tahun nie dua kali pergi Perlis.. huhuhu..
4:00 PMagak lama jugak tak mengupdate blog nie. walaupown semester baru nie tak sesibuk semester lepas, tapi untuk merajinkan diri untuk update blog agak susah. tambahan dengan kelajuan internet yang tak menentu. naseb baeklah ada berukband tersayang. dapat jugaklah update entry nie.
cerita yang aku nak cerita nie sebenarnyer cerita lama dah. berlaku masa cuti haritue. 27/2/2012. sama dengan tarikh lawatan Perdana Menteri ke Perlis. aku duduk pown kat hotel tempat persinggahan PM iaitu Sri Malaysia.
nak update kat blog. tapi asyik tangguh last2 tak terupdate. dan hari nie tergerak nak update cerita nie sebab malam nie aku akan bertolak ke tempat yang sama bersama rakan2 UMP aku. huhuhu..
cerita yang aku maksudkan adalah percutian aku ngan family aku kat Perlis. bukan selalu dapat pergi jauh2 nie. setahun sekali jer. dan selalunyer bapak aku akan bawak kitorang pergi Kelantan jer. tapi tahun nie laen sikit sebab kebetulan abang sedara aku nikah kat sana waktu cuti pulak tue. kiranyer rombongan mengantar la.
sempat la jugak kitorang pergi beberapa tempat. antaranyer padang besar ngan wang kelian. pertama kali menjejak kaki ke negara Thailand. walaupown tak sampai satu kilometer. heeeee~
semoga ikatan perkahwinan yang terjalin antara abang sedara aku dan isteri berkekalan selama-lamanyer dan sentiasa dilimpahi nikmat dan hidayah Allah.
malam nie aku akan bertolak ke Perlis bagi menyertai Expedisi Pengukuhan Jeris anjuran Kelab Pemadam UMP. semoga perjalanan kami berjalan lancar. semoga kami selamat pergi dan selamat pulang. Ya Allah berkati la perjalanan kami. jauhilah kami dari segala malapetaka dan gangguan syaitan. amin...
Perlis here I come again.. heeeeee~
1 komen dari peminat setia
Baru sekali sampai perlis.. huhu..
ReplyDeletebtw.. baju pengantin yg kelabu tu cantik ^_^