Lawatan KBBA9 ke Halal Hab Jakim

9:00 AM

Assalamualaikum dan hai semua..

Sebelum tu Atia mintak ampun dan maaf sebab kalau perasan blog ni agak lama tak berupdate. Gara2 nak settle down semua benda. Untuk pengetahuan semua Atia dah pon berhenti kerja. Kenapa..? Mungkin Atia tak akan cerita dalam blog tapi kalau berjumpa face to face dan korang teringin nak tau Atia tak keberatan untuk bercerita. heeeee~

Alhamdulillah semalam Atia diberi peluang untuk sama2 dengan blogger2 dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) membuat lawatan sambil belajar ke Bahagian Hab Halal Jakim. Korang pikir zaman sekolah je boleh ada lawatan sambil belajar ni. Ni saje je istilah Atia sebab ada la sorang akak blogger ni siap nak pinjam baju sekolah anak lagi. hehehehe..


KBBA9 telah dijemput ke Halal Hab Jakim untuk mendengar sendiri penerangan berkenaan isu pensijilan halal di negara kita dari Ustaz Luqman yang merupakan Pegawai Media Jakim.


Peluang yang boleh dikatakan tersangatla berharga sebabnya kami berpeluang tanya sendiri isu2 viral di media sosial secara live dengan pihak yang bertanggungjawab. Sebelum ni ramai yang menghentam kononnya pihak JAKIM tak buat kerja la, terlalu longgar la dan sebagainya. Tapi semalam syukur alhamdulillah semua persoalan terjawab.

Seiring dengan kemajuan zaman sekarang ni, pihak Hab Halal Jakim telah melaksanakan beberapa kaedah untuk menangani isu Halal yang tular atau viral di media sosial. Antaranya :-


  • Pihak Jakim akan memastikan setiap isu yang tular akan dijawab dalam tempoh 4 jam selepas isu itu keluar supaya sesuatu isu itu tidak tular dengan lebih meluas.
  • Dalam proses menangani isu tular ini, pihak Halal Hab Jakim akan menghubungi eksekutif2 syarikat yang berkenaan bagi memastikan kesahihan isu tular.
  • Sebanyak 51 kenyataan rasmi telah dikoleksikan mengikut kategori dan telah di upload ke facebook rasmi Halal Hab Jakim. Boleh buat carian " Bahagian hab halal, JAKIM " di facebook.
  • Selain itu pihak Halal Hab Jakim ada jugak mengadakan seminar dan kempen2 ceramah bagi memberi pendedahan dan jawapan kepada isu2 tular ini.



Jadi kita sebagai seseorang yang bijak jangan cepat melatah bila isu halal ni viral. Kita sepatutnya mengkaji dulu atau buat carian dari sumber yang sah sebelum gatal2 tangan tekan butang share.

Antara kata2 Ustaz Luqman yang teringin sangat2 Atia nak share ngan korang.

" Kalau shubhah jangan fitnah, tinggalkan aja."

Maksud dia kat sini kalau korang tak pasti sama ada sesuatu makanan itu halal atau tidak automatik akan jatuh shubhah, jadi korang harus jauhkan diri. Tapi masalahnya korang tau shubhah tapi pandai2 jatuhkan hukum haram sedangkan dalam islam dah ditekankan sesuatu makanan itu diharamkan dihukum haram tanpa bukti keharamannya. kat situ dah jatuh hukum fitnah. tak pasal2 dapat dosa double. Astargfirullahalazim.

" Islam bukan agama menghukum tetapi mendidik."

Kita sebagai seorang islam haruslah jadi teladan pada yang bukan islam. Ni tak, suka2 hati nak menghakimi dan sesuka hati nak menghukum. Sedangkan orang bukan islam memerhati je kita. Tak pasal2 bagi dorang perspektif buruk terhadap islam.


Jadi lepasni korang dah tau la kan mana nak rujuk berkaitan isu halal. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang membaca blog Atia.


Seronok dapat jumpa ahli2 KBBA9. Semoga lepas ni ada lagi event atau program yang Atia dapat join. Lagi2 sekarang kerja dah agak fleksibel. Syukur alhamdulillah atas nikmat Allah yang sangat berharga. Rezeki bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit. Dikelilingi orang2 yang baik juga adalah rezeki yang tak ada nilainya. Subhanallah.


Bebelan Atia will be continued.. ^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia