Jom Kurus 1 Malaysia (minggu 1)

5:13 PM

Assalamualaikum dan hye semua..

Orang cakap nak kurus tu susah. Ada jugak cakap tak payah la nak kurus bukan sihat pon. Tak kurang jugak yang cakap kalau kurus pon bukan ko cantik pon. Aish..

Susah nak ubah pemikiran orang macam ni. So kita jangan la rasa nak down dan jangan la termakan kata2 orang yang macam ni. Sebab yang nak kurus kita. Cantik dan sihat akan datang kemudian. Ye betol kurus tak semestinya sihat tapi gemok konfem sakit. Tak percaya cuba la. Cuba korang lompat bintang 100 kali pastu sakit tak lutut. Seee sakit kan. Hehehehe..

Dulu masa berat Atia 78kg, nak naik tangga pon rasa lutut macam nak tertanggal. Mengah jangan cakapla. Baru jalan sikit dah rasa macam nak putus nyawa. Ni kan pulak kalau berlari. Masa tu kerja Atia memerlukan stamina yang kuat. Agak2 macam mana la keadaan masa tu. Tapi masa tu kesedaran tak berapa nak ada. Konon gemok2 aku pon aku sihat. Duk pikir dalam hati macam tu. padahal lutut masa tu nak solat pon macam apa je. Sihat la sangat.

Sebab tu Atia ambil keputusan untuk join Jom Kurus 1 Malaysia. Dalam program ni korang akan berjumpa orang2 yang sangat2 positif dan mempunyai semangat yang kuat untuk kurus. Sebab tu ramai succes story yang dilahirkan dari program ni. Paling kurang pon pasti akan turun berat sekurang kurangnye 1kg. Inch loss jangan cakap la. Memang ketara. Huhu.


Alhamdulillah tahun ni Atia berpeluang untuk menyertai untuk kali kedua Jom Kurus 1 Malaysia. Kali ni kawasan pilihan Atia ialah Klang 2. Team yang dinamakan Effort Squad yang diketuai oleh coach Natrah dan coach Chacha. Apa yang Atia boleh katakan team ni sangat happening dan peserta2 seperti satu keluarga. Walaupon kami ramai tapi team leader mampu untuk hafal nama sorang2 ahli. Membuatkan kita rasa selesa dan dekat dengan mereka. Sebab tu semangat nak kurus tu makin berkobar kobar. Huhu.

Minggu pertama peserta berpeluang untuk belajar teknik bermain dogdeball dari Muhammad Taufiq Jusoff yang merupakan marshall di World Dodgeball Championship yang pertama dari Malaysia. Punyala seronok masing2 sebab bukan senang dapat peluang macam ni. Kami didedahkan dengan teknik balingan sehingga la syarat2 dalan permainan dodgeball ni. Seronok jangan cakapla. Habes lencun baju dibuatnyer. Tapi masih jugak nak teruskan permainan.


Selain itu aktiviti yang diadakan sangat seronok. Jadi semua peserta secara tak langsung enjoy dengan workout. Dengan sukan rakyat pon kita boleh kurus tau. Siapa cakap nak exercise tu susah..??


Akan bersambung untuk minggu kedua. Berat Atia sekarang lebih kurang 64kg. So kita tengok after 6 minggu apa jadi. Heeee~

Nak kurus itu senang..^_^






You Might Also Like

0 komen dari peminat setia