Friday, September 28, 2012

home sweet home..

yeah I'm home. entah bila entah aku terkena penyakit homesick. padahal sebelum ni tak pernah pon. dulu lagi aku suka duduk jauh. tetiba jer sekarang ni laen. heeee~

ni mungkin gara2 terbiasa 3 bulan duduk rumah. sedap makan, sedap pakai, sedap tidur. bila balik UMP rasa semua pahit jer. jadi menjelmalah penyakit homesick tersebut. kalau dulu sedaya upaya cari alasan nak stay kat UMP masa cuti. contohnyer cuti semester tahun lepas aku buat short semester sebab tak nak balik rumah punya pasal. macam2 lagi la alasan aku cari. tapi sekarang laen dah.

balik kelas pukul 10pg. naik bas ke gambang pukul 11pg. carik tiket bas paling awal ke Kuala Lumpur. malas nak turun Shah Alam sebab boring. sampai Kuala Lumpur naek Monorel pergi KL Sentral. kat KL sentral naek KTM pergi Port Klang. dari Port Klang naek teksi balik RUMAH..!!! weeehuuuu..

tapi kat atas tue rancangan semata. yang terjadi laen la pulak. habis kelas pukul 10. lepak dalam bilik konon nak ngemas sampai pukul 1. lepas solat Zohor turun pergi panaskan enjin kereta kak efa sambil tunggu dia kat kereta. pukul 2 pergi fakulti amik kad diskaun 1 Malaysia. sampai UMP Gambang jumpa adik aku kejap bagi barang. sampai KK4 naek bas pukul 4 ke Kuala Lumpur. kat Pekeliling tumpang pakwe wani pergi KL Sentral. kat KL Sentral solat then makan ice cream, naek KTM pukul 8.25. sampai Port Klang my daddy amik lalu ke KFC rasmikan kad diskaun 1 Malaysia. lastly home sweet home.

rancangan aku punya la pendek. tapi yang terjadi panjang berjela la pulak. sebab tu la aku suka turun Kuala Lumpur. kalau turun Shah Alam lagi pendek la cerita. ngeeee~

asalnya nak masukkan gambar untuk entry ni. tapi tetiba baru perasan yang aku tak bawak balik USB kabel enset aku. tu la nak sangat berlenggang balik rumah. sampai tak teringat yang benda tu antara benda penting kena bawak pergi mana2. adeih.

apa pon aku bersyukur selamat balik rumah tanpa sebarang benda buruk berlaku. walaupon masih forever alone. alhamdulillah.


home sweet home..^_^

p/s: 3 hari tak dapat bukak blog hampir meroyan.. ngeeee~


Monday, September 24, 2012

teringin nak jumpa naga Tasik Chini.. ngeee~

ok aku tahu aku dah berjanji. I promise.. this is my last outing for this week.. tapi tu untuk minggu sebelumnye. maknanyer aku tak mungkir janji kalau aku outing lagi kan. aku bukan cakap last outing for this month or for this semester. boleh gila kalau duduk je kat dalam UMP ni. heeee~

pada asalnyer aku rancang untuk amik barang kat adik aku yang sekarang selamat belajar kat UMP Gambang. kebetulan housemate aku pulak nak hantar report dia ke tempat praktikal dekat dengan UMP Gambang. alang2 redah sekali. jadi adalah aku teman. tak dela drive sorang2.

lepas je hantar report, kitorang bertolak ke Chini pulak. rumah housemate aku tu. amik barang dia. alang2 dah jejak kaki ke Chini teringin la pulak nak pergi Tasik Chini. tak pernah lagi benanyer aku ke situ. alhamdulillah aku diberi peluang. jadi bermulala fotoshot kitorang di sana.


pemandangan Tasik Chini yang sangat cantik hampir buat aku rasa tak nak balik. tapi hujan tiba2 buatkan kitorang hanya sempat singgah sekejap je. tapi tak pela sekurangnyer sempat jugak kitorang bergambar. heeee~


yang paling best dapat makan bubur lambok special. selalunyer bubur lambok yang aku makan rasa lemak je. tapi first time makan bubur lambok taruk isi ikan. memang terbaekla. 


thanks Ruby and Fira for the great moment. sangat best. seriusly memang enjoy outing dengan korang berdua. huhu..

Tasik Chini awesome la..!!!!^_^

Saturday, September 22, 2012

anda terkena panggilan hangit..!!!

minggu ni masuk minggu kedua aku kat UMP. penat jangan cakap la. hampir gak nak meroyan. tapi usaha sabarkan diri. akhirnya satu kerja dah pon selesai. jadi boleh la aku start tumpukan dengan PSM aku. tapi sebelum tu aku nak rehat dulu. huhu.

tengah duk mamai tahan mengantuk tadi tetiba henset aku bunyi. kusangka ibu ku. tapi nombor office yang keluar. dalam keadaan otak ngah ting tong aku jawab.

aku: hello.. (takut nak bagi salam sebab tak tau siapa)
office: hello, boleh saya bercakap dengan Maizatul Khiftia..? (suara cover2 macho gitu)
aku: ye saya.. (dalam hati macam nak maen2 je mamat ni. tapi siapa..??)

tetiba aku terpikir mungkin staff HRH kot nak maen2. sebab ni no office.

aku: anuar kan ni..?? (maen teka je benanyer)
office: bukanlah..

terpinga-pinga.. then baru perasan henset yang aku pegang ni nombor khas untuk family aku. jadi tak ramai yang tau termasuk staff HRH.

aku: siapa ni ye..?
office: awak kat mana sekarang ye..?
aku: kat dalam bilik atas katil..(aku jawab selamba.. sebab aku soal dia, dia xnak jawab.. geram)
office: yela kat mana tu..?
aku: kat UMP
office: UMP.. kat mana tu??
aku: pahang la..(adeih)
office: gambang ke pekan..?
aku: pekan..
office: blok mana..?
aku: blok F

banyak soal lak mamat ni kan. straight to the point jela.. aiseyman. banyak lagi soalan dia benanyer. panjang pulak post nie nanti kalau details ngat.ngeeee~

office: saya inspektor dari IPD Pekan.
aku: (hah sudah..)
office: awak ada buat salah tak..?
aku: tak de..(dengan konfidennyer.. tapi dalam hati gigil jugak..)
office: betul ni awak tak buat salah..?
aku: konfem tak de..(boleh pulak maen soal2 gitu)

dalam hati masa tu duk pikir siapa la duk pedajal aku ni? suara aku macam kenal. tapi tak ingat siapa. kalau faizal ismail ok gak. tapi rasanyer suara FBI tu lagi sedap.

office: ok la macam ni. awak ada hilang buku tak..?
aku: hah buku..??!!! ada3..!!! (dengan gaya seronoknyer)
office: awak hilang kat mana..??
aku: kafe kot. tak pasti
office: buku awak tu sekarang ada kat sini
aku: kat mana..?
office: pejabat KK5.

adeih. rupanya aku kena prank dengan staf KK5. boley pulak kan maen2. tapi seronok punya pasal aku tak pikir sangat. akhirnya aku jumpa jugak buku tu. tiap2 hari duk mencari tapi tak jumpa2. rupa2 tertinggal kat office KK5. aku pon tak teringat lansung aku pernah singgah sana masa benda tu hilang. hampir nak nanges jugak benanyer bila dapat tau benda tu hilang. alhamdulillah dah jumpa.


 sebenarnyer aku agak pelik. buku ni kalau hilang pon takkan tak de yang jumpa. sebab dalam buku ni aku ada tulis no tepon aku. takkan tak de yang perasan kot. kalau nak buat hak milik pon beragakla. jelas2 ada nama aku. tu yang aku heran giler.


apa pon aku bersyukur akhirnya jumpa gak buku ni. sayang giler kot kat buku ni. sampai nak tulis benda pon sayang. akhirnya kekusutan kat kepala aku memikirkan mana hilangnya buku ni terjawab. alhamdulillah.


next week jom start PSM..!!!! heeee~

Monday, September 17, 2012

I promise.. this is my last outing for this week..

tajuk je omputih. tapi isi melayu ye. hehe.

mentang2lah 3 bulan cuti tak dapat pergi mane2. sampai je sini terus je lepas gian. sebenaryer nie first time dalam masa seminggu kitorang pergi karaoke 2 kali. lepas gian punya pasal.


gigih nyanyi lagu beribu sesalan. tapi banyak tekucil sebab lagu tu susah giler. bikin gelak je. naseb kita2 jer. hehe..


dah dua tahun jugakla aku tak drive kereta manual. tapi entah macam mana cuba gak beranikan diri. alhamdulillah aku berjaya bawak. walaupon sangkut2 jugakla. malu tu memang malu. tapi lantakla. janji aku dapat belajar. huhu.

sempat jugaklah kitorang makan pizza. sebab tau kat UMP jangan haraplah dapat makan sedap2. yang kelakar esoknya aku jadi hamster. orang lunch makan nasik. aku lunch makan kuaci. sabar jela. heeee~

kerja banyak tapi no mood ntuk siapkan.. adeih..>_<

Sunday, September 16, 2012

rindu kenangan KAKOM 08/09

benda ni dah dekat 4 tahun berlalu. tapi kenangan pahit manis KAKOM 08/09 kuat lagi dalam ingatan aku. rindu sangat masa tu. rasa bahagia sangat masa tu. rasanyer tu la kali pertama aku dapat gelak sekuat hati dengan mereka2. 


"awak2.. nak gi mana tu..??"
belum sempat jawab
"nak carik kayu api.. kayu api... hahaha.."
hampeh betol.. adeih..


hahaha. kelakar bila teringat. banyak matriks yang duk sendakan lagu tu. last2 kalah dengan team tu jugak. banyak giler benda yang bila teringat balik buatkan aku gelak sorang2. kadang2 bila rindu aku dengar balik lagu2 tarian kitorang. ulang2 sampai jemu. video pon maseh lagi aku simpan. sayang giler.


nasib baik zaman tu kamera digital dah tercipta. rasanya kalau guna kodak lagi tak dapatlah kitorang nak bergambar banyak2 macam ni. huhu.


last but not least, KAKOM 08/09 yang buatkan aku dapat banyak kawan masa matriks dulu. persahabatan yang terjalin insyaAllah kekal sampai sekarang. dorang yang buatkan hidup aku ceria sepanjang aku bergelar pelajar Kolej Matrikulasi Perak, KMPk.


kalau diberi peluang balik ke masa lalu, mungkin aku akan pilih patah balik ke saat2 ni. kenangan terindah.


rindu nak menari sebenarnyer..>_<

Friday, September 14, 2012

akhirnyer dapat lepas kempunan..

yeah akhirnya aku dapat lepas kempunan karaoke sepuasnyer dengan alia. kali terakhir kitorang karaoke berdua je masa tahun 1 dulu. lepastu bukan kitorang tak pernah karaoke lagi. tapi mostly beramai-ramai. 

memang lepas gian la. walaupon cuma sejam je. sebab tu je yang mampu buat masa ni. beragakla kan nak spend duit. walaupon ptptn baru je masuk. tapi PSM punya pasal aku kena pikir untuk berjimat. 

alhamdulillah hasil penjimatan aku dari dulu buatkan aku tak risau sangat dari segi modal untuk PSM. yang buat aku risau boleh ke aku buat projek tu. aish.


sejak duduk pekan kitorang jarang sangat keluar pergi kuantan. sebulan sekali je yang mampu. kemungkinan semester ni lagi kurang kot. sebab kitorang dah mula kena tumpukan perhatian untuk PSM. hopefully kitorang semua sama2 dapat graduate pada waktu yang ditetapkan. amin.

wish us all the best for PSM..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez