happy birthday..!!!!

9:00 AM

aku hampir lupa yang harinie genap setahun aku wujudkan blog kisah seorang gadis melayu nie. selama setahun aku luahkan segala suka duka kehidupan aku dalam blog nie. cerita pertama yang aku coretkan adalah kerisauan aku tentang blog aku. nak baca klik SINI. blog ni banyak memberi kekuatan untuk aku teruskan kehidupan. melalui blog nie jugak aku dapat ramai kawan. 


pada mulanyer aku merancang untuk adakan sesuatu sempena genap setahun usia blog kisah seorang gadis melayu. namun disebabkan pelbagai kekangan aku terpaksa batalkan niat aku tue. insyaAllah aku akan bawa rancangan aku tue ke tahun depan.

terima kasih kepada blogger2 yang sudi berkawan dan menjadi follower blog aku. paling tak lupa jasa kakak2 dan abang kembar aku. paling tak lupa masa kami sama2 anjurkan 31 birthday giveaway. memang tak dapat dilupakan. birthday paling bermakna dalam hidup aku. dah lama tak menjenguk mereka. agak rindu la dengan mereka.


aku jugak berjaya mencapai target follower seribu dalam masa setahun. alhamdulillah ada yang sudi follow blog aku yang tak seberapa nie. kalau tak percaya klik SINI.


ape pown semua yang berlaku pada aku takkan aku lupa sampai bila2. lagi2 kebanyakannya aku coretkan dalam blog kesayangan aku nie. semoga blog aku nie bukan saja bermanfaat kat diri aku jer. tapi kat orang laen untuk dijadikan pengajaran. 

Happy Birthday kisah seorang gadis melayu..!!!!!!

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia

Facebook Badge