forget the past.. insyaAllah..

9:00 AM


akibat boring yang terlampau, entah macam mana gatal2 pi buat kerja gila. bila dapat tau benda tu aku tak tau kenapa mesti hati aku terasa. naseb baek aku dah habes exam. kalau tak, tak tau la apa jadi ngan jawapan kat kertas jawapan. merepek agaknyer.

benda tu lama dah berlalu.. aku pon dah mengagak.. tapi kenapa aku rasa gigil bila hakikat sebenar muncul depan mata.. adakah sebab aku masih belum dapat lupakannya sepenuhnyer..?? atau cemburu melihat dia bahagia..?? entahlah.. aku hanya mampu berdoa moga Allah kuatkan diriku dalam menempuh dugaan dan cobaan di dunia ni.. amin..U_U


dulu aku selalu baca pengalaman orang. sekarang bila benda tu jadi kat aku, aku jadi paham apa perasaan mereka yang terkena. entahla aku pon tak pasti. nak kata sakit tak de pulak aku menangis. nak kata hepy tak de pulak aku ketawa. terkejut..?? mungkin jugak. tapi bukan ke aku dah lama mengagak yang benda ni dah berlaku. kenapa masih aku rasa gigil satu badan..?? mungkin jugak sebab kesejukan air cond malam tadi agaknye. ngeeee~

apa pon mudah2an dia bahagia dengan pilihan hatinya dan semoga aku juga jumpa kebahagiaan aku. kita hanya merancang. tuhan yang menentukan. jodoh pertemuan di tangan tuhan. moga Allah kurniakan kepada aku seseorang yang mampu didik, ajar dan bimbing aku kejalanNya. amin..

Selamat Pengantin Baru..^_^


You Might Also Like

10 komen dari peminat setia