Sunday, October 30, 2011

ump seks....????


ada jer benda2 pelik nie. ish3...

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog

[image%255B2%255D.png]

klik kat banner kalau nak join sekali..

Apakah persamaan yang korang boleh nampak di kedua dua blog ini ? BEN ASHAARI dan LYSSA SECRET ??

antara persamaan yang aku nampak kat dua2 blog nie

1. url blog dua2 blogger nie guna nickname masing2. maksudnyer macam nie

blog santai bersama BEN ASHAARI url blog dia---->  http://www.benashaari.com (benashari)
blog CIK LYSSA pulak url blog dia---> http://www.lyssasecret.com (lyssa)

2. dorang ada iklan yang sama. aku printscreen untuk buktikan.. ngeeee~



3.  dua2 blog ada fanpage kat facebook ngan butang LIKE kat setiap entry.


4. last sekali dorang ada follower yang sama siapa lagi kalau bukan----> klik SINI

Berikan pendapat bagaimana nak majukan kedua dua blog ini.Sebarang komen ??

rasanyer tak layak untuk bagi pendapat sebab dua2 blog nie dah memang maju. cuma kalau boleh selalu la buat segmen. sebab melalui blogger2 macam nie la aku dapat luaskan kenalan aku dalam dunia blog nie. heeee~

p/s: lagu satu aku suka tengok banner untuk segmen nie. sebab seolah-olah ben ashaari tengah duk jeling2 cik lyssa yang sedang posing kiut. nampak sweet giler.. heeeeee~

Saturday, October 29, 2011

keseorangan lagi.. tapi best.. huhuhu..

sebelum nie aku pernah cerita keinginan aku untuk outing sorang2 kat Kuantan. nak tau cerita klik SINI. alhamdulillah semalam impian aku tercapai. chewah. walaupown dalam masa yang singkat. tapi agak seronok jugakla sebab impian tercapai. hehehe..

sebenarnyer nie kesinambungan dari entry aku pagi tadi. sampai jer Kuantan aku tak terus pergi tempat bas. tapi aku melencong ke ECM. sebab tetiba rasa teringin sangat nak makan ayamas. kebetulan kupon pown nak tamat tempoh dah. alang2 guna jela. tapi yang tak bestnyer tak boleh take over. kalau boleh dah lama aku abeskan kupon tue. macam mampu. hehehe..

jadinyer aku cuma dapat guna satu kupon jer. nasi ayam roaster ngan spagetti. lepastue aku tambah dessert cokelat cake ngan ais krim. entah ape ntah nama dia. lepas jer nasi ayam roaster sampai aku tak terus makan. sebab aku duk tunggu spagetti. kalau boleh nak makan sekali. tetiba dia cakap spagetti tak de. kena tukar benda laen. aish awat la hang tak habaq awal2. penat jer tunggu. ish3..


masalahnyer boleh tukar ke laksa atau me bandung jer. malas la pulak nak makan benda berkuah. last2 aku mintak nasi ayam roaster jugak tapi aku mintak take away. naseb baek dia bagi. dah salah dia jugak kan. takkan aku nak melantak dua pinggan nasi ayam roaster tue pulak. kena cover la jugak kesopanan dan kesusilaan aku kan. ngeeeee~

disebabkan aku tak dapat take away banyak benda kat ayamas. aku amik keputusan untuk beli chesse baked meatball cabonara kat Pizza Hut. aku gak amik kesempatan tue untuk beli shushi kegemaran aku kat carefour. memang makan besar la aku balik tue.


disebabkan masa singkat, tue jela aku sempat buat. tak pela janji ada peluang. lebih baek dari tak de kan. hehehe.. tetiba teringat balik kek cokelat ais krim tue. serius sedap gila. aku ikutkan tak suka makan kek cokelat. tapi tak sangka boleh habeskan benda tue. sebab benda tue memang sedap wa cakap lu. hihihi..


teringin nak tengok wayang sorang2 kat Kuantan pulak..^_^


its a best day ever..^_^

apa yang berlaku semalam buat aku tersengih jer sampai sekarang. dari pagi sampai la ke petang ada jer kejadian yang buat aku rasa---> yes..!!!! atia yang lama dah come back. huhuhu..

atia yang peramah, banyak cakap, suka gelak, tak kesah sorang2. semuanya aku dapat rasa semula semalam. syukur alhamdulillah aku diberi peluang macam tue.

apa yang berlaku..??

ok kita cerita satu2. bas aku dari Shah Alam ke Kuantan dalam pukul 10pagi. aku amik keputusan untuk naek SANI express. sudah tentu la sorang2. first time tue. tue yang excited giler. dari rumah ke terminal Shah Alam disebabkan apak tak ada untuk hantar, jadi ibu upah anak jiran aku untuk hantar aku. ofkoz la lelaki kan. hensem ke tak..?? entahla aku tak berani nak pandang muka dia. yang aku ingat muka dia zaman kecik2 dulu jela. hehehehe..

yang tak boleh belahnyer ibu aku boleh pulak bagi dia green light untuk ngorat aku. what the fish. adeih.. aku cover2 malu jer bila ibu cakap macam tue. siapa tak malukan. dah la aku kena naek kereta berdua je ngan dia. aiseyman sabar jela.

dalam kereta ok jela. dia pown banyak jugak cakap. tapi dia banyak soal aku banyak jawab. paham2 jela aku kan pemalu orangnyer. ngeeeee~. tapi entah macam mana keluar soalan cepu emas yang buat aku nak terbelahak. naseb baek sempat cover. soalannyer....

PAKWE ORANG MANA..???

adush..!!!! tak de soalan laen ke. aish.. dengan agak2 cover malu ngan cover cun aku jawab.. adeih napela aku jawab camtue. aku jawab yang aku nie kecik lagi untuk ada pakwe. badan dah besar cam gajah kecik menda. serius aku tak tau nak jawab camner. tak sangka lak soalan tue keluar dari mulut dia. naseb baek tak keluar soalan nak kaple tak. mau aku terjun dari kereta tue. adoyai..

ibu punya pasal la nie. yang pergi bagi green light kat mamat tue pasal pe. aku tak ready lagi la. ibu aku cakap dia tak kesah aku nak kawan ngan sape. kalau boleh dia tak bagi aku jual mahal. tapi tia bukan jual mahal la ibu. cuma tia pikir tia belum ready je lagi untuk ada tanggungjawab kat bahagian tue. cukupla buat masa nie tanggungjawab sebagai anak, kakak ngan pelajar. aku nak lepaskan dulu tanggungjawab sebagai pelajar baru cari tanggungan yang baru. hihihihi..


sampai kat Kuantan pulak mula2 aku amik keputusan untuk naek bas Rahmat Alam untuk balik Pekan. entah macam mana boleh tertinggal. naseb baekla jumpa abang teksi nie. dia kata boleh hantar sampai UMP Pekan dengan harga RM60. mula2 berat hati jugakla. tapi bila pikir balik amik jela. dari aku kena tunggu bas sorang2 baek aku keluarkan duit naek teksi. sekurangnyer keselamatan ngan keselasaan aku terjamin. heeee~

alhamdulillah abang yang bawak teksi tue baek sangat2. peramah lak tue. aku sendiri tak sangka aku pown seramah tue. banyak nasihat yang abang tue bagi kat aku pasal lelaki. baru kenal macam dah lama jumpa. abang tue memang sangat open minded. apa yang dia cakap semuanyer benda betol. sebabnyer aku pown pernah laluinyer. sepanjang perjalanan kitorang berborak. serius aku seronok gila borak dengan dia.

kata dia kalau betol seseorang lelaki tue jujur dan ikhlas nak kat kita dia takkan sesekali ajak kita buat jahat. benda yang paling penting kalau lelaki tue betol2 serius dengan kita dia akan bawak kita jumpa mak bapak dia dengan rela hatinyer dan berani bersemuka dengan ibu bapa kita. jodoh pertemuan memang di tangan Tuhan. tapi tak semestinya kita tak de peluang untuk memilih.

apa pown apa yang berlaku semalam masih buat aku tersengih sampai hari nie. kadang2 pikir lawak la pulak kan. syukur alhamdulillah aku dipertemukan dengan orang2 yang baek. kalau ikutkan aku dah cuak dah bila pikir kena balik sorang2. dahla nie first time aku balik naek bas sorang2. memang cabaran baru la bagi aku. huhuhu..

its a best day ever..^_^

Friday, October 28, 2011

aku anak pak haji.. ngeeeee~

selama 21 tahun aku hidup kat dunia nie aku tak pernah lansung mengantar orang yang nak naek haji. selalu tengok kat TV jer. tengok betapa ramai hamba Allah yang terpilih untuk jadi tetamuNya. Kompleks  Tabung Haji Kelana Jaya pown aku tak tau kat mana. tapi semalam untuk pertama kalinyer dalam hidup aku jejakkan kaki kat situe.


mengantar siapa pulak..??


alhamdulillah apak salah seorang hamba Allah yang terpilih untuk tunaikan haji tahun nie. kadang2 sebak dada nie terasa sebab dari tahun lepas lagi apak dah beria-ia nak tunaikan ibadah haji. ingat lagi tahun lepas. dah siap packing bagai. injection doktor pown dah amik. tapi last minit kata kansel sebab VISA tak lulus. alhamdulillah rezeki apak tahun nie.

semoga apak dapat tunaikan ibadah haji dengan lancar dan sempurna. Ya Allah peliharala apak dari segala malapetaka dan bahaya sepanjang dia kat sana. semoga dia selamat pergi dan selamat balik. semoga apak dapat haji yang mabrur. amin..


semoga semua para jemaah haji seluruh dunia selamat pergi dan selamat pulang serta mendapat haji yang mabrur di sisi Allah, amin..

Thursday, October 27, 2011

semoga cepat sembuh elya mohd..

beberapa minggu lepas aku ke Terengganu. melawat roomate aku yang excident. kalau nak tau cerita dulu2 klik SINI. alhamdulillah dia dah makin sembuh. masa aku lawat dia dia dah boleh berdiri. tapi belom boleh berjalan.

kitorang bertolak dari pahang dalam pukul 10 pagi. yang pergi masa tue alia, cd ngan padil. cd jadi driver. terima kasih sangat2 kat dia sebab sudi jadi driver. kitorang sampai kat manir dalam pukul3 macam tue.

aku tak tau nak cerita apa lagi. biar gambar jela bercerita.


sama2 la kita doakan semoga dia cepat semboh macam dulu2.


love u Elya Mohd..♥♥♥♥♥♥

p/s: muka aku bulat gila.. nie menunjukkan aku makin gemok...!!!! TIDAK..!!!!!!

Wednesday, October 26, 2011

ada ke patut muka aku disamakan dengan zack zukhairi..

kemarin upload gambar ke fb sebab nak copy paste kat blog. kan bila kita upload jer gambar fb akan automatik kesan gambar untuk kita tag kawan2 kita. yang aku nak tergelak bila fb tag gambar kat bawah nie.

ada ke patut..??

aku sumpah gambar nie aku tak edit lansung. memang fb punya kerja. nak tergelak guling2 bila muka aku disamakan dengan zack zukhairi. entah pape entah. zack zukhairi tue lelaki. takkan gambar aku yang bertudung tue disamakan dengan dia. siapa tak tergelak kan bila jadi macam nie.

gambar asal


bukan salah aku ea. salahkan facebook. hehehehe..

Tuesday, October 25, 2011

bila gadis melayu buat kerja gila..

sem nie banyak kerja gila aku ngan kawan2 aku duk tambah. antaranya jalan kaki dari kedai pak mail ke UMP. nie memang tak dirancang tapi terjadi. asalnyer kitorang nak sewa basikal untuk pergi makan ABC pak mail. tapi sewa basikal tutup la pulak.

entah macam mana masa nak keluar menuju balik ke asrama ternampak bas rahmat alam lalu. tetiba terdetik kat kepala otak nie apa kata kitorang pergi kedai tue naek bas tue. nanti balik boleh mintak pakwa kawan aku amik. kebetulan pakwa dia nak datang UMP petang tue. jadi kitorang pown naek la bas tue.

sampai2 jer kedai pak mail tetiba dapat tau ABC dah tutup. sebab dia nak buat persedian untuk bukak gerai kat UMP sempena pesta layang2 esoknya. aish penat je pergi situ. tapi tak dapat apa yang dihajati. jadi kitorang buat keputusan untuk balik. disebabkan pakwe kawan aku tue lambat lagi sampai ke UMP, kitorang amik keputusan jalan kaki jer.


agak jauh jugakla. bayangkan dari pondok pak guard depan ke asrama pown lebih kurang 2.5km. kalau dikira dari kedai pak mail pulak lebih kurang 10km. berjalan la kitorang dari pukul 6.30 sampai pukul 8malam. penat jangan cakap la. bagai nak tercabut kaki dibuatnyer.

memang kerja gila..o_0

temasya pantai timur..

baru2 nie diadakan temasya pantai timur kat pekan, Pahang. kebetulan kelab kebudayaan memerlukan orang untuk acara perarakan untuk temasya nie. aku pown dengan besar hati join benda nie. kebetulan sem nie aku terasa nak aktif balik menari.


tapi aku agak terkilan sebab aku hanya mampu join bahagian perarakan jer. aku teringin sangat nak join artis budaya menari. tapi nak buat macam mana. aku kena terima hakikat yang aku tak setanding dorang. dorang artis budaya negeri masing2. aku pulak hanyala seorang budak gemok yang minat menari tapi tak ada bakat pown.

masa majlis tue aku selalu jer perhatikan gerak geri dorang. sebab dorang ingatkan aku kat team Sri Mahligai Kencana. kumpulan kebudayaan paling happening yang pernah aku join. kak ieda, kekka, adeq, pejal, daus, mama, abg ly,manda, yaya, koshi, mas, kamal, dianne, nash, awie dan hazwan. rindu sangat2 kat dorang. ingat kenangan masa KAKOM. malam masa konsert pembukaan kitorang menari suka2 hati jer. sampai lecturer halau masuk asrama. kononnyer suruh tidor awal. eleh matriks laen elok jer. siap lecturer dorang join sekaki. hehehehe..


tapi memang kelakar la masa tue. kitorang dah macam adik beradik. sama2 buat semua benda. banyak gila gambar kitorang tangkap masa tue. rindu sangat2 kat dorang. rindu sangat2 nak menari dengan dorang. rindu sangat2 nak main2 ngan dorang. rindu sangat nak gelak2 dengan dorang. rindu semua benda yang aku pernah buat dengan dorang.

tapi sekarang semua dah duduk jauh2 dari aku. dah lama gila aku tak jumpa dorang. paling last aku jumpa k.ieda, daus, adeq, pejal, kamal. tue pown masa festrai ngan festkum setahun lepas. mama pulak harap jer satu kampus. tapi jangan harap dapat jumpa. sebab masing2 sibuk. bila la dapat jumpa dorang lagi.??

rindu kat mereka..T__T

Monday, October 24, 2011

pakwe curang sampai sanggup cakap makwa gila kat perempuan laen..

tetiba teringat kisah lama. sebab tiba2 baru aku tau satu benda. yang buat aku rasa nak gelak tak henti2. tapi dalam masa yang sama aku kesian la pulak kat orang yang terkena tue.

ceritanya macam nie. dulu masa aku kaple ngan sorang mamat nie. satu hari nie ada seorang perempuan yang bernama P** post kat wall dia. ala fesbuk kat suka bagi2 solan contoh

si dia ni comel tak..??
kalau dia ajak dating nak pergi tak..??

lebih kurang macam tue la. jadi si P** nia buat la test nie. entah macam mana soalan untuk mamat nie.

***m* **e** nie manis tak..??

lebih kurang macam tue la. aku pown tak sure manis ke hensem ke apa. tapi yang pasti dekat2 la. jadi jawapan si P** tue berbunyi

mestila.. kalau tak tak dela si S** terpikat.. huhuhu..{huhuhu tue saja je tambah.. heeee~}

aku apa lagi dengan perasaan ingin tau aku mesej dia tanya siapa si S** tue. macam pelik je. dia pulak macam nak tak nak je jawab. katanyer tak penting. tapi aku paksa jugak dia bagitau. tapi cara aku paksa laen sikit. dengan cara lembut. aku cakap la aku tak marah pown. aku nak tau jer. takkan tak boleh tau kowt. aku kan 'awek' dia.

last2 jawapan dia macam nie.

ahr!.. di tue kawan kepada cik P**. just ignore jer. my love is always for you Maizatul Khiftia Amirudin..{nak termuntah baca.. dah la eja nama bapak aku salah.. bengong tol..}

aku tak puas hati aku tanya lagi. siapa dia tue. takkan la cik P** tue suka2 nak cakap camtue. jawapan dia..

ala si S** tue pompuan tak betol yang gila2 kan abang. abang tak suka pown kat dia..

masa aku dapat jawapan dia nie agak panas la jugak aku rasa. sebab suka2 hati jer kata perempuan camtue. salah ke kalau perempuan suka kat lelaki. dia tak sedar yang dia pown dua kali lima jer. duk tergila-gilakan aku. sedangkan dah banyak kali aku cakap aku belom sedia. aku kaple ngan dia pown sebab atas dasar aku ingat dia janji nak tolong aku ubati hati aku yang luka. tapi hakikatnyer dia makin lukakan hati aku adala.

entah macam mana baru2 nie aku dapat tau yang si S** tue rupanyer awek dia. dorang dah kaple dari taun 2009 sampai sekarang. aku pulak kaple ngan dia taun 2010. maknanyer aku kaple ngan pakwe orang. dan maknenyer perempuan yang dikatakan gila tue awek dia. kesian betol awek dia tak tau lansung perangai pakwe dia macam tue. sampai sanggup cakap macam tue tentang awek dia sebab nak tipu perempuan laen.


jadi kat perempuan yang baca entry nie hati2 la yer. jangan jadi macam aku. asyik kena tipu jer ngan pakwe orang. kalau boleh sebelum jatuh hati kat seseorang tue siasat dulu. jangan maen terima jer.

paling pantang orang salah eja nama bapak aku. aish…

kenapa aku macam nie..???!!!!

aku tak tau la apa jadi kat diri aku. akhir2 nie aku tak sedar kenapa aku jadi macam nie. pening aku pikir apa jadi kat diri aku. dah tak larat bayangkan kenapa aku jadi macam nie. apa aku buat sampai aku jadi macam nie. apa salah aku sampai aku jadi macam nie. berat sangat ke sampai aku jadi macam nie. aku tak boleh bayang kalau aku terus macam nie.

kenapa???
kenapa???
kenapa???
kenapa???
kenapa???

self talk, positive self talk, treatment for stress, symptoms stress

aku malas nak update blog..???!!!

sedangkan banyak benda aku nak tulis. banyak benda aku nak cerita. banyak benda aku nak kongsi. tapi kenapa aku malas sangat nak tulis kat blog..??

sedangkan setiap kali ada benda baru berlaku kat aku, aku rasa nak sangat cerita kat blog. tapi kenapa aku tak buat..??

sedangkan bila aku tengah leka atau bosan pasti aku akan karang ayat dalam kepala. kononnya nanti nak tulis kat blog. tapi kenapa aku tak buat jugak..??

mungkin sebab kepenatan. sem baru nie memang sangat menguji aku. macam2 benda terjadi. buatkan aku bila ada masa lapang malas nak buat apa pown. temasukla nak menulis kat blog kesayangan aku nie. nie pown naseb baek cuti. tapi cuti tak de makna sebab test berderet menanti bila aku balik ump nanti.

isnin: kuiz electrical machine, hantar report lab electrical machine
selasa: test hubungan etnik, test electrical machine
rabu: test electrical power system, submit kuiz islamic institution
khamis: test engineering lab, hantar lab report, hantar projek report
jumaat: electrical power system lab

adoyai. aku tak mula lagi buat semua nie. rasa nak mati bila pikirkan. cuti macam tak cuti jer. aiseyman..

kadang2 rasa nak surrender jer..=(

Wednesday, October 19, 2011

Saya , blog dan pembaca

Santai Bersama BEN ASHAARI

klik kat banner untuk keterangan lanjut..^_^

saya, blog dan pembaca..

kalau ikut istilah 'saya' merujuk kepada penulis yang sedang menulis entry nie. blog pulak tempat di mana penulis menulis segala penulisannya. pembaca pulak merujuk kepada orang yang membaca penulisan di dalam blog yang ditulis oleh 'saya'.

kalau tak ada pembaca maka tak ada la 'saya' tue nak menulis blog. maka blog takkan wujud. jadi pembaca penting untuk membuatkan 'saya' tue membina sesuatu blog. secara kesimpulannya, tanpa pembaca tak ada la blog. heeeeee~

kisah seorang gadis melayu

tanpa pembaca tak de sesiapa yang sudi baca kisah seorang gadis melayu yang tak seberapa nie..

Friday, October 14, 2011

jasa seorang wanita

cerita yg menarik, cuba baca ye....

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

*********************************************

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o

ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

*********************************************

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!


SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!

*********************************************

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”


By: Adoi!!!! Bosannya

Thursday, October 13, 2011

bila blog kesayangan diremoved

ape korang rasa bila blog kesayangan korang dikatakan telah diremove..??

huargghhhhhh...!!!!!!! blog aku...!!!!!

ape nak buat nie..????!!!!

T____T huwaaaaaa...!!!!!

menyesal tak guna. benda yang terjadi tetap akan terjadi. tapi apa salah aku..???

nie gara2 aku cuba nak aktif berblogwalking. walaupown dengan keadaan internet yang masih lagi kelembapan. aku kuatkan jugak sebab aku rindu nak blogwalking. kebetulan ada segmen kat blog NIE. agak2 la blogwalking dari pukul 7petang sampai ke pukul 10malam hanya boleh jalan2 dan komen 40 buah blog jer. boleh bayangkan tak macam mana 'laju' nyer internet. naseb baek aku cuti solat.

sampai ke blog yang ke 41 tetiba aku tak dapat nak teruskan mengomen. apesal pulak. penat aku tunggu semua blog loading ko tak bagi komen pulak. jadi mula timbul kemusykilan. aku pown bukakla dashboard blog aku. tapi yang keluar suruh aku verified akaun. apa kejadahnyer ini semua. aku mula gelabah.

aku cuba pulak bukak blog aku yang keluar benda nie


rasa nak nanges jer. try refresh banyak kali pown benda sama jugak yang keluar. pergi balik ke verification akaun tadi. masih dalam proses loading. adoyai apa aku nak buat ni..??

dalam hati mula berdoa jangan la teman setia aku nie hilang. takut sangat2. bila jer word verification siap loading aku perasan kena letak no tepon. tapi tepon aku habes bateri mati terus dah. naseb baek ada henset lama dan no kedua. aku dengan tak teragak-agak isi no tepon lepastue dia antar ko verification kat henset aku.


punya la aku berdebar menunggu mesej dari pak cik google. dapat jer terus aku isi. tiba2....

alhamdulillah aku dapat balik blog aku...^__^

pengajaran dari kejadian nie jangan gabra tak tentu pasal. sebab semua masalah ada penyelesaian. kita kena tenang dan sabar dalam mencari penyelesaian tue.

melalui kejadian nie jugak aku dapat tahu yang tak boleh spam link kat blog orang guna html code. jadi tak boleh la share entry dengan blog laen. melaenkan ping blog kat fb jela. huhuhu.

sayang kat blog nie sangat2..^___^


Wednesday, October 12, 2011

AKU CUMA SEORANG BLOGGER

Santai Bersama BEN ASHAARI

klik kat banner kalau nak join jugak..n__n

Berikan sebab kenapa rakan blogger patut masuk blog korang ? Apakah keistimewaan blog korang dan beri 1 blog yang senantiasa memberi semangat pada korang untuk terus berblog.

aku hanya seorang gadis biasa yang hanya pandai membebel dalam blog. tak de pape yang special tentang blog aku. hanyala coretan tentang liku2 kehidupan seorang gadis melayu sebagai seorang anak, kakak, kawan dan pelajar. 

ada terselit pandangan aku berdasarkan pengalaman aku. seperti contoh matriks susah ke..?? atau pown mana lagi ok matriks atau diploma. aku jugak bekas pelatih latihan khidmat negara PLKN. aku ditempatkan sebulan dia Sabah dan dua minggu di Selangor atas sebab tak dapat dielakkan.

kat blog nie jugak la tempat aku berkongsi bahan2 yang aku dapat dari facebook atau sumber2 laen. boleh menjadi rujukan untuk aku dan semua kawan2 yang sudi singgah ke blog aku yang biasa2 jer.

ape pown welcome to kisah seorang gadis melayu..

blog yang sentiasa beri aku semangat untuk aku berblog dari mula lagi ialah belog cik aish milik seorang gadis comel yang menggelarkan dirinya cik aish. aku sentiasa jadikan blog dia sebagai panduan tentang apa yang boleh dan apa yang tak boleh kalau nak jadi seorang blogger. dia pown seorang yang sangat2 peramah. sayang dia ketat2.. hehehehe..

hidup tak selalunya indah..^_^

Wordless Wednesday-15

beberapa minggu lepas aku post Wordless Wednesday-14
harinie gambar baru pulak..^_^


nak tau pe tue wordless wednesday klik SINI

p/s: rindunyer....!!!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez