gara2 pakai contact lens koyak..

11:46 AM

selalu tengok gambar kat internet bahaya pakai contact lens. tapi tetap jugak tak beri effect kat aku. kononnyer ramai je yang pakai ok. salah sendiri la bukan salah contact lens bila mata jadi macam tue. yer memang salah contact lens tapi siapa suruh pakai jugak. jadi salah siapa sebenarnyer..??


gambar kat atas nie memang dah cukup ngeri. tapi masih tak takut sebab tak kena lagi kat diri sendiri. kononnyer pandai2 la jaga kebersihan bila pakai. beli yang contact lens mahal. jangan beli murah2. bukan susah pown. 


bila dah kena kat diri sendiri baru tahu betapa susahnyer penggunaan contact lens nie. bukan suka2 jer nak pakai. gambar kat atas ni gara2 terpakai contact lens koyak. seyesly tak perasan pon koyak. masa pakai tu mula2 ok jer. tapi perasan kadang2 rasa macam sakit sikit. tapi buat bodoh jer. bila mata dah jadi gini baru nak check contact lens rupa2nyer ada robek sikit kat tepi. seyesly sikit jer. tapi effect dia besar.

mula2 masa kena ingat pasal apa. tengok cermin kenapa mata putih aku ke depan dan agak lembik. mata hitam aku nampak tenggelam. rasa nak nanges jer masa tue. tapi tahan sebab takut effect apa2. masa tu hanya mampu berdoa jer. petang ari sabtu aritu baru dapat pergi klinik. syukur tak de benda yang teruk sangat.

dah pergi klinik. doktor kate corneal injuries. dia bagi ubat tahan gatal, ubat sapu dengan ubat titis. so far kurang sikit dah. cuma mata kadang2 merah kadang2 tak. berair jangan cakapla. macam nak nanges. tekak perit effect ubat sapu. rasa pahit jer tekak ni.

alhamdulillah so far mata hitam aku dah tak kedalam macam mula2 kena aritu. cuma still takut lagi sebab bila search kat internet patutnyer lepas 2 hari dapat rawatan luka kat cornea akan sembuh. hari ni dah hari isnin. tapi mata masih lagi merah. takut jugak nie.

aku masih tak serik untuk pakai contact lens. sebab ada lagi 3 set contact lens untuk 3 bulan aku tak pakai lagi. bukan murah2 tue. rm 300 aku dah belanjakan untuk set contact lens nie. bazir jela kalau tak pakai. dah abes nanti baru aku stop pakai. tapi aku mungkin akan lebih berhati-hati. supaya benda nie tak berulang lagi. nak kata sakit tak dela sangat. tapi ketakutan yang melampau buat aku gerun. harap mata aku tak jadi apa2.

doakanlah mata aku cepat sembuh.. amin..O_o



You Might Also Like

12 komen dari peminat setia