The End

2:00 PM

dengan berakhirnyer exam pagi tadi maka tamatlah sudah pengajian empat tahun kat UMP. tak sangka hari yang dinanti-nanti akhirnyer tiba. kadang2 rasa macam mimpi. (sambil cuba cubit diri nak tau rasa sakit ke tak)

pengalaman pahit manis masam manis kat UMP banyak ajar aku erti kehidupan. tipulah kalau cakap aku tak pernah rasa nak putus asa. banyak kali. tapi berkat doa ibu ngan apak dan sokongan kawan2 aku teruskan jugak dan akhirnyer hari ini tiba jugak.

bila teringat kisah2 lama banyak jugak air mata yang tumpah. tapi semua tu aku anggap sebagai kenangan terindah dan penguat diri untuk jadi orang yang lebih baek. aku bukan manusia sempurna. tapi aku belajar untuk ke arah itu. 

berdebar pulak rasa bila pikir aku akan bertukar ke phasa baru tak lama lagi. dari seorang pelajar ke seorang yang berkejaya. mampukah aku menyesuaikan diri. tetiba teringat kenangan masa latihan industri dulu2. harap benda tu tak jadi lagi. penat kot belakon jadi budak baek. hehehe..

dalam happy2 ni sebenarnyer risau gak. result tak tentu lagi. Ya Allah kurniakanlah aku result yang terbaek. berikanlah aku peluang untuk grad dengan ijazah kelas kedua. harapan setinggi gunung ni. tak mintak tinggi2. cukuplah dengan apa yang ada. semoga Allah perkenankan. Amin.


I'm FREEEEEEEE...!!!!!

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia