Monday, October 13, 2014

Ijazah jadi Jenazah..??



tak sangka setahun dah berlalu. kawan2 aku masing2 dah ada haluan sendiri. ada yang dah bergelar engineer. aku pulak masih lagi merangkak. tak pe orang kata pelan2 kayuh. huhu.

  
rindunyer kat mereka. rasa macam semalam je gambar kat atas ni di tangkap. tak sangka dah setahun lamanyer. rasa macam baru je lepas menangis sebab tesis kena reject. projek yang kejap jadi kejap tak. kena marah dengan lecturer sebab tak de progress. tension dibuatnyer. tapi tu la yang buat rasa rindu makin mendalam. ngeeeeee~

tak sangka pulak convocation tahun ni boleh jadi kontroversi kat laman sosial. gara2 typo punye pasal. UMP memang selalu famoz bab2 macam tu. sabar jela. hehehe..


tersengih dorang dapat jenazah. jauh betul jenazah dengan ijazah. macam mana la boleh typo. menangis aku baca. tahan gelak punya pasal. hahahaha..

apa pon tahniah bagi kawan2 ngan junior2 yang convo minggu lepas. terkilan sebenarnya tak dapat nak join. padahal niat kat hati ni mendalam giler2 rasa nak pergi. rindu ke UMP punya pasal. heeeeee~

congrate juerk..!!!!!
congrate Fira..!!!!!!
Congrate darlingku elya..!!!!!
Congrate Sam..!!!!!

tahniah semua. semoga korang dapat menggapai cita2 korang. sayang korang sangat2.. huhu..

tetiba rasa nak amik master sebab teringin nak convo lagi.. ngeeeee~




Thursday, October 9, 2014

Blog aku, aku punya pasal la.. huhu..


Tajuk agak kontroversi sikit. tapi tak de kena mengena dengan mana2 artis atau blogger. cuma nak bagi tau kenapa akhir2 ni aku banyak post hal2 peribadi. bukan nak carik populariti apatah lagi simpati. tapi hanya blog ni je la tempat aku meluahkan perasaan di hati. kawan2 semua dah ada komitmen masing2. tak nak la asyik ganggu je. sekali sekala tak pe la. kalau berkala kala mau stress dibuatnyer. huhu..


agak2 korang sebagai seorang anak nak menangis tak baca mesej kat atas. ni la sebab kenapa aku nak menangis je minggu lepas. aku rindu ibu aku. bila ada perasaan macam ni, hati yang kuat pon boleh jadi lembik tiba2. dah pulak masa tu macam2 masalah menghimpit. lagi buat aku stress. nak lepaskan tak boleh sebab asyik nak cover cun je. lagi la buat aku terseksa. adeih..

menghitung hari menunggu kepulangan ibu tercinta. 15 hari je lagi. tak sabar rasanyer. semoga ibu selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta. huhu..

I miss my Ibu.. huhu..

Friday, October 3, 2014

Alhamdulillah.. terima kasih Ya ALLAH..


disebabkan post aku sebelum ni ramai yang bertanya kenapa aku jadi macam tu. aku dibuli ke..?? ingat zaman sekolah ke nak main buli2. tapi tak mustahil jugakkan. huhu..


terima kasih kakak. walaupon kita berdua tak de lansung pertalian darah but you act like one. selalu ada bila tia sedih. selalu ada bila tia ada problem. you know what, actually tia tak hairan why so many people like to be friends with you. coz you are so beautiful. not only your personality but also your heart. alhamdulillah aku bersyukur sebab Allah bagi aku peluang mengenalinya.

terima kasih juga pada yang perihatin. aku bersyukur dikurniakan kawan2 seperti mereka. hanya Allah yang mampu balas kebaikan yang dorang beri kat aku. makin buat aku bertambah sedih. sebab teringat zaman bersama dulu2. gelak sama2, nangis sama2, gaduh sama2. alangkah bahagianya masa tu.

sebenarnya apa yang berlaku pada aku kat sini tak dela seteruk mana. tapi masih mampu membuatkan aku menangis mungkin kerana aku terasa sunyi yang amat. selama aku kat sini aku rasa terperap. aku bukan diri aku yang sebenar. terpaksa hipokrit kerana takut orang tak dapat menerima siapa diri aku sebenarnye. memang terseksa. adeih..


akhirnya aku menangis jugak. tapi sebenarnya menangis sebab makin aku sedih makin aku rindukan ibu aku. semoga Allah memberikan kemudahan kepada ibu untuk menjalani ibadah haji. amin..

terima kasih kawan2 kerana memberi peluang untuk aku ketawa. hilang sikit rasa sedih kat hati ni.


Rindunyer kat mereka.. U_U






Wednesday, October 1, 2014

Menahan air mata lagi sakit dari menangis


Tia da besar..
Tia da kuat..
Tia da banyak berubah in better way..
Tia da pandai buat keputusan..
Tia da pandai bercakap..:)
I'm proud of you tia..

Ni antara bait2 ayat ucapan Hari Jadi dari salah seorang kakak aku yang aku kenal kat matriks dulu. bila aku baca balik rasa nak menangis pon ada.

Yes akak tia dah besar. tapi tang badan je..
Tia tak sekuat yang akak sangka becoz I'm still wanna cry for simple problem..
Maybe I change in better way. but only you yang nampak..
Tia tak tau betul ke keputusan yang tia amik sekarang..
Pandai bercakap if I with you.. 

betul ke keputusan aku untuk masuk Skim Latihan 1 Malaysia under Putrajaya Holdings ni..??

Arggghhhh...!!!!!! serabut bila fikir.. sometimes sampai nak menangis pon ada. tapi konon nak jadi kuat aku tahan je air mata ni. nangis sorang2 memang sakit. tapi apa nak buat dah tu nasib aku. hanya pada Allah je tempat aku mengadu.


Nak tunjuk gambar mata berair tapi yang dapat hidung merah. apa pon tak boleh. ermmm..

Rindu zaman belajar.. huhu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez