Monday, May 28, 2012

segmen pertama gadis melayu..

dah lama rasa terpikir nak buat segmen. tapi tak de idea nak buat segmen apa. tapi baru2 nie aku dikejutkan dengan kenaikan trafik yang sangat2 tinggi kat blog aku. sedangkan aku update pown jarang2 dah. tue buat aku musykil tue.


sedangkan update pown tak de pon masa tu. last2 aku check rupanyer banyak keyword pasal matriks. keputusan matriks dah diumumkan rupanyer. patutla.


jadi dengan ini aku dengan besar hatinyer ingin buat satu segmen khas untuk pelajar2 lepasan SPM yang masih dalam dilema ingin masuk matriks atau tak, dan juga yang ingin tau apa2 jer tentang matriks. insyaAllah aku akan sedaya upaya menjawab berdasarkan pengalaman aku. tapi kalau aku tak jawab tu maksudnyer benda tu dah keluar dari topik sebenar.

sebelum itu untuk pengetahuan semua aku merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak 08/09, sains fizikal satu tahun dan kini merupakan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) tahun 3.

syarat2 soalan (wajib ada sebab takut ada soalan bukan2)

1. mestilah berkaitan dengan matrikulasi
2. jangan tanya perbandingan matriks dengan diploma sebab aku tak amik diploma jadi aku tak tau sangat pasal diploma.

semua jawapan aku nanti hanyalah berdasarkan pengalaman aku. laen orang laen pendapat. terserah pada korang sama ada nak terima atau tidak. aku hanya beniat nak menolong. tak perlu follow blog aku ni. cuma tinggalkan komen dekat post ni. jangan lupa tinggalkan sekali url blog korang. insyaAllah aku akan sedaya upaya menjawab segala kemusykilan adik2 semua.

tarikh tutup sampai korang dah pon selamat masuk matriks..

rindu zaman matrikulasi..

Tuesday, May 1, 2012

jawapan untuk tieka :)

tieka :) said...
salam .. akak ! memang nak tanya sangat, serius ! dalam dilema gila2 nak pergi matrik x ? takot xboleh strunggle laa ..pndpt akak laa kan, matrik susah x ? takot kena lelong nanti .. huhu btw, thnks akak ! :D

tipu la kalau akak kate matriks tue senang.. sebab akak sendiri pon hampir terkantoi.. tapi tue silap akak sendiri.. sebab akak banyak giler maen.. jangan ikut cara akak pulak..

mana ada benda yang senang dalam dunia nie.. tapi tak semestinya tieka tak boleh buat.. tieka kena percaya dengan diri sendiri.. jangan takut kat benda yang tak tentu..

yang terpilih untuk ke matrik bukan calang2 orang.. pihak kpt bkn suka2 jer nak bagi tieka masuk buta2.. tieka terpilih bermakna tieka antara yang terbaek.. jadi maknanyer tieka dah pon lepas ujian pertama.. sikit je lagi ntuk tieka capai cita2 tieka..

yang penting tieka kena buat yang terbaik.. yang berjaya nanti tieka jugak.. ayat struggle sebenarnyer bagi akak untuk orang yang tak pandai urus masa..

setahun memang singkat.. tapi tak mustahil ntuk belaja semua tue.. sedangkan SPM kita boleh lepas.. tak kan matrik tak boleh kot.. rasenyer subjek ngan sylibus SPM jauh lagi banyak dari matrik..

insyaAllah Allah akan bantu orang yang berusaha dan sentiasa berdoa.. tue yang utama sebenarnyer.. usaha tanpa doa sia2.. believe in yourself and try prove to others that you are the best.. walau ape pon pilihan tieka akak doakan semoga tieka berjaya.

sebelum terlupa. kursus lelong memang agak famoz sehingga menakutkan budak2 yang nak masuk matriks.. sebenarnyer subjek lelong nie memang ada.. tapi berlaku kat student yang demand lebih jer.. contoh pointer bawah 2.5 tapi ada hati letak semua kos perubatan dalam borang UPU.. mana tak kena lelong.. 

jadi sebelum pilih kursus untuk degree akak nasihatkan tieka mintak pendapat kaunselor.. kat setiap matrik ada kaunselor masing2 yang memang hebat dalam bab2 macam nie.. insyaAllah..

wish you all the best in future..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez