tattoo gestapo..

8:29 AM

mood untuk berblog kembali merundum. susah kan nak jadi blogger tegar. dulu ingatkan aku mampu. tapi sekarang ayat pon berterabur. apa pon tak boley. 

tapi tak pe. aku jadikan blog ni sebagai medium untuk aku menyimpan memori pahit manis sepanjang aku masih lagi bergelar mahasiswa Universiti Malaysia Pahang.

macam yang berlaku semalam. aku berpeluang untuk pergi menyaksikan pementasan teater tattoo gestapo di SStwo mall bersama keluarga Senandika. untuk pertama kalinya aku menyaksikan teater yang memerlukan aku untuk berfikir lebih jauh kedalam. aku bukan orang yang berfikiran seni. tapi itu tak membataskan untuk aku minat seni. benda tu boleh belajar. insyaAllah.


teater yang berkisarkan dejavu seorang warden penjara yang hampir membunuh kawan baeknya sendiri akibat keegoan dan iri hati atas kebahagiaan kawan baeknyer bersama isteri tersayang. iri hati yang membuatkan warden tersebut berusaha menghancurkan rumah tangga yang dibina atas nama cinta dengan membawa orang ketiga dalam hidup isteri kawan baeknya itu. bukan lelaki tapi seorang penkid. 


betul kata kak no. teater underground ni memang memerlukan kita berfikir dengan lebih dalam. jujur aku kata aku mengambil masa yang lama untuk paham cerita ni. siap tertidur lagi. gara2 makan ubat selsema. tapi akhirnya aku paham juga. walaupon masih lagi tercarik-carik isi tersirat.


minat aku dalam dunia teater ni semakin mendalam. tengok teater lagi best dari tengok wayang. bulan ni aku bepeluang untuk menyaksikan 3 pementasan teater; 'tribute’ teater Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, teater adaptasi "Angin" (nanti aku akan update) dan Tattoo Gestapo

I'm craving for more... ngeeeee~

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia