Monday, June 25, 2012

menyingkap kenangan sekolah - Hoore Hoore..!!


minggu lepas baru jer dapat peluang tengok cerita nie. seyes aku cakap aku sangat2 suka cerita nie. sebelum nie tak ada satu pown cerita musikal malaysia yang aku minat. sebab tak pernah memenuhi citarasa. tapi cerita nie memang terbaek. mungkin jugak lagu sudirman menjadikan cerita nie lebih kuat. susunan lagu dalam cerita nie sangat menarik. teringat zaman sekolah dulu2.

sinopsis

Filem muzikal ini mengisahkan seorang wanita Nurul Iman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi hati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Iman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan. Mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Iman bernama Nenda Zaimah dan tinggal bersama mereka.

Di sekolah Iman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Iman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang cantik dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Iman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Iman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Iman juga menyertai pertandingan itu, pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Iman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang dingin akan niatnya itu.

sumber murai.com.my 

jalan cerita pown agak menarik. pelakon yang dipilih pown sangat sesuai dengan watak. sense of humour dia pown menjadi. paling suka ngan watak yang dipegang Fauziah Nawi. seorang nenek yang sangat penyayang dan kelakar. nak tergelak giler2 masa adegan Fauziah Nawi terbabas motor. cara dia sampaikan dialog memang buat aku nak tergelak tak henti2.

tapi sedih masa babak di mana watak Fauziah Nawi dimatikan. hampir buat aku mengalir air mata jugakla. lagi2 masa babak aiman nyanyi lagu masa final pertandingan ratu impian. dia nyanyi lagu tue untuk nenek dia. seyesly memang terbaekla. aku bagi 5 bintang untuk cerita nie. huhu..

bila tengok cerita nie teringat masa sekolah dulu. cikgu2 gigih ajar kitorang lagu Sudirman untuk koir. sampai sekarang walaupon bukan keseluruhannya, aku masih ingat lagi lagu2 nie. lagi2 lagu basikal tua. huhu.

HOOre HooRe..!!!!


gabra, nervous, gugup kat tempat LI..

tak pernah dalam hidup aku rasa sesegan nie. kalau kat UMP aku ada alia ngan izati. kalau ada dorang tak adala aku segan sangat kalau berdepan dengan orang baru. tapi bila sorang2 nie ak jadi tak tentu arah. tak tau nak watpe. last2 amik keputusan diam jela. entah bila entah aku jadi pendiam. aish..

sampaikan bukan mulut jer masalah. pergerakan aku pown. muka tak gatal pegi garu. mata tak masuk habuk pown pergi buat2 macam masuk habuk. tudung dah ok pergi betul2kan. adoyai tak keruan jadinyer. sikit2 terkejut. nie bukan diri aku yang sebenanyer. ape jadi..?? adeih


apa pown aku doa agar aku dapat adapt apa yang akan aku lalui selama 3 bulan kat sini. bergaul dengan orang baru bukan benda baru untuk aku. tapi kenapa aku jadi macam nie. dulu masa masuk PLKN, KMPk, ngan UMP ok jer. tak de masalah pown. mungkin jugak sebab aku tak jumpa orang sekepala ngan aku. entahla.

ya Allah semoga aku dapat mengawal diri aku dari lakukan benda2 yang salah. amin.

Friday, June 22, 2012

sambungan kisah seorang gadis melayu..

kalau tengok balik tahun nie aku dah kurang berblog. mula2 disebabkan kebizian melanda. tapi lama2 bila dah lama sangat tak mengupdate aku jadi malas nak mengupdate. susah betul nak cari balik mood nak berblog. bila tetiba rasa nak update tak ada cerita pulak nak tulis. mungkin sebab benda yang sama jer aku tempuh hari2 kat UMP Pekan. tak ada beza.

sekarang nie aku berusaha sikit2 untuk mencari mood berblog. aku jugak tengah usaha untuk carik balik rentak berblog aku. berblog bukan sekadar menulis cerita kosong ye tak. kena ada isi. kalau tak tak ada la pelawat atau follower yang nak singgah membaca. baik tulis diari jer. heeeee~

disebabkan sekarang nie jugak aku menghadap laptop jer kejanyer. jadi rasanyer tak jadi halangan untuk aku terus mengadap blog aku nie jugak kan. rindu sangat kat blog nie. rasa suram sangat. sian dia. hehe.

kisah seorang gadis melayu will continued.. huhu..

Thursday, June 21, 2012

latihan industri first week..

cepat betul masa berlalu. tak sangka dah masuk ari ke empat aku kat tempat baru. kalau korang bace post aku sebelum nie korang pahamla kot apa yang aku maksudkan. hehe..

hari pertama agak 'hell' jugak bagi aku sebab aku tak prepare apa2. henfon pon aku lupa nak charge. naseb baek ada second phone. laptop tinggal sebab pikir first day mesti banyak benda kena buat sampai tak sempat nak bukak laptop. tapi hakikatnyer sampai2 jer dapat tau supervisor aku ngan semua team engineering company tue outstation. yang lagi memedihkan dan menakutkan, aku dapat tau aku sorang jer student yang buat latihan industri kat situ. owh tidak..

kesimpulannyer memang first day tak payah buat apa2. duduk sorang2 kat cubicle baca manual sampai tertido. kebetulan malam sebelom tue aku dapat tidur sekejap je sebab nenek aku sakit kat hospital. mula2 segan gak ngan kerani company tue. tapi naseb baek diorang semua sporting giler. staf kat company nie tak ramai. naseb baek ramai perempuan. 

hari kedua baru aku berpeluang jumpa supervisor aku. orangnyer nampak cool. agak comel. suka tengok muka dia. tapi first impression aku tentang dia aku rasa dia seorang yang tegas. yela agak2 la aku dapat tau dia ketua untuk team engineering kat company tue. perempuan tue. memang respek giler la. takut dalam hati nie jangan cakap la. berdebar pown ada. sampai apa yang dia cakap kat aku, aku hanya mampu angguk ngan geleng jer. blurr sekejap masa tue. tambah blurr bila dapat tau totally team engineering adalah lelaki. lagila aku tambah respect ngan supervisor aku.

tak sangka buat masa nie aku hanya buat kerja ofiz jer. printing, binding, scanning. tapi melalui semua tugas yang supervisor aku bagi kat aku tu buat aku paham selok belok dalam company tue. naseb baek company kecik. kalau besar memang aku sesat dahla. alhamdulillah semua staf kat situ sangat sporting ngan opening. walaupon kebanyakan dorang dah berkahwin. dorang banyak tolong aku yang maseh dalam keadaan malu2 kucing nie.

muka blurrr2... mata ngantuk.. tapi tahan jela.. heeee~

hari ketiga lak aku diberi tugasan untuk kaji pasal gas yang digunakan company tue dalam alat dia. memang berpinar gak lak mata duk carik maklumat. boleh dikatakan dari pagi sampai tengah hari aku habeskan masa dengan carik benda tue jela. tapi tak pe sekurangnyer benda tue buat aku ada idea dah untuk final year project aku. cuma tak pasti sesuai ke tak. lagipon masih awal lagi untuk amik keputusan. idea tue dah ada la sikit2. huhu..

hari nie hari keempat. tak pasti apa yang akan berlaku. walau apa pon yang berlaku harap aku dapat laluinyer dengan kuat dan tabah. nie first time aku bekerja. sebelum nie memang tak pernah lansung. jadi kira pengalaman pertama aku bekerja. first company, HRH (M) Resouces Sdn Bhd, tenkiu for accepting me as part of your company. walaupown untuk seketika cuma. ngeeeee~

latihan industri aka internship.. heeeeeee~

Thursday, June 14, 2012

3 tahun dah berlalu..

cepat betul masa berlalu. tak sangka akhirnya aku dah abeskan masa 3tahun kat UMP. dalam beberapa bulan je lagi aku akan bergelar pelajar tahun akhir. excited ada nervous pon ada. 

tapi sebelum tue aku kena melepasi satu cabaran yang bagi aku agak berat la jugak. latihan industri. adoyai. seumur hidup aku belum pernah lagi ada pengalaman bekerja. ni yang buat aku tambah nervous and takut. seriau bila terbayangkan apa yang akan terjadi nanti. Ya Allah permudahkanlah urusan ku nanti. amin.

masa nak mencari tempat latihan industri tu macam2 berlaku. aku hampir tak dapat tempat kat mana2. alhamdulillah aku berjaya mendapat tawaran latihan industri kat HRH (M) Resources. terletak kat seksyen 27 Shah Alam. agak jauh jugak dari rumah aku. tapi tak pe la janji dapat jugak tempat.

maknanya cuti semester kali nie aku tak bercuti la. puasa, raya nanti kena bekerja la. adeih...

cabaran baru yang aku akan tempuhi. semoga Allah sentiasa melindungi aku dari perkara2 buruk dan yang tidak diingini. semoga aku kuat menempuhi segala cabaran yang akan aku hadapi kelak. 

nervoussss....>_<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez