. mungkin sebab tue jugakla aku sampai sekarang single. hehehehe..

sunyi tak single..??

kadang2 ye. kadang2 tak. tapi selalu terasa bila tengok kawan2 semua duk bergayut ngan pakwe kita pulak duk ngadap blog. lagi2 bila kitorang sama2 ditimpa masalah. dorang ada tempat mengadu. aku ngadu kat blog jela. masa tue la kesunyian mula terasa.

tapi bila masa2 laen aku ok jer. berborak ngan kawan2 aku, tengok movie, ngadap blog, blogwalking. kesunyian tue hilang entah kemana. betul kata orang. bila kita sibukkan diri, kita akan lupa semua benda remeh temeh nie.

bukan tak de lelaki yang nak berkenalan. aikk.. aku bukan tak laku k. ada jer. tapi tak de yang paham perangai dan sikap aku. aku selalu kena marah benda yang sama. "nape tak mesej lama dah..??" " nape tak chat..??" memang aku saje tak mesej atau chat dorang. bukan sebab aku tak nak. tapi memang perangai aku takkan jadi orang yang mulakan dulu. perangai yang dari dulu yang aku susah nak ubah. bagi aku selagi diorang tak mula dulu aku takkan mulakan. sebab aku takut. aku takut aku ganggu dorang. prinsip aku orang ganggu aku tak pe jangan aku ganggu orang.

tapi tak de siapa yang paham tue. yang dorang tau merajuk dan terus berhenti mesej atau chat ngan aku. lepastue lost contact. dengan automatik aku hilang kawan. aku tak nak macam tue. aku suka berkawan. tapi aku selalu hilang kawan. sedih sangat rasa.

hanya seorang jer yang memahami aku. tapi dia... malas la nak cerita. nanti stalker aku baca. kes baru pulak timbul. ngeeeeee~

ape pown aku kena kuatkan diri. aku takkan biar benda remeh temeh macam nie merosakkan kan mood dan perasaan aku. yang aku tau sekarang aku nak hidup bahagia tanpa bergantung dengan sesiapa.

kalau ada jodoh aku adalah. aku dah malas pikir benda nie. dulu aku takut sangat aku takkan ada pakwe. sampai aku tersalah pilih. tapi sekarang aku takkan jadi macam tue. sebab pe aku tahu suatu hari nanti Tuhan akan pertemukan aku dengan orang yang betul. Allah pertemukan kita dengan orang yang salah bukan untuk menghukum tapi untuk menguji. aku redha dengan ape yang berlaku kat aku selama nie.


study before you love somebody.. heeeeee~

Pengaruh IT lagi!

tiga orang lelaki sedang berbual di sebuah warung kopi.


Rusdi : aku sedang memperbesarkan perniagaanku keperingkat global dengan menceburi e-Commerce.
Kefli : biasa je tu, aku lagi hebat, kesemua anak aku belajar gunakan e-Education.
Mail : (diam aje...).
Rusdi : ha! kau Mail, kenapa diam... kau tak reti guna IT ke..??
Mail : sebenarnya, orang ramai yang gunakan aku.. semua orang gunakan e-Mail.

Day Nine :10 ways to win your heart

~pandai amik hati ibu ngan bapak aku
~aku suka seseorang yang berterus terang
~aku suka seseorang yang peramah
~aku suka seseorang yang pandai buat lawak
~tak jadikan penipuan sebagai cara untuk hidup
~sudi ajar aku kalau kalau aku silap atau tak tau sesuatu
~jujur dan ikhlas menyayangi aku
~sudi menerima aku seadanya. tak de komplen2
~boleh bimbing aku ke jalan yang benar

~yang penting taat pada Allah dan RasulNya



aku akan menerima seadanya kalau dia sudi menerima aku seadanya. buat masa nie belum ada yang dapat bukak pintu hati aku nie. aku sendiri tak sedar bila ianya terkunci. baru aku paham bila hati disakiti, ianya akan tertutup dengan sendirinya. siapala agaknyer yang berjaya bukak hati aku nie balik. hanye Tuhan jela yang tahu.

kalau dah jodoh tak kemana..^_^


Sunday, July 24, 2011

orang miskin

Kama dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada suatu petang. sewaktu melintas sebuah padang, dia nampak dua lelaki berpakaian cumpang-camping sedang memakan rumput. diarahkan pemandunya berhenti, lalu Kama memanggil kedua-dua lelaki itu.
"kenapa kamu makan rumput?" tanya Kama
"kami miskin....tak ada duit nak makan, "jawab salah seorang lelaki itu.
"oh, kesiannya!!!!! mari ke rumah saya, masuk!" kata Kama, membukakan pintu.
"tapi tuan, saya ada isteri dan dua anak," balas lelaki pertama.
"tak apa, bawa mereka sekali. awak pun boleh ikut sama," kata Kama pada seorang lagi.
"tapi tuan, saya juga ada isteri dan seorang anak," ujar lelaki kedua.
"mereka pun boleh ikut. "Kama mempelawa semuanya masuk ke dalam kereta.
sewaktu dalam perjalanan, salah seorang lelaki itu menepuk bahu Kama, mengucapkan terima
kasih.
"tuan sungguh baik hati,"katanya.
"tak mengapa. saya harap awak gembira kerana rumput di rumah saya lebih tinggi daripada
di padang tadi," balas Kama ikhlas.

sabar jela.. ish3..

Day Eight :10 of your favourite songs

~gemuruh, faizal tahir
~maha karya cinta, faizal tahir
~menangis lagi, fina
~bicara manis menghiris kalbu, siti nurhaliza
~dangdut bang dolah
~nobody, wonder girl
~putus nyambung, BBB
~papa jahat, fabulous cat
~fuck you, lily allen
~lagu zapin



banyak lagi lagu yang aku suka dengar. kalau nak senaraikan aku rasa sampai esok pown tak habis. naseb baek dia mintak 10 jer. heeeee~

duh aduh pipiku disentuh bang dolah..^_^


dulu 3.. sekarang 2.. alhamdulillah..^_^

malam nie rasa hepy sangat. dulu aku pernah hampir putus asa join semua contest anjuran blogger2 nie. sebab tak pernah menang. tapi entah macam mana boley jadi hobi. aku join jer contest yang ada. menang ke kalah aku tolak tepi. janji ada kepuasan. memang seronok.

blog yang dulunyer merupakan blog peribadi aku renovate jadi blog untuk aku join semua contest yang ada. alhamdulillah tak sia2 aku join. trafik blog aku naek. follower pown meningkat tanpa promote. dan sampai malam nie aku dah menang dua contest.

sebelum nie aku ada post pasal aku menang contest si rabun. klik SINI untuk cerita penuh. contest pertama yang aku menang. aku hepy sangat.

tadi online jer terus tengok kat dashboard terus nampak update dari pihak penganjur contest the best memory. saje jer bukak nak tengok siapa yang bertuah. tak terpikir ape pown. mula2 diumumkan hadiah yang bakal pemenang menang. comel sangat2. scroll lagi kebawah tetiba nampak... nak tau pe yang aku nampak klik la SINI. hehehe..

alhamdulillah. dengan mempertaruhkan gambar bawah nie. aku berjaya dapat tempat kedua.


memang nie la the best memory aku tahun nie. berbasikal sejauh 342km dan berjumpa Perdana Menteri. kenangan terindah yang takkan aku lupakan sampai bila2..^_^

lepasnie harap2 dapat tempat pertama pulak.. heeeee~

Saturday, July 23, 2011

kejuruteraan elektrik (sistem kuasa).. adakah hanya satu mimpi..??

sebelum nie aku ada post pasal ketakutan aku tentang masa depan aku. adakah aku akan diterima sebagai seorang jurutera elektrik wanita. nak tau cerita klik SINI.

beberapa hari lepas aku post pasal benda nie tetiba aku dapat mesej dari kawan aku masa sekolah rendah dulu.


hahaha. nak tergelak pown ada. kebetulan atau suratan. tapi aku belum habis belajar lagi. huhuhu..T_T

nie menyedarkan aku yang rezeki bila2 masa pown Allah boley bagi. yang penting usaha dan tawakal. tue yang buat aku tak risau dah. kalau rezeki aku ada dalam bidang nie alhamdulillah. kalau tak de tak semestinya aku mesti putus asa kan.

yang penting sekarang nie aku mesti habiskan semua benda yang aku dah mulakan. jangan pandang belakang lagi. aku nak jadi kuat. 

insyaAllah satu hari nanti aku akan jadi seorang jurutera yang berjaya. amin..^_^

Pakistan, india, awek dan keta api..

Ada la satu hari tu sorang India, Pakistani, dan sorang gadis cantik naik satu gerabak keretapi duduk sebelah nyebelah. Keretapi tu lalu la menerusi sebuah terowong yang gelap gulita. Tetiba je ada bunyi ciuman dgn diikuti satu bunyi tamparan.

Keretapi tu pun keluar la dari terowong tu. Gadis dan Pakistani tu nampak macam terpinga-pinga. Mamat India tu pulak tgh terbongkok-bongkok menahan sakit. Nampak jelas kat pipi dia tu merah kesan tamparan.

India tu pun terfikir "Setan betul, mesti Pakistani tu nak cium awek tu, awek tu ingat aku. Aku pulak yang kena tampar."

Awek tu fikir, "Mesti mamat India tu cuba nak cium aku tapi tercium Pakistani tu. Padan muka kena tampar."

Pakistani tu pulak fikir, "Kalau lah keretapi ni masuk terowong lagi, aku boley buat satu bunyi ciuman sekali lagi dan dapat tampar India tu lagi."


*just a joke...^_^

Day Seven :10 important people

Amirrudin bin Hassim
Hafsah bt Ayub
Ainil Hawa bt Amirrudin
Ezzaty Amirah bt Amirrudin
Nurin Nabilah Amirrudin
sedara mara aku
cikgu2 aku
kakak2 dan abang2 angkat aku
kawan2 aku
bloger2 yang kenal aku



kalau ikutkan lebih dari sepuluh. tapi aku senaraikan sepuluh jela sebab ikut syarat. hehehehe..

mereka memang penting..^_^


biar betik..?? ada sesiapa tau kenapa..??


kepelikan melanda. today visitor tak sampai 100 tapi yang online sampai 46. ticker nie salah count ke..?? ke ada something wrong somewhere..??

yang buat aku tambah risau aku tak boleh bukak akaun nuffnang. takut giler nie. ape silap aku..?? nape jadi macam nie. adeih pening kepala pikir.

memang patut pown visitor hari nie kurang. sebab akhir2 nie aku jarang blogwalking. sebab aku sekadar guna berukband jer online. update pown makin lama makin kurang.

ada sesiapa boleh jawab nape jadi macam kat atas nie..??

Friday, July 22, 2011

Kisah Tiga Puteri

ini kisah di satu negeri yang amat kaya raya la sultannya. namun begitu, sultan ini tidak mempunyai anak lelaki. ada anak pompuan je. tiga orang plak tu. cantik-cantik belaka. yang sulung berumur 21 tahun, yang kedua berumur 20 tahun, manakala yang bongsu pulak berumur 19 tahun. 

sultan amat berasa dukacita kerana
tak ada anak lelaki untuk menggantikan tempatnya. jadi, dia pun ambil keputusan untuk menikahkan puteri-puterinya satu persatu. jadi, sultan pun menghantar hulubalang negeri untuk menghebahkan bahawa sesiapa yang ingin mengahwini anak-anaknya sila tampil ke istana.


jadi, berebut-rebutla jejaka diseluruh pelosok negeri menyerbu istana untuk meminang. sultan pun berpesan pada anak-anaknya, 
"wahai anak-anakku, ayahanda ingin mengahwinkan puteri sulung dan diluar terdapat beberapa pemuda yang ingin melamar. anakanda-anakanda tengah dan bongsu diminta bersabar kerana sejurus lepas kekanda kamu berkahwin, anakanda yang tengah pula akan dikawinkan. begitu jugala anakanda yang bongsu. tapi satu sahaja ayahanda pesan, jangan la kamu bercakap sehingga kamu selesai dan selamat dinikahkan." 
tuan puteri - tuan puteri semua mengangguk tanda stuju. 
 "orait papa.." 
ketiga-tiganya menjawab.

selepas sultan memilih bakal suami untuk anaknya yang sulung, sultan menjemput pemuda tersebut masuk ke kamar tuan-tuan puteri. pemuda itu meminta izin daripada sultan untuk ditinggalkan dia sebentar dengan tuan-tuan puteri tersebut kerana katanya ingin berkenalan dengan bakal bininya. sultan tersebut bersetuju dengan permintaan pemuda tersebut kerana yakin anak-anaknya tidak akan berkata apa-apa walau sepatah pun. sultan pun sempat menoleh kearah puteri-puterinya dan kenyit mata sikit tanda mengingatkan pesanannya tadik iaitu takkan berkata apa-apa walau sepatah haram pun.

so, sultan pun meninggalkan pemuda tersebut dengan tiga orang puterinya. maka pemuda tu pun bertanya la pada puteri bongsu, 
"yang mana satu bakal menjadi isteri saya nanti? tuan puteri yang ini kah?"
tuan puteri bongsu tetap tidak menjawab. lalu pemuda pula tanya lagi sekali seraya menggertak, 
"mungkin tuan puteri malu untuk menjawab soalan saya. mari kita bernikah sekarang." 
apa lagi tuan puteri bongsu pun jadik panik, lalu menjawab 
"bukhan, bukhan thayaaa la.." 
pemuda tu terkejut sebab tuan puteri bongsu sengau rupanya, lalu dia dengan keadaan masih terkezutt dia berpaling kepada tuan puteri kedua, dan tuan puteri kedua pun panik jugak. lantas menyalahi adiknya "kenafha thakapppp.. kan ayahanda thak kathik kitha thakappppp...". alamak, yang ini pun sengau juga, bisik hati pemuda tersebut dan dengan bedebar-debar pemuda tu berpaling kepada yang sulung dan mata saling berpandangan, masa seakan terberhenti seketika,
lalu yang sulung pun dengan lemah lembut dan perlahan-lahan bercakap, "nathib baik thaya thak thakapppppp."

dum.!!!.. pemuda tu pun pengsan! 

Day Six :10 items you can't live without

~duit
~buku
~laptop
~henfon
~internet
~pakaian
~kad atm
~doraemon
~cermin mata
~blog kesayangan




tapi aku tak dela sampai mati kalau tak dak de barang2 nie. cuma kalau tak ada, hidup aku mungkin akan gelap gelita. hehehe..

I can't live without you..^_^


Thursday, July 21, 2011

Sudilah Kiranya Jadi follower Saya Boleh???

Chegu Zubir

Sudilah kiranya anda menjadi follower saya...^_^

Tembak je

seorang lelaki tua tinggal disebuah banglo bersama isterinya. suatu hari ketika dipejabat, lelaki tua itu menelefon isterinya dirumah.


lelaki tua : hello

panggilan itu dijawab oleh seorang gadis.

gadis : hello, nak cakap dengan siapa.
lelaki tua : awak ni siapa, setahu saya dirumah saya tiada orang lain selain isteri saya yang dah tua itu saja!
gadis : oh.. kebetulan, saya baru aje menyewa sebuah bilik di rumah ni beberapa jam yang lepas.
lelaki tua : oh ye ke.. tak pe lah, awak tolong panggilkan isteri saya. dia kat mana sekarang ?
gadis : dia ada kat bilik atas bersama seorang lelaki. saya sangkakan suaminya!!.
lelaki tua : apa??.. err... awak nak RM50,000.00 tak???
gadis : nak.. tapi macamana??
lelaki tua : awak kena tolong saya.. awak pergi kebilik atas sebelah kiri dan ambil sepucuk senapang disitu.
gadis : lepas itu?
lelaki tua : awak tembak kedua-duanya. saya akan beri arahan seterusnya selepas ini.. ayuh pergi segera.

gadis itu meletakkan telefon diatas meja dan bergegas naik keatas. sejurus kemudian kedenganran dua das tembakan.

gadis : hello.. saya dah tembak kedua-duanya.. apa yang harus saya buat ni..??
lelaki tua : awak campakkan kedua-dua mayat tadi di dalam kolam belakang rumah.
gadis : tapi dari tadi saya dah keliling kawasan rumah ni .. tak nampak sebarang kolam pun. kat mana kolamnya..??
lelaki tua : errrr.... apa nombor telefon rumah ni..?
gadis : 41096588
lelaki tua : maaf.. salah nombor...(terus letak telefon).

nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan.. hehehe..

lawatan ke port klang.. heeee~

baru balik dari ikut ibu ngan apak buat urusan bank. nie adik aku punya pasal la. nak ikut sangat. tak pasal2 aku pown kena ikut. sebab kena jaga dia dalam kereta. takkan bapak aku nak bawak sekali masuk bank kowt. payah ar gini.

lepas selesai semua urusan, bapak aku pergi pelabuhan klang untuk masuk duit adik aku. sempat singgah beli pisang goreng belakang sekolah menengah aku dulu. tak sangka ada lagi makcik tue menjual. memang goreng pisang kat situ favourite budak2 sekolah aku. sambil tunggu bas kitorang kenduri pisang goreng ramai2. seronok pulak bila ingat balik kenangan lama.

sempat jugak singgah makan cendol durian pak ali cendol dekat sebelah giant. tak sangka Port Klang dah maju giler sekarang. macam2 ada. kalau dulu ada pizza hut, KFC ngan mcd jer. sekarang ada domino's pizza lepastue siap ada Giant baru lagi. 



kalau dulu budak2 sekolah aku aku outing terpaksa pergi klang. jauh tak dela jauh sangat. tapi boleh la tahan. tapi sekarang tak payah jauh2. Jusco Bukit Tinggi ada. kalau pergi sana hari biasa boleh la nampak budak2 pakai baju sekolah duk lepak kat situ.

yang terbaru belakang rumah aku jer. satu lagi shopping mall akan dibina. tak tau la camner rupanya sebab baru pacak tiang. tak mustahil tahun depan siap la benda tue. cepat betul tempat aku nie maju.

aku ingat lagi masa kecik2 dulu kawasan rumah aku hanya dipenuhi kelapa sawit. kalau jalan jauh sikit tempat pengumpulan sampah. jauh lagi laut. tapi sekarang kawasan kelapa sawit ngan tempat pengumpulan sampah dah dijadikan kawasan perumahan. kawasan tepi pantai pulak dijadikan kawasan perumahan elit. dalam masa 10 tahun lebih, semua nie berubah.

rumah yang aku duduk sekarang kalau dulunya taraf rumah murah. tapi sekarang harga dia mencanak naik. mungkin sebab pembangunan sekeliling. aku bersyukur duduk dalam kawasan yang agak maju. aku bangga jadi anak jati Selangor.

bila la kawasan Pekan nak maju..??

check darah sebab HIV..???

ingat tak cerita aku pasal 1st time naek ambulan. kalau tak ingat klik SINI. tiba2 teringat masa kitorang sampai kat klinik peramu jaya banyak giler benda berlaku. sampai aku gelak nak terkeluar anak tekak dibuatnyer.

sampai2 jer kat klinik kitorang masuk jela. pertama kali datang klinik tue. jadi tak tau nak pergi mana. entah macam mana nampak ramai yang pergi ke belah kanan. kitorang pergi jela sebab ingat ada kaunter boleh tanye. sebabnyer klinik UMP dah telefon tentang kehadiran kitorang.

masuk jer semua orang duk pandang kitorang. buat bodoh jela sebab kitorang pikir kitorang tak buat salah pe pown. tetiba nurse yang jaga kaunter pown buat muka pelik. dia panggil kitorang. muka macam risau jer. tetiba soalan yang terpancul kat mulut dia buat aku ngan kawan aku terkejut beruk. malu pown ada. soalannyer

siapa mengandung..???


hah...!!!!???

takde siapa2 cik. kitorang datang sini sebab doktor UMP suruh check darah. nurse UMP dah telefon sini tadi.

rupa2nya kitorang tersalah masuk klinik ibu mengandung. patutla semua orang duk pandang. tue la siapa suruh maen serbu jer. belajar jer tinggi tapi tak tau baca. jelas2 ada signboard tulis klinik ibu mengandung. adoyai. tak pasal2 kena bahan dengan nurse tue. tergelak kitorang bila keluar dari situ.

masuk2 jer klinik yang sebenar terus pergi kaunter. cakap kat nurse tue ada tak pihak klinik UMP telefon pasal kitorang. dia kata tak de. lepastue nurse tue tanya kenapa. kitorang cakapla nak check darah.

tetiba datang sorang abang nie. nak check darah. buat pe..?? ada HIV ke..??


berderau jantung dengar. ada ke patut. terbahak kitorang gelak. ketawa pasal hal mengandung tue pown tak habis lagi. asyik kena bahan jela kitorang hari tue. sabar jela.

bila teringat balik memang tergelak sorang2. yang tak boleh belah tang mengandung tue la. mungkin dia pown perasan yang kitorang muda lagi untuk mengandung. hehehe.

hahahahahaha..^____^

dulu 14 sekarang 25.. lumayan..^_^

berita baek...!!!!!

adik, abang, kakak, pakcik, makcik, atok, nenek mari kumpul ramai2. ada pengumuman.


hadiah untuk 31-7 giveaway bertambah..!!!!!!

 kalau dulu ada 14 hadiah. klik SINI kalau nak tengok hadiah sebelum nie. sekarang ada 25 hadiah. ape hadiah2nyer..??

untuk 8 pemenang
tambah 3 pemenang

lumayan tak..?? ape lagi jom la join. tinggal beberapa hari jer lagi harijadi kitorang. jadi jangan lengah2. tak banyak masa lagi. kalau nak join klik banner kat atas tue.

jangan berkumpul jer.. jom la join..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez