alhamdulillah ijazah dalam tangan.. huhu..

9:00 AM


motif kenapa boleh tercetusnyer idea untuk buat pengembaraan dari Pelabuhan Klang - Rawang - Kuantan sebenarnyer semata-mata nak menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen ke 8 Universiti Malaysia Pahang. hari bersejarah dalam hidup aku setelah 18 tahun bergelumang dengan buku.

dulu ada orang pernah cakap kat aku. buat apa ko nak teruskan belajar padahal ko boleh carik duit dengan cara bla.. bla.. bla..

tapi bila teringat balik kata-kata tu aku rasa syukur alhamdulillah sebab aku tak bodoh ikut cakap dia. dalam hidup ni duit bukan segalanyer. aku hidup atas sebab kasih sayang ibu ngan apak aku yang nak tengok anak dorang berjaya. dorang tak pernah mintak pon aku jadi kaya. sebab jumlah duit kat tangan tak menentukan kejayaan seseorang.

siapa cakap hanya orang kaya jer boleh bahagia. yang miskin konfem menderita. padahal korang tak pernah berada kat tempat dorang untuk korang judge betapa bahagia atau deritanyer seseorang itu. yer tanpa duit kita menderita. tapi tak semestinyer dengan adanyer duit kita tak akan menderita. so konklusionnyer di sini duit bukan segalanyer.

ok tutup cerita pasal duit. sebab kalau tak tutup sampai bila2 pon takkan habes. aku teringat perbualan antara kawan aku ngan cikgu sekolah menengah aku dulu. kawan aku tu tanye kat cikgu ni kenapa masa majlis tamat belajar kitorang cuma disediakan jubah tapi tak de topi. jawapan yang cikgu aku bagi kat dia sampai sekarang aku ingat lagi. walaupon tak masuk akal. cikgu tu jawab kalau pakai sekarang takut2 nanti kalau masuk universiti kita takkan grad2. hahahaha agak mengarut. tapi tu yang buat aku makin teringin nak pakai topi tu aka mortar board.

alhamdulillah akhirnyer aku diberi peluang untuk pakai topi tu dan kini aku berjaya memiliki sekeping ijazah. berkat kesabaran hampir 18 tahun belajar. teruja bila pikir yang akhirnyer impian dan cita2 ibu ngan apak tercapai bila dapat tengok anak dia naek pentas amik ijazah

IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (SISTEM KUASA)
KELAS KEDUA (ATAS)


ok untuk orang yang duk bertanya mana gambar konvo aku. ni lah dia. cuma ni jer gambar aku dengan family aku yang sempat kitorang tangkap. walaupon sedih sebab tak ada gambar kat air pancut macam kawan-kawan yang lain. aku cuma boleh redha jela. dah kalau sesi petang. mana sempatnyer nak bergambar. tambah pulak aku kesian dengan ibu ngan apak yang kepenatan seharian menunggu. dengan panasnyer lagi. so let bygone be bygone.. ngeeee~


hoiiii orang kampung.. anak haji amir jadi engineer oiiii..!!!!! hehehe..



You Might Also Like

0 komen dari peminat setia