Wednesday, December 28, 2011

karipap2 cinta..^_^

pagi2 nie kalau dapat makan karipap pown sedap jugak kan. akhir2 nie aku asyik teringin nak makan karipap. boleh kata pantang nampak karipap yang nampak sedap. terus jer beli.


sebenarnyer aku bukan nak cerita pasal karipap kuih nie. agak2 la bila perut tengah lapar kan. pantang dengar nama makanan. aku nak cerita pasal cerita karipap2 cinta. ok aku tau cerita tue dah lama. dah basi dah pown. tapi aku tetap nak cerita jugak. huhu..

nie gara2 tengok fuhhh!!! semalam. ala yang pengacara dia awal ashaari tue. seyesly awal ashaari sangat2 hensem. aku pernah sekali terserempak ngan dia kat KL Central masa nak balik matriks dulu. terkesima jugakla. heeeee~

ok balik pada tajuk asal. kebetulan aku tengok cerita fuhh!! nie dah last2 part. ada cakap pasal cerita yang tak mendapat sambutan. antaranya cerita karipap2 cinta. 


aku tak terperanjat kalau cerita nie dikatakan antara cerita yang tak laku 2011. tapi yang aku rasa nak gelak guling2 bila orang yang bertanggungjawab atas cerita nie menyatakan antara faktor cerita nie tak laku ialah kebanyakan pelakon dalam cerita nie pelakon baru. maksudnyer belum ada populariti la kan. tue la sebabnyer cerita nie tak famoz.

hahahaha..!!!!

manala aku tak gelak guling2. ada pulak nak salahkan pelakon semata. memang aku mengaku pelakon dalam cerita nie memang la belum sehebat mana. tapi bukanla faktor utama kenapa cerita nie tak laku. aku dah lama dah tengok cerita nie. sebab tertarik dengan tajuk dia. agak unik tapi pelik. tapi bila tengok cerita nie aku gelak gila2. bukan sebab cerita nie cerita lawak. tapi aku tak sangka cerita macam nie wujud. 

ntahla aku tak pandai nak komen panjang2. sebab aku sendiri pown bukan orang yang layak untuk mengkritik. apa yang aku tulis nie berdasarkan pandangan aku sebagai penonton biasa yang sentiasa menanti karya2 baru orang Malaysia nie. sebabnye aku suka tengok cerita melayu.

teringin pulak nak baca novel karipap2 cinta nie. nak tau jugak cerita dalam novel sama ke dengan movie. sebab selalunya cerita novel lagi sedap dibaca dari ditonton. huhuhu..


study week yang membosankan..>_<


Monday, December 19, 2011

operasi lepas tension..

sem nie boleh kata berapa kali jer aku dapat keluar pergi Kuantan. paling last bulan lepas. tue pown dalam keadaan tergesa-gesa. tak de masa punya pasal. nak tau cerita klik SINI. sem nie memang aku banyak habis masa dalam bilik jela. memang tak de life la kata orang.

kelmarin tetiba abang iz mesej aku. bunyi dia macam nie:

jom kluaq mlm ni pas mgrb.. g kfc pekan.. sape nk blnje xtau lg.. dngr2 tia kot..

aiseyman mamat nie suka suki je kan. dah la akhir2 sem nie aku agak pokai. boleh pulak bikin cerita buat gua panas. nie yang gua hot nie. heeeee~

aku pulak yang asalnyer ingat nak main masak2 terbantut sebab dah ada orang ajak makan kat luar kan. tahan jela lapar pown. KFC lak tue. tapi masalahnyer takkan kat pekan je kot..??

naek2 je kereta aku ngan wani terus demand nak pergi Kuantan. apa lagi mulalah pengembaraan overnite kitorang. selama aku duduk Pekan, nie first time aku overnite. kalau duduk gambang dulu banyak kali jugakla. rindu pulak rasa nak makan kat gambang point.

ok berbalik pada cerita asal. tempat pertama yang dituju ialah KFC la. dah la aku masa tue kebulur satu hari tak makan. terbaekla bila dapat makan KFC. memang terus order nasi ayam KFC kot. memang agak kebulur masa tue. ngeeeee~


program kitorang seterusnya ialah bowling. ingat nak maen kat Kuantan Plaza. tapi ada tournament la pulak. jadi kitorang beralih ke Megamall. kat situ pown penuh. aiseyman banyak betol halangan. jadi kitorang tukar plan karaoke kat apple.

dengan bermodalkan rm6.90 seorang kitorang amik satu bilik satu jam. memang karaoke tak ingat dunia la. memang terbaekla dapat lepas tension. dah lama tak rasa seronok macam nie. 


habes jer karaoke kitorang pergi balik tempat bowling. tetiba akak tue kata nak tutup dah. adeih memang tak de rezeki la nak maen bowling nampaknyer. tapi entah macam mana wani menggunakan skill yang dimilikinya untuk memujuk akak tue bagi kitorang maen satu game. memang terbaek la wani. hihihi.


last sekali pergi tc. serius memang angin kuat giler. ombak bergulung-gulung memukul pantai. cantik sangat. tapi agak bahaya la. kitorang lepak kejap menikmati angin kat situ. entah macam mana tetiba ribut. terus kitorang tukar plan lepak kat tanjung lumpur pulak. 

lepas puas berborak akhirnyer kitorang balik. sampai2 terus tidur sebab kepenatan. nasib baek aku cuti solat. bolehla skip Subuh. hehehe..

stress balik sebab assignment berlambak beratur.. aish..>_<

Saturday, December 17, 2011

hobi baru, minat baru, kawan baru..

siapa sangka akhirnyer aku dapat jugak libatkan diri dalam seni teater. walaupon hanya kecil-kecilan. tapi sekurangnyer keinginan yang tertanam dari kecik lagi  dah pown tercapai. 

dan tak sangka jugak aku dah dapat balik kegembiraan aku. aku dah mula ketawa dengan riang. aku dah kembali macam dulu. walaupon tak selincah dulu. tapi aku dah cukup puas dengan apa yang ada sekarang nie.

aku bersyukur atas kurniaan Mu Ya Allah. terima kasih sebab berikan aku kesempatan untuk merasa bahagia setelah lama hati nie diurung duka. semoga apa yang berlaku hari nie dan persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya.


SENANDIKA PEKAN..!!! SWEET... SANGAT..!!!!

Friday, December 9, 2011

charge batery kehidupan..

╔══════════════════════╗



║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge your Iman █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

ما شاء الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد



╔══════════════════════╗
  ║╔════════════════════╗╚╗
   ║║████████████████████╚╗╚╗
    ║║███████ Battery Full ██████─║║║
   ║║████████████████████╔╝╔╝
 ║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

Monday, December 5, 2011

tutti frutti buat aku sakit tekak.. huwaa...!!!!

asalnyer nak update blog kelamarin pasal outing aku ke Kuantan dengan kawan2 sekepala aku. tapi internet lak dia main nyorok2. sabar jela.


yang lawaknyer memo nie keluar masa internet dah sah2 tak de. mana la kitorang nak tau. nasib baek ada berukband. tapi risau jugak sebab ibu belom bayar bil berukband bulan nie. kena tunggu bapak aku balik. bila dah ada pulak kelembapan melanda. memang menguji kesabaran betol.

ape pown mission outing haritue adalah makan, makan dan makan. ombak rindu lansung tak ada dalam agenda. walaupown ada keinginan. tapi terpaksa dilupakan. sebab makan lagi best. hehehe.

destinasi makan pertama kitorang ialah tutti frutti. dahla masa tue Kuantan agak jamp. banyak betol kereta. tak sangka hari jumaat ramai orang. dahla area kedai tutti frutti tue agak sesak. lagi2 bila nak buat u-turn. dahla aku bawak kereta wira. hampir2 tak lepas nak u-turn tempat kecik. tapi tawakal jela. nasib baek lepas. berdebar hati nie jangan cakap la.


aku punya yang ada marshmallow tue. sedap memang sedap. tapi kena pandai pilih la. macam aku aku amik perisa asli, vanila ngan honeydew. sebab aku tak suka masam2. tapi tak sangka pulak yang asli tue masam. lupa pulak nie aiskrim yogurt. mestila yang asli masam kan. alia pulak amik berry, vanila ngan asli. zati cokelat, delima ngan blueberry. aku paling suka topping dia. macam2 ada. 

tapi tak bestnyer lepas makan benda nie lidah aku sakit gila. rasa macam kena sagat jer. yang lagi teruk lagi aku sekarang tengah sakit tekak. aduhai dah lama aku tak kena. tak sangka benda nie boleh buat aku sakit tekak. adeih.

masa keluar je dari kedai tue, masa masuk kereta tetiba aku perasan. alamak..!!! aku kena saman. saman pertama aku. aku kena saman parking tak pasal2. aku tak suka la cara parking kat kuantan nie. nak parking kena beli kupon. kalau macam aku nie yang jarang bawak kereta takkan nak beli kupon sekali banyak. tak ke membazir. kan best kalau macam kat klang jer. masuk syiling jer. konfem tak ramai kena saman. huhu..


lepas jer bayar saman kitorang bertolak ke ECM. pada asalnyer dalam rancangan nak makan kat Johny's. tapi disebabkan tak cukup orang jadi kitorang amik keputusan makan kat Pizza Hut. disebabkan agak kekenyangan kitorang makan ala kadar jer. setakat nak lepas kempunan.


sebelum balik kitorang beli shushi ngan McD bekalan makan kat bilik pulak. masa nie first time beli McD drive thru. agak takut jugak sebab jalannyer sempit kereta agak besar. tapi aku cuba jela. naseb baek tak de kes langgar divider ke pe. heeee..


bila teringat balik makanan2 nie lapar la pulak rasa. nie jela yang dapat kitorang buat dalam waktu yang singkat. apa nak buat banyak benda lagi kena buat. sem nie cepat la habes. dah tak larat nak menanggung kerja2 yang banyak dan tak tau bila la nak siap. aish.

p/s: internet sangat lembab sampai nak menaip post nie pown amik masa dekat setengah hari.
p/s: dah lama tak menaip panjang2. heeee~

makan untuk hidup..^_^


Friday, December 2, 2011

sampai hati bagi gred C jer.. huhu..

baru2 nie blog aku direview oleh abang Ujang pemilik blog Erti Kehidupan. untuk baca review dia tentang blog aku boleh klik SINI. dah lama ikutkan aku tak join segmen review nie. kalau dulu rajin jugak. tapi sem nie memang aku dah kurang join aktiviti macam nie. lagi satu aku perasan segmen2 macam nie dah kurang sangat2. heeeee~

terima kasih sangat2 kat dia sebab sudi review blog aku. walaupown hanya dapat gred C jer. tapi aku akui semua yang direview oleh dia memang betol. aku lansung tak nafikan dan lansung tak terasa hati. malahan aku nak terima kasih banyak2 kat dia buatkan aku sedar mana silap aku. kita nie sebagai manusia selagi tak de orang tegur memang takkan tahu mana silap dan salah kan.

memang aku pernah bercadang untuk tukar layout blog aku. tapi aku tak jumpa lagi yang berkenan di hati. sebenarnyer layout yang sekarang nie tangkap muat jer. ingatkan masuk sem nie nak ubah. tapi disebabkan banyak betol aral melintang. akhirnyer hasrat hati terkubur macam tue jer.

disebabkan join segmen abnag Ujang nie jugak dalam masa beberapa hari follower aku naik mendadak. bukan tue jer visitor pown. tak sangka impak dia besar sangat2. masa join benda nie tak terpikir lansung nak tarik visitor atau follower. sekadar nak carik kelemahan diri. tapi hasilnyer luar biasa.


setakat semalam, 1 Disember 2011 follower aku naik sampai 999. agak lama jugak nak tunggu follower ke 1000. alhamdulillah tadi aku refresh jer dashboard tak sangka follower yang ke 1000 dah pown muncul.

pada asalnyer nak review blog follower ke 1000 kisah seorang gadis melayu. tapi apa kan daya aku tak jumpa blog dia. jadi tak dapat la den nak nolong. ngeeeee~

terima kasih sebab sudi jadi kawan gadis melayu..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez