segmen pertama gadis melayu..

1:29 AM

dah lama rasa terpikir nak buat segmen. tapi tak de idea nak buat segmen apa. tapi baru2 nie aku dikejutkan dengan kenaikan trafik yang sangat2 tinggi kat blog aku. sedangkan aku update pown jarang2 dah. tue buat aku musykil tue.


sedangkan update pown tak de pon masa tu. last2 aku check rupanyer banyak keyword pasal matriks. keputusan matriks dah diumumkan rupanyer. patutla.


jadi dengan ini aku dengan besar hatinyer ingin buat satu segmen khas untuk pelajar2 lepasan SPM yang masih dalam dilema ingin masuk matriks atau tak, dan juga yang ingin tau apa2 jer tentang matriks. insyaAllah aku akan sedaya upaya menjawab berdasarkan pengalaman aku. tapi kalau aku tak jawab tu maksudnyer benda tu dah keluar dari topik sebenar.

sebelum itu untuk pengetahuan semua aku merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak 08/09, sains fizikal satu tahun dan kini merupakan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) tahun 3.

syarat2 soalan (wajib ada sebab takut ada soalan bukan2)

1. mestilah berkaitan dengan matrikulasi
2. jangan tanya perbandingan matriks dengan diploma sebab aku tak amik diploma jadi aku tak tau sangat pasal diploma.

semua jawapan aku nanti hanyalah berdasarkan pengalaman aku. laen orang laen pendapat. terserah pada korang sama ada nak terima atau tidak. aku hanya beniat nak menolong. tak perlu follow blog aku ni. cuma tinggalkan komen dekat post ni. jangan lupa tinggalkan sekali url blog korang. insyaAllah aku akan sedaya upaya menjawab segala kemusykilan adik2 semua.

tarikh tutup sampai korang dah pon selamat masuk matriks..

rindu zaman matrikulasi..

You Might Also Like

6 komen dari peminat setia