Wednesday, September 25, 2013

Siti Hasmah Hamid dalam kenangan - Al Fatihah

harini 25 September 2013. 25 September 5 tahun yang lalu kau pergi tinggalkan aku. padahal masa tu aku tak pernah menyangka yang surat yang kau tinggalkan kat atas meja aku ialah surat terakhir dari kau. kalau kau masih hidup mesti kau bangga dengan aku sekarang. aku dah berjaya tamatkan degree aku. yang lebih membanggakan aku berjaya penuhi janji aku dengan kau. walaupon janji tu janji kita berdua. perjanjian untuk sama2 sambung degree dalam koz eletrical. tapi disebabkan Allah lebih sayang kat kau, kau pergi dulu sebelum sempat sama2 tunaikan janji tu dengan aku. tapi tak pernah sekalipun aku terasa atau marah atas apa yang terjadi. selama 4 tahun aku belajar tak pernah sekalipun aku menyesal amik koz ni. aku cuma menyesal pilih UMP sebagai pilihan pertama. ngeeeee

kenangan kita bersama walaupon hanya 5 bulan tapi tetap segar dalam ingatan aku. setiap kali aku sedih atau  ada masalah dengan kawan2 aku, aku sentiasa ingatkan kau. kau sentiasa jadi penguat aku walaupon kau dah lama pergi tinggalkan aku. disebabkan janji kita tu aku teruskan jugak belajar. aku mintak maaf sebab aku pernah jugak terleka. hampir jer gagal untuk teruskan janji kita tu. tapi syukur alhamdulillah aku berjaya tempuh dugaan tu. mungkin sebab kesakitan yang aku lalui masa hilang kau lagi sakit dari apa yang berlaku kat aku masa tu. buatkan aku semakin hari semakin kuat untuk tempuh hidup ni.

'Siti Hasmah Hamid'

nama yang tak pernah hilang dalam hati aku. kau la kakak yang menjaga aku, kau lah sahabat yang menjadi peneman hidup aku, dan kau jugaklah guru yang mengajar aku erti kehidupan. tanpa kau mungkin aku tak sekuat sekarang. aku rindu kau. dah lama kan kau tak muncul dalam mimpi aku.


semoga aku kuat untuk tempuhi alam baru sekarang. alam pekerjaan yang tak pernah lansung terlintas kat kepala aku. mungkin sebab terlalu lama sangat belajar, kerja pon tak pernah, sampai buatkan aku setiap hari mesti rasa takut. lagi2 bila ceburkan diri dalam bidang yang lebih ramai lelaki dari perempuan. tiap2 hari rasa seram jer. ni la kelemahan bila dari sekolah sampai la ke universiti duk campor ngan perempuan jer. even adik beradik aku sendiri semuanyer perempuan. adeih..

pejam celik 5 tahun dah berlalu.. n_n


Monday, September 16, 2013

hangout with kesayangan..

sentap bila ada orang cakap yang aku ni tak de kawan. mentang2la aku jenis 24jam duduk rumah jer tak keluar2. terus orang label aku ni tak de kawan. excuse me aku bukan tak de kawan. tapi aku cuma tak semampu korang yang boleh keluar bila2 masa jer korang suka. aish..

syukur alhamdulillah Allah murahkan rezeki aku bertemu kesayangan aku pada hari sabtu dua minggu berturut. rindu sangat kat dorang. tak sangka akhirnyer berpeluang jugak untuk jumpa. selalunyer jumpa dalam mimpi jer. kadang2 sampai meleleh air mata bila bangun tidor. punyela rindu kat dorang punyer pasal. jiwang gak aku kadang2. heeee~

betul cakap kak ieda. jangan sedey2. nanti satu hari bila tia dah pandai drive jauh2 insyaAllah kita boleh jumpa. memang aku dah pandai drive jauh2 (padahal sampai sungai buloh jer). apa yang kak ieda cakap dulu sekarang dah jadi kenyataan. sekarang bila2 masa je aku boleh jumpa dia. cuma busy atau tak je yang jadi halangan. tak lupa jugak soal duit. huhu..

tapi yang sedihnyer aku tak de henset canggih yang boleh rakam detik2 indah ni. ni yang susah biler sony ericsson xperia X8 turun pangkat ke nokia 1280. sedih biler pikirkan. tapi nak buat macam mana. diri belum mampu nak beli henset baru. tapi best pe guna nokia 1280. cuma perlu charge sekali je dalam 2 minggu. tak payah pening2 kepala nak charge bila henset mati. aku ni dahla orang paling malas kalau bab nak charge henset. hehe..


kembali ke topik asal. dua orang kesayangan yang aku maksudkan ialah diva dan kakak yang selalu dalam ingatan aku iaitu daus ngan kak ieda. tapi rasa cepat je masa berlalu bila ngan dorang. rasa tak cukup. mungkin sebab dah lama sangat tak jumpa kot. harap2 dapat jumpa dorang lagi. huhu.


sebenarnyer ramai lagi yang aku teringin sangat nak jumpa. lagi2 kawan2, kakak2 and abang2 aku yang aku kenal masa kat matriks dulu. aku sangat2 rindukan dorang. kat matriks la tempat aku mengenal erti sahabat sejati. walaupon aku hampir gagal kat matriks tapi aku tetap rasa bahagia. sebab aku dipertemukan dengan mereka. semoga Allah murahkan rezeki aku untuk dapat jumpa lagi dengan dorang. 

rasanyer tahun ni mungkin tahun aku dipertemukan dengan kawan2 matriks aku. baru je awal tahun hari tu yaya datang melawat aku kat UMP. kitorang sempat jugak bergambar. tapi atas sebab tertentu aku tak dapat nak share gambar2 tu kat sini. apa pon aku happy dengan perubahan yaya sekarang. semoga dia terus dengan imej macam tu. sweet sangat. ngeeee~

tak sabar tunggu bulan oktober ni. hari bersejarah akan berlaku. hari convocation. once in a life time. cepat betul masa berlalu. kalau dulu aku bergelar seorang student. kemudian berubah kepada penganggur dan sekarang dah bekerja. isteri orang..?? lambat lagi kot. hahaha....

terpaksa guna gambar lama.. aduhai..U_U



Friday, September 13, 2013

pekerja baru

minggu ni dah masuk minggu kedua aku kerja kat sini. tapi apa pon aku tak belajar lagi. tiap2 hari duduk ofiz tengok cerita korea. sama je situasi masa aku buat latihan industri dulu. tau la aku ni perempuan. adoiii.

naseb baek la kerja dengan pak cik sendiri. kalau tak entah2 dah kena fired kot. tapi perlu ke aku yang dipersalahkan sepenuhnyer..? ni la persoalan yang selalu berlegar dalam fikiran aku. rasa serba salah sebab apa pon tak tau. tapi nak buat macam mana. aku belajar dulu pasal elektrikal. tiba2 dengar istilah2 mekanikal. poning pale den dibueknyer. adeih..

'next week awak kena pergi Tanjung Malim amik report. awak kena pergi sendiri.'

'pak ndak tak nak kamu pergi Tanjung malim sorang2..'

'apak tak bagi tia pergi Tanjung Malim sorang2..'

aishhhhhhh.. mana satu aku nak ikut..?? U_U

ni la kelemahan yang berlaku bila kerja under kompeni family sendiri. memangla best sebab senang dapat kerja. tapi siapa cakap takde cabaran. lagi besar kot. tak pon sama jer. memang pening kepala. mula2 aku tak takut kalau kena pergi Tanjung Malim sorang2. tapi bila family mula bersuara aku jadi takut nak melawan. tu yang buat aku jadi serba salah lepastu pikir dua tiga kali sampai akhirnyer aku jadi takut nak pergi Tanjung Malim sorang2.

mungkin nie la dugaan sebagai pekerja baru. bak kata akak kat ofiz ni sekarang bolehla tia merengek nak kerja. nanti bila kerja dah banyak nanti nak buat hal sendiri pon tak sempat. so sekarang aku wait and see jela. going with the flow. harap2 apa yang berlaku minggu ni tak terjadi minggu depan. aku tak nak dilabel makan gaji buta pulak kan. heeeee~


naseb baek turtle ada untuk jadi teman..^_^


Friday, September 6, 2013

from a student to a career woman.. heeee~



yeahhh.. dh oficially graduate. alhamdulillah kerja pon dah dapat. hari ni cukup 5 hari aku bekerja kat kompeni milik pak cik aku. tak ada apa yang nak dibanggakan. bak kata orang guna kabel untuk dapat kerja. tapi sekurangnya aku ada kelayakan. bukan main masuk je. syukur ada pak cik yang sudi amik aku kerjawalaupon jauh yang amat. 

baru je masuk hari kedua aku masuk kerja tiba2 PM ishtihar yang minyak naek. adoyai aku baru je nak start kerja. mana aku nak cilok duit bayar duit minyak. total minyak seminggu lebih kurang RM70. belum kira bayar parking hari2 lagi. walaupon ada duit simpanan balance 'hutang' PTPTN pon rasanyer cukup2 makan jer. maknanyer aku kena 'catu' la makanan aku. no breakfast, only lunch but limit to only RM5 per day and dinner at home. terpaksa la belajar tahan lapar. dahla sampai rumah pukul 8malam. aish.

first time dalam hidup drive jauh2. walaupon kat Kuantan dulu dah pernah drive. tapi tak sama ngan drive kat area Selangor ni. traffic jamp memang dah kira aktiviti famous tiap2 hari. perjalanan patut 45minit jadi satu jam setengah. kalau hujan lagi la. terpaksa menempuh 2jam dengan jalan licin lagi. almaklumla musim tengkujuh kan dah dekat.


abaikan muka yang bajet nak buat mata besar tu tapi fokuskan kat lengan belah kanan. senang tiap2 hari pakai tshirt company je. tak payah pikir nak shopping baju bagai. ni la kelebihan kalau kerja company engineering. huhu.

tarikh convo 5hb october uollllsssss.. heeeeee~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez