Monday, November 26, 2012

tattoo gestapo..

mood untuk berblog kembali merundum. susah kan nak jadi blogger tegar. dulu ingatkan aku mampu. tapi sekarang ayat pon berterabur. apa pon tak boley. 

tapi tak pe. aku jadikan blog ni sebagai medium untuk aku menyimpan memori pahit manis sepanjang aku masih lagi bergelar mahasiswa Universiti Malaysia Pahang.

macam yang berlaku semalam. aku berpeluang untuk pergi menyaksikan pementasan teater tattoo gestapo di SStwo mall bersama keluarga Senandika. untuk pertama kalinya aku menyaksikan teater yang memerlukan aku untuk berfikir lebih jauh kedalam. aku bukan orang yang berfikiran seni. tapi itu tak membataskan untuk aku minat seni. benda tu boleh belajar. insyaAllah.


teater yang berkisarkan dejavu seorang warden penjara yang hampir membunuh kawan baeknya sendiri akibat keegoan dan iri hati atas kebahagiaan kawan baeknyer bersama isteri tersayang. iri hati yang membuatkan warden tersebut berusaha menghancurkan rumah tangga yang dibina atas nama cinta dengan membawa orang ketiga dalam hidup isteri kawan baeknya itu. bukan lelaki tapi seorang penkid. 


betul kata kak no. teater underground ni memang memerlukan kita berfikir dengan lebih dalam. jujur aku kata aku mengambil masa yang lama untuk paham cerita ni. siap tertidur lagi. gara2 makan ubat selsema. tapi akhirnya aku paham juga. walaupon masih lagi tercarik-carik isi tersirat.


minat aku dalam dunia teater ni semakin mendalam. tengok teater lagi best dari tengok wayang. bulan ni aku bepeluang untuk menyaksikan 3 pementasan teater; 'tribute’ teater Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, teater adaptasi "Angin" (nanti aku akan update) dan Tattoo Gestapo

I'm craving for more... ngeeeee~

Monday, November 12, 2012

'tribute’ teater Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

fuhhhhh. akhirnya dapat aku mengupdate blog aku ni. dua minggu aku menjadi buzy woman yang konon terlalu busy. boleh tahan jugakla busy bila dibantainya test berderet 4 hari berturut. dengan assignment lagi. tak ke semput dibuatnyer. naseb baek ada cuti tengah semester ni. kalau tak boleh KO aku dibuatnyer. tu pon sebenarnyer ada assignment yang perlu diselesaikan.

ok kembali ke topik asal. jumaat haritu aku berpeluang untuk pergi ke istana budaya untuk menonton 'tribute’ teater Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.


antara gambar yang sempat di snap. sebenarnyer ni lah teater pertama yang aku dapat tengok penuh dari awal sampai akhir. walaupon dah masuk tahun kedua aku bergelar ahli kumpulan teater Senandika UMP, tapi aku masih belum berpeluang untuk menonton teater sepenuhnyer. alhamdulillah aku akhirnya diberi peluang. terima kasih pada yang terlibat.

komen aku untuk teater ni boleh tahan la as first teater aku. aku sendiri bukan hebat sangat dalam bidang teater ni. budak baru belajar la katekan. cuma sebagai newbies dalam bidang teater ni aku masih boleh mengesan beberapa kelemahan masa pementasan teater ni. antaranya

  • pergerakan props yang tak synchronous dengan babak. pelakon dah mula bercakap dialog dorang. tapi props kat belakang baru nak turun. buatkan emosi penonton terganggu untuk menghayati dialog pelakon.
  • mungkin disebabkan kekurangan pelakon, ramai pelakon yang bawak banyak watak. tapi disebabkan dorang guna pelakon yang agak dikenali. jadi buat penonton perasan kelemahan kekurangan pelakon ni. lagi2 yang aku perasan mula2 suami kepada Marina dilakonkan oleh mahmud ali bashah. tetiba pada akhir babak suaminya bertukar kepada orang laen. masa tu buatkan aku tertanya-tanya suami Marina ke tu.
  • terlalu banyak miming yang nampak terlalu jelas. sehingga boleh perasan pergerakan mulut pelakon tak synchronous dengan dialog.
  • watak Tun dr Hasmah semasa usia tua yang dilakonkan oleh Eja juga tak berapa menjadi. tak nampak lansung bayang Tun dalam diri Eja. dia seperti menjadi diri dia sendiri. 


yang ni antara kelemahan yang aku perasan yang hampir kacau emosi aku masa tengok teater ni. tapi ini tak menjadi halangan untuk aku terus enjoy tengok teater ni sampai habes.

  • aku suka waktu babak Tun masih dalam usia remaja yang dilakonkan oleh Lisa Surihani. memang nampak sweet giler lagi2 bila digandingkan dengan Nazim Othman yang membawa watak Tun dr Mahathir. dengan selitan lagu2 yang sangat best. rasa macam nak join menari sama jer atas pentas. heeee~
  • paling suka cara Isma Daniel membawa watak Tun dr Mahathir semasa usia tua. memang berjaya. sampai kadang2 rasa macam betul2 "cik det" ada atas pentas tu. rasa nak join sama menangis masa babak perletakan jawatannya masa perhimpunan UMNO 2002.

keseluruhannya aku agak puas hati sebab akhirnya hasrat untuk tengok pementasan teater tercapai. buatkan aku rasa nak tengok lagi teater2 yang laen. harap aku masih berkesempatan sebelum aku graduate kelak. huhu..


next teater " Teater Adaptasi Angin " by junior Senandika di UMP Pekan..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez