Wednesday, December 28, 2011

karipap2 cinta..^_^

pagi2 nie kalau dapat makan karipap pown sedap jugak kan. akhir2 nie aku asyik teringin nak makan karipap. boleh kata pantang nampak karipap yang nampak sedap. terus jer beli.


sebenarnyer aku bukan nak cerita pasal karipap kuih nie. agak2 la bila perut tengah lapar kan. pantang dengar nama makanan. aku nak cerita pasal cerita karipap2 cinta. ok aku tau cerita tue dah lama. dah basi dah pown. tapi aku tetap nak cerita jugak. huhu..

nie gara2 tengok fuhhh!!! semalam. ala yang pengacara dia awal ashaari tue. seyesly awal ashaari sangat2 hensem. aku pernah sekali terserempak ngan dia kat KL Central masa nak balik matriks dulu. terkesima jugakla. heeeee~

ok balik pada tajuk asal. kebetulan aku tengok cerita fuhh!! nie dah last2 part. ada cakap pasal cerita yang tak mendapat sambutan. antaranya cerita karipap2 cinta. 


aku tak terperanjat kalau cerita nie dikatakan antara cerita yang tak laku 2011. tapi yang aku rasa nak gelak guling2 bila orang yang bertanggungjawab atas cerita nie menyatakan antara faktor cerita nie tak laku ialah kebanyakan pelakon dalam cerita nie pelakon baru. maksudnyer belum ada populariti la kan. tue la sebabnyer cerita nie tak famoz.

hahahaha..!!!!

manala aku tak gelak guling2. ada pulak nak salahkan pelakon semata. memang aku mengaku pelakon dalam cerita nie memang la belum sehebat mana. tapi bukanla faktor utama kenapa cerita nie tak laku. aku dah lama dah tengok cerita nie. sebab tertarik dengan tajuk dia. agak unik tapi pelik. tapi bila tengok cerita nie aku gelak gila2. bukan sebab cerita nie cerita lawak. tapi aku tak sangka cerita macam nie wujud. 

ntahla aku tak pandai nak komen panjang2. sebab aku sendiri pown bukan orang yang layak untuk mengkritik. apa yang aku tulis nie berdasarkan pandangan aku sebagai penonton biasa yang sentiasa menanti karya2 baru orang Malaysia nie. sebabnye aku suka tengok cerita melayu.

teringin pulak nak baca novel karipap2 cinta nie. nak tau jugak cerita dalam novel sama ke dengan movie. sebab selalunya cerita novel lagi sedap dibaca dari ditonton. huhuhu..


study week yang membosankan..>_<


Monday, December 19, 2011

operasi lepas tension..

sem nie boleh kata berapa kali jer aku dapat keluar pergi Kuantan. paling last bulan lepas. tue pown dalam keadaan tergesa-gesa. tak de masa punya pasal. nak tau cerita klik SINI. sem nie memang aku banyak habis masa dalam bilik jela. memang tak de life la kata orang.

kelmarin tetiba abang iz mesej aku. bunyi dia macam nie:

jom kluaq mlm ni pas mgrb.. g kfc pekan.. sape nk blnje xtau lg.. dngr2 tia kot..

aiseyman mamat nie suka suki je kan. dah la akhir2 sem nie aku agak pokai. boleh pulak bikin cerita buat gua panas. nie yang gua hot nie. heeeee~

aku pulak yang asalnyer ingat nak main masak2 terbantut sebab dah ada orang ajak makan kat luar kan. tahan jela lapar pown. KFC lak tue. tapi masalahnyer takkan kat pekan je kot..??

naek2 je kereta aku ngan wani terus demand nak pergi Kuantan. apa lagi mulalah pengembaraan overnite kitorang. selama aku duduk Pekan, nie first time aku overnite. kalau duduk gambang dulu banyak kali jugakla. rindu pulak rasa nak makan kat gambang point.

ok berbalik pada cerita asal. tempat pertama yang dituju ialah KFC la. dah la aku masa tue kebulur satu hari tak makan. terbaekla bila dapat makan KFC. memang terus order nasi ayam KFC kot. memang agak kebulur masa tue. ngeeeee~


program kitorang seterusnya ialah bowling. ingat nak maen kat Kuantan Plaza. tapi ada tournament la pulak. jadi kitorang beralih ke Megamall. kat situ pown penuh. aiseyman banyak betol halangan. jadi kitorang tukar plan karaoke kat apple.

dengan bermodalkan rm6.90 seorang kitorang amik satu bilik satu jam. memang karaoke tak ingat dunia la. memang terbaekla dapat lepas tension. dah lama tak rasa seronok macam nie. 


habes jer karaoke kitorang pergi balik tempat bowling. tetiba akak tue kata nak tutup dah. adeih memang tak de rezeki la nak maen bowling nampaknyer. tapi entah macam mana wani menggunakan skill yang dimilikinya untuk memujuk akak tue bagi kitorang maen satu game. memang terbaek la wani. hihihi.


last sekali pergi tc. serius memang angin kuat giler. ombak bergulung-gulung memukul pantai. cantik sangat. tapi agak bahaya la. kitorang lepak kejap menikmati angin kat situ. entah macam mana tetiba ribut. terus kitorang tukar plan lepak kat tanjung lumpur pulak. 

lepas puas berborak akhirnyer kitorang balik. sampai2 terus tidur sebab kepenatan. nasib baek aku cuti solat. bolehla skip Subuh. hehehe..

stress balik sebab assignment berlambak beratur.. aish..>_<

Saturday, December 17, 2011

hobi baru, minat baru, kawan baru..

siapa sangka akhirnyer aku dapat jugak libatkan diri dalam seni teater. walaupon hanya kecil-kecilan. tapi sekurangnyer keinginan yang tertanam dari kecik lagi  dah pown tercapai. 

dan tak sangka jugak aku dah dapat balik kegembiraan aku. aku dah mula ketawa dengan riang. aku dah kembali macam dulu. walaupon tak selincah dulu. tapi aku dah cukup puas dengan apa yang ada sekarang nie.

aku bersyukur atas kurniaan Mu Ya Allah. terima kasih sebab berikan aku kesempatan untuk merasa bahagia setelah lama hati nie diurung duka. semoga apa yang berlaku hari nie dan persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya.


SENANDIKA PEKAN..!!! SWEET... SANGAT..!!!!

Friday, December 9, 2011

charge batery kehidupan..

╔══════════════════════╗



║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge your Iman █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

ما شاء الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد



╔══════════════════════╗
  ║╔════════════════════╗╚╗
   ║║████████████████████╚╗╚╗
    ║║███████ Battery Full ██████─║║║
   ║║████████████████████╔╝╔╝
 ║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

Monday, December 5, 2011

tutti frutti buat aku sakit tekak.. huwaa...!!!!

asalnyer nak update blog kelamarin pasal outing aku ke Kuantan dengan kawan2 sekepala aku. tapi internet lak dia main nyorok2. sabar jela.


yang lawaknyer memo nie keluar masa internet dah sah2 tak de. mana la kitorang nak tau. nasib baek ada berukband. tapi risau jugak sebab ibu belom bayar bil berukband bulan nie. kena tunggu bapak aku balik. bila dah ada pulak kelembapan melanda. memang menguji kesabaran betol.

ape pown mission outing haritue adalah makan, makan dan makan. ombak rindu lansung tak ada dalam agenda. walaupown ada keinginan. tapi terpaksa dilupakan. sebab makan lagi best. hehehe.

destinasi makan pertama kitorang ialah tutti frutti. dahla masa tue Kuantan agak jamp. banyak betol kereta. tak sangka hari jumaat ramai orang. dahla area kedai tutti frutti tue agak sesak. lagi2 bila nak buat u-turn. dahla aku bawak kereta wira. hampir2 tak lepas nak u-turn tempat kecik. tapi tawakal jela. nasib baek lepas. berdebar hati nie jangan cakap la.


aku punya yang ada marshmallow tue. sedap memang sedap. tapi kena pandai pilih la. macam aku aku amik perisa asli, vanila ngan honeydew. sebab aku tak suka masam2. tapi tak sangka pulak yang asli tue masam. lupa pulak nie aiskrim yogurt. mestila yang asli masam kan. alia pulak amik berry, vanila ngan asli. zati cokelat, delima ngan blueberry. aku paling suka topping dia. macam2 ada. 

tapi tak bestnyer lepas makan benda nie lidah aku sakit gila. rasa macam kena sagat jer. yang lagi teruk lagi aku sekarang tengah sakit tekak. aduhai dah lama aku tak kena. tak sangka benda nie boleh buat aku sakit tekak. adeih.

masa keluar je dari kedai tue, masa masuk kereta tetiba aku perasan. alamak..!!! aku kena saman. saman pertama aku. aku kena saman parking tak pasal2. aku tak suka la cara parking kat kuantan nie. nak parking kena beli kupon. kalau macam aku nie yang jarang bawak kereta takkan nak beli kupon sekali banyak. tak ke membazir. kan best kalau macam kat klang jer. masuk syiling jer. konfem tak ramai kena saman. huhu..


lepas jer bayar saman kitorang bertolak ke ECM. pada asalnyer dalam rancangan nak makan kat Johny's. tapi disebabkan tak cukup orang jadi kitorang amik keputusan makan kat Pizza Hut. disebabkan agak kekenyangan kitorang makan ala kadar jer. setakat nak lepas kempunan.


sebelum balik kitorang beli shushi ngan McD bekalan makan kat bilik pulak. masa nie first time beli McD drive thru. agak takut jugak sebab jalannyer sempit kereta agak besar. tapi aku cuba jela. naseb baek tak de kes langgar divider ke pe. heeee..


bila teringat balik makanan2 nie lapar la pulak rasa. nie jela yang dapat kitorang buat dalam waktu yang singkat. apa nak buat banyak benda lagi kena buat. sem nie cepat la habes. dah tak larat nak menanggung kerja2 yang banyak dan tak tau bila la nak siap. aish.

p/s: internet sangat lembab sampai nak menaip post nie pown amik masa dekat setengah hari.
p/s: dah lama tak menaip panjang2. heeee~

makan untuk hidup..^_^


Friday, December 2, 2011

sampai hati bagi gred C jer.. huhu..

baru2 nie blog aku direview oleh abang Ujang pemilik blog Erti Kehidupan. untuk baca review dia tentang blog aku boleh klik SINI. dah lama ikutkan aku tak join segmen review nie. kalau dulu rajin jugak. tapi sem nie memang aku dah kurang join aktiviti macam nie. lagi satu aku perasan segmen2 macam nie dah kurang sangat2. heeeee~

terima kasih sangat2 kat dia sebab sudi review blog aku. walaupown hanya dapat gred C jer. tapi aku akui semua yang direview oleh dia memang betol. aku lansung tak nafikan dan lansung tak terasa hati. malahan aku nak terima kasih banyak2 kat dia buatkan aku sedar mana silap aku. kita nie sebagai manusia selagi tak de orang tegur memang takkan tahu mana silap dan salah kan.

memang aku pernah bercadang untuk tukar layout blog aku. tapi aku tak jumpa lagi yang berkenan di hati. sebenarnyer layout yang sekarang nie tangkap muat jer. ingatkan masuk sem nie nak ubah. tapi disebabkan banyak betol aral melintang. akhirnyer hasrat hati terkubur macam tue jer.

disebabkan join segmen abnag Ujang nie jugak dalam masa beberapa hari follower aku naik mendadak. bukan tue jer visitor pown. tak sangka impak dia besar sangat2. masa join benda nie tak terpikir lansung nak tarik visitor atau follower. sekadar nak carik kelemahan diri. tapi hasilnyer luar biasa.


setakat semalam, 1 Disember 2011 follower aku naik sampai 999. agak lama jugak nak tunggu follower ke 1000. alhamdulillah tadi aku refresh jer dashboard tak sangka follower yang ke 1000 dah pown muncul.

pada asalnyer nak review blog follower ke 1000 kisah seorang gadis melayu. tapi apa kan daya aku tak jumpa blog dia. jadi tak dapat la den nak nolong. ngeeeee~

terima kasih sebab sudi jadi kawan gadis melayu..^_^

Friday, November 25, 2011

mr doob google gravity..


unik tak...??

terperanjat jugak aku masa bukak benda nie. ingat kan pe la. rupanyer google saje je buat satu laman web untuk mainkan kita2 semua. heeeeee~

1. search "mr doob google gravity" kat google.
2. lepastue bukak link yang first sekali.
3. lihatlah hasilnyer.
4. hehehehehe.... 

just for fun..^__^

Monday, November 21, 2011

meroyan bila duduk sorang2.. heeee~

nie la hasilnyer bila duduk sorang2 tak tau nak wat pe. muka sememeh baru balik dari kelas softskill dengan pakai contact lens lepastue bajet cun. adoyai sabar jela.


kenangan zaman universiti. lepas graduate nanti mungkin tak dapat lagi buat semua nie. jadikan gunakan masa yang ada sebaiknyer. hehehe..

sabar jela.. ngeeeee~

Sunday, November 20, 2011

review blog by papa to be.. heeeee~

dah lama tak blog aku tak direview. lagi pown sekarang nie dah jarang ada blogger buat segmen2 nie. bila nampak jer kat dashboard abang ujang pemilik blog erti kehidupan nak review blog terus aku rasa nak join. kebetulan internet tengah laju sebab ramai yang tak de kat hostel sekarang nie. aku jer yang terperap kat dalam bilik. heeeee~

kisah seorang gadis melayu

belom layak lagi nak kutuk2 blog erti kehidupan nie. blogger hebat nie. tapi cuma perasan satu benda. header blog nie kadang2 keluar kadang2 tak. tak tau la apa silapnyer. internet kat sini kowt yang bengong. ngeeeee~

apa pown atia terima semua yang akan abang ujang tulis pasal blog atia dengan hati terbuka. terpulang lah nak kutuk ke nak kritik ke. janji ianya boleh buat atia sedar kenapa blog atia nie tak famous macam blog2 orang laen. hehehe..

siap sedia untuk direview.. ^_^

homesick..=(

susah betol nak carik mood berblogging akhir2 nie. banyak betol benda kena buat. report la, lab la, assignment la. tambah pulak dengan kelajuan internet yang boleh buat orang normal jadi histeria. aiseyman bukan sengaja bagi alasan ye kawan2. tapi hakikat. ngeeeee~

ape pown seminggu cuti raya haji hari tue memang aku rasa sangat seronok. sampai rasa tak nak balik. kalau korang perasan seminggu tue aku jarang update. sedangkan waktu seminggu cuti deepavali aku duk pulun update blog. konon bajet asal cuti je nak update. tapi hampeh. heeeee~


cuti hari tue memang busy giler. ibu dah bagi kepercayaan kat aku untuk jadi driver dia. tue yang buat aku macam kera dapat bunga. hepy gila2. sampai tak kesah tengah sakit cirit birit pown duk tahan nak drive punye pasal. nie jugak first time aku pergi klinik drive sendiri. <--- tanda2 jakun sebab dapat drive. hehehe..


yang lagi bestnya aku drive lalu depan sekolah lama aku. semata-mata sebab nak jemput adik aku yang ngada2 tak nak angkat buku teks naik bas. ngade2 betol. sabar jela. lepasnie tak payah la ibu aku bazir duit bayar duit teksi. aku kan ada. hihihi..

nak balik UMP lak aku pulun beli stok makanan sebulan. masa beli2 tue maen beli jer tak pikir lansung camner nak bawak balik. last2 amik kau gila berat beg. nasib baek urusan aku dipermudahkan. asal naik bas jer ada yang baik hati tolong angkat. alhamdulillah.


apa pown sem nie lagi beberapa bulan jer nak habes. kalau ikutkan tak sabar sangat2. takut pown ada. semoga aku dapat lalui hari2 mendatang dengan tabah dan kuat. Ya Allah berikanla aku kekuatan dalam menempuhi semua ini. amin..


hidup kalau tak de dugaan bukan hidup namanyer. heeee~^__^

Sunday, November 13, 2011

dugaan hidup tanda kasih sayang Allah

semester nie banyak betol cubaan dan dugaan. bukan kat aku jer. tapi kat kebanyakan kawan2 aku. walaupown apa yang terjadi kat aku aku rasakan betul2 berat. tapi sebenarnyer ada yang lagi berat dari aku. (bukan cerita pasal berat badan ye di sini. heeeee~)

aku harap mereka2 nie tabah dan kuat dalam menempuhi segala cobaan dan dugaan. anggap semua berlaku ini adalah tanda kasih dan sayang Allah kat kita yang memberi peluang untuk kita merasai kesusahan hidup. hidup hanya sekali. kalau sentiasa bahagia bukan hidup namanya. 

cobaan dan dugaan yang diberi Allah kat semua umatnyer bukan tanda kemurkaanNya. tapi tanda kita nie masih menjadi perhatian Allah. kalau kita dapat perhatian dari manusia kita punya la bangga. tapi kenapa bila perhatian yang kita dapat dari Allah kita harus mengeluh..?? sedangkan ganjaran yang akan kita dapat lebih banyak. 

kalau sebelum nie aku post pasal Elya yang sekarang nie tengah berehat lagi kat rumah. ada seorang lagi kawan aku yang ditimpa musibah. masa dapat tau apa yang jadi kat dia aku jadi sebak. tak sangka dalam usia semuda dia akan terkena benda nie. 

orang yang aku maksudkan Akmal Hakim. dia sekarang menjalani rawatan kanser tulang. mula2 ingatkan dia hanya terseliuh biasa. aku rasa bersalah sebab main2kan dia yang bertongkat dulu. aku ingat kan hanya benda kecik jer. tak sangka rupanya dia kena kanser.

Akmal, I'm sorry..=(

mulanya aku tak berani nak post pasal dia. sebab takut dia marah. tapi tak sangka dia sendiri demand untuk aku post pasal dia. so Akmal this post is special for you.


harap ko tak marah aku songlap gambar ko dari fb ea kawan. heeee~

tengah aku selongkar gambar2 dia untuk carik yang sesuai untuk post nie, aku terjumpa banyak gambar2 cantik. seriusly dia nie memang berbakat jadi model. huhuhu..


harap ko cepat sembuh dan dapat buat aksi2 yang lebih menarik dari kat atas nie. aku ngan semua kawan2 ko kat UMP sentiasa mendoakan ko agar ko cepat sembuh dari penyakit ko sekarang.

sama2la kita doakan kesembuhan dia. amin..

Thursday, November 10, 2011

Bloglist 30 Terpantas Dari Hackers

dah lama jugak tak join bloglist. alang2 dah dijemput oleh hackers. apa salahnyer. menarik jugak. thanks hackers sebab menjemput. huhuhu..



klik kat banner kalau nak join..^_^

Syarat - Syarat:
Letak header Bloglist 30 Terpantas di atas itu.
Letak Tajuk : Bloglist 30 Terpantas Dari Hackers
Beri 5 sebab kenapa mahu letak bloglist anda di Blog Hackers ini.
Sudah siap, letak link anda tersebut di komen entry ini.
Tarikh Tutup : 30 Bloglist tersenarai, tutuplah bloglist ini.
Peringatan : Bloglist ini sah sehingga 3 bulan sahaja.

syarat ketiga tue dibatalkan atas sebab aku pown tak tau kenapa.. heeeee~

Wednesday, November 9, 2011

bila diri terlampau busy...

tak sangka minggu yang sangat2 busy dah pown berlalu. syukur alhamdulillah. walaupown tak sebaek mana pown apa yang aku buat. tapi sekurangnyer aku dapat jugak menarik nafas lega.

kalau ikutkan aku sampai2 rumah jer nak terus update blog yang agak berhabuk nie. tapi banyak kekangan pulak. kebeulan esokknya raya haji. memang tak de peluang la. rasanyer belom terlambat aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya korban.

bapak aku pulak boleh dikatakan tiap2 hari telefon rumah. syukur alhamdulillah bapak aku sehat. semoga dia dapat menyempurnakan haji dengan sempurna dan dapat haji yang mambrur. insyaAllah.

baru hari nie aku free untuk buat apa saje yang aku suka. penat sangat. tapi seronok. sampai kadang2 rasa tak nak balik UMP. nak buat macam mana. banyak tanggungjawab aku kat sana. bak kata ibu aku ko dah masuk tahun 3. dah separuh jalan berlalu. jadi jangan sia-siakan. insyaAllah ibu tia cuba yang terbaek.

seronok jugak sebab ibu dah bagi kepercayaan kat aku untuk drive kereta apak. KIA Carens tue. besarrrr.. punye kereta. mula2 takut la jugak. tapi berlagak kool je depan ibu. alhamdulillah aku dan semua ahli keluarga aku yang menaiki kereta yang aku pandu semua selamat. heeeee~

ihsan pak cik google

ape pown mungkin sem nie aku tak dapat nak aktif sangat berblog nie. pada asal nyer banyak program yang aku dah rancang. antaranya aku nak anjurkan contest kalau follower aku mencecah 1000. tapi mungkin terpaksa disimpan hasrat tue sebab banyak betol aral melintang. lagi pown follower aku tak mencecah lagi angka keramat tue. aish.

aku rindu sangat kat blog nie. hampir setiap hari. tapi nak buat macam mana. dah benda dah jadi. tak boleh nak halang la kan. aku harap sangat aku dapat menempuhi cabaran2 sem nie dengan penuh kekuatan dan ketabahan. semoga Allah tunjuk aku kejalan yang benar. amin..

cobaan....!!!!

What would Puss in Boots do?

puss in the boots watak kucing comel yang tertulis dalam buku cerita masa aku kecik2 dulu. kira lama jugak la watak nie wujud. seekor kucing yang memakai sepasang boot, berjalan dan bercakap macam manusia. sangat unik kan. tapi hakikatnyer dia masih lagi seekor kucing kecil yang comel.

terima kasih kepada United International Pictures Malaysia dan Nuffnang kerana memberi peluang kepada kami ahli2 nuffnanger untuk menyaksikan premiere screening 'Puss In The Boots'.

Puss in Boots

tapi sebelum tue kena jawab satu soalan.

macam mana anda mahu melawan penjahat. bayangkan diri anda sebagai Puss dan Kitty Softpaws.

bukan sesuatu yang senang sebab kedua-dua makhluk nie hanyala kucing kecil yang mampu berkata. tapi kecil2 cili padi. Kitty Softpaws mempunyai kebolehan yang amat luar biasa. iaitu mampu melekakan pihak lawan dengan gayanyer tersendiri. Puss pulak seorang pahlawan kecil yang sangat berani dan pandai bermain pedang.

apabila mereka berdua nie digabungkan. maka dengan senang penjahat dapat dikalahkan. terutama apabila kedua-dua mereka nie mempunyai satu kebolehan menarik hati musuh dengan kecomelan mereka. mereka nie memang comel.

jadi kalau aku sebagai watak dua ekor kucing nie. aku akan bergabung tenaga dan berkerjasama. sebab kebolehan yang ada pada diri masing2 mampu menutup kelemahan yang ada. penjahat pown manusia biasa yang mempunyai kelemahan tersendiri. lagi2 bila hati dah digelapkan dengan ketamakan. lagi senang untuk diperdayakan.

kadang2 untuk melawan kejahatan tak semestinya dengan kekuatan fizikal. kekuatan akal juga mampu untuk menewaskan musuh.lagi pown penjahat bukan pandai sangat. kalau tak tak dela dia jadi penjahat kan. heeeee~

semoga rezeki menyebelahi.. amin..^_^

Sunday, October 30, 2011

ump seks....????


ada jer benda2 pelik nie. ish3...

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog

[image%255B2%255D.png]

klik kat banner kalau nak join sekali..

Apakah persamaan yang korang boleh nampak di kedua dua blog ini ? BEN ASHAARI dan LYSSA SECRET ??

antara persamaan yang aku nampak kat dua2 blog nie

1. url blog dua2 blogger nie guna nickname masing2. maksudnyer macam nie

blog santai bersama BEN ASHAARI url blog dia---->  http://www.benashaari.com (benashari)
blog CIK LYSSA pulak url blog dia---> http://www.lyssasecret.com (lyssa)

2. dorang ada iklan yang sama. aku printscreen untuk buktikan.. ngeeee~



3.  dua2 blog ada fanpage kat facebook ngan butang LIKE kat setiap entry.


4. last sekali dorang ada follower yang sama siapa lagi kalau bukan----> klik SINI

Berikan pendapat bagaimana nak majukan kedua dua blog ini.Sebarang komen ??

rasanyer tak layak untuk bagi pendapat sebab dua2 blog nie dah memang maju. cuma kalau boleh selalu la buat segmen. sebab melalui blogger2 macam nie la aku dapat luaskan kenalan aku dalam dunia blog nie. heeee~

p/s: lagu satu aku suka tengok banner untuk segmen nie. sebab seolah-olah ben ashaari tengah duk jeling2 cik lyssa yang sedang posing kiut. nampak sweet giler.. heeeeee~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez