Monday, March 19, 2012

rasa bagai kaki tercabut naek Gunung Jerai...

lama dah sebenarnyer nak update pasal benda nie. tapi balik jer dari benda nie terus aku dilimpahi pelbagai kerja. bagai cokelat mencurah-curah ke ladang gandum. kalau boleh jadi coco crunch tak pe jugak. sedap dimakan. tapi nie makin lapor aku dibuatnyer. ok stop merepek. heeeee~

beberapa minggu yang lepas iaitu pada 2 mac 2012(agak lama jugak la baru nak update) aku telah ke Perlis macam yang aku pernah tulis dalam entry sebelum nie. nak tengok klik SINI. perjalanan ke Perlis dari UMP mengambil masa lebih kurang 15jam. agak lama jugakla. hampir kematu bontot aku. naseb baek driver banyak kali berhenti rehat. mungkin sebab itu jugaklah kitorang agak lambat sampai. 

sampai2 jer terus shopping kat wang kelian. tapi sekejap jela sebab masa suntuk. lagi pown asalnyer berhenti bukan suruh shopping. tapi suruh carik makan. huhu.. destinasi kitorang seterusnyer ialah Gua Wang Burma yang terletak dalam hutan Wang Kelian. asalnyer patutnyer program nie kitorang perlu berkhemah. tapi atas nasehat pengurus kawasan tue dia kate perempuan elok duduk dorm. tapi dia tak dela paksa. akhirnyer dengan bayaran seorang RM10, kami bermalam dalam dorm.

antara aktiviti yang kitorang lakukan antaranyer menjelajah ke dalam Gua Wang Burma dan ceramah dari AADK dari Perlis.


esoknyer kitorang sambung shopping kat Wang Kelian sebelum sambung perjalanan ke Gunung Jerai Kedah.

 

kat wang kelian aku tak dela shopping barang sangat. aku banyak beli makanan jer. sebab aku kelaparan dan nafsu aku untuk makan tetiba memuncak. hanya satu jer barang yang aku beli. beg duit doraemon kat gambar atas nie.

beberapa jam duduk dalam bas akhirnyer kitorang sampai ke kaki Gunung Jerai. untuk naek ke atas kitorang diberi pilihan berjalan kaki atau naek van. kalau naek van kena bayar RM6. aku terpaksa pilih untuk naek van sebab masa tue dah kesuntukan masa, aku takut disebabkan aku akan ada maslah. sebab jarak untuk naek ke atas lebih kurang 12km. jadi nak tak nak aku naek van.


alia yang kuat tue pown boleh sampai terbaring atas jalan sebab kepenatan. ini kan pulak aku. naseb baek aku naek van. kalau tak, tak tau la ape jadi kat aku. heeee~ disebabkan aku sampai awal, aku berpeluang untuk mandi kat sungai. yang unik tentang sungai kat Gunung Jerai nie, air dia warna merah. pertama kali aku jumpa. selalunyer air sungai warna jernih atau keruh. tapi nie laen.

menurut kata penduduk kat situ, air sungai Gunung Jerai berwarna merah disebabkan oleh pokok2 herba kat sekeliling. ada kajian dibuat dan dinyatakan yang air sungai Gunung Jerai banyak khasiat. antaranyer boleh memberi tanaga kat badan. wallahualam.


malam pulak sementara tunggu makanan siap kitorang dengar ceramah dari pihak AADK negeri Kedah. kat Gunug Jerai kitorang dapat tidur dalam rumah pondok. terpaksa tidur atas lantai jer sebab aku tak de sleeping bag. sejuk jangan cakapla. rasa sampai ke tulang. tak pasal2 aku bangun awal. dekat pukul 5pagi. naseb baek alia ngan zati pown terjaga. 

masa ni la masa paling seronok bagi aku. disebabkan semua orang masih tidur lagi. kitorang pown amik angin kat luar. kebetulan perkakas masak dorang tak kemas lagi. jadi kitorang pown carik la benda yang boleh dimasak dan dimakan. agak kebuluran jugak pagi tue. yang jadi lagi best bila en Dafi masakkan kitorang nasik goreng. memang terbaek dari ladang la.


aktiviti pertama pagi tue ialah masak memasak. ada yang masak air, ada yang masak maggie. kitorang makan nasik goreng en dafi buat. seriusly sedap sangat. sedangkan bahan2 dia simple jer. 

lepas makan kitorang teruskan aktiviti dengan trekking naek ke puncak gunung jerai. agak semput la sebab aku dah lama tak buat aktiviti2 camni. tapi bila dah sampai atas baru rasa berbaloi. pemandangan dia sangat2lah cantik.


naek mungkin aku naek van. tapi turun aku amik keputusan untuk jalan kaki. hanya tuhan je tau apa aku rasa masa tu. best memang best. tapi penat jangan cakapla. kaki rasa macam nak tercabut je. 12km tue. kitorang amik masa dalam 2jam lebih. tak pernah aku berjalan sejauh tue. sampai bawah jer kaki aku macam orang cacat. hampir tak boleh berdiri tegak. sakit sangat2.

ape pown pengalaman selama tiga hari dua malam di Perlis dan Kedah teramat la seronok. akhirnyer dapat jugak aku bercuti macam nie setelah sekian lama. harap2 lepas nie aku berpeluang lagi untuk aktiviti macam nie.

JERIS...^_^


Friday, March 2, 2012

tahun nie dua kali pergi Perlis.. huhuhu..

agak lama jugak tak mengupdate blog nie. walaupown semester baru nie tak sesibuk semester lepas, tapi untuk merajinkan diri untuk update blog agak susah. tambahan dengan kelajuan internet yang tak menentu. naseb baeklah ada berukband tersayang. dapat jugaklah update entry nie.

cerita yang aku nak cerita nie sebenarnyer cerita lama dah. berlaku masa cuti haritue. 27/2/2012. sama dengan tarikh lawatan Perdana Menteri ke Perlis. aku duduk pown kat hotel tempat persinggahan PM iaitu Sri Malaysia. 

nak update kat blog. tapi asyik tangguh last2 tak terupdate. dan hari nie tergerak nak update cerita nie sebab malam nie aku akan bertolak ke tempat yang sama bersama rakan2 UMP aku. huhuhu..

cerita yang aku maksudkan adalah percutian aku ngan family aku kat Perlis. bukan selalu dapat pergi jauh2 nie. setahun sekali jer. dan selalunyer bapak aku akan bawak kitorang pergi Kelantan jer. tapi tahun nie laen sikit sebab kebetulan abang sedara aku nikah kat sana waktu cuti pulak tue. kiranyer rombongan mengantar la.

sempat la jugak kitorang pergi beberapa tempat. antaranyer padang besar ngan wang kelian. pertama kali menjejak kaki ke negara Thailand. walaupown tak sampai satu kilometer. heeeee~ 


semoga ikatan perkahwinan yang terjalin antara abang sedara aku dan isteri berkekalan selama-lamanyer dan sentiasa dilimpahi nikmat dan hidayah Allah.



malam nie aku akan bertolak ke Perlis bagi menyertai Expedisi Pengukuhan Jeris anjuran Kelab Pemadam UMP. semoga perjalanan kami berjalan lancar. semoga kami selamat pergi dan selamat pulang. Ya Allah berkati la perjalanan kami. jauhilah kami dari segala malapetaka dan gangguan syaitan. amin...

Perlis here I come again.. heeeeee~ 

happy birthday..!!!!

aku hampir lupa yang harinie genap setahun aku wujudkan blog kisah seorang gadis melayu nie. selama setahun aku luahkan segala suka duka kehidupan aku dalam blog nie. cerita pertama yang aku coretkan adalah kerisauan aku tentang blog aku. nak baca klik SINI. blog ni banyak memberi kekuatan untuk aku teruskan kehidupan. melalui blog nie jugak aku dapat ramai kawan. 


pada mulanyer aku merancang untuk adakan sesuatu sempena genap setahun usia blog kisah seorang gadis melayu. namun disebabkan pelbagai kekangan aku terpaksa batalkan niat aku tue. insyaAllah aku akan bawa rancangan aku tue ke tahun depan.

terima kasih kepada blogger2 yang sudi berkawan dan menjadi follower blog aku. paling tak lupa jasa kakak2 dan abang kembar aku. paling tak lupa masa kami sama2 anjurkan 31 birthday giveaway. memang tak dapat dilupakan. birthday paling bermakna dalam hidup aku. dah lama tak menjenguk mereka. agak rindu la dengan mereka.


aku jugak berjaya mencapai target follower seribu dalam masa setahun. alhamdulillah ada yang sudi follow blog aku yang tak seberapa nie. kalau tak percaya klik SINI.


ape pown semua yang berlaku pada aku takkan aku lupa sampai bila2. lagi2 kebanyakannya aku coretkan dalam blog kesayangan aku nie. semoga blog aku nie bukan saja bermanfaat kat diri aku jer. tapi kat orang laen untuk dijadikan pengajaran. 

Happy Birthday kisah seorang gadis melayu..!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez