ketenangan jiwa diragut pergi..

9:00 AM


haihhh. lama rasanyer tak menjenguk ke sini. maafkan aku duhai blog kesayanganku. sejak dua menjak ni aku jarang berikan komitmen kat kau. bukan sebab aku dah hilang sayang atau ada peganti baru. tapi gara2 laptop kesayanganku ini yang kurang sihat. akhir2 ni asyik meragam jer. sampai dah dua kali format pon masih jugak tak sihat2. almaklumla usia dah agak lanjut. dah lebih 5 tahun dia berjasa. dah tiba masa agaknyer untuk carik peganti. tapi aku belum berkemampuan lagi. sabar ye laptop ku sayang. janganla mati dulu. postpone la sampai aku dah cukup duit untuk carik peganti. heeeeee~

ok cukup2la merepek pasal laptop aku tu. balik pada tajuk asal. setiap manusia yang hidup dalam muka bumi ciptaan Allah ni takkan dapat lari dari ujian dan dugaan. even kekayaan dan kebahagiaan jugak merupakan salah satu ujian yang diturunkan untuk menguji seseorang manusia itu pandai atau tidak bersyukur. sejak aku keluar dari UMP, aku mula merasakan aura2 betapa besarnyer dugaan yang bakal aku hadapi di luar sana. antaranyer betapa susahnyer aku nak carik kerja.

aish.. bukan ke kau dah ada kerja..??

pada pandangan mata kasar orang lain memangla aku dah ada kerja. tapi hakikat sebenarnyer hanya tuhan je yang tahu. even aku sendiri masih tak paham dengan status diri aku ni. entahlah.. semakin banyak hari berlalu aku semakin keliru. kadang2 rasa macam nak menangis. tapi air mata tak pulak menitis. nampak macam aku bahagia. tapi dalam hati tersimpan beribu kesakitan yang aku sendiri tak tau sebab musababnyer. setiap hari hati aku rasa tak keruan. aku berusaha untuk hilangkan keresahan yang berlaku. berusaha untuk senyum. tapi hanya topeng semata.


gelak tawa senda gurau tak semanis dulu. walaupon masa belajar dulu dugaan maha dasyat menimpa aku masih mampu tersenyum. tapi kini aku rindukan senyuman itu. rindu untuk ketawa sepuas hati macam dulu. dan rindu untuk buat kerja gila macam dulu.

yesss..!!!

aku dah tau apa masalah aku sebenarnyer. aku sebenarnyer rindukan kawan2 aku. aku rindukan mereka. aku rindu untuk bersama mereka. aku rindukan gelak tawa mereka. aku rindu nak bergaduh dengan mereka. dan yang paling penting aku rindukan wajah mereka. tak kisahlah kawan2 masa kat PLKN, KMPk ataupon UMP. aku rindu mereka sangat2. tanpa mereka aku rasa sunyi. tanpa mereka aku rasa kosong. dan tanpa mereka hidup aku jadi suram.

susah nak carik kawan macam mereka lagi.


semoga persahabatan yang terjalin tak akan putus dan akan kekal selamanya. amin

I miss them a lot..U_U

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia

Facebook Badge