kolot ke prinsip ak kalau...

9:00 AM

kita sebagai seorang manusia biasa punya prinsip masing2. ada yang sama dan ada jugak yang berlainan. tapi adil ke untuk kita judge prinsip orang. suka suki jer kata prinsip seseorang tue kolot atau tak bertamadun disebabkan prinsip dan pendapat seseorang tue berbeza dari kita.

aku antara manusia yang punya macam2 prinsip. tapi yang buat aku bengang ada yang kondem tentang prinsip aku yang satu nie. katanyer aku tak patut ada prinsip macam tue. habestue kalau aku tak de prinsip macam tue senang2la ko nak maenkan perasaan aku kan.

prinsip yang aku maksudkan ialah aku takkan berkawan baek dengan lelaki yang dah ada awek. kalau kawan2 biasa tak pela. tapi kalau jenis kawan yang nak aku mesej 24jam. semua benda aku buat dia kena tau. apa aku nak buat suka hati jer nak halang. yang tu memang aku pantang.

aku bukan suka2 ada prinsip macam nie. nie gara2 aku dah banyak kali terkena. antaranya


kes 1

aku ada seorang kawan baek masa PLKN. masa kat kem memang kami agak rapat. kawan aku tue lelaki. kalau ada waktu lapang kitorang sama2 borak, lepastu dia suka sakat aku. pendek kata memang kami rapat la sampai ada orang kata kitorang nie kembar.

habes jer PLKN kitorang maseh lagi contact each other. tapi jarang2 la. tapi ada satu hari nie dia kol. masa tue aku kat matriks. lama jugakla kitorang borak. lepastue persahabatan terjalin balik. 

nak dijadikan cerita dalam tempoh terdekat lepas dia kol aku tue aku ada mesej dia. aku mesej nak ajak dia borak2. tapi entah macam mana aku rasa pelik. sebab dia layan aku laen macam. setau aku cara layanan dia kat aku agak kasar. sebab aku memang agak brutal masa tue. sampai aku rasa geli geleman pown ada dengan layanan dia yang tetiba gentleman.

last2 dapat tau rupanyer tue awek dia. dorang bertukar henset masa tue. tapi masa tue awek dia cakap kat aku dia tak kesah pown. siap bagi no tepon untuk aku contact pakwe dia. aku pown contact dia. aku bengang jugakla. nasib baek awek dia tak maki aku. kononnyer aku ingat awek dia baek giler. tapi rupanyer aku dapat tau sebabkan aku dorang gaduh. aiseyman. aku tak buat pape pown yang salah. aish.

kes 2

tetiba kawan sekolah rendah aku yang tak pernah rapat lansung ngan aku chat fb ngan aku. siap hye lagi tue. yang buat aku pelik dia be saya awak ngan aku. aku dah mula rasa semacam dah. sebab sebelum nie ada jugak kes yang sama berlaku kat kawan aku yang laen. jadi aku mula kaitkan ngan kejadian tue.

betul sangkaan aku yang chat ngan aku tue bukan kawan aku. tapi awek dia. mulanyer aku guna ayat manis2 la jugak. aku tabur gula dulu. lama2 aku mula tabur serbuk cili. biar dia rasa. dia ingat aku nie perempuan murahan ke nak rampas2 pakwe orang. bercakap ngan pakwe dia pown jarang. nie kan plak aku nak ngorat. memang tak la. kalau hensem, baek, solehah, dan stok2 idaman malaya tak pe jugak. nie aish..

kes 3

aku terkaple ngan pakwe orang. seyesly aku tak pernah tau dia ada awek. setahun kenal dia baru aku tau. sebabkan aku dorang putus. tapi nasib baek awek dia tak salahkan aku. siap berterima kasih sebab selamatkan dia dari lelaki tak guna tue. ish xbaek2.. silap2.. lelaki yang kurang berguna. hihi..

kes 4

abang sayang mai. my love is only for u Maizatul Khiftia. ala si sab tue kawan cik pia. perempuan yang tergila-gilakan abang. abang tak suka pown dia. (tapi sebenanyer tue la awek dia yang sebenarnyer.)

korang rasa kalau korang berada kat tempat aku macam mana..?? adakah korang akan punyai prinsip yang sama. ataupown korang pown sama ngan orang2 yang cakap prinsip aku tue kolot..?? sampai sekarang aku susah nak carik kawan lelaki baru. sebab aku takut terkawan ngan pakwe orang.

kawan2 lelaki aku sekarang nie kebanyakannyer muda dari aku. sampai kawan2 baek aku cakap aku kumpul anak ikan. sengal jer. tapi jujur aku cakap aku selesa kawan ngan dorang. aku tak kesah dorang nak panggil aku kakak. aku siap berkawan baek jugak ngan awek dorang. bagi aku dorang dah macam adik2 aku. jadi aku tak kesah pape pown.

alhamdulillah aku bahagia dengan kehidupan sekarang. apa yang berlaku sebelum nie mematangkan aku. aku mula pandai kawal perasaan aku. aku belajar maafkan orang. aku belajar berdikari. dan aku sekarang cuba untuk perbaiki diri untuk jadi lebih baek.


Ya Allah permudahkanlah jalan untuk aku mencapai cita2ku. amin..


You Might Also Like

3 komen dari peminat setia

  1. jadikan apa yang berlaku sebagai satu ujian untuk kite terus menempuhi dunia yang penuh dengan berbagai dugaan...

    ReplyDelete
  2. tak kolot dan tak slah selagi kita fikir itu yang terbaik untuk kita..tapi yang paling utama..kita harus bijak menilai untuk membuat penilaian untuk berkawan.

    "Hadiah dari Allah.".

    ReplyDelete

Facebook Badge