Thursday, January 17, 2013

listen.. listen.. listen..

baru2 ni timbul isu pasal " listen.. listen.. listen..". mula2 aku konpius jugak. apa kes tetiba boleh keluar perkataan tu. scroll punya scroll. tengok feed kat facebook. rupanya isu nyer bermula dengan video kat bawah ni.


aku pelik macam mana benda macam ni boleh terlepas masuk dalam universiti. kalau tak silap aku dalam AUKU sendiri ada state yang pelajar tidak boleh terlibat sama sekali dalam politik. tapi macam mana forum macam ni boleh terlepas masuk.

aku respect giler kat student india dalam video ni. sebab apa yang dia cakap bukan tak berasas. dan aku tahu dia ada buat kajian. kalau benda yang dia cakap tu tak betul aku rasa mesti presiden wanita 1 Malaysia tu dapat bidas semua penyataan student india tu. ini tak. merepek benda bukan2 la pulak.

*************

antara benda yang merepek

firstly yes this is your program. and they aloud you to speak. but they don't need your permission to speak because that university is theirs'. mereka bayar yuran. but not you. you only receive the bayaran. so suka hati diorang la nak kata apa. suka2 hati pulak nak halau orang tu dari universiti sendiri. seolah-olah datang rumah orang lepastu halau tuan rumah sebab tak nak terima sebagai tetamu. heeeee~

secondly apa kena mengena binatang dalam hal ni. binatang pon bayar yuran jugak ke? binatang pon bayar cukai jugak ke? jadi walaupun binatang2 ni diberi suara untuk berkata-kata sekalipun mereka tak de hak untuk komplein. kenapa nak disamakan manusia dengan binatang? macam tu apa fungsi akal yang dikurniakan Allah kepada manusia jikalau kita kena ikut cara binatang. kalau ada masalah diam. macam tu? aish.

thirdly you said that you give that student respect with shaking her hand and said that the student attitude was wrong. tapi wrong tang mana? dia cuma keluarkan soalan yang membelenggu kepala dia. she just need an answer. not humiliation. tang mana yang student tu kurang ajar. takkan disebabkan suara yang lantang dikatakan rude. ush. 

forthly you said that jangan samakan negara Malaysia dengan negara lain. tapi boleh pulak samakan manusia dengan binatang. padahal student tu cuma nyatakan fakta dari negara luar. dia cuma nak tahu kenapa negara luar boleh buat kenapa negara kita tak boleh. kalau ada sebabnyer nyatakanlah. yang pergi tukar topik sampai ikan jerung pon boleh jadi famous tetiba awatnyer. ngeeee~

*************

nie antara isi dalam video ni yang aku agak tak puas hati sebab sangat tak relevant. kalau kita sebagai rakyat yang bayar cukai dan berkhidmat untuk negara tapi tak dibenarkan bersuara, mana pergi konsep demokrasi? uish tak boleh macam tu. kita kena bersyukur dengan apa yang ada. tak boleh.. tak boleh.. aiiiiihhhh..

apa gunanyer akal fikiran yang Allah bagi kalau kita cuma diam diri apabila ada benda yang tak puas hati. biarkan saja diri ni dipijak orang lain. aku paling pantang sebenarnyer bila ada benda yang tak puas hati disuarakan ada yang jawab kita kena bersyukur dengan apa yang ada. padahal tang mana yang tak bersyukuryer. ish.


owh rupanyer macam tu ceritanya. patutla student tu tetiba bangun ajukan soalan macam tu. jadi berkaitanla dengan forum tu. jawapan yang didambakan tapi humilation yang dipalitkan. you're the best girl. kalau la semua student berani macam ni. aku rasa student Malaysia takkan jadi macam apa yang terjadi sekarang ni. apa yang terjadi? malas nak cerita. nanti katanyer tak bersyukur pulak. heeee~


video kat atas ni pulak parodi dari matluthfi. terbaekla. 

kami student sudah dewasa. pandai2 kami la pikir mana betul mana salah. tak perlu kot nak brainwash bagai dengan program entah pape. kalau mereka di pihak yang benar. tak perlu takut sampai nak buat student macam ni sekali. aish..

we student also need some respect..^_^

p/s: bahasa sedikit rojak sebab nak samakan dengan dialog dalam video. I'm sorry.. U_U

Tuesday, January 8, 2013

forget the past.. insyaAllah..


akibat boring yang terlampau, entah macam mana gatal2 pi buat kerja gila. bila dapat tau benda tu aku tak tau kenapa mesti hati aku terasa. naseb baek aku dah habes exam. kalau tak, tak tau la apa jadi ngan jawapan kat kertas jawapan. merepek agaknyer.

benda tu lama dah berlalu.. aku pon dah mengagak.. tapi kenapa aku rasa gigil bila hakikat sebenar muncul depan mata.. adakah sebab aku masih belum dapat lupakannya sepenuhnyer..?? atau cemburu melihat dia bahagia..?? entahlah.. aku hanya mampu berdoa moga Allah kuatkan diriku dalam menempuh dugaan dan cobaan di dunia ni.. amin..U_U


dulu aku selalu baca pengalaman orang. sekarang bila benda tu jadi kat aku, aku jadi paham apa perasaan mereka yang terkena. entahla aku pon tak pasti. nak kata sakit tak de pulak aku menangis. nak kata hepy tak de pulak aku ketawa. terkejut..?? mungkin jugak. tapi bukan ke aku dah lama mengagak yang benda ni dah berlaku. kenapa masih aku rasa gigil satu badan..?? mungkin jugak sebab kesejukan air cond malam tadi agaknye. ngeeee~

apa pon mudah2an dia bahagia dengan pilihan hatinya dan semoga aku juga jumpa kebahagiaan aku. kita hanya merancang. tuhan yang menentukan. jodoh pertemuan di tangan tuhan. moga Allah kurniakan kepada aku seseorang yang mampu didik, ajar dan bimbing aku kejalanNya. amin..

Selamat Pengantin Baru..^_^


Sunday, January 6, 2013

keseorangan dalam KTM


yeahhhh..!!! finaly I'm home..!!!!

akhirnyer dapat jugak aku balik rumah. setelah hampir 2 bulan terperangkap dalam UMP Pekan tu. semester ni memang sem yang paling busy yang pernah aku tempuh sepanjang hampir 4 tahun kat sini. bayangkan study week is time for student to finalize subject for exam. tapi for this sem study week is for student to done their lab report, thesis and whatsoever. giler kentang nak buat semua benda dalam masa singkat. dahla semester nie exam dekat2. memang la untung dapat balik awal. tapi penat dia aku rasa kalau dapat tidur sebulan pon tak cukup. ngeeee~

untuk semester ni jugak aku banyak buat rekod tak tidur dalam tempoh 24jam. memang bengong kepala otak aku dibuatnyer. ini la penangan student engineering. kalau tak bengong tak sah. tidur dah macam keja sambilan je. kadang tidur kadang tak. kalau tidur alamatnyer tak jadi la kerja. kalau nak "A", kena kurang tidur, kurangkan nengok cerita dan avoid perkara largho. agak2nyer boleh hidup ke kalau macam tu. kalau aku boleh giler dibuatnyer. heeee~

alhamdulillah habes je exam haritu aku banyak dapat berita gembira dari lecturer2 aku. yang paling mengembirakan, kerja tungkus lumus tunggang terbalik aku berhasil membuahkan "A". bila aku cakap aku SV dengan en sekian2 ni ramai macam pikir hebatnyer ko sebab berani pilih en sekian2 sebagai SV. bukan susah ke dengan dia..? tak dinafikan susah memanglah susah. tapi kesusahan yang dia beri tu sebenarnyer kesenangan untuk dikemudian hari. aku tak kesah. janji aku dapat belajar untuk buat yang terbaek. nanti di masa depan tak mustahil aku kena benda yang sama dengan majikan pulak. so better praktis dari sekarang. hehe..

tadi masa perjalanan balik aku sempat amik video dalam KTM. alang2 tengah alone dalam gerabak. kalau dulu aku attach gambar je. nak negok klik SINI. tapi tetiba dapat idea kalau buat video pon best gak. baru nampak real macam mana sunyi nye bila dah sampai hujung2 landasan. huhu..


I'm happy coz at last I'm home.. heeee~^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez