kan betul matriks tue best..^_^

8:44 AM

lama betul tak mengupdate. konon merajuk sebab laptop buat hal. tak pasal2 rm400 melayang. ok la malas nak cerita kisah sedih nie. kembali ke tajuk asal. sape kate matriks best..?? angkat tangan. huhu..

tertarik dengan post yang ditulis seorang blogger nie. rasanyer dia baru jer abes matriks sama macam adik aku. nak dibandingkan dengan post2 aku sebelum nie pasal matriks lebih kurang jer. maknanyer apa yang aku tulis adalah fakta. bukan auta. suka3. hehehe.. klik SINI untuk ke blog beliau. adik aku yang dulunyer hampir nak sepuk muka aku sebab aku api2kan ibu aku suruh masuk matriks sekarang malu2 alang sebab dia berjaya dapat keputusan cemerlang. 1st sem 3.65, 2nd sem 4flat. siapa kata susah..?? heeee~

aku sangat2 rindu zaman matrikulasi. masa tu la aku dapat rasa kehidupan yang sebenar. bukan sekadar pergi sekolah balik sekolah esoknyer pergi sekolah balik dan seterusnyer seperti yang aku alami masa zaman sekolah dulu. seyesly totally laen. kalau masa sekolah ibu yang tolong buat semua benda. kita cuma tolong sikit2 je. tapi kat matriks totally semua kita kena buat sendiri. basuh baju, beli makanan, kemas bilik, beli barang keperluan dan macam2 lagi la. 


kat matriks jugakla aku dapat explore benda baru. buat benda yang dari kecik aku idamkan. antaranya menari. sebelum ni aku selalu tak dapat lansung peluang menari. gara2 kegemukan badan aku nie. banyak kali jugakla aku diketepikan kalau ada persembahan tarian. tapi kat matriks aku diketengahkan. walaupon selalu jer kena marah dengan cikgu yang mengajar menari tue, tapi minat punya pasal aku teruskan jua.


kat matriks juga aku belajar nilai persahabatan. alhamdulillah aku dikurniakan kawan2 yang sangat baek. masing2 ada kelebihan dan kekurangan yang melengkapkan diri aku. dari seorang yang rendah diri aku jadi seorang yang selalu beranikan diri buat benda baru. tanpa kawan2 aku nie takkan dapat la aku peluang merasa buat semua nie.


aku juga diuji oleh Allah untuk rasa kehilangan. bukan pakwe tapi sahabat. yang merupakan teman waktu aku tidur, belajar, makan minum, bermaen, berborak dan paling best mandi (bilik air sebelah2). naseb baek kelas laen. kalau tak mungkin dah macam belangkas dah. tapi Allah lebih sayangkan dia. dia pergi tinggalkan aku saat aku baru nak kenal erti kemanisan persahabatan. tapi aku redha. walaupon pada mulanya rasa berat sangat. alhamdulillah berkat pertolongan keluarga dan kawan2 yang laen aku bangkit semula. walaupon masa tu agak terlambat. tapi syukur Allah bagi aku peluang kedua.

apa pown rugi kalau sesiapa yang dah dapat tawaran matriks tolak. pengalaman sekali seumur hidup. gagal matriks mungkin boleh amik diploma. tapi gagal diploma jangan harap dapat masuk matriks. fakta ok bukan auta. lagipon gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. selagi kita hidup kat dunia nie cuba jer apa yang termampu. jangan asyik pikirkan kegagalan. pikirkan apa yang kita dapat dari kegagalan tue. walaupon pahit tapi sangat2 bermakna. jangan sia2kan peluang yang ada.

rindu KMPk....!!!!!

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia