Warna Warni 2014

10:35 AM


Last post untuk tahun ni. macam2 jadi tahun ni. ada suka, duka, tangis, ketawa bercampur baur. itulah yang dinamakan asam garam kehidupan. aku sebagai manusia biasa tak dapat lari dari semua ni. bila diingat balik segala yang berlaku dalam hidup aku ni menunjukkan Allah itu Maha Adil. Allah atur hidup aku cantik sekali. cerita dalam novel pon tak boleh nak kalahkan keindahan hidup aku ni. Alhamdulillah. hehe..

Dalam tahun ni macam benda baru aku lalui. kerja baru, kawan baru, tempat baru dan macam2 lagi la. walaupon pada mulanyer aku susah nak biasakan diri. tapi syukur pada Allah sebab kurniakan mereka yang sangat baik disekeliling aku. yang sentiasa bagi nasihat, galakan dan dorongan di saat aku memerlukan.


tempat kerja baru di tengah2 putrajaya. aku sendiri tak pernah bayangkan yang aku akan dapat kerja kat sini. dulu masa belajar duk bayang kerja kat KL ngan Shah Alam yang confirm kena hadapi jamp setiap hari. tapi kat putrajaya say no to traffic jamp. but say hye to AES. hehehe..


budak2 SL1M Putrajaya Holdings yang sangat happening. walau baru kenal beberapa hari tapi kamceng dia dah macam kenal lama. seingat aku banyak kali jugak fasilatator kitorang tanya kitorang ni dah lama kenal ke. sebab cara kami comunicate tak macam orang baru kenal. huhu.


tak lupa jugak kat kawan2 lama. tahun ni mencatatkan banyak reunion berlaku. kawan2 sekolah rendah, sekolah menengah, PLKN Jugra, Matrik Perak dan UMP. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan jumpa mereka2 ni lagi.


tahun ni pon aku banyak jugak berjalan. Melaka, Port Dickson, Pulau Pinang, Langkawi. padahal sebelum2 ni cuma pergi Kelantan jer. tahun ni je tak pergi. teringin pulak nak pergi Kelantan. huhu.. aku jugak berpeluang pergi banyak tempat antaranya LAMPU, Bukit Broga, Canopy Walk, Aquaria, Istana Budaya dan tempat yang menarik yang ada kat Putrajaya.


tahun ni tak sekadar mencatat kenangan manis semata. awal tahun 2014 mengukir pengalaman pahit dalam hidup aku bilamana Ibu ngan adik aku terpaksa menjalani pembedahan. Pembedahan Mata dan juga Pembedahan buang Cyst. hanya Allah je yang tau perasaan aku masa tu.


ganjaran atas dugaan dari Allah sangatlah tak terjangka. Allah bagi peluang pada ibu aku untuk tunaikan haji untuk kali kedua. padahal ibu aku lansung tak menjangka semua ni akan berlaku. dua kali haji selang 2 tahun je. rezeki kurniaan Allah. Alhamdulillah.


dapat kerja baru tak bermakna aku lupa yang lama. aku masih ingat kenangan pahit manis bersama mereka. even masih ada yang tak setel lagi. heeeee~

betapa indahnyer hidup aku tahun ni. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan Mu. Ampunkan lah dosa hamba Mu ini yang kadang2 alpa dan lupa mengingatiMu. Sedangkan Engkau tak pernah lupakan aku. semoga tahun depan lebih indah dari tahun ni.

Goodbye 2014.. Welcome 2015..^_^

 p/s : Pssssttt2.. tahun ni pon aku masih single.. ngeeeee~



You Might Also Like

0 komen dari peminat setia