Wednesday, February 18, 2015

Turun 15kg Dalam 30 Hari..???!!!!!


Agak2 la kalau nak menipu pon. Even ko bayar beribu kat London Weight Management pon takkan dapat turun berat selaju tu. Ni kan pulak dengan produk yang tak seberapa nilainyer. Memang la bagi aku mahal nak mampus. Tapi masih dikira murah kalau nak dibandingkan dengan yang expert. huhu.

Teringat kata2 seorang akak ni.

" kita amik lebih 20 tahun untuk gemuk. tapi kenapa kita nak turun berat dalam masa sehari je..??"

Bila renung balik kata2 akak ni memang ada betulnyer. Kenapa kita nak menyiksa badan. Diet tak makan nasik la, diet atkins la, puasa tiap2 hari la, dan macam2 lagi cara diet yang bahaya. Target nak kurus dalam masa singkat. Yes mungkin kau boleh kurus. Tapi agak2 boleh ke maintain..??

Ramai je kawan2 aku yang aku tengok amalkan diet2 ni. Yes dorang kurus. Tapi sekejap je. Then dorang gemuk balik. So ape faedahnyer diet extrem macam tu. Buat seksa badan jer. hihi..

Tahan makan tapi senam tak nak. Tu salah satu sebab kenapa yang kurus boleh jadi gemuk balik. Bukan pasal metabolism jadi rendah ke pe. Tapi sebab salah teknik. Dah kurus pergi bantai makan banyak balik. Balas dendam katanyer. heeeee~

So apa yang aku buat sekarang, aku masih lagi makan macam biasa. Nasi wajib kena ada. Tapi aku cuba dari hari ke sehari kurangkan portion. Kalau dulu makan sampai 4 senduk nasik. Tapi sekarang kurangkan jadik sesenduk setengah jer. Kalau dulu lauk sampai 4 jenis, sekarang aku kurangkan jadi 2 jer. Kat sini bukan je aku dapat kurangkan berat badan tapi aku dapat jimat duit jugak. hehehe..

Yang paling wajib sekali air kena cukup. Paling kurang aku cuba minum 3 liter sehari. Dengar macam susah. Tapi tak mustahil. ramai orang pikir tak kembung ke minum sampai 3 liter? Kalau minum sekaligus 3 liter bukan nama kembung je, lemas pon boleh. 24jam tu kira panjang masa dia. Agak2kan la dalam sejam mampu minum berapa. Cuba perlahan2 lama2 akan jadi biasa. Yang bestnyer bila minum air banyak2 konfem pergi toilet pon banyak kali. Tak payah minum teh kurus pon. ngeeeee~


Target aku hari2 aku akan minum 1.5liter pagi and 1liter petang. Pastu selebihnyer ikut keperluan bila haus tak pon masa makan. So aku berjaya minum lebih dari 3 liter 1 hari. huhu.

Kat sini aku nak tekankan sebenarnyer nak gemuk senang nak kurus pon senang. Tapi teknik kena betul. Jangan main hantam je. heeee~

Misi Jom Kurus masih berjalan. huhu..^_^




Monday, February 16, 2015

Pada Suatu Masa Dahulu


Sesiapa yang mengenali aku tahu macam mana takutnyer aku kalau mula nak berkawan dengan lelaki. Even masa kat UMP pon aku banyak habiskan masa dengan kawan2 perempuan. Bukan maksud aku tak suka berkawan dengan lelaki. Tapi aku lebih selesa berkawan dengan perempuan. Yela dah kalau adik beradik semua perempuan. Sekolah dulu pon semua perempuan. Aku pernah jadi seseorang yang tak kenal siapa tu lelaki. heeeee~

Percaya tak kalau aku cakap kawan baik aku yang pertama masa kecik2 dulu ialah lelaki..??

Dulu alkisahnyer depan rumah aku tinggal satu family cina. Sebenarnyer dorang masih lagi menetap sampai sekarang. Disebabkan duduk depan rumah, jadi secara automatiknyer aku berkawan rapat dengan anak lelaki keluarga tu. Aku tak pasti masa tu umur mamat tu berapa tahun. Yang pasti aku dalam lingkungan 3 hingga 5 tahun. 

Hampir setiap hari mamat cina ni datang rumah aku. Aku, dia ngan adik aku kitorang main sama2 macam adik beradik. Masa tu tak timbul lansung isu kaum ke pe. Ibu ngan apak pon masa tu macam tak kesah sangat. huhu..

Ingat lagi ada satu hari tu kitorang main dukung2. Mamat cina ni dukung adik aku. Entah apa silapnyer, dengan secara tak sengaja tangan adik aku terseliuh. Kesian dia sebab rasa serba salah. Tapi nasib baek kami tetap berkawan. Pernah sekali tu aku terdengar ibu aku berborak dengan mak dia. Macam mana kalau nanti dorang besar. Kalau kahwinkan senang kenduri depan rumah. heeeeee~

Tapi tu semua cerita pada suatu masa dahulu. Masa aku umur 6 tahun tetiba dia menghilang macam tu jer. Mak ngan ayah dia cakap dia pindah rumah sedara. Aku pon tak sure kenapa. Tapi yang pasti lepas tu aku tak berani tanya dia kat mana. Sampaila harini. Misteri kehilangan dia masih menjadi misteri. Dah lebih 20 tahun dia menghilang.

Alkisahnyer bermula pagi tadi. Masa aku nak keluarkan kereta, tetiba ada satu kereta hitam halang dari belakang. Parking betul2 depan rumah auty ngan apek depan rumah. Aku jadi bengang kenapa parking kereta tengah sangat. Ibu aku jawab suka hati la depan rumah dia. Aku pun hairan sebab jarang aku nampak rumah depan ni ada kereta. Pastu ibu aku cakap kereta tu "Ati" punya. Berderau darah dengar. Tapi nasib sempat kontrol cool.

Betul ke dia dah balik..?? Tak sempat nak siasat sebab aku dah nak pergi kerja. Balik rumah pon hari rabu ni. Sebab khamis cuti. Adeih.



So moral of this story masih kekal misteri. betul ke dia dah balik selepas 20 tahun berlalu..?? ngeeeeee~


Thursday, February 12, 2015

Umur bukan pengukur kematangan


"Big Big World" 

 I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do do feel that
I do do will miss you much
miss you much... 

 I can see the first leaf falling
It's all yellow and nice
It's so very cold outside
like the way I'm feeling inside 

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do do feel that
I do do will miss you much
miss you much... 

Outside it's now raining
and tears are falling from my eyes
Why did it have to happen?
Why did it all have to end? 

 I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do do feel that
I do do will miss you much
miss you much... 

 I have your arms around me warm like fire
but when I open my eyes
You're gone... 

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do do feel that
I do do will miss you much
miss you much... 

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do feel I will miss you much...
miss you much...

Favourite lagu masa putus cinta dulu. Hasilnyer aku memang membesar. Tapi tang badan. Padahal dalam lagu ni 'BIG' bawak maksud matang. hehe..

Aku sendiri tak tau bila kematangan tu akan ada dalam diri aku. Lagi2 bila berkawan dengan budak2 SL1M Putrajaya Holdings. Hancurrr.. hehehe..

" Korang ni student ea..??"

" Kenapa..??"

" Saya tengok korang suke gelak2. Pastu suka buat lawak kampus.."

"~ gulp~"

Jelas nampak yang kitorang tak sedia lagi untuk matang. Tapi tak bermakna kami tak professional dalam bekerja. Bak kata Nora Danish muda cuma sekali. Kitorang kat Putrajaya ni pon cuma setahun.. huhu..


Hap'pening'..>_<

Friday, February 6, 2015

Lemak lawan Otot


" Tak nak la joging.. Nanti otot kaki makin besar.. Mesti nanti nampak lagi gemuk.."

" Tak nak la exercise.. Buruk nanti nampak otot.."

" Kenapa badan dia kecik tapi berat lebih kurang aku jer..??"

Pernah tak korang terpikir semua ni..? Ni la apa yang aku pikir dulu. Tak nak bersenam tak nak joging sebab pikir nanti berat makin naik. Kononnyer kalau badan berotot nampak buruk. Padahal tak pikir lemak tu cantik pulak la kan.


Baru2 ni aku terjumpa gambar kat atas ni.  

Owh.. Rupanyer macam tu. So agak2 mana lagi baik..??

Dah tengok gambar atas ni konfem la target nak bina otot. Insaf sebab sangka buruk dengan otot. Maafkan aku wahai otot2. hehe..

Lagi satu ramai jugak pikir cantik ke kalau perempuan badan "katang"..??

Untuk pengetahuan korang bukan mudah untuk perempuan dapat badan "katang" macam lelaki. Melainkan kalau perempuan tu memilih untuk jadi "katang" dengan mengamalkan supplement2 untuk "katang"kan badan. harga supplement2 tu pon bukan calang2 punya harga. heeee~


So apalagi.. Jom workout.. huhuhu..^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez