bakat dan minat..

9:00 AM

bakat dan minat adalah satu benda yang sangat berbeza tapi boleh membawa kepada hasil yang sama. tak semestinya kau tiada bakat kau tak boleh lakukan apa yang kau minat. bagi aku minat yang sebenarnya penting dalam buat sesuatu. sebab dari minat datangnya kerajinan.

aku bukan seseorang yang dilahirkan berseni. aku bukan seorang yang diajar dari kecil tentang seni. aku hanyala manusia biasa yang dididik untuk berjaya dunia akhirat. lansung tak didedahkan tentang seni. sebab bagi apak ngan ibu seni itu tiada masa depan. tapi itu tak menghalang untuk aku ceburkan diri dalam kesenian. tak kesah la tarian, lakonan ataupon nyanyian. alhamdulillah apak dan ibu aku tak menghalang. tapi mereka juga tidak menyokong. mereka bagi aku kebebasan untuk berpikir sendiri. janji aku masih dilandasan yang betul.

aku tak punyai badan yang cantik untuk menari, aku tak punyai suara yang merdu untuk menyanyi, dan aku juga tak pandai menjiwai watak untuk berlakon. tapi aku minat semua tu. tarian, nyanyian dan lakonan. aku teringin nak belajar semuanya. dari kecik lagi. bukan kerana kejar glamor atau wang. tapi disebabkan sindrom giler pentas yang aku alami sejak kecik. pantang nampak pentas terus excited. heeeee~

sama jugak dengan penulisan. aku bukan seseorang yang pandai menulis ayat berbunga. aku hanya menulis apa yang terlintas difikiran. berterabur ayat pon apa aku kesah. janji aku puas. puas lakukan benda yang aku minat. maka wujudla blog ni yang tak seberapa ni. walaupon tak femes mana tapi tetap memberi kepuasan dalam diri aku.

semoga satu hari nanti aku berpeluang untuk belajar benda2 ni semua dengan lebih mendalam. insyaAllah..^_^


rindu nak menari..^_^


You Might Also Like

2 komen dari peminat setia

Facebook Badge