Thursday, August 30, 2012

bila diri dilanda kebuluran..

selalunya bila aku balik je cuti semester mesti akan dengar ayat2 macam ni

"e'eh tia ko dah kurus la"
"tia camner ko boley slim ni"
"tia ko diet ea..??"

aku rasa aku tak berubah pon. maintain je adalah. tak caye tengok SINI. niat buat post ni bukan untuk memerasankan diri. cuma nak menerangkan yang aku sama sekali tak diet dan belum ada niat lagi nak diet. tapi apa yang terjadi sebenarnya adalah begini.


nampak tak gambar atas ni. korang rasa makanan apakah ini..?? ni la apa yang berlaku sebenarnya. kalau korang, nak tak makan benda ni..?? tapi apa yang berlaku ni la aku makan bila perut dah lapar. nak pergi kafe aku jemu makanan kafe. nak masak bahan tak ada. nak puasa, dah malam puasa apanya.


gambar kat atas ni pulak nampak je macam comel2 gitu. tapi rasanya aku sendiri tak lalu nak ingat. tapi lapar punya pasal aku telan je. nak buat nasi goreng. tapi bahan dia cuma nasi ngan perencah nasi goreng je yang ada. jadilah macam kat atas ni. naseb baek ada kari ayam dalam tin. tapi rasa dia tak berubah pon.

yang nie nasib ada nasik. kalau tak biskut kering jela. 


tu yang bila dapat jer outing fokus utama kitorang ialah keluar carik makan. nak tau cerita sebelum ni klik SINI dan SINI. sanggup habes duit makan je. sebab tau bila jejak je kaki masuk UMP kitorang takkan dapat merasa makan sedap lagi. 

kadang2 ada jugak kitorang merajinkan diri untuk sewa kereta pergi Eng Hong Pekan beli barang. tapi tak boleh kerap sangat sebab modal nak keluar jer dah RM20. kalau tiap2 hari mau pokai. bila dapat jer beli barang, mulalah mereka macam2.


semuanya hanya menggunakan rice cooker. kalau lah staf KK5 tau ni konfem kena kompoun. nak buat camner. kafe yang ada pon tak dapat nak support makanan untuk berapa kerat jer student UMP Pekan tu. asal turun makan lambat je lauk habes. lambat pe nye kalau baru pukul 12tengah hari lauk tinggal kuah je. 

tapi yang kelakarnyer bila balik jer UMP dari cuti ayat laen pulak aku dengar.

"tia ko dah GEMUK...!!!!"

aiseyman..>_<



Sunday, August 26, 2012

Ramadhan 2012 suatu kenangan.. Syawal 2012 disambut penuh kesyukuran..

puasa tahun ni macam aku cerita sebelum ni agak mencabar disebabkan aku tengah praktikal. nak tau cerita klik SINI. tu yang buat aku rasa puasa tahun ni kejab bebenor. tetiba dah raya. cuti pon dah nak abes. minggu depan masuk kerja balik. presentation lagi. aduhai.

kalau ikutkan aku tak de mood lansung nak beraya tahun ni. sebab pikirkan macam2 benda kena buat. tapi nasib baek sepupu2 aku menaekkan sedikit rasa nak raya. raya tahun ni masih sama macam sebelum2 ni. yang laennyer semua dah besar2. mungkin tak seseronok masa zaman budak2. tapi keakraban yang lahir sejak kecil masih utuh tak runtuh2. heeee~

raya pertama macam biasa kitorang berkumpul kat rumah nenek kitorang kat Kajang. alhamdulillah nenek aku sehat lagi. itu yang beri peluang untuk kitorang masih lagi berkumpul. kuih raya tahun ni jugak sedap2 la pulak. makin teruklah batuk aku nampaknyer.


raya kedua pulak kitorang ramai2 balik kampung nenek ngan atok aku kat Sungai Besar. kalau ikutkan tak ada la jauh sangat. tapi jamped punya pasal membuatkan kitorang semua kepenatan melampau. bayangkan jamped dari Tanjung Karang sampai ke Sekinchan. singgah Petronas nak pergi toilet pon kena beratur panjang. betapa ramainyer orang beraya tahun ni. tahun lepas tak de pulak macam ni.


tak sangka pulak tahun ni dapat kesempatan bertemu dengan sepupu bapak aku Salih Yaacob. nak tau cerita sebelum ni klik SINI. tapi niat di hati bukan nak jumpa Salih Yaacob benanyer. aku teringin nak jumpa bini no 4 dia. boleh pulak macam tu kan. bila ditanya mana pergi semua isteri2 dia. katanyer semua hantar service. masing2 balik kampung sendiri. tinggal la dia beraya seseorang ngan mak dia. huhu.


apa pon raya tahun ni baju aku sehelai jer. tu pon ibu aku yang belikan. yang baju biru ni pulak pinjam baju ibu aku. sebab ibu aku tak boleh pakai. jadi aku amik alih lah. hehe..


macam tu la ceritanyer. kalau perasan aku dah makin merapu kan bila menulis. aish mood berblog manalah dikau. datanglah kemari. aku merinduimu. ngeeeeee~

Peace no War..^_^


Saturday, August 25, 2012

duit raya melayang macam tu jer.. aish..

setiap kali cuti mesti aku balas dendam makan tak ingat dunia. masa tu macam2 penyakit datang mengendap. yang dapat singgah ke badan aku bermaharajalela. lagi2 batuk, kalau dah dapat menyinggah, tak nak hilang2. seksa sungguh rasanyer. bukan sekadar kena tahan sakit kat tekak je. tapi ditelinga jugak. gara2 dibebel oleh apak yang ada je bahan nak bebelkan aku.

disebabkan batuk ni jugak seminggu lebih aku bergantung ubat. sampai dah tak larat nak menelan. bukan sebiji dua. dibantainyer sampai lima. dah lah aku paling tak suka makan ubat ni. dari kecik sampai ke besar. ubat antara musuh ketat aku. tapi nak buat macam mana. ubat jugaklah yang boleh selamatkan aku. aduhai.

alhamdulillah batuk aku dah mulai kurang. mana tak kurang kalau RM 100++ dah melayang. tak sangka gas untuk orang lelah mahal giler. naseb baik aku lelah tahap sikit je. macam mana la orang yang memang ada lelah kan. mesti banyak duit belanja untuk ubat je. tak pasal2 habes duit raya aku tahun ni. tak sempat nak buat apa. sabar jela.


sempat lagi snap gambar. lama jugak duk pakai benda ni. sampai lenguh muka aku dibuatnyer. harap2 batuk ni sembuh la ye. tak tahan dah menahan seksa.

Ya Allah sembuhkanlah penyakit ku ini.. amin..O_o



Friday, August 24, 2012

iftar with HRH family..^_^

pejam celik dah masuk raya ke enam. pejam celik lama jugak aku tak update blog ni. susah pulak nak carik balik rentak berblog macam dulu. hati rasa macam nak update. tapi otak tak dapat nak pikir nak tulis apa. tapi bila laptop tak de depan mata macam2 pulak rasa nak luahkan. tapi bila dah berdepan laptop tangan jadi kaku nak menaip. jadi keluarlah ayat2 merapu ni. hehe..

tahun ni aku berpeluang berpuasa dalam suasana baru. konon alam pekerjaan. padahal budak praktikal jer. buatkan aku merasakan puasa tahun nie kejap bebenor. betul ke dah raya..?? ngeeee~

sepanjang sebulan berpuasa sebagai budak praktikal ni macam2 berlaku. macam2 penyakit datang. sakit perut la, selsema la, batuk la, hampir demam pon ada jugak. nak tak nak aku kena tahan semua tu. demi menggenggam segulung ijazah apa pon sanggup ku lalui. chewah. hehe..

sebelum beraya aku berpeluang berbuka puasa dengan staf2 tempat aku praktikal. terima kasih kepada bos tempat aku bekerja sebab berikan aku peluang untuk turut serta. tempatnyer ialah kat De Palma hotel kat Shah Alam. terima kasih jugak kat kak Misah sebab sudi tumpangkan aku sekejap kat rumah dia. kalau aku balik rumah jangan haraplah aku dapat join. hihi..


susah jugak nak menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan. aku rasa kecik sangat kalau duduk dengan diorang. aku rasa diri ni tak ready lagi untuk tempoh alam pekerjaan. aku belum cukup matang untuk semua nie. aku belum bersedia. aish.

tinggal beberapa minggu je lagi. aku dah kena balik UMP. cuti kali ni memang dipenuhi dengan kerja jela. naseb baek cuti raya dapat seminggu. dapat jugaklah aku ruang berehat. rehat la sangat. tidur jer memanjang. makan ubat punya pasal. disebabkan batuk aku yang tak elok2 ni, duit raya aku RM100++ melayang. kalau tak baik jugak tak tau la. adeih.

wish me luck for presentation nanti.. huhu..^_^

Friday, August 17, 2012

ucapan Selamat Hari Raya 2012 dari Gadis Melayu


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

^____^



Thursday, August 16, 2012

cerita puasa 2012 gadis melayu..^_^

puasa tahun nie tak macam tahun2 sebelum ni. sangat berlainan sebab tahun ni aku berpuasa sebagai wanita yang berkejaya. http://www.emocutez.comchewah.. padahal praktikal jer. hehe..

untuk pertama kalinyer juga harijadi aku jatuh pada bulan puasa.http://www.emocutez.com jadi tak ada apa nak disambut. tak macam sebelum2 ni. aku pon redha jela. http://www.emocutez.comapa pon terima kasih kat semua yang sudi wish kat facebook.

dalam bulan2 puasa ni jugaklah macam2 penyakit nak datang. selsema la, batuk la hampir nak demam tapi tahan jela.http://www.emocutez.com dah pulak tu tengah2 sakit tu jugaklah banyak lak kena pergi maintenance. aku pon terpaksalah tahan sakit.

yang aku tak boleh lupa bila tetiba Allah takdirkan untuk aku saksikan sendiri macam mana Fire Suppression System syarikat tempat aku praktikal nie berfungsi. hanya tuhan je tahu apa yang aku rasa masa tu.http://www.emocutez.com takut, gabra, terkejut, kelakar pon ada.

bayangkan silinder NOVEC depan mata. tetiba bergegar. aku ingatkan pasal apa.http://www.emocutez.com aku pandang amir. tetiba amir lari keluar. aku yang masih terpinga tetiba spontan ikut lari keluar. terduduk aku masa tu. kaki rasa lemah giler. terkejut punya pasal.http://www.emocutez.com rupanya anuar lupa nak bukak plug cylinder. tak pasal2 jadi real test. benda ni berlaku cepat sangat. aku tetiba jadi blurr giler.

cepat betul masa berlalu. tak sangka tinggal 2 minggu je lagi aku praktikal. rasa macam baru semalam je aku datang lapor diri.http://www.emocutez.com ingat lagi macam mana ter'bolah' nye aku masa tu. dalam keadaan yang tak cukup tidur ngan rehatnyer. yang aku tau tetiba aku jadi seorang yang paling segan kat dunia. sebelum ni aku la yang paling tak tau malu punya orang.http://www.emocutez.com lawak bila pikirkan.

masa baru kenal staf2 kat sini pon aku tetiba jadi budak baik.http://www.emocutez.com hanya tau gelak, senyum, sengih. bila pikirkan aku dah macam kerang busuk dah. tak pernah aku rasa diri sesegan tu.http://www.emocutez.com naseb baeklah staf2 kat sini sempoi2. lama2 dapat la aku sesuaikan diri. tapi kalau dorang diam aku akan jadi tambah diam. hehe..

seronok2 jugak. bila pikirkan kena present aduhai. orang laen semua dah siap present. aku je yang belum lagi. takut lak bila pikirkan.http://www.emocutez.com apa aku nak cakap nanti. dahla kena speaking.http://www.emocutez.com adeih. sakit jiwa dibuatnyer.

asam garam kehidupan.. heeee~http://www.emocutez.com

Wednesday, August 15, 2012

kantoii...~

terjumpa gambar nie dalam draft. rasa kelakar pulak. juerk ko ingat tak lagi kejadian nie.?? heeee~



TERKANTOI SUDAH.. ngeee

Thursday, August 2, 2012

21 tahun sudah berlalu..

cepat betul masa berlalu. pejam celik dah bulan lapan. aku pulak kalau dulu duk suka menghitung hari puasa ke berapa dah. tapi tahun nie laen sikit. duk menghitung minggu bila nak abes latihan industri. sampai terlupa hari nie puasa ke berapa. heeee~

bukan maksudnyer tempat latihan aku tak best. cuma aku tak larat bangun awal pagi. balik petang. rasa penat sangat. dahla dari study week haritu sampai la ke hari nie lansung tak de cuti panjang. rasa lemah sangat. kadang2 tetiba blur. laen yang orang cakap laen yang aku dengar. huhu..

tak sangka jugak setahun dah masa berlalu. umur aku pown makin meningkat. belajar tak abes2 jugak. heee~ Tetiba teringat kenangan masa buat GA dengan kembar2 aku. rindu pulak saat2 tue. hehe..


Sunah Sakura - 31 Julai 1987
cik pulau - 31 Julai 1988
CiKaLi - 31 Julai 1989
gadis melayu - 31 Julai 1990

hepy bday..!!! sory sebab tahun nie atia agak mendiamkan diri. heeee~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez