Wednesday, November 20, 2013

nak habaq hadiah UPSR 5A aku lebih berharga dari mini cooper.. fuiyoooo..



mesti dah ramai tau cerita kat atas ni. giler hebat. belum cukup umur dah dapat hadiah kereta. aku sendiri yang dah ada ijazah pon tak pernah dapat hadiah semahal tu. siap sekarang duk semput nak membayar duit kereta. dia sekali terus dapat kereta mahal. aish.

ni yang buat aku terimbau kembali zaman aku masa dapat 5A dulu. hadiah yang aku dapat best jugak. walaupon tak semahal kereta mini cooper tapi menjadi kenangan sepanjang hayat. sampai sekarang aku tak dapat lupakan. rindu yang teramat mencengkam jiwa bila teringat balik.

sebenarnyer aku dapat tau pasal hadiah ni beberapa minggu sebelum result UPSR keluar. asalnyer sebenarnyer hadiah ni wujud sebab nak jadik peneman adik aku. tapi tak sangka ianyer dijadikan hadiah termanis dalam hidup aku.

hadiah yang aku maksudkan ialah penerbangan pergi balik dari Malaysia ke Madinah, Jeddah ke Malaysia untuk menunaikan umrah. masa tu aku sendiri tak sangka rezeki aku sekali lagi untuk pergi menunaikan umrah untuk kali kedua. padahal masa tu aku boleh dikatakan dalam usia budak2 lagi.

"Ibu tia dapat 5A.. apa hadiah tia.."

"kan esok tia nak terbang pergi buat Umrah.. tu la hadiah ibu ngan apak.."

masa tu aku sendiri tak tau bila masa dan tarikh sebenar penerbangan. tak sangka betul2 2 hari lepas keputusan UPSR keluar aku terus diterbangkan ke Madinah untuk menunaikan ibadah Umrah dan Ziarah. tu yang aku kata tadi hadiah tak semahal mini cooper tapi sangat berharga dalam hidup aku. 

alhamdulillah aku diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. berpeluang untuk melihat kaabah. diberi rezeki untuk mencium hajarrul aswad lebih dari 7 kali. solat di hijir ismail. minum air zamzam kat telaga zamzam. dan macam2 lagi keajaiban yang aku lalui sepanjang aku kat sana. 

yang paling aku tak boleh lupa bila ada satu hari ni kat Mekah tiba2 hujan. Mekah adalah salah satu kawasan yang boleh dikatakan paling jarang hujan disebabkan keadaan langit Mekah yang tiada awan. purata hujan cuma sekali sebulan. tapi tiba2 hari tu hujan. yang paling teruknyer hujan tu sampai mengakibatkan blackout. jadi semua yang duduk dalam bangunan berdekatan semua duduk berkeliaran di kaki2 lima bangunan.

aku pulak masa tu umur budak2 ofkoz la perangai ingin tahu budak2 tu kuat. lagi2 aku ni jenis suka main hujan. entah macam mana aku ternampak something atas kereta. macam batu tapi kenapa jernih. bila pegang sejuk macam ais. aku mula rasa pelik. lepastu entah macam mana dapat idea tadah hujan guna telekung. rupa2nyer hujan hari tu bukan hujan biasa. hujan batu rupanyer. patutlah sampai blackout dibuatnyer.

hujan batu. aku sendiri tak jangka dapat melaluinyer. memang pernah dengar. tapi aku pikir benda tu macam mustahil jer. tak sangka akhirnyer berlaku depan mata. bak kata orang rezeki aku untuk melalui kenangan terindah tu.


gambar kat atas ni masa aku darjah 3. masa pertama kali dapat jejakkan kaki kat sana.banyak gambar yang dah hilang sebenarnyer. cuma beberapa keping jer yang dapat diselamatkan. lagi pon dulu2 mana ada kamera digital macam sekarang. pakai kodak jer. huhu..

Ya Allah murahkanlah rezeki ku untuk aku dapat jejakkan kaki sekali lagi ke rumah Mu Ya Allah..



Sunday, November 17, 2013

ketenangan jiwa diragut pergi..


haihhh. lama rasanyer tak menjenguk ke sini. maafkan aku duhai blog kesayanganku. sejak dua menjak ni aku jarang berikan komitmen kat kau. bukan sebab aku dah hilang sayang atau ada peganti baru. tapi gara2 laptop kesayanganku ini yang kurang sihat. akhir2 ni asyik meragam jer. sampai dah dua kali format pon masih jugak tak sihat2. almaklumla usia dah agak lanjut. dah lebih 5 tahun dia berjasa. dah tiba masa agaknyer untuk carik peganti. tapi aku belum berkemampuan lagi. sabar ye laptop ku sayang. janganla mati dulu. postpone la sampai aku dah cukup duit untuk carik peganti. heeeeee~

ok cukup2la merepek pasal laptop aku tu. balik pada tajuk asal. setiap manusia yang hidup dalam muka bumi ciptaan Allah ni takkan dapat lari dari ujian dan dugaan. even kekayaan dan kebahagiaan jugak merupakan salah satu ujian yang diturunkan untuk menguji seseorang manusia itu pandai atau tidak bersyukur. sejak aku keluar dari UMP, aku mula merasakan aura2 betapa besarnyer dugaan yang bakal aku hadapi di luar sana. antaranyer betapa susahnyer aku nak carik kerja.

aish.. bukan ke kau dah ada kerja..??

pada pandangan mata kasar orang lain memangla aku dah ada kerja. tapi hakikat sebenarnyer hanya tuhan je yang tahu. even aku sendiri masih tak paham dengan status diri aku ni. entahlah.. semakin banyak hari berlalu aku semakin keliru. kadang2 rasa macam nak menangis. tapi air mata tak pulak menitis. nampak macam aku bahagia. tapi dalam hati tersimpan beribu kesakitan yang aku sendiri tak tau sebab musababnyer. setiap hari hati aku rasa tak keruan. aku berusaha untuk hilangkan keresahan yang berlaku. berusaha untuk senyum. tapi hanya topeng semata.


gelak tawa senda gurau tak semanis dulu. walaupon masa belajar dulu dugaan maha dasyat menimpa aku masih mampu tersenyum. tapi kini aku rindukan senyuman itu. rindu untuk ketawa sepuas hati macam dulu. dan rindu untuk buat kerja gila macam dulu.

yesss..!!!

aku dah tau apa masalah aku sebenarnyer. aku sebenarnyer rindukan kawan2 aku. aku rindukan mereka. aku rindu untuk bersama mereka. aku rindukan gelak tawa mereka. aku rindu nak bergaduh dengan mereka. dan yang paling penting aku rindukan wajah mereka. tak kisahlah kawan2 masa kat PLKN, KMPk ataupon UMP. aku rindu mereka sangat2. tanpa mereka aku rasa sunyi. tanpa mereka aku rasa kosong. dan tanpa mereka hidup aku jadi suram.

susah nak carik kawan macam mereka lagi.


semoga persahabatan yang terjalin tak akan putus dan akan kekal selamanya. amin

I miss them a lot..U_U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez