Wednesday, November 25, 2015

Tips untuk kurangkan berat dalam waktu yang singkat..


Akhir2 ni ramai yang PM aku tanye macam mana nak kurus. Mintak aku share tips. Jujur aku cakap tips yang aku amalkan sama je dengan semua orang. Tapi kenapa aku boleh berjaya..??

Hah ni nak share macam mana aku buat. Ikutkan search la kat Google tips2 kurus semuanya hampir sama. tak de magic dalam usaha nak kuruskan badan ye kawan2. Semua kena ada usaha dan semangat yang kuat. 

Tips 1 : Psiko diri sendiri

"Nak gemuk senang.. Nak kurus pon senang.."

"Nak gemuk susah.. Nak kurus pon susah.."

Aku pegang pada statement ni. Jangan hiraukan cakap2 orang sekeliling. Sebab lain orang lain pendapat dan cara. Jadi set minda korang nak kurus tu senang.

Tips 2 : Ikat perut

Cara ni paling hardcore aku pernah buat. Ramai orang pikir yang aku ni banyak sangat duit pergi suscribe gym mahal2. FITNESS FIRST kot. ko mampu. hahaha..

Padahal dorang tak tau yang aku terpaksa ikat perut setiap bulan supaya aku mampu bayar yuran gym bulan2. 

No more secret resipe cake, 
No more stok cokelat dalam kereta,
No more air manis kalau makan kedai, 
No more snacking bila lapar,
No more makan besar bila gaji masuk.

Kat situ aku dah kurangkan pengambilan gula dan lemak dalam badan. huhuhuhu.

Tips 3 : Exercise

Paling kurang pon 30 minit sehari. Tak pon kalau yang duk ofis tingkat tinggi2 tu berhenti guna lif. Panjat tangga. Kat situ free2 je korang dapat peluang exercise. Dulu masa aku duduk rumah sewa kat Putrajaya aku memang jarang guna lif. Melainkan kalau dah tak larat sangat sebab baru balik gym. hehehe..

Dah bayar gym mahal2 kau rase kalau tak pergi rugi tak. Kat situ aku dah berjaya paksa diri aku pergi gym hari2. Kalau tak rasa membazir je. ngeeee~

****************************

Dengan tips2 kat atas ni aku masih mampu makan makanan kesukaan aku. Sebab aku memang suka giler makan. Aku boleh jadi bad mood kalau sehari tak makan nasi. hehehe..


Jangan cakap akak tak payung.. huhu.. ^_^




0 komen dari peminat setia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez