makan selagi mampu.. huhu..

9:00 AM

sambungan cerita balik hari tu. baru sekarang berkesempatan untuk menulis dan bercerita. sebelum tu nak tunjuk gambar2 sepanjang perjalanan dari gambang ke rumah aku.


dapat seat paling belakang sebab seat kitorang diambil orang. suka suki je. tapi pikir nak balik punya pasal pasrah jela. asal nak terlelap jer melompat. dah macam naek kuda dah rasa. adeih.


dalam KTM lak tetiba rasa forever alone giler. agakla sorang2 dalam gerabak. bukan tak de orang laen. tapi masing2 duduk gerabak laen2. tinggal la aku sorang2. seram jugak. tapi buat2 berani jer.

sejak aku balik rumah ni asyik makan jer. sampai la sekarang ni kat UMP pon sama. hari Jumaat walaupon busy dengan repair printer (busy la sgt..) sempat gak makan 3kali sekali. esoknyer pulak kenduri kat rumah nenek aku. memang makan besar la.


hari ahad tu sebelum naek bas ibu aku breakfast nasik lemak. aku tumpang sekaki. sedap pulak tu. memang tak dapat tolak la. sampai jer terminal kuantan terus serang food court. kebulur punya pasal sepinggan nasi ayam habes. sampai je pekan singgah makan lagi. kali ni nasi goreng USA pulak. malamnya pulak diajak pergi kedai makan kat area pekan jugak. jadi aku tak dapat elak untuk order sup campor. memang terbaek punya makan.

balik bilik pulak housemate bilik belah kiri ajak makan lepuk durian. housemate bilik belah kanan pulak ajak makan kek. tak berhenti aku makan hari tu. rezeki2. heeee~

esoknya pulak disebabkan aku pikir semalamnyer dah makan banyak sangat, aku amik keputusan untuk puasa. alang2 kelas petang je. jadi tak dela penat sangat. waktu buka pulak aku cadang masak nasi lepastu beli lauk daging merah kat kafe. tengah aku prepare untuk berbuka tetiba bolah mesej suruh turun makan lamb chop. padahal aku dah ready nak makan benda laen. last2 dorang bungkus untuk aku. rezeki orang nak belanja kan.


malamnyer pulak rezeki datang lagi. dapat makan meehun la pulak. kebetulan kumpulan senandika buat perkongsian ilmu antara senior dan ahli baru. memang makan jela kerja aku. mana la tak gemuk. adeih. tapi aku bersyukur diberi kesempatan lagi untuk menikmati makanan. alhamdulillah.

"tia kau dah gemuk..!!!" adooooyaaaaiiii..


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia