Bila Otak Gadis Melayu kena Short Circuit

1:23 PM


Aku namakan blog aku ni Kisah Seorang Gadis Melayu tak bermakna aku ni seorang yang sopan santun, lemah lembut, cakap perlahan, jalan perlahan bagai. Agak2 orang macam tu boleh ke jadi engineer. ngeeeee~

aku ni seorang yang agak ganas, kalau bercakap kuat, kalau berjalan laju tak de cover2, memang tak de la lemah lembutnyer. tapi itu tak bermakna aku seorang yang tak de sopan atau adab. boleh dikatakan aku ni ala2 Gadis melayu Moden la kot. perasan. hehe..

lumrah semua orang kalau masuk je tempat baru mesti kena 'culture shock' atau sama waktu dengannyer. macam tu jugak la apa yang berlaku kat aku sekarang. dia punya 'shock' sampai aku tiba2 jadi Perempuan Melayu Terakhir kot. cakap pon lemah lembut. whooohaaa..

yela kalau dulu aku cuma pakai jeans dengan t-shirt je. tapi sekarang setiap pagi mesti pening kepala memikirkan baju apa yang nak pakai. last2 main hantam je pakai apa yang ada. tudung warna laen baju warna lain. tak pe la. janji 'confident' kena ada. poyo giler.. ngeeeee~

belum masuk lagi kasut. dulu pakai sandal sekarang kena pakai wedges. tinggi habaq hang. konon nak jadi wanita corporat. sampai nak pergi toilet pon tahan sebab malas nak bangun. tapi memang majoriti perempuan kat sini pakai kasut tinggi. takkan tetiba aku pakai kasut flat. haruslah lawan ye tak. huhu..

waktu rehat kalau dulu duk pening pikir nak makan mana. tapi sekarang duk pening mikir nak keluar makan ke tak. dahla kena keluar sendiri2. aku bukan tau jalan2 kat Putrajaya ni. jadi nak tak nak aku duduk jela kat ofiz sorang2. so dah alang2 aku sorang2 ni aku apa lagi menggila la. ngeeeeee~


CyberLink YouCam ni dah lama ada dalam laptop aku ni. tapi baru harini dapat explore. nampak benor dah sewel minah kat atas ni. selfie sorang2. heeeeee~

Gadis Melayu la sangat.. ngeeeee~

 

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia

Facebook Badge