Friday, June 13, 2014

cuti sekolah yang lalu..


Untuk tahun ni tak sangka bapak aku nak bawak kami sekeluarga bercuti. Dah lama tak jalan jauh2 ni. Paling jauh pon kuantan. Tu pon sebab hantar adik aku. 

Untuk post kali ni pun aku nak biarkan gambar bercerita. Lokasi Pulau Pinang. Heeeee~


Merasa la jugak naik jambatan kedua Pulau Pinang. Panjang giler. Ngeeeee~


Jauh kereta kesayangan aku berjalan. Dah sampai Penang dah dia. Hoho..


Sempat jugak pekena nasi kandar line clear. Terbaek. Sedap hingga menjilat jari. Huhu..


Ni nak habaq kat hangpa semua. Ibu kami ni boleh dikatakan separuh penang mari. Kiranyer kami balik kampung jugakla. Sebab arwah nenek kami orang penang. Kalau dok caya tengok hidung ibu kami. Mancung habaq hang. Ngeeeee~

Family vacation..^_^



Thursday, June 12, 2014

dating dengan bodyguard.. heeeeee~


Walaupon aku tak de pakwe tapi tak bermaksud aku tak boleh dating. Sekali dua orang pulak tu. Hehehehe..

Malas nak cerita panjang2. Jom tengok gambar. Lokasi Taman Negara Shah Alam. Huhuhu.


Mamat kat atas ni selalu jadi pembaca setia blog aku. Tapi hari ni dia berjaya masuk dalam sini. Hohoho.

The bodyguard.. ngeeeee~





Wednesday, June 11, 2014

Jam tangan Raya 2014


Sebelum ni aku ada post pasal iklan jam tangan Zalora Malaysia. Jadi aku pon takkan nak post jer tanpa tengok ape yang aku duk iklankan. Tengok punyer tengok akhirnyer melekat kat dua jam ni.


Pergh memang berbaloi la shopping kat Zalora. Senang dan paling penting efficient.  Sebelom nak deliver telefon dulu. Lepastu delivery sampai pon ontime. Tak perlu risau kena tipu sebab bayar masa delivery. Buatkan aku rasa addict nak shopping kat Zalora. Naseb baek fulus tengah non ado sekarang ni. Huhuhu.


So untuk first timer yang nak shopping kat Zalora boleh amik kod ni untuk diskaun 15%. Untuk first timer je tau.

ZBAPCbg

Jom ramai2 shopping raya kat Zalora.. huhu..



Tuesday, June 10, 2014

Kawen..?? bila..??


Tia.. tia.. tia..

Mane la kau sampai sekarang tak de siapa yang nak. Suka sangat momokkan orang dengan Hutang PTPTN ko tu. Agak2 de ke yang sanggup. Hahahaha..

Tu maknanyer dia tak sudi menerima aku seadanyer. Bagi aku nak carik seseorang untuk dijadikan suami, dia kena la terima baik buruk diri aku ni. Salah satu kekurangan yang aku ada sekarang ialah muda2 lagi dah banyak hutang. Huhu..

Ramai tak paham bila aku keluarkan ayat

"Siapa yang nak jadi teman sehidup semati aku kena sudi tolong aku bayar hutang PTPTN"

Aku gunakan perkataan 'tolong' kat situ bawak dua maksud.

1. Tolong paham yang aku kena kerja keras untuk bayar hutang.
2. Kalau tak boleh tolong yang pertama baru la dia kena tolong aku langsaikan hutang aku dengan duit dia.

Buat pe aku belajar tinggi2 tapi last2 nak mengharap orang jugak. Baik aku lepas SPM terus suruh ibu aku carikan laki. Tak payah pening2 pasal hutang.

So target aku sekarang nak kumpul duit untuk bayar hutang yang ada. Lantak la orang nak cakap aku ni kedekut ke pe. Janji aku berjaya langsaikan hutang dalam masa sesingkat yang boleh.

Aku sebenarnyer tak pikir sangat soal pasangan hidup ni. Lagi2 aku ni masih lagi trauma dengan pe yang jadi dulu. Tapi disebabkan mulut2 orang sekeliling yang buat aku pikir camner nak buat dorang berhenti. Sampai aku jadi lali bila dikenen kenenkan dengan sesiapa pon. Aku hanya mampu senyum dan gelak. Sebab aku dah tak tau nak bagi respon pe.

Kenen mengenen benda yang paling aku tak suka sebenarnyer. Sebab benda ni banyak buat aku hilang kawan lelaki. Baru jer nak rapat tetiba jadi renggang pasal benda ni. Kalau ye pon tak nak kat aku tak payah la sampai camtu sekali. Aku bukannyer jenis cepat sangat nak perasan orang tu suka kat aku ke pe. Niat aku nak berkawan je pun. Adeih..

Bukan tak de yang mengorat. Tapi aku terpaksa menolak. Bukan bermaksud nak jual mahal. Untuk usia aku sekarang ni aku tak pikir nak kaple2 bagai. Bagi aku, aku hanya terima lelaki tu bila dia dah berjaya cakap aku terima nikahnyer Maizatul Khiftia binti Amirrudin bla bla bla... masa tu baru aku bukak hati aku seluasnyer untuk dia. Siapa dia tu hanya Allah jer yang tahu.

So sekarang get ready untuk jawab soalan cepu emas masa raya nanti. Angguk2 geleng2 la jawabnyer. Heeeeee~


Masih forever alone.. ngeeeee~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez