Friday, May 23, 2014

Jam Tangan Eksklusif Online


Rezeki bulan 5. aku di invite oleh Zalora Malaysia untuk publishkan satu post pasal Jam tangan. macam tak percaya blog cabuk aku ni ada yang berminat. tu la yang dinamakan rezeki. alhamdulillah.

********************



Dalam masa beberapa bulan sahaja lagi kita akan mula menyambut bulan Ramadan. Ini bermakna selepas itu kita akan meraikan hari yang cukup istimewa pula iaitu Syawal! Pastinya pada saat ini pun ramai antara kita sudah mula membuat persiapan untuk persiapan untuk sambutan Hari Raya. Kebiasaannya sudah pasti ramai akan memberikan sepenuh perhatian ke atas kediaman masing-masing. Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita di mana kita akan membersihkan rumah dan membuatnya kelihatan cantik bagi sambutan Aidilfitri. Namun sudah pasti Hari Raya akan kurang bermakna tanpa koleksi baju raya terkini.

Meriahkan sambutan Lebaran anda dengan koleksi baju raya 2014 yang mana anda boleh dapatkan dalam pasaran sekarang. Antara koleksi pakaian tradisional yang menjadi pilihan untuk musim perayaan ini sudah pastinya baju kurung moden, baju kurung peplum moden, baju kebaya, jubah moden, Baju MelayuTeluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Anda boleh dapatkan ini semua hampir di mana-mana sahaja kedai pakaian dan butik terkenal.

Namun pastinya penampilan anda tidak lengkap tanpa sebarang aksesori. Mari serikan penampilan anda di pagi raya dengan koleksi jam tangan terkini 2014. Di luar sana anda boleh dapatkan pelbagai jenis jam tangan untuk lelaki dan wanita. Antara jenis jam yang paling popular dalam kalangan pembeli ialah sport watches, dress watches, casual watches, digital watches, chronograph watches dan analogue watches. 


Dengan segala jenis persiapan yang perlu anda lakukan pastinya sukar untukmencuri-curi masa keluar membeli-belah terutamanya jika anda jenis yang bekerjaya. Disebabkan itulah online shopping diperkenalkan dan trend ini semakin popular di Malaysia. Buktinya terdapat banyak website online shopping Malaysia di luarsana di internet. Dengan shopping online anda kini tidak perlu lagi keluar untuk membeli-belah. Sebaliknya anda boleh buat pembelian di mana-mana sahaja anda rasa selesa dan pada bila-bila masa juga! Bukankah ini lebih seronok?



Beli koleksi jam tangan eksklusif daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa dan tempatan secara online di Zalora. Mereka menawarkan koleksi watches online yang cukup menarik dengan pelbagai jenis, size dan rekaan yang pastinya akanmenambat hati anda! Apa tunggu lagi? Layari website Zalora Malaysia sekarang juga!

********************

waa..!!! pe lagi. jom ramai2 shopping online. berbaloi baloi kot. aku antara orang yang suka shopping online. sebab sangat senang dan alhamdulillah berbaloi. aku pon sempat gak usha jam2 dalam jam tangan ni. pergh lawa2 kot. harga pon boleh tahan. so apa lagi jom online shopping..!!!!! huhu..

jom shopping kat ZALORA Malaysia..!!!!!


Wednesday, May 21, 2014

bila gadis melayu meraban kat twitter


habislah bila orang yang jarang tweet tiba2 meroyan kat twitter. habis semua citer lama terkeluar. tapi tak sangka bulan ni genap 4 tahun benda tu berlaku. 

sila baca dari bawah ke atas


yang ni pon baca dari bawah ke atas.


Semoga satu hari nanti aku ada jawapan bila orang tanye bila nak kawen.. ngeeeee~

p/s: twitter : Atia Amir Hassim

Tuesday, May 20, 2014

Di Bawah Lindungan Kaabah


"Hello ni Nur Khiftia ke.. saya Farid dari Pertahanan Awam.. bla.. bla.. bla.."

mabuk pe tetiba malam2 buta ade pertahanan awam pulak telefon. setahu aku tak pernah pulak aku mohon jawatan pertahanan awam. lagi pun malam2 buta pulak kol. aku dah pelik. tambah2 lagi siap panggil aku Nur Khiftia. bila masa pulak aku tukar nama..?? huhu

rupanyer panggilan dari junior UMP nak ajak pergi tengok teater kat Istana Budaya. mula2 duk pikir nak pergi ke tak. tapi kalau tak pergi rugi la pulak. nak pergi tapi tak tau jalan. cuba ajak staf2 lain masing tak minat nak tengok teater. mahal katenyer. baik tengok wayang. mungkin dorang tak tau macam mana nikmatnyer tengok teater kot. aish..

tapi disebabkan kepingin bangat nak tengok teater aku gigihkan jugak hati untuk pergi. kebetulan teringat yang dila pon kerja kat Sungai Buloh. tapi no tepon pulak takde. duk belek henset banyak kali tapi tak jumpa. jadi gigih mesej sesapa yang terlintas kat kepala. alhamdulillah akhirnyer dapat jugak. heeee~

maka lepas habis je kerja, baju pon tak sempat nak salin, dengan berpandukan waze kitorang pon pergi ke Istana Budaya. banyak kali jugak sesat. tapi alhamdulillah sampai jugak. ngeeeee~


yang bestnyer sempat berselfie dengan yasmin hani. mula2 tak tau dia antara pelakon. yela duduk jauh. nampak pon sayup2 jer. tapi yang paling best bila upload gambar tu kat instagram antara pengelike gambar tu ialah beliau sendiri. padahal aku tak hashtag pon nama dia. ngeh3..


sekarang aku tengah menunggu tayangan bulan depan. hopefully aku berpeluang untuk tengok. huhu..

hobi baru.. huhu..



Wednesday, May 14, 2014

Matrikulasi pilihan terbaek yang pernah aku buat..^_^


Dia datang lagi.. hahahaha..

Ok sekarang ni dah start musim budak2 lepasan SPM berkira-kira sama ada nak sambung belajar kat matrik atau pon sambung amik diploma. no wonder traffic blog yang hampir nak usang ni tetiba mencanak naik. heeeee~

tak payah pening2 kepala. yang dah dapat masuk matriks tu terima jela. jangan nak mengada jual mahal pulak. tak payah dengar sangat cerita2 orang dulu2 tu. dongeng semata. jangan samakan diri dengan orang lain. belum cuba belum tau. dah cuba rasa rindu. hehehe..

Malas nak membebel pasal betapa bestnyer matriks ni. sebab dah terlalu banyak membebel pasal benda tu sebelum ni. kalau nak tau cerita rajin2la selak helaian lama blog ni yer. huhu.

Tujuan post ni ditulis sebenarnyer nak cerita betapa happynyer rase bila setelah hampir lebih 5 tahun lepas aku graduate dari Kolej Matrikulasi Perak (KMPk), akhirnyer Allah jodohkan aku untuk bertemu mereka2 yang menceriakan hari2 aku di matrik dulu. segala kenangan dan cerita zaman matriks dulu2 semua di flashback semula. gelak tangis suka duka sepanjang kat matriks disingkap satu persatu. only in matriculation you can feel those moment. seriously..!!!!


sebelum berpisah kami sempat berselfie dalam kereta. anak2 aku yang duk jaga kereta aku selama ni pon sekali duk interframe.


rindu sangat2 kat mereka. semoga lepas ni ramai lagi budak2 matrik yang lain dapat join sama2. kalau boleh teringin nak buat convoi pergi KMPk. semoga satu hari nanti Allah bagi kami rezeki untuk buat camtu.

sayang korang sangat..!!!!

p/s :Al-Fatihah untuk
rumate aku masa matriks dulu, Siti Hasmah Hamid dan juga bapa kepada kawan baik aku yang baru je meninggal dunia baru2 ni.

Al-Fatihah



Sunday, May 4, 2014

Havoc di KLCC..


lama sungguh rasanyer tak membebel kat blog ni. buzy mengalahkan menteri. ni la adat orang bekerja. patutla orang cakap belajar lagi seronok dari bekerja. aku dah rasa nikmatnyer macam mana. aduhai la nasib badan. hampir tak larat nak menanggung. tapi demi memikirkan masa depan ku gagahkan juga diri ini. chewah..

ok sudah2 mengarut. aku nak throwback cerita bulan 3 haritu. setelah hampir 5 bulan tak jumpa akhirnyer KLCC menjadi saksi pertemuan kembali 3 sahabat gila2. seronok rasanyer dapat berjumpa. rasa hilang semua problem ngan penat lelah masa kerja. bila jumpa balik dorang rasa diri ni kembali jadi kanak2 semula. barulah rasa nikmat gelak ketawa senda gurau. rindunyer saat2 tu.


tengokla betapa havoc nyer kitorang. yela lama dah tak jumpa. bila dah jumpa terus lupa semua benda. rindu giler kat dorang.

semoga kami berjaya menggapai cita2 untuk menjadi engineer wanita yang berjaya. amin..

harap dapat jumpa dorang lagi..U_U


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez